Trip ke Kuching, Sarawak Part 2

Ini adalah cerita Trip ke Kuching, Sarawak Part 2 yang aku hold agak lama jugak. Cerita dah lama letak dalam draft, cuma nak publish nilah, yang memerlukan masa agak lama. Jadi, marilah kita bersama-sama menelaah cerita Sarawak yang bombastic kebabom! Yeehaaaa…
Pagi tu, aku terjaga sebab Opah lupa tutup TV. Meriah tak reason untuk bangun pada pukul 5am di hari Ahad dan paling best bile tengah vacation di Sarawak? Bukan itu je, ada sekali tu, aku terkejut sebab rancangan TV ialah cerita Korea di mana girlfriend die surprise kan boyfriend die kat airport. Dah kata surprise kan…Haruslah ada elemen jerit-jerit, bingit bingit…Ya ampun, tak lena tidur sebab terkejut punya pasal! Tapi sempat pulak aku tengok, siapa pulak bercakap dalam bunyi macam hidung kepit ni? Dari situlah aku tahu awek die buat surprise! Ala tomey tomey…
Since aku dah bangun, aku kejutkan semua orang yang seharusnya sedang lena dibuai mimpi. Dah macam routine wajib time travel pulak, kena kejutkan yang lain. Mesti dorang angin je dengan aku yang bising giler kalau nak kejutkan orang bangun tidor. Al-maklumlah, ini kan hari terakhir kami di Kuching. So kenelah gunakan hari ni dengan lebih berfaedah, tak gitu katanya?

 

Aktiviti untuk hari ini ialah ke Sarawak Cultural Village (SCV) yang terletak berdekatan area Santubong. Selepas semua dah bersiap, kami check out hotel dan terus memandu ke area Pasar Satok. Tapi sebelum tu, kami singgah ke monumen kucing-kucing yang menjadi signature di bandar Kuching. Kalau nak datang kat sini, make sure parking tepi jalan and lintas elok-elok tau. Jangan excited sangat sampai benda tak elok pulak yang jadi.
Meow sedang bersantai di pagi Ahad
Habis berposing, kami terus memulaka perjalanan ke Pasar Satok. Mengikut kata Azli, dari Pasar Satok tu, kite kena ikut roundabout (ada Shell and Petronas) then ambil simpang pukul 3. Kalau memang fail bab jam-jam kat roundabout, jangan risau, ada signboard yang tulis Santubong/Damai. Jadi ambil aje jalan yang tu ye. Kalau tak yakin lagi, silalah tanya orang-orang di situ. Insyallah, sampailah anda ke pangkal jalan yang benar.
Mari kite mulakan journey!
Ke Santubong, please turn left
Dari situ korang ikut je next signboard and nanti korang akan jumpa jambatan yang boleh nampak Gunung Santubong. Dari situ, silalah berasa yakin yang anda semakin hampir dengan SCV. Kalau 80% je yakin, korang carilah Damai Resort camtu. Memang confirm jumpa. Sebabnya, resort tu hanyalah terletak berhadapan dengan SCV itu. Yeehaaaa!
Dah boleh nyanyi lagu Gunung Santubong dah
Kami tiba di SCV pada pukul 10pagi dan terus park van betul-betul di hadapan SCV tu. Time sampai di SCV, toksah nak cakaplah, cuaca memang tersangatlah panas. Mungkin sebab tempat ni dekat dengan laut Damai yang membuatkan tempat ni terlalu panas.
Information untuk visitors
Do’s and Don’ts
Teringin nak datang sini for partyyyyyy!
Bila sampai depan pintu masuk SCV, kami tak bersusah-susah beli tiket sebab Azli dah uruskan semua tu. Dia ada bagi SCV passport kat hotel semalam. So kami hanya perlu bayar entrance fee kat dia sahaja. Lepas dah settle process di SCV entrance, kami diberikan sticker sebagai pass masuk lah kiranya tu. Since masa pun dah suntuks gitu, kami cepat-cepat berjalan masuk.
Mula-mula masuk, dah boleh nampak ni
Batu-batu yang cantik
Sticker ni macam pass masuk
Start your journey now
Jadi, jomlah kita berjalan menuju ke dalam kawasan yang damai
Lost? Signboard is everywhere
Ini rumah Iban
Sepit-sepit baju yang dorang collect
Love the colors
They’re so proud with Pandalela Rinong
Unique kan?
Rumah Panjang
Dare to try?
Ha jangan ramai-ramai naik hokey
Antara barang-barang yang ada dalam rumah
Through the window
Fara tried the stairs
Nak pergi mana satu ni?
Makcik ni jual kuih
Katil mereka
Another mask I love
Suka dorang punya barang-barang cos patterns cantik
Harus diingatkan yang akan ada Cultural Performance pada jam 11.30pagi. Dan die takkan ada announcement, so pandai-pandai budget time! Aku, Fara dan Sofia berjalan bertiga sebab yang lain dah pecah-pecah. So kiteorang duk sakan bergambar sampailah jam menunjukkan pukul 11.00pagi. Dalam website cakap show pukul 11, so kami pun geraklah awal. Tapi sebenarnya tidak. Takpelah, boleh chop tempat awal-awal and berehat dalam aircond.
Bila show dah start, aku pun layanlah macam-macam tarian yang ditunjukkan. Sesekali tengok memang bestlah, sebab kita boleh tahu macam-macam bangsa yanga da di Sarawak. Kalaulah aku dapat tengok semua ni before ambil exam paper Sejarah, confirm terus A+++. Hehe…Tapi, paling menarik perhatian semua penonton kat sini ialah pakaian budaya kaum Iban. Memang 18sx sangat. Segan sendiri bila tengok hahaha!
Performance orang Iban
Ha sexy tak?
Cool one?
Tarian Melayu

 

Habis show, aku terus sambung masuk Rumah Cina, di mana aku dan Fara tak sempat nak visit sebab terkejarkan Cultural Show tadi. Sampai sahaja di depan Rumah Cina, kami disambut oleh seoarang uncle Cina yang fasih berbahasa Melayu. Dalam rumah tu, dia ada tunjukkan cara pemprosesan sagu suatu ketika dulu. Since terasa badan sangat berlengas, aku dn Fara pun keluar setelah habis tour dalam Rumah Cina yang merupakan rumah terakhir di sini.
Elok tengah duduk tunggu yang lain, Opah terkena selumbar time die turun tangga tadi. Kesian sangat sebab terpaksa tahan sakit. Nasiblah ada Fara yang merupakan nurse tak sempat habis tauliah yang datang membantu. Kalau tak, kena tahanlah sakit!
Poor my baby 🙁
Habis segala urusan di sini, kami terus bergegas untuk ke Pasar Minggu Satok.Al-maklumlah, time tu pun jam dah menunjukkan pukul 1pm. Katanya dah janji dengan Herry nak beli ikan terubuk semua. Harap sangat diorang still bukak kedai and yang paling penting sayur Midin ada lagi.

 

Beli ikan terubuk
Lai lai… kita kasi ikan naik flight
Habis je bershopping di Pasar Satok, kami terus lunch kat Kopi O Corner di area situ jugak. Habis je makan, kami terus bergerak menuju ke airport. Lepak-lepak dulu then terus check in barang. Few hours later, kami dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal terbang. Journey ke Kuala Lumpur memang smooth aje. Bestlah naik Malindo Air ni. Keep me entertaining all the time and everything just great. Memang harap sangat kalau Malindo Air dapat expand the route to few places like India or even New Zealand. Ehem…Ehem..
Bye bye Sarawak

 

Comfortable enough
Overall, I don’t see Sarawak ni satu negeri yang korang kena skip. Banyak lagi tempat-tempat di Sarawak yang perlu korang wajib explore. Since Malindo Air selalu offer awesome flight ticket price, why not kan? Lagipun, service dorang terbaik! So, rajin-rajinlah visit website Malindo Air untuk more offers.

0 thoughts to “Trip ke Kuching, Sarawak Part 2”

  1. hye there.can i get ur transportation contact number at kuching?

    btw.love to read ur blog.last year pg krabi phuket.ikut intenary u.hehehe. thank a lot for sharing in blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *