Backpacking to Beijing Part 4

Jom kita layan cerita kami seterusnya…

Selepas bersesat sakan di Linjing Hutong, kami teruskan perjalanan ke Gulou Dajie di mana letaknya Drum & Bell Tower. Hanya perlu turun di Line 2 dan turun di Exit D. Tapi time kiteorang sampai kat sana, Exit D tengah renovation. Jadi kami terpaksa keluar di Exit B. Lintas jalan and bergerak menuju ke utara. Kalau tak sure, ikut je orang ramai yang menuju ke sana sebab tempat ni memang cantik gilerrr!

Goodbye LINGJING Hutong. We met few kind people here 🙂

Guloudajie

Ikut je orang ramai-ramai yang lalu kat area sini

Masuk pharmacy nak cari bekalan ubat


Sampai je, kiteorang terus berjalan menuju ke Drum & Bell Tower area. Bila berjalan ke sini, kiteorang singgah kat Mc’Donalds untuk beli coffee. Cuaca memang makin sejuk, so a cup of coffee definitely the best thing to comfort us. 

Mc’Donald pun ada kat area Hutong ni

Amoy aaa, coffee satu!

Nice door

Antara pub yang ada di Gulou Dajie

Sepanjang jalan tu, kiteorang memang lalu di kawasan-kawasan Hutong yang memang sangat cantik.Bangunan-bangunan lama yang masih tersergam indah membuatkan kami rasa teruja nak explore semua lorong yang ada kat situ. Memang terbaik kalau sapa-sapa yang memang suka ambil gambar. This place is perfect. Even it’s still exist solely  for tourists, it’s definitely give us original glance about Beijing in the past.

Nak tiru batu ni

Building in Hutong is perfect

Knock knock…Tapi jangan salah knock!

The best Vietnamese restaurant in Beijing (Trip Advisor 2012)

Only driver can fit in

Macam producer recce tempat nak buat filem

10 minutes later, kiteorang pun sampai di pintu masuk Drum Tower. Sebenarnya, Drum & Bell Tower ni just opposite each other. Di tengah-tengah 2 bangunan ni ialah padang simen di mana letaknya tempat parking bas-bas pelancong. Kat situ jugak, orang-orang di sekitar Hutong menghabiskan masa dengan bermain sepak bola tangkis. Permainan ni memang popular kat sana.

Untuk masuk ke dua-dua tower ni, anda hanya perlu dapatkan tiket yang berharga 40Yuan/RM20 sahaja. Tapi kiteorang hanya beli tiket untuk ke Drum Tower sahaja. Sebab takut tak sempat nak discover tempat lain di sekitar Gulao Dajie. Jam pun dah menunjukkan pukul 4.15 pm. Jadi kiteorang cepat-cepat menuju masuk ke dalam Drum Tower.


Beli tiket dulu

Only 20Yuan/RM10

After check ticket, sila masuk sini

Signboard : To the tower

Mendaki sikit je ni

Time kami masuk tu, takde terpikir pulak yang drum ni terletak kat kawasan paling atas dalam bangunan ni. Bila dah masuk tu, fuiyooooooooo! Tingginya tangga nak kena panjat. Wey… ni bukan macam tangga kat Batu Caves ye. Ini memang scary gile. 

Tangga die sangat kecil,tinggi dan membahayakan. Macam masuk dalam gua wey! Kalau nak naik tu, please jangan pandang atas. Aku siap pesan kat Yong,kau kalau takut nak naik, kau tunggu je kat bawah weh. Ini lagi disaster dari naik Great Wall of China tau. Tapi Yong cool je, die kate,dah alang-alang bayar, masuk je lah. Yeah!

Bila dah sampai atas, memang aku takdenya nak pandang bawah. Terus jalan menuju ke kawasan letaknya drum-drum tu. Fuh! Semput uols panjat tinggi-tinggi ni…Elok pulak bile kiteorang sampai tu, show drum nak start pulak. Jadi apa lagi, just nice, 4.30pm terus tengok drum show.

Yang ni… Mampu? Salute lah orang dolu-dolu

Posing time naik je, time turun takde maknanya

View from the tower

Live drum performance
Fungsi kewujudan kedua-dua tower ini adalah sebagai jam kepada masyarakat Cina zaman dahulu. Contohnya bila waktu pagi,drum dan loceng akan berbunyi untuk bagitahu satu kampung ynag sekarang waktu untuk bangun bersiap untuk pergi kerja atau sekolah. Ha gitulah functionnya. Kalau zaman sekarang still guna kaedah macani, confirm takde yang lambat sebab bunyi loceng and drum ni memang kuat yawww!

Lepas menyaksikan persembahan drum secara live, kiteorag bersiap-siap untuk turun ke bawah. And finally…Benda ni paling tak suke!!! Sebab aku sangat gayat especially bila tengok  bawah. Tak sukanya bile time turun and sebab aku lah, tangga tu terus jam. Yong pun apa lagi, membahan aku kaw-kaw nya… Eh kate tadi kalau tak larat, tak yah naik. Ha… telan jelah kan. Hahahah

Bile sampai kat bawah je, rasa lega yang teramat sangat. Sebab time nak turun tu, takut tergelincir and jatuh (mintak simpang). Siap tanggalkan glove sebab takut licin time nak pegang pemegang tangga tu nanti. Tapi besi pemegang tangga tu sejuk macam ais. Terus cancel and naik balik untuk pakai glove. Kalau pakai kat tangga tu, alamatnya memang jatuh la!

Ubat nyamuk

Yay! Muka berjaya turun dengan selamatnya
Dan kami teruskan perjalanan di sekitar Hutong pulak.Hutong ni memang antara kawasan yang cantik sangat. Tak rugi kalau korang datang sini. And untuk kiteorang, even sesat in the first place, we don’t mind if in the end, dapat tengok view yang macamni. Tenang sangat! (Terus lupa Mao’er Hutong tu kekdahnya)

Bila berjalan di kawasan sekitar Hutong ni, anda pasti akan disapa oleh beberapa pembawa beca. Korang boleh je if nak guna service ni, tapi please bargain ye. Jangan tertipu pulak nanti. Taknaklah nanti korang dapat experience yang tak best di tempat yang cantik camni kan?

Trishaw in Hutong

Sambil kiteorang jalan-jalan tu, dapat jugaklah snap 2-3 gambar bangunan di sekitar situ. Aku and Shima memang kaki posing. Kiteorang sajelah posing ala-ala tengah ketuk pintu, satgi si Kak Mah terketuk betul- betul…Ha kauuuuu! Terus owner rumah tu stop main music, nak bukak pintu. Then si Kak Mah boleh pulak lari… Aiyooo! Suka tau memalukan I ni ha! Nasib tak kena kejar dengan tuan rumah.

Hutong

Berjalan- jalan di Hutong is the best

Love road signboard

Dah habis tawaf satu Hutong, kiteorang pun beransur pulang untuk ke satu kedai souvenirs yang kiteorang nampak time datang tadi. Habis je borong, terus bergerak ke arah train. Tapi tengok jam macam awal lagi. Terus check itinerary, nak tengok apa lagi tempat yang kiteorang tak cover.

Bila tengok balik, ada lagi 1 tempat di sekitar Gulao Dajie yang kiteorang tak pergi. Tempat tu memang recommended place from few travel bloggers and our map. Nama tempat tu ialah HOUHAI Lake.Tempat ni digelar sebagai satu kawasan yang sangat best untuk lepak sambil dengar lagu Jazz (Terima kasihlah Groovy Map, totally agree with you).

Time berhenti untuk check itinerary tu, kiteorang terus tanya dekat penjual tepi jalan, macamane nak pergi Houhai Lake ni. Nasiblah, die paham apa yang kiteorang cakap.Then kiteorang terus return balik ke area Drum & Bell Tower. Bila sampai situ, tanya lagi satu couple ni. Dorang jawab yang dorang pun nak ke sana, so dorang suruh kiteorang ikut je dorang. See… orang-orang sana sebenarnya very friendly and helpful. Sukalah!

Bila sampai je depan pintu gerbang Houhai Lake, couple tadi pun cakap, go here, then you’ll find Houhai Lake. Masuk je kat dalam area situ, kami dihidangkan dengan bunyi muzik tradisional China sambil ditemani bangunan-bangunan lama yang cantik. In love sangat dengan tempat ni. 

Bila masuk area situ, korang akan rasa tempat ni macam Central Market KL. Memang sama je, tapi lepas je habis lalu deretan kedai, korang akan nampak satu tasik yang sangat besar. Tasik tu pun dah beku. Tepi-tepi tasik tu ada kedai live band! Aaaaaaa suka sangat-sangatlah tempat ni. Muzik die semua best sangat. Kiteorang sempat berjalan sambil tengok-tengok apa yang best kat sekitar situ.

Pintu gerbang untuk ke Houhai Lake

Ada banyak kedai souvenirs kat sini

Boleh naik basikal jugak if nak

Bar & pub di sekitar Houhai Lake

At the bridge

Macam nangka sungguh

Me and Shima

Tasik yang dah membeku

Walking to the subway station. Bye Gulou Dajie
Cuaca waktu tu, memang takyah cakaplah. Sangat sejuk. Aku and Shima dah figured out camne nak hilangkan sejuk. Caranya ialah, korang kena jalan peluk-peluk ye…Kalau Kak Yong memang bolehlah jalan peluk ngn husband die. Aku and Shima datang berdua je, so jalan jelah berpeluk dua orang. Memang baru rasa selesa bila macamtu. No wonder lah sume couple kat sini jalan kena gaya camtu…Barulah terasa kehangatan bercinta katanyaaaaa…

Dah habis menikmati keindahan tempat tu, kiteorang terus bergerak menuju ke station Gulao Dajie untuk pulang semula ke Wangfujing. Memang rasa tak puas sangat nak enjoy view di Houhai. Definitely nak repeat Beijing sebab nak lepak kat Houhai ni. Romantik gile especially kalau dapat pergi dengan orang yang special gitu! Kalau tak caya, korang try pergi dulu tau!

Sampai je hostel, macam biasa, aku n yang lain akan singgah di kedai runcit untuk beli mineral water yang size besar. Harga die dalam 10Yuan/RM5 sahaja. Tapi bolehlah buat bekalan untuk 2-3 hari. Worth it right? Balik je dari hostel, Shima complaint yang hostel ni memang terbaik cuma next time kalau nak datang sini lagi, kena make sure, hostel kita ade heater….

Sedap je kan kutuk hostel ni? Maaplah, kiteorang ni tak tahu…Tapi, aku cakap kat Shima, rasanya dalam bilik kite tu heater kot. Cuma kita je yang tak reti nak set macamane. Sebab, aku ada perasan time kat kedai souvenir petang tadi yang die nye heater sama sebijik macam dalam bilik kiteorang. 

Untuk kepastian, bila sampai je hostel, aku terus tanya kat receptionist tu pasal heater. And I was right! Memang itulah heater kiteorang! So, mamat tu tolong setkan die jadi panas… Ingatkan aku and Shima je, rupanya Yong and husband die pun sama gak…Aiyooo! Memang gelak kaw-kaw la time tu. Nak adventure sangat kan…Now, hamik kau!

To be continued *bilalah nak habis kan*

0 thoughts to “Backpacking to Beijing Part 4”

  1. salam dear..love your entries about beijing 😉 insya allah will be there in early december this year…x boleh backpack sbb bwk anak sekali hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *