Picnic with friends in Sungai Pangsun

Sebenarnya dah lama peram post nie sebab nak bagi laluan kepada post Phuket and Krabi. Bukan apa, kalau boleh tak maulah carca-marba sangat campur sana sini. Biar kemas dan berasas untuk semua gitu. Baiklah, jom kite mulakan cerita untuk kali ini. Pada Hari Raya Cina yang lepas (ha lama tak?heheh), aku dan rakan-rakan Let’s Travel group pergi ber-picnic di Ulu Langat.

Maklumlah, bila cuti and last minute plan, mana-mana pun tak kisah, yang penting dengan siapa kita pergi. Itu yang paling penting untuk kita ambil peduli. Tak gitu? Dan orang yang paling excited merancang semua ni, haruslah Mr. Azam Rosli a.k.a Lelaki ber-Bunga Merah. Kenapa ber-Bunga Merah? Later I will explain ya. Dia lah master planner untuk ber-picnic and sediakan semua foods untuk kami. Yang kami tahu, bawak bag and badan untuk memeriahkan lagi suasana. Terharu tak?

Tepat jam 9.00am, kami pun bergerak ke Sungai Pangsun, Ulu Langat dengan hati riang dan gembira. Berhenti di Petronas untuk menunggu kereta yang lain berkonvoi bersama-sama. Biasalah, pergi picnic bukan selalu. So peluang untuk sesat tu memang sangat tinggi. Untuk elakkan benda-benda ni dari berlaku, langkah menunggu inilah yang harus dipraktiskan.

Kami memilih untuk berkhelah di Impian Rimba Pangsun. Bayaran RM3 dikenakan untuk setiap seorang. Kawasan private katanya, so kenalah bayar. Since, hari pun mendung berarak, kami sewa sekali pondok yang ada disediakan di situ. Harga satu pondok RM30 boleh duduk sehari. Owner resort tu ada offer chalet sekali, manalah tahu kalau-kalau kami nak bermalam di situ, harga yang dikenakan hanyalah RM160/night.

We’re here!
Air sungai yang tenang

Bila dah masuk dalam pondok, kami turunkan semua bekalan-bekalan makanan yang ada. Semuanya disediakan oleh bonda Azam, Cik Ton. Mee hoon goreng, marinated lamb and chickens. Memang terbaiklah! Jasa Cik Ton akan kami kenang sampai bila-bila 🙂 Since semuanya dah tersedia, kami hanya perlu menunggu untuk ber-BBQ aje. Bila dah habis sesi bakar-membakar, inilah masa untuk makan beramai-ramai. Fuh menjilat jari semua foods yang ada!

Thank you mak Azam 🙂
Breakfast mee hoon goreng
Posing dulu before ber-bakaran
Look kurus lah korang
Ayam percik katanya
3 jejaka yang always together
Nak cepat masak, kena kipas kuat-kuat
Yummy!

Suasana di sini agak bising since ramai pulak budak-budak muda yang lepak sekali di situ. Jadi, takdelah sunyi sangat kan. Bila aku tengok dorang ni, terus aku teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu. Suka betul buat trip pergi sungai dengan budak-budak sekolah. Bagi aku, itulah zaman yang paling best since tak payah nak pikir masalah dunia. Dalam erti kata lain, hidup dalam dunia sendiri saja. Tak payah runsing-runsing nak pikir pasal benda lain. Yeah! Bila dah mula mengelamun macamni lah kan…Banyak pulak membebel. Hehehe…

Ingatkan aku sorang je, rupanya…Ada jugak join mengelamun

Bila semua dah berada dalam kekenyangan, kawan-kawan aku pun terus terjun dalam sungai. Elok pulak dekat area pondok kami tu ada jambatan. Jadi bak kata Azam, kalau sesiapa yang lambat jodoh tu bolehlah mandi bawah jambatan. Keles statement die ni. Nasiblah, takde yang lurus bendul pergi mandi bawah jambatan tu kan.

Fifie and Ain merasmikan sungai
Happy bila dapat berendam
Yeah! Jambatan jodoh

Bila hari dah petang, mereka mula naik untuk bersihkan diri di tandas yang disediakan dalam kawasan tu. So aku yang tak mandi ni, ambil tugas untuk menjada pondok sementara dorang ke tandas. Ada satu insiden yang berlaku semasa semua kawan aku dah habis mandi. Tiba-tiba aje sungai jadi sunyi. Semua budak-budak yang bising tadi, dah naik ke atas. Ha kenapa semuanya terus berhenti mandi?

Aku pun mendekati seorang makcik yang ada kat situ. Die kata ada ‘sesuatu’ dalam sungai tu. Ianya berwarna hitam uols. Weh scary giler. Tapi nasiblah ada orang yang berani tolong alihkan ‘sesuatu’ itu ke pokok-pokok di sekitar hutan tu. Syukurlah, kawan-kawan aku dah naik. Itulah orang tua-tua kata jangan gembira overdose sangat. Inilah jadinya! Nasiblah takde apa-apa yang berlaku kat situ. Biasalah, hutan kan. Kami ni hanya datang tumpang mandi aje.

Since taknak tunggu lama-lama lagi kat situ, aku dan yang lain terus pulang ke pangkal jalan. Penat dan mengantuk sebab terlalu banyak makan but fun uols! Memang seronok bila dapat lepak sekali sekala macamni. Barulah dapat habiskan masa lama sedikit dengan rakan-rakan tercinta! Anyway thanks to Master Planner, Mr Azam yang suka promote lagu Bunga Merah Punya. Kalau teringin nak dengar suara beliau buat cover version macam-macam lagu, bolehlah visit page dia. Untuk yang lain jugak, terima kasih sebab luangkan masa korang yang super busy untuk ber-picnic. Till then, adios!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *