Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 5 (Finale)

Continue from previous posts :

Part 1

Part 2
Part 3
Part 4

Pagi di Glur Hostel memang menenangkan. Tidur nyenyak giler. Mungkin sebab kawasan dia agak secluded compared to other places kot. Wuarghhh, malas betul nak bangun…Tapi kena bangun jugak before pukul 9.00am sebab hari nie kami berenam akan mengikuti trip ke Emerald Pool. Jadi, let’s mandi and bersiap beramai-ramai di hostel. Ha kan senang, bila toilet ada banyak macamni. Takdelah lama nooo nak siap-siap kan!

Tepat jam 9.00am, kereta yang berbentuk macam Hilux datang jemput kami di hostel. Since seat depan dah ade orang duduk, kami terpaksa lah duduk di belakang. Nasiblah die memang pasang cover sebagai bumbung kereta. Kalau tak, memang turun-turun je terus semua jadi Missy Elliot lah kan. Trip kali ni memang berlainan sikit sebab kena naik kereta yang ‘free’ aircond beramai-ramai selama 1 jam lebih ya. Tapi seronok tau! Gelak kuat-kuat pun macam orang lain kesah pulak? Bukan itu je, kiteorang siap buat party kuaci lagi tau. Memang moment terbaik bersama kengkawan gitewww!

Inilah MPV yang membawa kami bersiar-siar
 
Singgah petrol station dulu
 
Long way to go
 

Perjalanan ke Emerald Pool ni agak jauh sedikit kerana Emerald Pool, yang digelar Sra Morakot ni terletak di daerah Khlong Thom. Dan harus diingatkan, kami memang takde stop-stop kat RnR ke atau mana-mana tempat untuk berehat. A non stop journey yang pasti best kalau anda pergi beramai-ramai. So sepanjang journey tu, macam-macam gossiplah yang diutarakan. Maklumlah, nak the kill times kan. Dan bukan selalu naik kereta macamni kan. Kalau kat Malaysia, memang takkan sesiapa berani naik ramai-ramai camni. Kalau ada pun, confirm kena tahan dengan abang Polisi.

Akhirnya, kami berjaya sampai di Emerald Pool yang sememangnya jadi agenda utama aku bila sampai di Krabi. Kira macam merealisasikan impian jugaklah ni kan. Syukur! Apa yang perlu anda semua ingat, no foods,shampoo,weapon and wastage allowed when you’re in Emerald Pool area. Itulah caranya diorang nak protect and preserve kawasan di sekitar situ. I think, this is the best we should do to protect beautiful place like this. Agree?


Yay! Dah nak sampai
 
Most welcome!

 

Map di Emerald Pool

 

Dont’s

 

Baru dekat pintu masuk dah dapat view macamni
 
Stalls

 

Toilet


Apa yang aku perasan, harga tiket untuk masuk sini ialah 200BHT seorang. Tapi kami tak dikenakan bayaran since ianya dah termasuk sekali dalam tour. Tips untuk anda : – Double check dengan tour before buat payment tau! Since entrance fee dah masuk sekali dalam tour ni, kami hanya perlu terus berjalan menuju ke pool yang mengambil masa 15 minit. Aku and Fifie jalan sekali sebab masa yang diperuntukkan untuk berada disini hanya 1jam je. So taknak buang masa lama-lama dengan trekking aje.

Only 200BHT for adult


Yang join group kami ni, ada 3 orang kakak bersama dengan anak kecil dorang. So dorang dah ke depan, manakala aku and Fifie berada kat tengah. Sementara rakan-rakan aku yang lain, ada tinggal kat belakang. Jarak kiteorang ni memang jauh giler, kiranya kalau jalan lurus pun, tak nampak-nampak dorang tau. Aku and Fifie ni memang gigih jalan 2 orang. Kiri kanan hutan pulak tu. Nasib baiklah laluan trekking yang disediakan memang landai sahaja. Kalau berbukit, mau mengah meks!

Dah ready for 15 minutes trekking?


Sepanjang jalan tu kami ditemani bunyi-bunyian hutan yang mendamaikan. Sampailah tetiba ada satu bunyi mendengus di tepi kanan aku. Weyyyyyy! Giler tak cuak. Aku ingat harimau tau. Tapi Fifie expect babi hutan. Terus pegang tangan Fifie and baca apa-apa yang patut. Takut tauuu…Nasiblah dia tak menjelma, tunjuk muka or apa-apa yang die nak tunjuklah. Kalau tak, memang tak sampailah aku kat Emerald Pool ni. Syukur tiada apa-apa berlaku pada kami. *tapi masih terngiang-ngian lagi bunyi tu sampai sekarang*


Trekking trail


Sampai di hadapan signboard Emerald Pool, kami berkumpul beramai-ramai di tempat duduk yang disediakan untuk menunggu Diba and Fifie yang ke toilet . Once diorang dah ready, kami terus bergegas untuk melihat dengan mata sendiri adakah Emerald Pool ni hanya sekadar cantik di gambar ataupun wajib tengok dengan mata sendiri…

Ada banyak lagi tempat yang boleh korang discover kat sini. For us, Emerald Pool pun dah okey
 
500m more
 
Lagi sikit je nak sampai
 
Cantik kan?
 
Kenapalah creative sangat dorang punye signboard
 
 
Bila dah sampai betul-betul di depan Emerald Pool ni, fuh macam tak percaya….Tapi sebelum tu, first question, macamane air die boleh jadi biru giler macam swimming pool? Serious sebijik! Nak tahu kenapa jadi camtu? Selepas ber-google, sebenarnya air di sini mempunyai kandungan Kalsium Karbonat yag tinggi. That’s why lah air die warna macamtu bila bertindak balas. And one thing, air ni tidak sesuai untuk diminum ya, hanya untuk berenang aje. Dan disebabkan kandungan air yang begini, no wonderlah, tepi-tepi batu tu licin habis. Sebab bila kalsium karbonat ni didepositkan, ia akan membentuk satu permukaan yang licin. Memang bahaya sikit bila nak turun ke air. Merangkaklah korang hehe…

 

Dan sambung balik….Apa benda yang tak percaya tu? Of courselah, tempat ni memang cantik sangat. Kiranya, air die biru habis! And boleh dikatakan wajibs tengok dengan mata sendiri. Then barulah boleh appreciate this place. Bila dah nampak air camni, memang tak payah nak tunggu lama-lama untuk terjun! Sampaikan ada orang yang plan taknak mandi pun terus nak mandi jugak ehem ehem…Memang sapa yang tak mandi di sini, rugi lah! Kedalaman pool ni dianggarkan sedalam 3.5meter and air die sejuk gilos. So hati-hati pada sapa-sapa yang kurang mahir berenang.


The real pool

 

Yellowish 

 

Seronok kalau dapat pool macamnie kat rumah

 

Can swim without worry of clorines

 

People coming…Tapi still boleh swim puas-puas
 
Dan untuk pengetahuan korang, permukaan air pool ni dipenuhi dengan pasir. Ada 2-3 batu sahaja. So memang selesa habis untuk berenang dan buat macam-macam aktiviti di sini. Since kiteorang ni memang kaki posing, apa lagi kan…Kami pun veranganlah jadi atlet Malaysia yang beraksi cemerlang di “Pusat Akuatik” Emerald Krabi ni. Ha pelbagai aksi menarik terbaLik yang kiteorang cuba buat. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni :
 
We’re ready for Olympics babeyh
 
Tapi discuss sapa yang nak start right?
 
 
2nd place
 
Bila baru nak umumkan 3rd place, the 1st winner dah tercelop…
 

Abis je mandi, kami terus dipanggil untuk chow. Maklumlah, ikut tour begini, cukup time baliklah. Takkan nak tido sini kot. So trekking lagi 15 minit and sampai balik ke pintu utama Emerald Pool. Elok pulak, di sekitar pintu keluar tu, ada jual air kelapa Thailand dengan harga 30BHT. Fuh, nikmat sungguh tak terkata. Slurp slurpp sampai ke penghabisanlah.

 
Ini driver kami. Nama dia Rashid


Next desination kami ialah : Elephant Trekking babeyh. Bila fikir balik, no wonderlah Emerald Pool ni kena pergi dulu, sebabnya, kalau dah berbusuk-busuk naik gajah, habislah kotor pool tu kan. Hmmm make sense jugak ni. Okay, jangan banyak mengomel. Jom continue story. From Emerald Pool tu dah tak jauh dah dengan tempat nak naik gajah. So bila sampai di kawasan kelapa sawit, kami terus nampak beberapa ekor gajah berkeliaran. Bagi aku, nak kata excited naik gajah tu takdelah, sebab dah pernah ada experience ni di Bangkok dulu. So layan jelah kan.


Almost arrive 
 
Macam kedai makan 
 

First glance of elephant in Krabi
 

Bila dah turun dari kereta, aku perhatikan, hanya ada group kami je kat sini. Adakah yang lain busy ber-island hopping. Mungkin jugak kan? Takkan datang Krabi nak hadap gajah-gajah ni… But it’s actually depends on individual preferences and budget. For us, layan gajah pun fun sangat! Okay, trekking ni ambil masa selama sejam wey. Giler lama duk atas gajah. And jalan die very the turun naik bukit. Tapi aku envy dengan gajah Fifi dan Azlina sebabnya gajah die ada baby yang diberi nama Nankid. Cute betullah baby elly ni. Dahlah die kena tak boleh berpisah ngan mak die.So bila time mak die kena kerja bawak kiteorang, die pun kena ikutlah mommy die bawak cousin gajah : Fifie and Azlina hehehe…

 
Inilah pasukan gajah-gajah yang akan membawa kami bersiar-siar
 
Since gajah besar and and tinggi, kenelah naik tangga
 
Come to mommy Elly *bukan Elly Maz—-*
 

Nankid ni memang buatkan kiteorang semua melt dengan die. Macam-macam tempat die singgah sebab baby kan, macam-macamlah die nak try uols. Semua benda dia nak tengok and kunyah. Tapi non pandai makan lagi. Alahai, jatuh cinta pulak dengan gajah…Disebabkan kami 6 orang, jadi 3 gajah diperlukan untuk bawak kami berjalan. Gajah Aku+Arda berada di tengah-tengah, gajah Diba and Ain dah kat depan and cousin Nankid haruslah kat belakang kami ni. Heheh…


Baby Elly in action


Paling kiteorang takut ialah bila gajah-gajah ni trekking dalam air, rasa nak jatuh hokey. Memang jerit kaw-kaw lah. Riuh terus Krabi sebab kiteorang. Yang paling kelakar bila si Nankid dapat masuk air, sebijik macam budak kecik dapat mandi. Weyyy comel gile, rendam-rendam and goyang-goyang kepala dia dalam air. Then staff kat situ cakap, baby loves water. Awwwww, nak bite you lah Nankid.

Mari mandi di tengahari bersama baby Elly

 

Muka cousin Nankid cuaks sebab….
Nankid buat renang berirama dalam lumpur

Bila dah habis trekking dalam air, baru kami perasan ada couple mat saleh yang join trekking gajah jugak. Once diorang masuk dalam air, diorang terus jerit, Help!Help!Help! Kami stop terus untuk tengok dorang even kami dah ke depan. Tapi die still jerit jugak. Apa yang aku perhatikan, gajah die lagi kecik and maybe tak dapat nak balance kan couple ni.

Help! Let’s take a look who’s in danger

One more thing, bini die memang panik giler time tu. Siap ada barang jatuh lagi. So Gajah Diba and Ain terpaksa patah balik untuk rescue dorang. So kami kena jalan dulu while gajah Adiba n Ain dalam misi menyalurkan bantuan gitu. Bila dah berada di tempat yang redup, gajah- gajah kiteorang berkumpul while waiting for mereka yang membantu mat saleh tu.

Nothing happened to the couple

 


Untunglah driver gajah tu

Elok pulak staff kat situ bagi arahan suruh Kiss kat gajah-gajah tu, jadi tanpa buang masa, cik gajah pun terus kiss kami guna belalai die. Aiyooo geli sangat. Memang menjerit-jeritlah kiteorang bila belalai tu singgah kat tengkuk or even rambut. Mana taknya, die akan bagi hidung die…And hidung die ada air, maklumlah baru lepas berendam dalam lumpur. Then, bentuk die tu ada 2 lubang gitu. So agak lain macam sedikit. Don’t think yellow-yellow hokey!

Balik je dari trekking yang aku rasa lama giler, kami kongsi duit beli pisang untuk bagi The Gajahs mamam. Time tu Nankid tengah menyusu ngan mak die, so kami bagi mak die jelah. Mampu bagi guna belalai die sahaja, even staff kat situ suruh bagi kat mulut. Tapi memang aku tak berani ye nak menyentuh bibirmu wahai cik gajah.

Only 50BHT to feed them
Banana time!

 

Tak lupa jugak kawan-kawan mak gajah ye

Habis je bagi makan and bergambar, tibalah masa untuk elephant show. Katanya ini kakak Nankid. apa ntah nama die, tapi sexy macam Beyonce gitu heheh…Die ni perlu makan sebanyak 150kg sehari. No wonderlah badan kau meng-gajah kan…Weyyy, memang kalu ada manusia macamni, siannya, gaji hanya perlu beli foods je kan…

Bila show dah mula, macam-macam aksi yang die tunjukkan kat kami. Yang bagusnya, gajah ni boleh paham arahan dalam bahasa Inggeris je tau. Oh my English la kan? Tapi paling funny bila die boleh buat Gangnam Style.Cutie pie sungguh la akak Nankid ni. Show hanya memakan masa selama 15 minit je. Kalau lebih-lebih, gajah pun muntah uols. Silap-silap korang yang kena jadi bahan show pulak.

Tengah-tengah tengok show, ada pulak yang bergelimpangan
Habis show, dapat makan pineapple

Time’s up and kami kena balik ke hostel. Oh lupe nak bagitahu pasal driver ni, nama dia Rashid,  memang baik and sabar gitu ngan kiteorang. Kami plan nak mintak die hantarkan kami ke Krabi Town. Since harini Ahad kan, so ada night market yang famous di kalangan pelancong di sini. Die pun setuju dengan harga 100BHT seorang, kami pun terus ons lah.

Balik terus mandi and rehat sekejap. Pukul 5.00pm tepat, Rashid datang ambil kami untuk ke Krabi Town. Tapi before tu, kakak-kakak yang kami pergi trip pagi tadi pun nak join kiteorang gi night market jugak. So kami suruh Rashid ambil diorang dekat hotel Ao Nang. Sebenarnya, plan nak pergi Krabi Town ni adalah bertujuan untuk mencari Mini Pancake (Kanom Krok) yang menjadi idaman Arda since di Phuket lagi.

*Krabi Night Market hanya buka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Malam sahaja.

So dah alang-alang nak cari, boleh explore pasar malam die sekali kan? Since perjalanan ke Krabi town hanya mengambil masa selama 30 minit, kiteorang pun sampai quite awal di mana semua stall baru nak susun barang. Tapi takpe, kami dah deal dengan Rashid untuk datang jemput kami pada jam 8.00pm. So berejam-jam lah boleh duduk kat Night Market ni sampai lebam.

Bukan orang sebenar tu

 

Parking motor
Krabi Night Market
Handmade leather ni cantik

 

Banyak T-Shirt kat sini

 

Handmade jugak
Suke these boys. Pandai cari duit dengan dance aje

 

Corn

 

Muslim food : Must try jugak. Ayam dia marvellous kebaboms
Looking at this uncle made me realized, never give excuses to survive. Salute you

 

Memang banyak handmade cantik-cantik. So creative

 

This one too

Dari hasil pemerhatian, memang barang-barang kat sini lagi murah dari Ao Nang street market tu. Kalau nak beli souvenirs yang lagi cantik and murah, better beli sini! Kami terus serbu halal food stall yang jual ayam goreng macam uncle bob in Malaysia. Tapi rasa die lagi sedap. Murah je. Memang should trylah. Dan akhirnya, kami jumpe pun kedai yang jual Mini Pancake tu. Habis semua borong siap bawak Malaysia lagi. Keles kannn?

Akhirnyaaaaaaaa….Dapat jugak jumpa benda alah ni
Mini pancake

Tapi dalam banyak-banyak yang paling aku suke, haruslah coconut ice cream with caramel sauce dengan harga 30BHT sahaja. Memang makan slow-slow sebab sedap sangat. Korang suma kena try tau bila sampai di Krabi Town Night Market ni.

Oh my favorite
Sedap giler! Korang mesti try
Convenient Store > Mesti masuk. Barang murah

Jam 8.00pm je, Rashid pun dah tunggu kat depan pintu masuk pasar malam tu seperti yang dijanjikan. While waiting for kakak-kakak tu sampai kami sempat lepak kat atas kereta die dan bergambar. Rashid ni memang layan je kerenah kami siap sempat belajar bahasa Thailand lagi uol. Baik betul tau die ni. Balik je dari Night Market kami memang plan nak makan-makan kat Halal Hawker di Ao Nang street (sebab ternampak time on the way ke Krabi tadi). So dah alang- alang nak gi situ, kami pun minta Rashid turunkan kami di Ao Nang je instead of hostel.

Kami sebenarnya nak surprisekan birthday girl, Arda dengan pancake. Maklumlah, katanya nak celebrate ala Krabi kan. Ha makanlah pancake 3 tingkat yang kami beli ni.hahahha! Keles tak? So aku, Azlina and Ain pergi beli dulu and the rest tunggu je kat kedai. Malam tu memang bergegar area kedai tu dengar suara aku nyanyi Happy Birthday. Semangat katanya kan…Hahah bila pikir balik buat malu je tau buat perangai camtu.Tapi untuk rakan tercinta nya birthday, relax jelah…

Behind the scene

 

Birthday girl dengan panCAKE nye
Habis je makan- makan, kami terus berjalan ke area street tu untuk cari airport transfer. Dan untuk pengetahuan korang, kami beli tiket ke Phuket dan balik ke Krabi. So macamni lagi senang, tak payah nak bazir masa patah balik. Since aku berdua je dengan Fifie yang akan balik petang, jadi kami pilih untuk menaiki taxi je. Harga untuk 2 orang 600BHT. Manakala diorang naik minivan beramai-ramai dengan harga yang lagi murah lah kan bila berkongsi 4 orang. Itulah bila flight lain-lain ni, masing-masing ada pros and cons 🙂

Back to this shop untuk beli few barang lagi
Cabaret show dengan harga tiket 500BHT/person. Tak masuk pun. Dari luar dengar lagu Awallah Dondang

On the way balik, lagi 3 orang nak pergi berurut, while aku, Fifie and Azlin dah penat and nak chow je balik hostel. Balik-balik aku terus kemas barang and tido. Tau-tau dah pagi and dorang pun dah balik KL. Tinggallah aku and Fifie dua orang. Jadi, lepas mandi, kami terus makan di pantry berdua sambil dengar ramai mat saleh berborak pasal travel dorang.

Final morning in Glur Hostel

Luckily, aku dengar good responses from them about Malaysia.Terus rasa proud sangat jadi Malaysian 🙂 Habis makan, aku golek-golek dulu dengan Fifie dalam bilik. Terasa malas nak pergi jalan-jalan lagi sebab pukul 12.00pm nanti taxi akan datang jemput.

Habis je bersiap kami terus check out and serahkan kunci bilik. Rasa macam taknak balik pun ade ni. Tapi itu semua dah biasakan…Esok keje wey jangan mengadalah nak stay-stay lagi. So bila taxi sampai, kami terus menuju ke airport. Yang driver jemput kami ni, owner kepada travel agency yang kami booked. So merasalah dapat naik kereta tokei. Wahahahah!

Since tak muat, pekerja dia kenalah duduk macamtu
Noy-Tokei travel agency
By Krabi

Sampai di airport Krabi, kami check in baggage and terus tunggu di departure room untuk flight balik pukul 2.25pm. Selamat sampai di LCCT pada pukul 4.20pm waktu Malaysia. Syukur Ya Allah kerana permudahkan segalanya.

Kira tamat sudah cerita aku di Phuket dan Krabi. Thanks a lot pada mereka yang mendoakan perjalanan kami berenam. Dan untuk the girls, thanks jugak sebab sudi ikut aku sampai ke Phuket and Krabi. For those yang plan nak pergi Phuket and Krabi, korang boleh email untuk sebarang pertanyaan. Insyallah, aku reply ye 🙂

30 thoughts to “Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 5 (Finale)”

  1. Hi..beautiful ending..;-).. same as us, take off KUL – HKT, return KBV – KUL.. out of 3, only me connecting JHB-KUL. Maybe going same locations as u guys, but after 1 nite in Phuket (Full Moon Party@Phangan), want to do sleepover in PP Don 1-2 nites (main reason's 2B here!)climb&kayak. then by boat to Krabi pier. Can u imagine to complete those in 4 days?!..any thought on that..?!

  2. Hello!

    Thanks for reading my posts.
    Your itinerary must be so tight as Phuket to Phi Phi Don quite far. But you can opt for speedboat. Cost you more but save time :)And depends how many days you'll be staying in Phuket,Phi Phi and Krabi

    From Phi Phi Don, only 300BHT *depends on how many pax* to Krabi (not sure about duration). Care to share your itinerary? So I can assist from there 🙂

  3. RM1k eh? Bile pergi? Sebab kalau ikutkan, tak berapa nak cukup if byk nak pergi trip-trip tu…Sana trip mahal sikit. For example, Phi Phi Don paling murah RM85/person siap makan. Itu pun kena pandai bargain. And FantaSea tu je dah RM135/person *bargain hard* Unless skip trip-trip tu kat Phuket. Beli kat Krabi. Krabi maybe murah sikit kot. But depends bila pergi eh?

  4. 25apr smp 1 may..1k x ckup? Itu utk blnje sane je..tiket flight dh beli siap2. Fantasea tu x kot.abes kuat layan gajah dgn pkej2 lain. Selebihnye mmg nk bykkan aktviti pntai.

  5. Okay cool. Sebab bukan peak season rasanya tu. Hotel sekali ke tu? Sebab time kat Krabi tu, kami dah siap2 byar duit hostel. Cuma bayar dekat Phuket je (RM100).

    Let's say :
    Phuket – Island Hopping 2places ->RM200 la max kan
    Krabi – Island Hopping/Activities Gajah or Emerald Pool ->RM200 max jugak

    Hotel?
    Nak sewa motor tak? Kalau nak, spare lah RM50. Then naik Tuk Tuk semua dlm 200BHT/way *bargain*

    The rest, shopping je lah kan? Cukup rasanya. Sebab kita pon bawak RM1000 je gi sana. Cuma jgn over-spent kat souvenirs la 🙂

  6. Ty MS utk best info.last skali ade pesanan x yg nk share..cthnye kalau jalan kt sana mlm2 kene rompak ke atau suggestion lain utk penuhkan aktiviti yg u rase ptut i try dkt sane.thanks again 🙂

  7. For Phuket-Jalan jalan lah area Bangla Road tu. Meriah malam2 for guys! Kalau cari package make sure gi je Bangla Road, murah. Kalau Tuk Tuk nak recommend tu takyahlah.

    For Krabi-Malam malam biasa aje. Buatlah massage or shopping.

  8. hi miz safura…sorry bz hbiskn keje..;-) my tentative iti as this..:

    21/5 – JHB-KUL..final flite (depart 21.55/JB, arrive 22.45/LCCT) overnite@LCCT

    22/5 – KUL-HKT (1 nite in phuket) 1st flite, (depart 7:25am/MSIA, arrive 7:50am) nk stay dkt2 rassada pier, sbb nk ambik 1st morning ferry to PP Don. coz nk transfer je, intend on 1 nite in PP Don..
    betul ke hotelATM.com website tulis cuma 1st morning ferry SHJ singgah Maya Bay 30 min, on the way gi PP Don?…ferry company lain sme x? klu btl x pyh la amik pakej island hopping…

    23/5 – HKT-PPDon (1 nite)..sight seeing @viewpoint. kayak ke climb ke..sy x ada scuba license ;-(..ada suggestion xtvt len x..mlm lepak bar tgk org tomoi ke..fire dance etc;-)(*alternate 2nd nite here)

    24/5- PPDon – KBV (*1nite) Krabi x tw nk gi mne..mybe little shopping suvenior & yes, nk cri oil paintings!..gmbr tu silkscreen ke oil ae..
    (*if 2 nites in PPDon, no sleepover in Krabi)

    25/5 – KBV- KUL – (Return 2:25pm/arrive 4:45pm) same as urs;-)
    KUL-JHB (depart 21:55pm/arrive 22:45pm)

    Rasa-rasa ok x…?
    MaxxFaizal JB

    p/s: enjoy kuching!;-)

  9. Hi Maxx,

    Your itinerary macam tight jugak. Anyway, here's my replies :

    22/5 : Try check this one-http://www.tripadvisor.com/ShowTopic-g303908-i9943-k1816109-Transfer_from_Phuket_to_Phi_Phi-Ko_Phi_Phi_Don_Krabi_Province.html

    Sebabnya time kiteorang pergi ke Phi Phi Don tu skali dgn trip island hopping, mmg pagi-pgi kena pergi. Kalau yang gi Phi Phi Don je, ferry tak sure. Speedboat maybe ade.

    23/5 – Climbing sounds really nice. Try la 🙂

    24/5 – Krabi- kalau shopping Krabi Town murah sikit. Byk handmade. Tapi tak sure oil paintings ke tak…

    SO far okay je. Cuma kalau dapat tidor kat Krabi, merasa jugakla suasana malam Krabi. Phi Phi Don hanya pulau je. Macam Railay in Krabi (which I tak checkitout pon). It depends on your taste, klau nak rasa betul-betul Pulau, better stay Phi Phi Don lama sikit. Tapi kalau nak explore more, stay kat Krabi skali. So you dapat merasa 3 different places in 1 time 🙂

  10. Ms sori kacau lg. Nk tnya absolute guest house terbaik x? Cadang nk book utk superior utk 4 org ok x? sbab i smpi pon dh mlm so nk ade service pickup dr airport ke hotel terus. Lg 1 breakfast include x?

  11. Personally, I tak recommend this guesthouse. takde breakfast. And 5 mins away from Patong area. Better cari yang tengah-tengah sikit. So bile u sampai malam, u boleh jalan-jalan area situ in walking distance. Try search yang dekat-dekat. Normally, they will provide airport transfer.

  12. hi ms blogger,

    baru baca entry u . good info yg u bg. july 4th i akn pg krabi with my friends. tp kiteorg travel by car from kl to krabi. ok ke?

  13. Hi Loqman,

    Thanks for reading. Yes can…but if I'm not mistaken, you need to follwo few procedure dekat immigration. But pls recheck kalau unsure. For me, bwk kereta lagi best even penat. But flexible to u 🙂

  14. assalamualaikum.. firstly tahniah sebab travellog u ni byk bg knowledge kepada yg membace… by the way… mmg ade keinginan untuk ke krabi… tp…….. mcm nk pegi sorg.. sbb nk tunggu membe2 lain xtau bile freenye… sbb xde perbincangan yg serius.. nk ty jgk la… biase i bace travellog pasal krabi mmg skripnye lebih kurg same.. terutama skali yg g ke pulau2 tu la kan… cume nk tau.. byk ke tempat2 menarik kat krabi yg x melibatkan air… hahaha… (ape punye soalan la)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *