Budget Trip ke Australia : Sydney Part 2 (Blue Mountain)

Adalah menjadi kemestian jika berkesempatan berada di Sydney untuk ke Blue Mountain. Kenapa aku berani keluar statement yang macamtu? Haa… Ini adalah berdasarkan pengalaman aku selama beberapa jam berada di sana. Apa yang dapat aku rumuskan ialah, ianya sebuah kawasan yang unik dan pastinya akan memberikan satu pengalaman indah jika dibandingkan dengan kebanyakkan kawasan-kawasan lain di Sydney. Terutamanya apabila bercakap tentang awesome view yang akan dihidangkan kepada korang bila berada di sana. Fantastic!

Baiklah, aku pun taknak berceloteh panjang-panjang tentang Blue Mountain, along the way pun I can tell you why it’s worth to visit. Pagi tu, aku kejutkan Shima yang sedang lena tidur macamlah malam semalam buat marathon satu Sydney. Penat betul aku tengok die nie. Mungkin tak biasa berjalan jauh and lama sangat di negara orang. Takpelah Kak Mah, kite practice sikit-sikit dulu yeee…Hehe…Bila Shima dan aku dah ready, kami terus keluar dari MH dan terus menuju ke bus station untuk mengambil bas ke Central Station.


Pukul 7.00am di depan MH Sydney

New addiction – autumn leaves


Since aku and Shima dah beli weekly pass MyMulti with unlimited zones, kiteorang boleh gunakan pass ni utk melawat Blue Mountain yang terletak agak jauh from Sydney city centre. Masa yang diperuntukkan untuk sampai ke sini ialah 2 jam. Dengar mcm jauh kan, tapi korang tak terasa pun sebabnya sepanjang perjalanan korang akan lihat sendiri panorama yang marvelous kebabos… Terbaik lah! So kalau boleh jangan tertido lama sangat dalam train tu.


Tips : Untuk ke Blue Mountain naik train from Central ke station Katoomba.


Kami bertolak from MH dalam pukul 7.00am dan sampai di Central Station pada pukul 7.45am. Sebelum pergi, aku memang ada buat research tentang schedule train ke sana. Menurut kata atok GOOGLE, early train to Katoomba (express train ni) adalah pada pukul 8.24am. Tapi bila kami sampai di station, dorang tulis kat dalam screen yang train direct to Katoomba akan bertolak pada pukul 10.20am…Alamak!Lewatnyaaa… Pukul bapa pulak kiteorang nak sampai di Katoomba nie? Dahlah perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau sampai dah lewat, tak sempatlah nak explore banyak tempat kan?


Jadi, untuk mengelakkan kemusykilan dari terus berpanjangan, aku terus bertanya pada pekerja yang ada di situ. Menurut beliau, memang direct tain ke Katoomba hanya akan bertolak pada pukul 10.20am tu…Tapi, ada train yang lalu station Katoomba, iaitu train ke Lithgow yang akan bertolak pada pukul 8.24am. Dorang nie memang helpful sangat and akan tunjukkan platform mana yang akan membawa kami ke Katoomba. Bila dah berada di platform tu, aku nampak dah train yang berhenti untuk tunggu penumpang naik, tapi kosongggg jer.


Before aku naik train tu, aku double confirm balik dengan staff kat situ, adakah train ni akan berhenti di Katoomba. And dengan yakinnya mamat tu jawab YES! Jadi, apa tunggu lagi, aku dan Shima terus naik train tu, yang akan menghala ke Blue Mountain Line. Bagi aku, kalau boleh, korang berusahalah untuk catch this train. Sebab korang akan dapat spend time lama sikit di Blue Mountain. Dan harus diingatkan, pukul 5.30am di sini dah macam 9.00pm di Malaysia untuk musim sejuk/luruh. So manfaatkanlah masa yang ada yeeee!


Departures schedule to Blue Mountain. The earliest train – Lithgow

Masuk aje dalam train, aku and Shima memang cari seat berasingan sebab kami memang nak sambung tido dalam train. Tak larat uols nak menahan mata even kiteorang tahu sepanjang perjalanan, confirm kiteorang akan dijamu dengan view yang very the oh-some! Tapi nak buat macamane kan? Badan penat and mata pun dah separuh dunia, jadi inilah time nak sambung tido...Oh before that, apa yang aku suka gile pasal seat dalam train ni, korang boleh adjust nak duduk menghadap depan or belakang.

Yelah, most of people akan rasa pening, bila train bergerak secara bertentangan dengan kedudukan seat kite. Jadi, untuk elakkan perasaan tak best tu, korang boleh terbalikkan arah seat tu seiring dengan arah pergerakkan train. Kan senang? Mohon train di Malaysia pun ada seat macamni. Takdelah orang ramai berebut nak elak duduk membelakangi arah train bergerak, tak gitu?


Central Station 

Seats in the train – Boleh terbalikkan ikut suka aje


While waiting for depart

Bila train start bergerak tepat jam 8.24am, aku memang dah terlentok-lentok tido menghadap cermin. Tersedar pun bila aku terdengar perbualan orang Jepun di depan aku yang cakap macam pakai speaker. Apa ke jadah bangun-bangun dengar bahasa Jepun ni…takkan aku kat Tokyo pulak kan? Ha….jangan nak berangan tinggi sangatlah. Inilah lumrah hidup di Australia, terlalu ramai orang Asians yang bermastautin di sini untuk mencari rezeki yang lebih jika dibandingkan dengan negara masing-masing. That’s why lah kalau korang berjalan di sini, kat mana-mana pun, akan jumpa kaum-kaum se-Asia ni. Mereka ni ada di merata-rata tempat. Kekadang tu, terdetik jugak nak tanya, apakah tips-tips korang boleh stay lama-lama kat sini ye? Kalau tahu tu, silalah kongsi sikit 🙂

Kami tiba di station Katoomba lebih kurang pukul 10.30am…Time turun tu, memang terlalu ramai manusia dari pelbagai negara yang memang teringin nak explore Blue Mountain ni. Tapi, time kami keluar je dari tain tu, cuaca sangatlah sejuk sampaikan aku terpaksa pakai glove dan jaket yang memang aku bawak siap-siap. Bila dah sejuk-sejuk camni, toilet adalah tempat paling wajib untuk stop. Jadi, aku pon bergegaslah ke toilet di dalam station Katoomba.


More stations to go


Katoomba station – here we go


Elok pulak time nak masuk tu, aku ter-join rombongan auntie-auntie Korea yang masuk sekali dalam toilet tu. Dan yang paling best, time masuk toilet, dah terang-terang tulis LADIES. Tapi, ada jugak yang non-LADIES pergi masuk and then tak tutup pintu slumber je tuuttttt! Apa lagi, riuhhlah toilet tu dengan maki hamun yang dikeluarkan dalam bahasa Gangnam tu ha…Aku? Apa lagi mampu dilakukan, gelak sakan lah jawabnya. Ada jugak yang buat perangai tak reti baca jantina kat toilet. Kat sekolah korang tak ajar ke? Buat malu kat orang Austalia jelah korang ni…


Keluar dari station Katoomba, aku dan Shima terus melintas untuk mencari Carrington Hotel di mana letaknya trolley bus yang akan membawa kami ke Blue Mountain.Kenapa aku tak guna je Blue Mountain Explorer Bus? Sebenarnya, untuk mereka yag ada beli MyMulti Daily Ticket or Weekly Pass unlimited zones, korang boleh naik Trolley Bus ni dengan hanya menunjukkan pass ni sahaja. So, buat apa nak membazir lagi kan? Semuanya dah cover dalam MyMulti pass. Jadi, gunalah dengan sebaik-baiknya.


Oh ya, cakap pasal Carrington Hotel, macamane nak tahu hotel ni kat mana? Semasa kami melintas, kami sempat tanyakan pada sorang lady ni tentang lokasi hotel ni. Bukan malas nak cari, tapi cuaca sangatlah sejuk, tak larat nak bersesat-sesat dalam cuaca yang macamni. Bila tanya kat die, die terus suruh kiteorang ikut die sebab die pun akan lalu di hadapan hotel tu. Aku tengok, die slumber je pakai baju nipis, nak jugak tanya tak sejuk ke? Tapi belum sempat tanya, die dah tanya aku dulu, dari negara mana aku datang? Teruslah aku jawab yang aku datang dari Malaysia. And die terus cakap, wow! Malaysia is hot right? Not like here, freezing cold! Ha, memang die sedar yang di Katoomba ni sejuk rupanya. Mungkin die dah biasa lah kot! Huhu


Sampai sahaja di depan hotel, aku terus ucapkan terima kasih pada dia. Sebenarnya, hotel ni strategik jugak, cuma mungkin korang tak perasan pon yang ini adalah hotel. Tengok macam taman bunga pun hado! Sampailah aku sendiri nampak signboard Carrington Hotel tu. Punyalah lama baru aku perasan…Aku menunggu bus yang akan membawa kami ke Echo Point bernombor 686. Mula-mula aku ingatkan bus macam yang biasa kami naik di city. Tapi bila sampai, seriously, bas ni macam bas sekolah zaman dolu-dolu yolllssss! Unik giler. Berkayu-kayan bagai! Terus teruja naik bas ni. Nasiblah cuaca sejuk, kalau panas membahang, memang tak sesuailah bas ni buat jalan-jalan.


Tips : Untuk yang ada MyMulti, jangan pulak korang ingat bus yang Hop On Hop Off tu tau. Itu kena beli package kat kedai die. So yang MyMulti ini adalah bas bernombor 686. Kaler maroon/chocolate, macam bas mini sikit. From train, kena lintas jalan, and then jalan ke kiri, terus sampai nampak Carrington Hotel sebelah kanan anda.


Hop On Hop Off untuk yang berminat. But it’s not for MyMulti 3 


The sweet girl bring us to this place for bus station


It’s Carrington Place


The bus stop in front of Carrington Hotel


Okay dah sampai nampaknya…Moh le kite!


Pendakian untuk ke Echo Point


Beberapa minit dalam bas, kami pun sampailah di depan Echo Point. Di sinilah terletaknya 3 Sisters yang famous tu. So korang boleh berhenti di sini untuk bergambar sambil layan view yang memang cantik tak terkata. Memang tenang lah bila tengok tempat ni. Bolehlah verangan konon-konon tengok Grand Canyon with hutan-hutan at side. Tapi, memang terbaik lah sini. Kalau korang nak tahu tentang 3 Sisters, korang boleh baca tentang mitos yang diperkatakan di sini :


The commonly told legend of the Three Sisters is that three sisters (Meehni’, ‘Wimlah’ and Gunnedoo’) lived in the Jamison Valley as members of the Katoomba tribe. They fell in love with three men from a neighbouring tribe (the Nepean tribe), but marriage was forbidden by tribal law. The brothers were not happy to accept this law and so decided to use force to capture the three sisters. A major tribal battle ensued, and the sisters were turned to stone by an elder to protect them, but he was killed in the fighting and no one else could turn them back. This legend is claimed to be an Indigenous Australian Dreamtime legend.


However, Dr Martin Thomas, in his work “The artificial horizon: imagining the Blue Mountains”, clearly shows that the “aboriginal” legend is a fabrication created by a non-Aboriginal Katoomba local, Mel Ward, presumably to add interest to a local landmark. The story originated in the late 1920s or early 1930s and is unknown prior to that date. The Aboriginal traditional owners, the Gundungurra, have a legend that includes the Sisters rock formation (From Wikipedia).


Kami cuba untuk berada dekat lagi dengan 3 Sisters. So kiteorang turun ke bawah mengikut jalan yang disediakan. Sambil jalan-jalan tu, tetiba Kak Mah baru tersedar yang glove die jatuh berciciran tak tahu ke mana. So, sementara aku ambil macam-macam gambar, aku suruh die cari dulu kat mana tempat yang die lalu sebelum sampai ke sini. Bukan apa, kat sini kan cuaca tersangatlah sejuk. Bila dah macamtu, glove adalah satu benda yang dah memang masuk hukum wajib pakai. Kalau tak, mahu menggigil even matahari memancar atas kepala. Tapi, Kak Mah tetap tak jumpa. So what I did was, bagi je glove aku untuk die pakai sementara die jumpe or beli baru. Kang ada jugak yang keras sorang-sorang. Mana tahu, terus jadi 4 Sisters pulak kannnn…. Meriah Blue Mountain.


After few minutes, akhirnyaaaa….


Brief introduction about Blue Mountains


Bombastic view of  Blue Mountains 


3 Sisters yang disumpah menjadi batu

Ada look out point kat bawah sana


Batu yang membentuk seperti 3 manusia
Bawah 3 Sister ini semuanya gaung

Habis bergambar, kiteorang terus make a move untuk catch Trolley Bus ke Scenic World pulak. Tapi, aku tak terus pergi ke sana. Aku dan Shima singgah dulu kat Information Centre yang ada di situ. Tak tahulah kenapa terdetik nak tanya kat mana letaknya Chocolate Factory di Blue Mountain ni? Ha sambil aku gigih berjalan, tetiba aku ternampak something yang berbentuk peace dan berwarna biru. Bila aku menghampiri benda alah tu, barulah aku perasan yang ini adalah glove biru Kak Mah yang hilang tu. Ada jugak umat yang baik tolong letakkan di tengah-tengah dataran di situ, so that kiteorang boleh nampak. Nasiblah jumpa balik kan, kalau tak, memang melayang lah 12AUD huhuhu!

Sampai di Information Centre, aku terus ke kaunter inquiries untuk bertanyakan tentang Chocolate Factory. Selepas die bagi direction untuk ke sana, kami terus menuju ke bus stop di mana tempat kami berhenti semasa nak datang tadi. Kami plan nak pergi ke kedai coklat tu after melawat ke Scenic World. Then dari situ, dah penat-penat, barulah boleh relax sambil minum coklat dengan lazatnyaaaaa…


PEACE yawr! Terima kasih buat yang jumpa glove nie


Ada berani for Giant Stairway?


Only 10 minutes to explore the other part of 3 Sisters


Information on Prince Henry Cliff Walk


Ini gaya tengah berteduh di bawah sinaran matahari

Habis bergambar, terus tunggu bas kat sini untuk ke Scenic World


Bas sampai 10 minit kemudian dan kami dibawa ke Scenic World. Time kat sini,memang ramai giler tour group yang ada sama untuk ambil tiket cable car. Untuk kiteorang pulak, kiteorang hanya nak try Scenic Railway tu je. Yang lain, macam ada je kat negara kite, so prioritize yang mana tiada la kan…Jadi, kami terus bertanya pada counter, macamne nak beli tiket railway sahaja. Untuk pengetahuan Cik Pora dan yang lain jugak, kita hanya dibenarkan beli tiket sehala (14AUD) ataupun combo sekali semua attractions- Walkway,Cableway, Skyway and Railway yang ada di sini (35AUD).


Akhirnya bus 686 sudah datang

We are in Scenic World

“Datanglah padaku”. “Boleh, tapi pakai seluar dulu, boleh tak?”


Jom kite masuk ke dalam untuk beli tiket Scenic Railway


Tahukah anda? 

Jadi, kiteorang ni memang taknaklah try benda lain sebab tak menarik mana pun. Cuma tertarik dengan Scenic Railway tu je. So apa lagi kan, terus yakin beli yang sehala sahaja. Staff kat sini bagi kiteorang pilihan samada nak naik sehala dari sini or kena bushwalking then balik ke sini, baru guna tiket tu…

After few considerations, kiteorang pun pilih untuk guna pass ni time balik. Katanya, hanya jalan dalam 45 minit je ke bawah then lalu Katoomba Waterfall sambil lunch menghadap view camtu. Dalam hati, cepatlah habis cakap, tak sabar ni nak lepak kat tempat cantik camtu. Of coz lah dalam kepala ni ha terbayang taman-taman full of flowers and depan ada waterfall. Bolehlah aku buat video clip lagu macam lagu Wide Awake-Katy Perry kan? Mesti dapat top views kat Youtube *verangan tak sudah*

Disebabkan terlalu excited, aku cepat-cepat ambil map yang dia bagi sebab dah tak sabar nak redah kawasan yang aku sangkakan mesti awesome giler. Yelah, orang kata kalau kat overseas ni, biarlah kite penat berjalan. Sebab lagi banyak berjalan, lagi luas pemandangan!

Kami mulakan perjalanan melalui walkway yang disediakan di situ. Tapi serious eh, takde orang pun yang join kami untuk berjalan ke bawah sana. So, tinggallah aku and Shima berdua berjalan yang pada mulanya jalan rata sahaja. But bila makin nak hampir ke Katoomba Waterfall tu, jalan jadi cam trail untuk jungle trekking.

Hanya kami berdua saja yang berjalan time nie

Jalan menuju ke bawah sana…Ku sangkakan semua jalan macam nie je


Dah ada tiket sehala. All we need to do is bushwalking lah

Before that, jom tengok map dulu…Kami akan ke Henry Walk


Haaaaa…Memang kami jumpa lah Katoomba Waterfall tu. Dan jugak tempat duduk yang die kata boleh lunch menghadap view waterfall. Tapi sumpah tempat duduk yang dorang sediakan (which is ada 1 je) macam bangku tinggal sebab banyak tanah-tanah atas kerusi tu. And kalau korang duduk pun, atas kepala penuh pokok-pokok hutan yang mampu menaikkan bulu roma satu badan.

Time kat situ, kiteorang terserempak dengan 3 orang mat saleh yang aku pun khuatir status perjalanan dorang. Sebab katanya dorang turun bawah then naik balik. Itu jelah sempat aku tanya pun. Dorang pun macam nak cepat je. Tinggallah aku and Shima berdua mencari jalan yang akan membawa kami ke station Scenic Railway.

First stop katanya, Katoomba Waterfall

Kiteorang pun berlalu tinggalkan Katoomba Waterfall untuk sambung ber-bushwalking katanyaaaa…Dalam 10 minit perjalanan, kami mula memasuki kawasan hutan yang memang tak ditembusi matahari. Ala-ala dalam cerita Hunger Games lah ni suasananya...Hutan kiri kanan, pokok-pokok besar dan bunyi macam-macam haiwan bersiul-siulan gitu. Tak tahulah nak cakap perasaan time tu!

Tapi kami teruskan jugak perjalanan mengikut anak-anak tangga yang disediakan di situ. Harus diingatkan anak-anak tangga ni semuanya boleh fit sorang saja at one time. So, janganlah nak berjalan berdua-duaan pulak. Tak muat yee… Kalau korang tanya apa perasaan aku time tu, apa yang aku ingat adalah…Allah dan mati sahaja.

Serious aku tak tipu. Sebab keadaan hutan ni sunyi giler. Tambah pulak dengan anak-anak tangga yang macam jalan orang lama-lama masuk hutan, lagilah membuatkan aku takut gile nak teruskan perjalanan. Bukan apa, kami ni dahlah perempuan tulen. Kalau ada lelaki tu, gigih jugaklah aku nak ber-jungle trekking.

Lagipun, ni tempat orang kan, kite tak tahu, mungkin dorang ada cerita di sebalik hutan di sini. Jadi, in terms of safety tu aku memang sangat-sangat particular. Aku taknaklah disebabkan nak sangat merasa sampai keselamatan tu aku abaikan.

Disebabkan ketidaksedapan hati yang terlalu menekan-nekan otak kanan aku, aku terus cakap kat Shima yang aku tak nak teruskan lagi. Aku rasa, aku rela burn je duit tiket 14AUD ni dari menggadaikan keselamatan kami berdua di dalam hutan yang agak sunyi dari suara manusia *bunyi macam over je kan, tapi inilah perasaan aku time tu*

Kami berhenti seketika sebelum naik semula ke tangga-tangga yang kami lalui sebentar tadi. Wey, time turun pun hati dah gementar, time naik toksah cakaplah. Mengah terus. Aku tengok muka Kak Mah pun dah MERAH habis. Aku hanya mampu tengok je lah, kalau nak tolong usung pun, memang tak mampu nyah! Bag kat belakang ni pun rasa nak campak aje kat waterfall tu.

Tapi rupanya, inilah jalan yang akan kami lalui more less 45 minutes


Tangga-tangga yang hanya boleh muat seorang sekali jalan sahaja



PATAH BALIK! Let’s naik tangga balik


Sorry Kak Mah! Sudah semput tue 🙂


Tak mampu nak teruskan lagi


Selepas penat berhiking untuk pergi ke kaunter tiket, aku dan Shima sempat stop dulu untuk berehat sebab penat giler weyyyyy! Kononnya nak do Australian style, tapi badan bawak lemak foods Malaysia, memang tak dapatlah nak feeling-feeling Australian. Tapi bagi aku, inilah pengalaman yang paling gementar tahap dewa pernah aku tempuh. Cuak kebabom lah.

Habis berehat, aku terus menuju ke kaunter untuk tanya samada kami boleh upgrade tiket sehala itu kepada 2 hala atau tidak? Staff kat situ ada tanya, kenapa ye? Aku cakaplah yang kami dah try bushwalking kat bawah tu, siap lalu waterfall tapi lupa pulak nak lunch mengadap view ‘oh-some’ tu *motif sangat*…Then, siap lalu anak-anak tangga tapi tak larat nak teruskan sebab scary habis.

Then officer situ terus cakap, yang diorang pun tak nak lalu situ sebab perjalanan dia jauh. And one more thing, jalan itu adalah jalan lama yang digunakan orang dulu-dulu untuk pergi dari 1 point to another. Then, jumlah anak tangga yang ada kat situ ialah 900++. Even dorang pun, memang tak jalan kat situ. Sebab jauh sangat. Seeeeee…. Betullah sangkaan aku yang ini adalah jalan lama. Syukurlah aku selamat lagi harini. Kalau ada apa-apa jadi kat kami, memang tak dapatlah aku nak share cite ni kat korang kan?

Since aku and Shima dah decide untuk beli tiket 2 hala, kami terus utarakan hasrat kami tu kat staff di situ. Tapi malangnya die cakap cannot tukar uols. Hanya boleh upgrade to combo package which will cost us another 19AUD. Alahaiiiii! Takkan lah kiteorang nak kena naik semua benda kat sini eh? Mestilah tidak kan…So aku cakaplah yang kiteorang tak nak…Then staff tu cakap, it’s okay then, you may refund your ticket.

Wahhhh! Can refund laaa…So, apa lagi kan, haruslah itu pilihan kiteorang. Lepas kami dah terima duit tu, kami terus tunggu bas untuk menuju ke Chocolate Factory… Dalam 10 minit kemudian, bas pun sampai dan kami terus cakap pada driver yang kami nak turun di Chocolate Factory. Diorang memang akan bagitahu pada penumpang jika dah sampai di satu-satu kawasan yang korang nak pergi. So convenient right?

Sampai di Chocolate Factory, aku memilih untuk duduk di dalam instead of outside. Tak larat lah nak bersejuk-sejuk di luar sana. Katanya, perjalanan masih panjang kan…So kena lah simpan sikit tenaga. Untuk recharge balik tenaga kiteorang, chocolate drink adalah pilihan yang terbaik. Dan sememangnya chocolate kat sini adalah  yang paling awesome pernah aku rasa. Sedap giler! ini mesti sebab chocolate original gitu.

Aku order hot chocolate dengan harga 6.99AUD sahaja. Cara hidangan dorang sangatlah unik. Kalau tak caya, korang boleh tengok gambar kat bawah. Since ini adalah experience pertama kami di sini, staff di situ ada ajar cara nak jadikan air tu jadi hot chocolate. Memang seronok pulak ‘main-main’ dengan benda ni semua. Kacau-kacau terus jadi hot chocolate uols. Fun stuff lah!

Hot chocolate yang memang awesome 100%


Playground for kids


Bukan senang nak jumpa daun warna merah


Chocolate Factory


Chocolate for sale

Went to Chocolate Factory so called backyard for this view


And these leaves never let me down


Waiting for more than 10 minutes


Boleh tak rumah macamni jugak satu hari nanti?


Kalau anda memang rakyat Malaysia, mesti korang tahu ini kereta apa


Beberapa minit selepas lepak di situ, kami pun mula beransur pulang dan tunggu bas di seberang kedai tu. Tapi kali nie, bas lambat pulak datangnyaaa…Dah kiteorang terpaksa berdiri tepi jalan since tepat ni tak sediakan tempat untuk duduk pun. Elok pulak kiteorang dah pekena chocolate drink, apa lagi kan, terus jadi hyperactive. Aku siap kena tegur ngan couple mat saleh ni, sebab aku menari tepi jalan tu. Tak tahulah apa benda yang aku pikir time tu…Tapi kiteorang memang jadi hyper giler…Huhuhu!

Bas datang beberapa minit kemudian dan terus membawa kami ke Katoomba train station. Train yang datang pada pukul 3.25pm tiba dan terus membawa kami ke city centre. Aku sempat terlelap sepanjang perjalanan sampailah aku nampak satu shopping mall besar yang ada logo Coles, Target dannnnnn K-Mart. Hokey! Kalau ada logo Coles and K-Mart ni, ianya dah kira wajib untuk turun ni. Tanpa pikir panjang, kiteorang terus turun di station Parramatta, di mana letaknya shopping mall-Westfield tu. Inilah dikatakan unplanned activity.

Back to Katoomba Train Station

Imagine Shah Rukh Khan tunggu kat pintu nie…

Kami turun di station yang sebijik giler macam station PUTRA KLCC. Ianya terus menghubungkan train station dengan shopping mall. Mudah! Kami berjalan-jalan di dalam mall tersebut sehinggalah kami jumpa our favorite retail store, K-Mart. Bagi aku, semua benda murah gile kat K-Mart ni. Kualiti barang memang macam barang-barang yang mahal. Sangatlah berbaloi dengan harga dalam AUD ye…Bukan ringgitlah! So, kalau berkesempatan, korang carilah K-Mart ni tau. Terbaik!

Berjalan di beberapa kedai-kedai yang lain, kami nampak pulak Coles and Target. Bagi aku, aku lagi prefer shopping kat K-Mart dari Target. And kalau Coles pulak, memang tiada tandingannya lah. Aku rasa kalau aku duduk sini, memang confirm aku paling excited kalau dapat pergi Coles. Barang die kalau di Malaysia, ala-ala macam dijual kat Cold Storage tapi pada harga Mydin gitu. Ha, sapa tak happy kan?

Habis shopping, kaki terasa penat giler. So apa kiteorang buat, kami lepak di food court sambil menumpang WiFi KFC yang FREE sambil-sambil update family apa yang patutlah kan. Sambil duduk-duduk tu, kami bukak bekalan roti and Tuna yang dibeli from Melbourne. Murah je tau. Only 0.90AUD sahaja. Kenyang jugaklah makan sambil-sambil tengok telatah macam-macam Asians dan orang Maori di sini. Memang ramai giler! Dah macam makan kat KL je…

DVD Rental Kiosk

English class anyone?

Sedar tak sedar, jam dah pun menunjukkan pukul 7.45pm. Kalau time camni, confirm-confimlah dah gelap kat sana. Jadi, nak tak nak, kami kena jugak balik sekarang, kalau tak, lagi lah malas nak balik. Takkan sampai nak tutupkan shopping mall ni pulak kan…Cepat-cepat beransur ke train station dan naik terus ke Central station dengan mengambil masa selama 30 minit. Sampai MH kami terus tido and esok kami akan buat FREE & Easy trip saje. Relax-relax kan kaki itu harus ya!

Ini catalogue dapat from K-Mart. So balik je bilik, buat calculation nak beli apa pulak esoknya

3 thoughts to “Budget Trip ke Australia : Sydney Part 2 (Blue Mountain)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *