Trip to Koh Lipe – Oh My Wishlist! Day 3

Bersambung dari previous post Koh Lipe Day 2 :

For day 3, memang our plan was light and easy. Nak explore this island no matter how we do it. And first of all, we woke up early to catch the sunrise since my friends a bit jealous with my sunrise postcard picture (yelah meriah tido kan?). But the weather a lil bit gloomy, the sun pun malu nak keluar betul- betul. Ke kiteorang lambat sikit keluar from bilik? Entahlah kan, tapi memang sun die kurang bersinar compared to my 1st.  Ahaaa, it’s okay guys, we still have tomorrow right? Haha… Sedapkan hati tuuu…

Me and not so sunrise

Dah alang-alang tengok sunrise kat the beach, kiteorang pun ambil peluang untuk jalan- jalan area Sunrise Beach. Saje nak explore chalet-chalet kat situ yang banyak sangat. Memang cantik-cantik tauuu and mostly banyak kosong pulak tu. So takyah takutla if ade tempat lain full. Korang just walk-in je and choose which one you prefer. From one chalet to another pun, takdelah jauh mana. Sebelah-menyebelah je pun. So memang lagi senanglah if ada yang suka hidup nomad di negara lain. Gitu!

Then kiteorang pon patah balik ke Zanom sebab nak explore yang sebelah Mountain Resort pulak. Tapi Pakya pulak nak balik bilik and Azlina pon temankanlah. Makanya, tinggallah kiteorg 2 orang. So layan jelah view yang kiteorang tengok sepanjang jalan-jalan kat situ.

Kalau korang perasan, gambar ke-2, longtail tu ade bendera BN tau
Chalet yang dah lupa nama die hehe

Lipe Power Beach Resort
And ini namanya fashion tengah menunggu orang
Baru dapat bergambar dengan Welcome to Koh Lipe

After dah sakan berjalan, terus balik bilik nak bermandi-manda pulak.  Kiteorang plan nak gi brunch and massage. Oh! When talked about massage, honestly it’s not my favorite. Sakit kot! And as expected, memang sakit giler..terus suruh die skip mana-mana yang patut so cepat sikit habis..huhu.. Tak larat dah badan kena urutan orang Siam ni. Lain macam skill-nya. For massage, you guys can get it starting from 300bht for 1 hour. Great deal right? So jangan lupe ber’masai-masai’ in Lipe.

Muka tahan sakit ni sebenarnya

While waiting for my friends

Arda and Azlina sambung lagi buat pedi and scrub, demi mencantikkan diri ya. Mana taknya, bila di darat, mereka bekerja keras membanting tulang katanyaaaa… Jadi kat pulau lah dorang nak berehat- rehat pulak… So kiteorang berdua pergi jalan mana-mana dulu sementara tunggu dorang siap berdandan. Perut pon memang dah lapar sangat. Jadi kiteorang lunch dulu kat Bung Roon Halal Restaurant yang terletak kat Pattaya beach. Food die sedap jugak tapi pedas uols. Makan pulak bercuacakan panas pulau, memang air kosong bergelas- gelas lah jadinya…

View in front of Bung Roon Restaurant. I’m so obsess with longtail boat in Lipe

Kat sini, owner die boleh cakap Bahasa Melayu. Nama die Abang Roon. Die yang bagitau kiteorang macamane nak gi Sunset beach dengan berjalan kaki. But condition kawan-kawan yang tidak mengizinkan, buat kiteorang plan nak amik taxi je. When talked about taxi, korang jangan pulak ingat taxi yang macam kat KL ni. Taxi dorang kat pulau ni, lain macam sikit. Kalau kat Malaysia, kita panggil motor beroda tiga, selalunya digunakan oleh OKU or untuk angkut barang. Tapi kat sini dorang guna jadi taxi angkut orang.

This is cute letter box, what do you think?
What we ate in Bung Roon Restaurant *Yummy*
Pergi Bundhaya sebab nak tanya check in time

Ni resort-resort kat area Bundhaya

Taxi ni merupakan antara pengangkutan penting jugak untuk orang- orang malas berjalan jauh macam kiteorang ni. Kalau nak ikutkan, ada je servis sewa basikal, tapi kalau dah malas tu, takyah la berangan nak berbasikal. Taxi jelah yang kiteorang aim time kat sana tu… Bayaran pun semuanya hampir sama iaitu 50 BHT utk seorang. Jadi pada sesiapa yang memang gigih perkasa dalam aktiviti berjalan kaki, korang memang digalakkan untuk explore dengan berjalan kaki. Barulah adventure kan?

Okay, berbalik pada cerita. Since Arda and Azlina pun dah habis memanjewkan diri di spa. Kiteorang pun berjalan balik ke bilik sebab plan nak mandi laut kat Sunset beach area. So balik tukar baju and terus nak carik taxi kat area Sunrise je. Abang Roon pon ade pesan if nak balik memang gelap, so nanti suruh kawan die Abang Man, telefon and nanti Abang Roon amikkan. Ahaaa, so we have a back up plan in case tak tahu jalan nak balik or tak dapat taxi time kat sana.

Bila dah siap utk ke Sunset tu, kiteorang jalan lah sampai kat simpang nak ke Sunset. Harus diingatkan jalan ke Sunset beach area memang jauh ye. It took about 20 mins but depends on ur condition lah. And nak advice pada sesiapa yg trip dengan girls je, better amik taxi sebab jalan ke situ memang gelap bile dah malam. Sebab dia agak jauh from the other 2 beaches and at certain point, tak ada lampu jalan ye. Jadi kiteorang gigihlah cari taxi until kiteorang nampak 2 taxi tersadai kat kedai painting.

Kiteorang terus tanya mamat yang tengah lukis gambar- gambar kat situ. Subhanallah, dari nak tanya tu, terus stop sekejap sebab cantik sangat lukisan-lukisan die. Jari apa die pakai sampai dapat lukis camtu…Terus tanya harga uols… Die pun peramah and tak sombong pon even die tahu, takdenya budak-budak ni nak beli lukisan cantik aku ni. Tapi die jawab dengan ikhlas, harga lukisan die hanya RM180 saje..die lukis atas kanvas. And seriously, buta seni cam aku ni pun terlalu teruja dgn hasil seni pelukis yg diberi nama Path (wah gitu introduction nama die! Ada makna tuuuu…)

Okay berbalik pada cerita, kiteorang terus tanye kat die boleh hantar ke Sunset beach ke tak, then die kata ok jeeeee. Tapi kene naik 2 taxi, so kalau nak, die call kawan die. Sorang kene bayar 50 BHT sahaja. Katanya 1 taxi tak boleh naik bukit sebab no-power. Takpelah Path, yang penting kiteorang sampai ke Sunset beach tu…bila kawan die sampai je, die terus tinggalkan lukisan gambar longtail  boat die and start motor taxi utk bawak kiteorang ke Sunset Beach… Weehoooo! *tinggal macamtu je tau hasil seni Path untuk kiteorang*

Alhamdulillah, after 5 minutes ride to Sunset Beach kiteorang pon sampai kat sana. Jalan nak masuk beach ni kene lalu hutan-hutan sikit. Siang gigihla kann… Kalau malam, kene lagi gigih tau. Before turun ke Sunset tu, dah pesan kat Path suruh die hamik kiteorang around 6.30pm… Yelah buatnya tak jumpe Abang Man (kawan Abang Roon) alamatnya memang kene tido kat Sunset Beach lah… Which is memang taknak kalau boleh. Mungkin untuk pencinta kesunyian, Sunset Beach adalah pilihan yang bijak.

Ahaaa… Sunset Beach accept naked people and dogs. Don’t worry 🙂 

Keadaan kat Sunset Beach memang totally different from the other 2. Laut die sangat tenang. And kat sini die macam terlindung lah sikit ala-ala teluk. Ombak kat area Sunset pun memang kalah Ombak Rindu tau. Macam dalam kolam air gitu. So air die memang sesuai untuk mandi… Kiteorang sampai situ around 4 something and memang a bit early lah kan…so jalan-jalan la dulu sambil makan kuaci. Dan terasa sangat tenangnya, bila anjing-anjing langsung takde yang mengikut. Bak kata orang tua-tua mulut tu jangan cabul… Ringan je cakap ngan my friends, sini memang aman takde anjing…

Tenang kan Sunset Beach ni?

Haaa kauu… Sekali lafaz tetiba Azlina dah lari… Ahhaha…. Rupanya 2 ekor anjing datang meluru dari belakang kiteorang. Yang Arda tak payah cakap la, dah lari terkedek-kedek ke laut. Uols ingat anjing tak reti swim ke? Very the kan… Anjing2 ni ikut kiteorang sebab die hidu bau kuaci yang kiteorg makan. Tak tahu pulak favorite food dorang sama ngan hamster… Silap percaturan lah ni… Makanya, puas jugak nak halau anjing yang asalnya sekor jadi 2 ekor pulak. Ahaa bukan anjing jadian tau… tapi die pantas ajak geng2 die serbu kiteorang.

Taken by Arda (gambar jauh sebab ada die lari kat air kan)…Lihatlah anjing 2 ekor tu…

Cikgu vocal gayanyaa… hahahah… Keles Pakya mengajar kat sunset Beach

So kiteorang guna taktik orang-orang kat Pattaya beach, buat muka garang and angkat tangan sambil
menghalau. Tak jalan langsung taktik tu! Sememangnya anjing di Sunset Beach lain macam. Akhirnya, dorang blah jugak selepas menyaksikan persembahan live Sabye2 kat tengah pulau. So tips nak bagi anjing kat Sunset Beach lari, cer korang dance Sabye2….tak caya? Korang try dulu ye…Hahhaha! What happened in Lipe, please stay in Lipe

Lega jugak time 2 ekor dah blah. Tapi itu semua angan-angan je.. Bila kiteorang terus jalan ke depan…Sebab asalnya, kat depan tu kiteorang nampak macam ade batu-batu besar. Mana tahu boleh berangan main nyorok-nyorok macam Izzah and En. Haris kann… Ahhaha. Tapi hajat tak kesampaian bila 5 ekor anjing sekaligus lari kat kiteorang mintak makanan. 5 uols! Ni memang kelakar bile kene keliling ngn anjing. Nak lari mmg tak leh. Nak tadah kaki, memang geli… So apa kiteorang buat, kiteorang jerit Help Help Help!

Lantaklah apa orang nak kata, tapi bile ingat balik memang kelakar sebab muka kiteorang serious gile nak mintak tolong. Macam la anjing2 tu ragut bag2 kiteorang kann… Tapi kepantasan abang2 cleaner kat ada satu bar ni memang bagus. Lari bawak penyapu sambil halau anjing2 tu. Fuh lega sangat-sangat time tu. Tak nyesal jerit mintak tolong kuat-kuat hahahah…tapi bila fikir balik, sebabkan kiteorang 4 orang, habis meriah terus Sunset Beach yang tenang tu hehe

Kiteorang yang sememangnya taknak berlengah lagi, dengan pantasnya jalan ke Boom Boom Bar. Kat sini lah kawan Abang Roon keje. So kiteorang tanya terus,Abang Man mana? Rupenya owner die Abang Man. Wah sekarang kenalan semua owner bar and restaurant je kann… Meriah kami di Lipe…heheh…Since nak lepak kat area Boom Boom Bar je, kiteorang order air and terus lepak kat bar die.

Selepas insiden Help! Help! Help!. Barulah terasa aman dan damai
Belakang tu lah tempat batu-bata yang cantik tu…
Time to mandi manda with girls

And my friend, Azlina pun kurang sihat at that time, jadi die telah menjalankan tugas sebagai ibu utk menjaga bag-bag kami. Kiteorang bertiga? Apa lagi kan… Terus mandi kat pantai jelah..Best sangat-sangat… Tapi before kiteorang gi, ada gak pesan kat Abang Man, tolong tengok-tengok kan Azlina… Ternyata orang-orang kat sana caring giler ye… Jaga mmg baik punyeee.. Takde anjing pon berani rapat ngan die hehe…

Meow ni je yang dibenarkan untuk teman Azlina. Yang lain semua Abang Man tolong halaukan.
Few people dah get ready depan Boom Boom Bar untuk sunset

Tetiba ada anjing landing baik punya depan sunset… Tido Maghrib sungguh hanjing ni

And around 6 pm, my dream to see sunset in Lipe, came true. I can see the spectacular view of sunset. Subahanllah, cantik sangat-sangat. Ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Orang kata benda yang baik hendaklah dikongsi, jadi berpuluh-puluh jugak gambar kiteorang amik plus macam-macam posing dah buat. Hanya untuk tatapan rakan-rakan semua. For those yang memang follow my Instagram, you guys antara yang terawallah dapat tengok   (kenapa ayat feeling2 retis ni?)

Young version of sunset
See… Makin lama makin cantik
Among the first sunset pictures

Yes, it’s real! It’s sunset

Cover album perhaps? But no. 3 can be used for Sheqal new album I guess

Our goodbye pictures to stunning sunset

After spent few hours in Sunset Beach, it’s time for us to go back. As promised, we chow 10 mins earlier cos takut Path dah tunggu. But janji orang Thailand lain macam, compared to janji melayu cam kiteorang ni…hehe! Die dah sampai awal ye siap cari kiteorang kat beach lagi. Terserempaklah dengan die time nak menempuh kegelapan hutan tu.. Terus rasa mcm Path tu ikhlas and baik hati nak amik kiteorang. Baiknya awak ni Path. Sanggup cari kiteorang balik, kalau taxi lain tu, mesti macam malas nak layan and sanggup jemput kiteorang pulang.

Time naik taxi ngan Path tu, asyik senyum je die melayan kiteorang yang dah terjerit-jerit. Mana taknya, bawak motor siap U-Turn 360 darjah. Menjeritlah kiteorang kan..Tapi sampai jugak kiteorang, die hantar betul-betul  depan chalet yeee. Siap bagi discount 150BHT. And nak jugak bagitahu, muka Path ni macam hero Korean tau.

Sesuai sangat muka dia dengan bakat melukis yang dia ada. Actually, nak tanya banyak sangat soalan kat die, tapi faktor bahasa pulak. Anyway, syukur sangat dapat jumpe orang-orang yang baik mcmni. I’m so blessed.

Balik from Sunset Beach, siap-siap pulak nak gi ke Pattaya sebab nak layan live band kat Bungroon Restaurant (kekdahnya dah janji ngan Abang roon nak datang tengok live band die). So dengan berbekalkan torchlight Pakya, kiteorang pon gigih jalan dalam gelap-gelap.

Sampai kat Pattaya, dinner dulu kat Restoran fevret all my friends, Minna. Kiteorang makan Megi tomyam, Kuey Teow Kung Fu and nasi goreng siap ada kulit ayam lagi. Sedap la Kak Minna ni masak. Kalau nak kenal Kak Minna ni senang je. Die yg asyik tersenyum and susah sangat nak dengar suara die. Maybe die zahirkan kata2 dia dalam masakan, ewahhh!

Yummy Tom Yam

Habis je dinner terus pergi ke Bungroon. Sampa-sampai  je, kami disambut meriah oleh owner tu sendiri. Terasa diri femes pulak (verangan)…. Layanan memang 1st class, since perut pon dah kenyang and duit BHT pun makin menipis, kiteorang order Watermelon Shake je. Kongsi lah 3 org, itu pon tak habis. Agaknya sebab terlalu fokus dengan nyanyian waiter Abang Roon ni, tu yang air kiteorang tak abis tu…

BungRoon Halal Food
Bergambar dengan Harimau Malaya katanyaaa
Memang artis sungguh… ahhahaha

Since kat Pattaya pon hujan renyai2, kiteorang lepak la sampai hujan berhenti. Balik terus ke chalet and terpaksa lalu kawasan yg memang gelap macam jungle trekking malam-malam. Tipulah kata tak takut kan. Dahlah kite kat tempat orang, pastu gegirl pulak. Mestilah kiteorang takut. Nak jadikan cerita, time lalu kat tempat gelap tu, semua terdiam.

Aku macam biasala, aku akan duduk kat tengah kononnya extra selamat. Ahahhaha…. Time kiteorang lalu kat area kampung dorang, tetiba bunyi benda kuat jatuh dari pokok… Disebabkan terkejut yang amat sangat, aku terus stop jalan… Ala-ala tgk tengok video then tekan PAUSE…

Sampailah Arda cakap, itu kelapa lahh. Kelapa ke, pokok kelapa ke, takdenya la nk pause lama2 kt situ kan. Terus buat acara pejalan kaki berkumpulan. Weh seramm uols. Kalau die kelapa pon, aku tak nak tahu apakah itu… Berdoa dalam hati, benda tu adalah kelapa je… Xnak pikir bukan-bukan!

Sampai kat bilik, kiteorang terus siap-siap packing barang. Habiskan stock-stock makanan and kemas apa-apa yang patut. Dengan harapan pagi esok terus chow je. Malas nak packing last mins, leceh. Malam tu, kiteorang terus tidor. Takdenye nak bermonopoly bagai. Al maklumlah, penat sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *