Backpacking to Beijing Part 5

Pagi tu aku bangun dalam keadaan tersenyum. Tak payah nak risau lagi pasal nak sediakan baju malam sebelumnya, nak mandi pun takde hal lah. Bilik dah panas…Hehe!
Plan untuk haritu, nak pergi tengok Beijing Olympic Stadium-Bird Nest and Water Cube secara dekat. Jadi, kiteorang gerak pagi-pagi sebab banyak lagi tempat nak visit dalam masa kurang dari 24 jam je. Untuk hari ni, kiteorang namakan trip kiteorang sebagai, Trip-Banyak-Buang-Masa-Dengan-Transport. Nak tahu kenapa? Jom layan journey kiteorang!
Dari Wangfujing, kiteorang terus menuju ke Line 8-Olympic Sports Centre di mana letaknya Olympic Stadium. By the time kiteorang sampai ni, Line 8 akan ditambah lagi dengan menyambungkan station Olympic Stadium sampailah ke Gulou Dajie. So takpayah buang banyak masa untuk tukar-tukar train.
Memang dari Wangfujing ni, kiteorang perlu tukar beberapa line subway untuk sampai ke sini. Masa yang diambil, almost 1 hour to reach Beijing Olympic station. But worth it giler sebab tiket hanyalah 2Yuan/RM1. Apa yang bagusnya, station ni memang dibina khas untuk temasya Olimpik di Beijing pada tahun 2008. Jadi, memang tempat ni easy access which is keluar je dari subway station, terus nampak stadium ni. Ala-ala station LRT Star Bukit Jalil kalau di Malaysia.
Lihatlah mata bengkak kiteorang… Ke dah terikut dorang?
Finally dapat jugak duduk dalam subway
Exit yang sunyi sepi

Sampai di Olympic Stadium, suasana sememangnya berkabus. Angin pulak bertiup sepoi sepoi berduri uols. Kebas terus muka time kat sana. Terpaksa jalan laju-laju sebab tak tahan dengan cuaca yang very the…
Bila dah masuk ke dalam stadium kawasan tu, apa yang kami perhatikan, kawasan die memang luas sangat-sangat. Terasa macam atlet gimrama dari Malaysia datang untuk mengembalikan memori sewaktu ber-Olympic *berangan tinggi kekdahnya*. Dekat sini memang ramai sangat tourist yang datang untuk ambil gambar. Sampai ada auntie China mintak kami ambilkan gambar die, tapi battery die pulak habis.
Ha lagi satu nak cerita, memang battery cepat habis bila musim sejuk ni. Charge battery dah full, tapi bile guna je memang cepat habis. Jadi kalau korang nak datang time sejuk ni, bawaklah battery spare, at least ada back up in case battery korang habis cepat.
Look at the weather. Cold and cloudy
Security check
Shop still close
Bird nest
Me and bird nest stadium

Arts
This women… and I
The witch
Water Cube tu memang cantik dari luar. Kami tak masuk dalam pun. Sebabnya, kena bayar untuk masuk dalam tu. Kalau memang masuk untuk mandi, memang kiteorang ons je. Tapi, takdenye lah kan berangan nak mandi dengan cuaca yang ‘membunuh ini. So kami tengok dari luar ajelah.
Water Cube
Love the wallpaper

Dalam 1 jam spent time kat situ, kiteorang pun mula beransur balik melalui pintu keluar yang disediakan. Time keluar tu, tetiba je dengar suara orang cakap, 1..2..3.. Ha, macam selalu dengar je bahasa itu. Rupanya, orang Malaysia, datang melawat! Wah excitednya jumpa kaum kat negara orang.
Apa lagi tegur-menegur lah jawabnya…Tapi macam biasalah, orang Malaysia di luar negara memang lain macam sikit. Umpama perangai dorang bila memandu. Aku memang pelik dengan perangai sesetengah mereka yang sombong waktu di negara luar. Mungkin dorang rasa, takde class kot. Sebab orang biasa-biasa pun boleh pergi luar negara.
Mungkinlah kot sebab tu… Tapi perlu ke? Apa untungnya ada perasaan macamtu. Jadi, kiteorang memang taknak kalau boleh berperangai macamtu. Aku and Shima memang nak elakkan diri kiteorang jadi macam dorang yang sombong tak kena tempat ni. 
Jadi, apa lagi… Bersembanglah dengan uncle and auntie yang kami jumpe betul-betul di depan stadium ni. Dorang ikut travel agency. Then, diorang cerita lah dorang dah pergi mana kan… Ada jugak dorang tanya kiteorang nak gi mana pulak lepas ni… Dengan excitednya, kiteorang jawablah, nak gi masjid (sebab memang itu plan dalam itinerary kami). Die pun cakap yang dorang nak pergi today. And dorang cakap yang  dorang semalam gi tengok acrobatic show tau (dengan nada, aku je gi tengok, kau tak!). Ahaa…Dalam hati sempat gak aku jawab, MOTIF??? 
Entahlah, susah sungguh nak cakap tentang attitude orang kita di luar negara. Kalau aku diberi kesempatan untuk buat thesis. Aku nak pilih tajuk ni. Then, aku nak gi overseas untuk interview orang-orang kita di luar sana. Time tu, barulah aku tahu, apa sebabnya dorang ni jadi macamtu?
Kiteorang teruskan perjalanan ke destinasi yang memang kami tunggu-tunggu sejak hari pertama lagi, iaitu ke Niujie Mosque. Masjid ni merupakan masjid tertua di bandar Beijing. Jadi, inilah masa untuk kami melihat petempatan orang Muslim di Beijing secara dekat lagi.
Turun sahaja di station Line 5- Ciqikou, kami tahan taxi untuk ke Niujie Mosque. Tambang taxi yang dikenakan ialah sebanyak 21Yuan/RM 11.50 sebab perjalanan agak jauh. Tapi bila berkongsi empat, tambang tu jadi murah lah kan…
Sampai saje di Niujie area, kiteorang terus melintas untuk ke masjid. Tapi jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Kiteorang masuk sebentar dalam kawasan masjid untuk bertanyakan tentang waktu Zohor di sini. Lepas dah confirmkan dengan uncle ticket counter, kiteorang gi cari makan dulu untuk brunch katanya. Lepas tu, kami terus menuju ke area Muslim supermarket.
Syukur! Dapat jugak sampai ke sini
Pagar di luar masjid. Anyone please translate this for me?
Signboard Masjid Niujie
Inilah masjid yang tertua di Beijing
Sama seperti dalam gambar
Cantik kan?
Apa yang menarik minat aku, ada satu kedai ni, punyelah ramai orang beratur. Serious macam Nasi Kandar beratur… Kami jenguk-jenguk jugaklah, mana tahu, betul-betul ada nasi kandar kan. Rupanya tidak ye. Dorang beratur sebab nak beli daging. Teruslah Kak Mah and Kak Yong buat conclusion, agaknya susah kot nak dapat daging halal kat sini. That’s why ramai orang beratur. Itu kalau hari biasa..cuba kalau Hari Raya? Fuh, taknakpikirpelisss!
Lai lai lai… Jom beli daging. Nak masak rendang ni
Sambil kiteorang jalan-jalan nak tengok restaurant kat area situ, kiteorang ternampak Niujie Halal Food Place. Tempat ni macam food court yang jual makanan Halal. Wah rezeki ni, kiteorang terus masuk and naik atas. Suasana tangga die sebijik macam Flat Sri Sabah kat Cheras. Sebijik uols. Bukanlah sebab aku pernah duduk kat situ, tapi pernahlah datang melawat rakan-rakan. So tahulah macaman keadaannya kan…
Bila naik je kat atas tu, memang banyak sangat makanan. Memang rambang mata tau. Kiteorang terus beli nasi and pilih 4 jenis lauk. Takde pulak pikir time tu, rasa die macamane kan… Time amik makanan tu, ada jugak sorang student Malaysia yang beratur. Tapi katanya, gentle, die bagi kami amik makanan dulu. 
Pelayan-pelayan yang sedia membantu anda
Tengoklah foods kiteorang, banyak.tamak.lapar.membazir

Bila dah amik makanan tu, kiteorang bawaklah tray ala-ala zaman sekolah teknik ke kaunter cashier. Tapi cashier tu tak nak amik duit kami. Then kiteorang cam blur. Takkan ni moreyh (makan ramai-ramai time puasa) kot. Tapi bulan puasa dah lepas… Then macamane nak bayar. Kak Mah and Kak Yong la paling riuh pikirkan cara nak bayar.
Dah tanya, tapi dorang cakap bahasa dorang sendiri. Memang tak paham. Then pergi balik ke tempat ambil foods tadi, tanya… still tak paham… Student Malaysia tu ada lagi kat kaunter, jadi Kak Yong and Shima tanya lah kat die, “Macamane nak bayar eh?”. Die pun jawab yang die ade card. Then, dorang expect mamat tu gune student card la kot.
Then Shima tanya, camane ye nak dapatkan kad tu, barulah mamat tu jawab dengan penuh keihlasan dihati nurani beliau,”Oh kena bayar kat kaunter and topup duit dalam kad tu. Then bayar pakai kad ni kat kaunter cashier tadi”.
Terima kasihlah kami ucapkan kepada student Malaysia yang memang banyak membantu dalam memberitahu cara nak bayar foods kiteorang tu. Kalau kiteorang jumpa die kat KLCC or Pavilion and tanya mana toilet. Siaplah kau! 
Bukan apa uols, die memang nampak macamane kelam kabutnya kiteorang time nak tahu cara untuk bayar. Mana taknya, meriah kaunter tu time kiteorang tanya dalam Bahasa Inggeris iaitu bahasa International (takkanlah belajar jauh-jauh kat Beijing, tak reti English ye dak?) Tapi die tengok je tau!
Depan die pulak…Time Cina tu bagitahu kiteorang. Tapi, apa yang die buat hanyalah tersenyum sinis. Takpelah dik. At least ade jugak function kau berdiri tegak je kat kaunter tu. Dari takde kan. Jadi kami sangat bersyukur dan berterima kasih. Tapi ingat, kalau kau tanya kiteorang toilet takde air di KLCC or Pavi kat mana, siaplah!
Dapatkan kad ni before nak beli food or beverage
Selepas selesai urusan pembayaran, kiteorang terus menjamu selera dengan makanan yang seriously banyak sangat. Sampaikan tak habis uols. Habis je makan, terus turun untuk ke masjid.
Tengok ada orang bergambar kat sini, terus ikut amik gambar jugak

Bila sampai sahaja di depan masjid, kami terus berpecah untuk menuju ke ruang solat wanita. Ruang solat untuk wanita terletak belakang manakala ruang solat lelaki terletak di bahagian hadapan. Sebelum sampai di ruangan wanita, kami sempat berjalan-jalan di sekitar masjid.
Seni ukiran masjid ini memang unik. Tak sangka, masjid yang tertua di sini masih lagi utuh dan kelihatan sama seperti di dalam gambar. Ukiran seni masjid ini menggabungkan unsur-unsur China dan Arab. Sememangnya inilah bukti di mana penyebaran agama Islam telah berlaku sejak dulu lagi di China.
Di sini jugak, ada disediakan kelas-kelas agama. Sempat jugak kiteorang intai aktiviti kelas Tajwid yang diadakan dalam kawasan masjid ni. 
Kami berpeluang untuk mendengar laungan azan dari Imam yang bertugas pada waktu itu. Imam akan melaungkan azan di luar masjid dan para jemaah akan bergegas masuk selepas azan habis. Kemudian, semua akan solat berjemaah di ruangan yang disediakan.
Kami pun, terus bergegas menuju ke ruangan solat wanita.Sampai sahaja di ruangan wanita, kami bertemu lagi dengan orang Malaysia. Tapi kali ni, kakak yang kami jumpe ni, memang peramah. Siap cakap, nak ambil wudhu, pergi je dekat auntie tu, die baik sangat. Di ruangan wanita, ada seorang wanita dalam lingkungan 40an yang bekerja di situ.
Beliau tolong tunjukkan tempat wudhu,di mana ada air panas dan air sejuk. Kemudian, boleh lah solat dalam kawasan masjid yang telah disediakan. Kalau nak guna toilet, cakap je kat auntie tu. Nanti die akan bukakkan satu bilir yang dikunci, di mana ada air paip. Oh finally, proper toilet for me!

To non-Muslim, you need to buy ticket from this counter
Brief introduction on the mosque
The architecture was really good
Tempat laungan azan ketika zaman dahulu kala
The hall
Gabungan warna yang cantik
The roof
Pasu pun ada tulisan jawi
Imam tombs
Untuk belajar Tajwid
Imam melaungkan azan
Kawasan luar di sekitar ruangan lelaki
Ruangan solat wanita

Kemudian, kiteorang balik semula ke ruang solat lelaki untuk tunggu Along. Since tak larat nak tunggu kat luar sebab cuaca yang terlalu sejuk. Kiteorang pun masuk kedai yang ada disediakan di kawasan masjid. Tiba- tiba kami disapa oleh seorang lelaki yang agak berusia. Die tanya dari mana kami datang…Dan kami pun jawab dengan nada peramahnya, ‘We’re from Malaysia’.
Die terus keluarkan kertas and eja negara Malaysia dengan MALAYSA… Tapi aku betulkan ejaan die dengan tambah ‘I’ in between S and A. Dan die simpan kertas tu dalam poket die. Then die mintak aku and Shima duit kertas Malaysia untuk simpan. Tapi aku time tu memang takde,so Shima bagi duit syiling. 
Tapi die nak jugak, then aku explain baik-baik kat die yang memang tak ada. So akhirnya die paham. Ingatkan habis takat tu je… Die nak jual setem China pulak kat kiteorang. Tapi kami taknak. Then die nak ambil map dari poket aku. Aku ingatkan die nak buat apa lah tadi kan.. So aku elakkan diri. Rupanya die nak ajak naik Great Wall of China. And aku sekali lagi cakap, Takpelaaaa…
Akhirnya, die ajak aku and yang lain, solat. Dan lepas tu, aku tak nampak dah kelibat die. Along pun muncul lepas tu, jadi kiteorang terus bergerak keluar dari kawasan masjid. Harap lepas ni, uncle tu dapat ajar kawan- kawan die cara eja negara MALAYSIA yang sebetul-betulnya…
Berjalan keluar dari masjid
Untuk balik ke station subway, kiteorang dikehendaki untuk naik taxi. Kelibat taxi memang banyak, tapi semuanya dah ada orang. Bagi aku, ini merupakan dugaan yang paling hebat. Bayangkan dekat sejam kiteorang tahan taxi. Macam-macam tempat kiteorang tukar untuk tahan taxi, tapi memang takde taxi pun yang nak hantar kiteorang ke subway station.
Yang ada hanyalah bus. Memang susah sangat-sangat! Sampaikan kiteorang kena melintas jalan, siap ada kereta maki-maki geng-geng lintas kiteorang sebab lampu isyarat hijau tapi kami tetap jalan. Habis, bila lampu isyarat merah, kau jalan, camane aku nak lintas? Ha gitu!
Akhirnya, kiteorang give up cari taxi kat area jalan besar Niujie. Jadi kami pun try cari ke tempat yang tak ramai orang. Then bile jalan, aku sempat tanya taxi untuk pergi ke subway station ni… Tapi ada satu couple China ni, die cakap just go straight and akan jumpe station subway Line 5- Chongwenmen.
Cam tak caya je ade subway station yang terdekat area sini. Jadi, kiteorang pun, teruskan berjalan even dah penat sangat. Dalam 15 minutes jugak berjalan, akhirnya kiteorang jumpe subway station Chongwenmen. Beli tiket and terus naik subway untuk ke destinasi seterusnya Summer Palace.
Station Chongwenmen
Dari Line 5 tadi, kami harus ke Line 4- Beigongmen station. Kami perlu bertukar beberapa Line subway sebelum sampai di Beigongmen Station, iaitu station yang paling hampir untuk ke Summer Palace. Time kami sampai di Summer Palace, jam pun dah menunjukkan pukul 3.30pm. Kiteorang admit yang banyak masa terbazir time nak cari taxi kat Niujie area. Tapi nak buat macamane kan? Dari hari pertama trip kiteorang smooth je, at least mesti ade 1-2 dugaan yang kami harus lalui untuk hari-hari berikutnya kan? Takpe, kami redha je 🙂
Since taknak buang masa lagi, kiteorang terus bayar tiket untuk masuk ke Summer Palace dengan harga 20Yuan/ RM10. Tempat ni merupakan tempat untuk maharaja-maharaja zaman dahulu berehat apabila tiba musim panas. Tempat ni memang besar sangat-sangat. Terus aku bayangkan betapa bestnya jadi raja, sebab boleh duduk dalam tempat yang besar dan sangat cantik.
Berjalan dari subway station to Summer Palace
Entry ticket – 20Yuan

Kami berjalan di sekitar Summer Palace dalam cuaca yang semakin sejuk dan cloudy. Kiteorang panjat sampai tempat yang paling atas. Time kami kat atas tu, takde orang pun yang tinggal except kiteorang. Since hari pun makin gelap, jadi kami pun bergerak ke bawah untuk tengok bahagian tasik yang dah beku tu. Tapi…kawasan tasik tu dah tutup since jam dah menunjukkan pukul 5.00pm. Sedihnyaaa sebab tempat tu lah yang paling cantik. 
Let’s start the journey
Banyak gile anak tangga but tak scary cam kat Drum Tower
Here it is
Jom naik atas tu
Banyak batu yang cantik-cantik, apa lagi posinglah
*poyo sebentar*
Semakin hampir
Dan inilah yang paling atas
Since dah tak dapat tengok tempat tu, kiteorang pun bergeraklah ke pintu keluar. Memang rasa sedih sangat sebab dah datang jauh-jauh tapi tutup pulak. Takpelah, ini tandanya kiteorang kena repeat lagi datang Beijing ni *ehem ehem*
Tak dapat nak explore 🙁
Balik ke bilik, aku and Shima terus kemas and packing barang. Habis packing barang, kami terus book taxi untuk ke airport dengan harga 160Yuan/RM80 sahaja. Even kami masih ada 1 hari lagi di Beijing…Tapi kami perlu check out pukul 10am esok. Lepas habis packing, layan dulu cite fevret kami and terus zzzzzz….

7 thoughts to “Backpacking to Beijing Part 5”

  1. hi cik Pora…best tgk cik pora jejaln….cemburu…hik3…tapi betul kata cik pora.. orang Malaysia bile pi oversea mmg kekwat ya azab….saya masa pi europe pun alami pengalaman sama ngan cik pora alami kat Beijing….perlu ke kekwat????setakat pi melancong je pun….kat Malaysia dok laung satu Malaysia la, Hidup Melayu la….tapi realitinye…..kuang3…sedihhhhhh…..anyway..keep up blogging ye…best kot write up cik pora…buat saya nak baca lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi…….

  2. wahhhhhh! Paling suka komen u ni haaaaa…Betul tu uols. Pelik2 dengan kaum kita sendiri. Kekadang nak jugak sound, tapi buat apa kita nak layankan orang camtu. Biar kita jadi diri sendiri… Terima kasih tau sebab sudi ha baca blog weols nie. Nanti, bacalah lagi ye 🙂

    1. Samalah. Penah pegi Perth, sy tegur minah ni terang lagi nyata siap senyum dekat dia. Dia leh smirk je then blah. Rs nak sepuk je. Haha. Anyway, best baca your blog. Thumbs up!

  3. hahaha selalu jumpa orang macam tu,dorang ingat dah sampai obese tu ,dah kira gah la..macam dia sorang je mampu,yela aku ni takmampu,sekadar pegi obese bajet tak macam korang banyak duit bayar riban2 dekat travel ag .bhahaha paling takleh blahh,bila kita senyum,dorang buat dekk je..ada mak kesah..pliss lah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *