Trip Budget ke Sabah! (Episod 1)

Aku dan Shima (travelmate sejati) memang dah lama plan nak melawat Sabah nie. Cuma kiteorang tak sure nak gi Kota Kinabalu (KK) dulu or Tawau. Elok pulak dalam persimpangan dilema tu, MAS buat pulak promotion murah kaw-kaw (time tulah murah). Aku pun apa lagi, terus roger Kak Mah untuk book tiket untuk ke KK sajok. Dapatlah harga tiket (return) RM250/ pax. Bagi aku, dah kira okay lah tu. Yang paling penting ada meals and 30kg baggage. So, pada 12 September 2013, terbanglah kami dalam pesawat MH 2416 yang sememangnya penuh dengan ahli jemaah Semenanjung ke Sabah.

Kami tiba di lapangan terbang dalam pukul 4pm. Keluar dari pintu airport, aku dan Shima terus beratur untuk mengambil taxi budget yang berharga RM30 sehala ke hotel kami. Oh ya, lupa nak cerita, seminggu sebelum kami tiba di sini, ada event MATTA Fair yang berlangsung di PWTC. So, inilah kesempatan untuk survey hotel-hotel di Sabah. Manalah tahu boleh dapat harga bombastic super lova lova. Bukan itu je, aku jugak nak lah interview orang-orang yang memang dah menetap di Sabah kan. Nak lah juga tahu macamane keadaan kat sana, hotel mana yang convenient, sewa kete boleh ke dapat diskaun if book last minute…Ha gitulah soalan-soalan yang aku tabur time kat sana.


Sememangnya, sepanjang aku berkecimpung dalam bidang ‘travelista’ *naklah jugak -ista-ista*, aku banyak bersandarkan pada online reviews dari pelbagai travel forums. Bagi aku, reviews kat sini memang dari genuine people. So, apa yang dorang cakap kat situ, normally 80% accurate. Tapi, untuk Sabah nie, aku kalau boleh nak lah jugak dengar cakap travel agent yang ada di MATTA Fair tu. Manalah tahu, die boleh tolong kan. Hmmm, sebabkan aku ambil keputusan macamni lah, aku dah ter-booked satu hotel *akan aku ceritakan japgi* yang memang buatkan aku rasa tak berapa nak worth it pon! Nak tahu kenapa dan di mana, ha tunggu sat naaa…


Back to story, aku dan Shima memang book semua benda sebelum kiteorang bertolak. Antara benda yang memang kiteorang get ready before berlepas termasuklah :


1) Hotel untuk Day 1 (Hotel Seri Iskandar)

2) Kiram Village (Chalet di Kundasang)
3) Kereta sewa En. Shahril
4) Rainforest Lodge Day 3 & 4
5) Island Hopping Trip

Disebabkan hampir 80% accomodation aku dah siap, so memang datang sana hanya bawak badan tak mau risau apa-apa dah. Malas nak pikir-pikir dah sebenarnya. Al-maklumlah, time kiteorang datang tu, memang kebanyakkan hotel-hotel full house uols! Kalau walk in tu, mau hawau kaki berjalan nak cari hotel yang still ada vacancy kan? So inilah cara yang terbaik untuk kiteorang berdua 🙂


Okay, bila dah beli kupon taxi direct ke Hotel Sri Iskandar dari airport, kiteorang perlu belok kiri (dari pintu keluar airport) and kat situ akan ada orang yang akan check tiket. Toksah tunggu lama-lama pun kat situ, memang sentiasa ada sahaja taxi yang tunggu. Naik taxi, terus duduk sambil-sambil tu snap lah few gambar. Ku sangkakan jauh bebenorlah airport dengan KK town, rupanya dalam 10 minit dah sampai. So untuk next trip aku memang nak sewa kereta dari airport, then dari situ senang yang amat nak berjalan ke sana sinun!


Sila cakap nama hotel anda before beli tiket ya


Our pilot

Dan lepas beberapa minit, sampailah kami ke Hotel Sri Iskandar yang memang penuh dengan tanda tanya. Aik, kenapa bertanya-tanya pulak kan? Ha…macam yang aku cakap tadi, kat MATTA Fair ramai tau gelakkan kami bila cakap kiteorang nak stay kat sini. Dah aku tengok harga dia murah and reviews pon not bad, so apa lagi kan, book terus. Tapi, kiteorang bila dah dengar local people in Sabah pun tak suggest hotel nie, jadi mental pon dah down. Dalam down-down tu, kami tak cancel pun, sebabnya…malas dah nak mencari hotel lain. Yelah, semua nak fully booking je. Takkan nak slumber redah? Mek tak cukup slumber untuk itu.

Destinasi pertama- Hotel Sri Iskandar


So melangkah lah kami masuk dalam hotel tu. First impression, betul ke ni ahahahah! Dia ala-ala Chow Kit sikit but overall aku memang puas hati dengan hotel nie. Dah kata hidup berbudgetkan RM500 sahaja sepanjang di Sabah. So nak demand over-over pun toksah la uols. Duduk je diam-diam kan senang! Apa yang hotel nie bagi : TV, Towel, Soap, Water heater and banyak lagi lah. Takdalah sendu mana hotel nie. Location memang tip top. Depan pasar malam uols. Kalaulah die sendu sangat, takdelah full house time malam kiteorang duduk sini. Tapi, kalau korang nak selesa sikit, aku suggest korang book kat De Galleria Hotel (RM88++/night). Sini memang cantik giler tau!


Sampai je hotel, rehat-rehat sekejap and then terus keluar untuk ambik cab. Nak gi mana lah pulak Kak Mah and Cik Pora nie. Since kat sini gelap awal, nak gi jauh-jauh pun non hado jugak. So, kiteorang plan untuk gi Tanjung Aru sahaja. Nak lah merasa tengok sunset belah-belah Sabah pulak bah! Elok pulak, depan-depan hotel kiteorang tu, memang berlambak taxi, so tanya je, terus naik. Harga – RM20/ way. Mahal hokey! Sebabnya, journey ke sana tak sampai 10 minit pun. Memang ini menguatkan lagi nafsu nak repeat Sabah dengan menyewa kereta sahaja.


Sampai di Tanjung Aru, kiteorang terus berjalan ke pantai. Subhanallah cantik tempat nie. Terus teringat Koh Lipe. Maklumlah, sampai pun dah nak sunset gitu, so memang santek sangatlah timing tu. Bagi aku, tempat nie sangatlah seronok untuk le-lepak bersama rakan-rakan dan insan tercinta. Romantik yet meriah habis! Elok pulak time kami datang dorang tengah setup tempat untuk buat concert Hari Malaysia, jadi, lagi meriah lah tempat nie. Dari Tanjung Aru nie, korang boleh nampak AirAsia nye plane nak landing uols. Pun cantik jugak tau! Kire dekat sangatlah dengan AirAsia nye airport.


Oh Tanjung Aru

Gambar wajib nie


Enjoying the perfect beach


Can jalan-jalan kat sini untuk cari foods

In love with this place

Lesser people version

Playing with sunset is my favorite


Shima with her sunset pose

Ramai nya manusia kat sini untuk….


Sunset pose jugaklah yang diorang nak 


The sky, beach and people

Kiteorang just jalan-jalan and lepak by the beach sambil makan kuaci and ABC (air batu campur versi buah). Eh, memang marveles tau! Tak penah pulak try before this. Tapi sekali try, teringat-ingat weyyyyy! Hanya RM4 je semangkuk. Yang Kak Mah pulak, die try air 3 layer – Avacado, Mango & Dragon Fruit. RM8 uols! Even mahal, tapi die blend pakai fresh fruits gitu. So, memang healthy habislah untuk orang-orang macam kiteorang nie.

3 layer – Sabah Style yang awesome!

ABC Fruiti gitu

Since kat sini, memang gelap pukul 630pm, kiteorang pun tak tunggu lama-lama lah untuk beredar dari sini. Kiteorang terus ambil taxi untuk pulang ke Hotel Seri Iskandar. Bukan apa, badan penat sangat! Dan, untuk pengetahuan ramai, public transport kat sini tak macam di KL. Kebanyakkannya akan habis awal. So, janganlah fefeling lepak sampai midnight pulak. 

Bukan itu saja, kiteorang nie memang wajib balik bilik awal pon. Ini adalah kerana, esok kami nak drive ke Kundasang yang katanya terletak 2 jam sahaja dari KK. Macamane nak pergi ke sana? Haa….kiteorang hanya berpandukan Waze dan signboards yang ada sahaja. Dah katanya plan redah sajok, memang tak study apa-apa pon pasal jalan nak gi sana…


So before tido, kami kena collect kereta sewa dengan En. Shahril. Haaa…untuk mereka yang memang selalu travel ke Sabah, mungkin nama Shahril ni tidak asing lagi di kalangan orang-orang Semenanjung yang suka menyewa kereta. Ramai betul yang sewa kereta dengan dia nie. Menurut kata mereka yang dah pernah sewa, servis die memang tip-top! Jadi, oleh sebab itulah kiteorang sewa kereta VIVA untuk 1hari setengah dengan harga RM130 sahaja.


Lepas dah hamik kereta tu, memang kiteorang tak check apa-apa pun. Terus simpan kunci and naik bilik untuk zzzzzz. Kalau boleh, korang janganlah tiru macam kiteorang ni ha. Before ambil kereta tu please lah check segala benda yang ada pada kereta tu. Jangan ambil sambil lewa saje tau. Kalau boleh, jangan lah jadi macam kiteorang kena hehehe…Later kite stori mori tau.


Kami bersiap-siap untuk ke Kundasang keesokkan paginya dengan menghangkut segala barang-barang sebab kiteorang akan stay 1 malam di sana. Before memulakan perjalanan, doa tu dah hukum wajib baca ye. Dan keduanya pulak, kami perlu singgah di Petron yang terletak betul-betul depan hotel kiteorang. Al-maklumlah, kereta yg dia bagi, dah blink-blink minyaknya. Nasiblah ada pam minyak yang sejengkal ni ha. Kalau tidak, mau ade sesi tolak menolak kereta pulak pepagi buta ni ha.


Lepas semuanya dah siap sedia, kiteorang pun navigate direction guna Waze untuk ke Kundasang. Satu je nak pesan, kekadang tu, Waze ni bukan betul sangat. If kurang yakin dengan benda alah nie, sila ikut signboard ke Tuaran ya...Then bila sampai situ, korang terus je. Kemudian, korang akan nampak signboards ke Kundasang/ Poring/ Ranau. Ini semuanya akan membawa anda ke jalan yang benar. Jangan lupa and jangan risau. Signboard di Sabah memang terbaik dari ladang lembu.



Viva inilah menjadi saksi journey ‘kasi redah’ kami

Maybe awal lagi, so kereta tak banyak


Tenang giler jalan kat sini


Condition jalan pun tip top habis


Bagi aku, jalan menuju ke Kundasang sangatlah baik keadaannya. Takde lah cam lubang-lubang ke, bengkak bengkok beriya ke. Everything smooth saja. Memang aku enjoy buat roadtrip kat sini. Lagi satu aku nak puji, driver di sini lebih berhemah dan boleh bertolak ansur. Satu hon pun aku tak dengar even kekadang tu, kami terbawak slow, bila tengok side mirror, haaaa…botingkek-tingkek kereta kat belakang mengekor. But dorang hormat pemandu yang lain. Good experience tho!


Dan tak lupe jugak pada ‘jamuan mata’ sepanjang perjalanan. Dahlah kiteorang sampai agak awal di area Kundasang (dalam 8am), so agak clear jugaklah pemandangan oh-Mount Kinabalu yang terlalu indah menghiasi sepanjang perjalanan ke sana. Kalau boleh, korang geraklah pagi-pagi, so takde lah panas sangat nanti… 


Dipersembahkan jamuan mata pertama – Mount Kinabalu

Dan seterusnya – Bukit bukau yang dilitupi awan ‘nano’

Selepas beberapa jam drive, kami tiba di pekan Kundasang. Pada mulanya, aku ingatkan kami kena jalan lagi jauh untuk sampai ke Mesilou. So, singgah di pasar tu untuk tengok-tengok barang, then kami teruskan lagi perjalanan ke Ranau dengan begitu yakinnya. Aku sangkakan Kundasang tu atas lagi dari Ranau. Katanya, naik bukit kan nak ke Mesilou tu… Rupa-rupanya, kiteorang dah jauh terbabas. Memang kiteorang lah yang paling yakin kata Mesilou tu kat Ranau. Kalau masuk Amazing Race sure group paling last!

Jadi, dah alang-alang terbabas, kiteorang pikir, lebih baik kiteorang pergi ke Poring Hot Spring terus. Akan tetapi, bila dah jauh berjalan, kiteorang cam tak jumpa dah jalan ke Poring tu. Semua signboard dah duk highlight Sandakan. Haaa sudah! Takkan kiteorang kat separuh  map dah kan *even geography non ado, tapi tahu jugak Sandakan tu kat mana*


So, kiteorang berhenti and tanya orang, kat mana sebenarnya Mesilou ataupun Hot Spring tu. Ha gigih ke tak? Mujurlah ada sorang makcik ni rajin bagi tunjuk ajarku sifu kat kiteorang! Fuh! Lega uols. Disebabkan makcik tu kata, kiteorang kena patah balik untuk ke Mesilou dan die memang tak paham apa yang kiteorang cakap bila sebut pasal Hot Spring, kiteorang decide untuk patah balik ke Kundasang. 


Sebenarnya, Mesilou nie terletak di kawasan pasar yang kami singgah mula-mula tu. So, bila nampak aje pasar tu, terus masuk roundabout dan belok kanan. Waaaaaa…nak kena patah balik la pulak. Nak tak nak, kiteorang patah balik. Journey ke Kundasang from Ranau – about 20km.


And for Hot Spring pulak, kiteorang haruslah jalan ke depan lagi. After pekan Ranau, dalam 15 minit, baru jumpe Poring tu. Then masuk ke dalam lagi. Yang penting, jangan risau if sesat ke apa ke…Korang akan jumpe banyak signboards tau 🙂 *Korang akan jumpa satu jalan ni kan, nama die Jalan Lohan-takde kena mengena dengan Lindsay Lohan ye* 


Disebabkan dah carba-marba, kiteorang decide untuk pergi ke Mesilou and dari situ, kami akan ke Desa Cattle Farm. So, ke sana la kami uols. Bayaran untuk sekali masuk-Desa Cattle Farm hanyalah RM4/person. Time kami sampai, kabus dah tutup litup Mount Kinabalu. So takde lah nampak apa-apa pon dari situ selain moo-moo yang kambing yang somel-somel. 


Marilah kita explore Mesilou


Beli barang sikit untuk bekalan di Mesilou nanti


Okay dah masuk dah jalan Mesilou

Jalan nak masuk farm 

And sampai jugak di Desa Cattle Farm Sabah

Sila park kereta sebelum bersuka-ria kat sini

Nak susu/yogurt/ ice cream fresh, boleh je beli kat sini


The view


Signboard in the farm




Bersihkan kasut dulu

Baby moo-moo


Kemain cik kambing ni pose tau…Kalah Kak Mah!


‘Apalah masalah wanita ini’


Putih bersih 


Merayu nak food la tewwww


Susu time!


Propaganzaaaa sikit


And to the best-est view part

It’s posing time


Up up to the sky gitewww


Hitam putih hitam putih


Berkubanglah anda sebelum dikubangkan


Yuckssss!

Okay, jom kita pulang ye anak-anak


View kat sini, memang ala-ala New Zealand uols. Cuma, ada bau yang kurang menyenangkan kat sini lah. Kalau korang gigih, kenalah tahan sikit pasal bau, boleh buat hilang mood kalau tak sabar hahaha! Apa yang kiteorang buat, snap few pictures then terus balik semula ke area Ranau untuk ke Hot Spring. Kalau boleh jangan la ikut plan kiteorang nie. Better korang pergi yang jauh-jauh dulu tauuu..

Singgah sekali lagi di Pasar untuk beli foods

Lai lai kuih-kuih

Perjalanan ke Hot Spring mengambil masa yang lama jugak. So, bile dah sampai sana, kiteorang dikenakan bayaran RM3/person. Apa yang aku suka tentang Sabah, bayaran masuk untuk setiap attractions berbeza dengan foreigners (Non-Malaysian). Semuanya akan jadi murah if kita adalah Malaysian. I think we should do something like this to all places in Malaysia. Barulah terasa diutamakan ye dakkk… Lagipun, negara lain pun banyak buat cam gini.

Sampai di Poring, kami terus menghala ke Kolam Air Panas. Disebabkan nak sangat rendam kaki katanya, so kami pun tukarlah kasut and pakai flip flop aje. Bila dah tengok kolam-kolam kat situ, terasa cam taknak pulak rendam kaki. *Mengada sebenarnnya*. Tapi kiteorang terus berjalan sampai lah nampak pit stop untuk canopy walkaway. *Eh, ini yang macam dalam Pinterest, under Travel Bucket List.*


Since excited sangat, terus ajak Kak Mah buat canopy walk ni. Memang tak pikir banyak pun time nak buat benda-benda camni. Kekdahnya terjah and terus buat sahaja. Tak pernah tahu pun macamane lah canopy walk ni kan/


Tips : Bayaran masuk canopy walk untuk dewasa Malaysian – RM3/pax. Setiap 1 camera akan dicharge RM5. Jangan tipu tau, nanti ada orang jaga and check receipt korang. So jaga receipt tu elok-elok.


Kat jambatan nie ada sungai yang deras

Mesti best kan!

Snap-snap. If sesat boleh preview balik dalam camera

Careful guys!

Everyone ada kolam dorang sendiri tau

Read this before you start

Take note

Lepas dah bayar segala benda bayaran, elok pulak ada satu geng auntie and uncle pun nak jalan sekali. So aku and Kak Mah pun, tak nak tunggu lama, terus join je dorang. Time bayar tu, aku siap cakap lagi, “Boleh tak nak tengok dulu canopy walk nie camne?” And abang tu cakap, dari kaunter bayarang nie memang tak nampak dik…. “Dan kenapa ye bang? “. Rupanya, we need to do jungle trekking sejauh 200m tau before sampai canopy tu. Untunglaahhhh tak tahu! Dengan pakai flip flop redah hutan, dah terasa macam biasa pulak datang sini. Spoil betul sebenarnya!

Jom follow dorang jom!



Ayuh start the journey

Kalau tahu nak trekking, memang tak tanggal kasut tau! Even takde lah mencabar sangat untuk mereka yang kerap check in, check out hutan, cuma safe sikitlah if pakai kasut kannnn….Jadi, nak tak nak, kiteorang terus trekking aje even pancit jugak lah sikit-sikit. Mana taknya, takde pulak terpikir nak redah hutan camni. So, dalam beberapa minit meredah tu, akhirnya kiteorang sampai lah ke station untuk buat canopy walk itu.

Penat!

Jalan untuk trekking die okay bah


Muka penat sebenarnya but control cun nie


Okay, almost there


Yeehaaaa! Jom mulakan canopy walk


Wah penat sekali yaaa! Dalam penat-penat, sempat jugak tengok canopy  tu. Uwaaaaaaa! Panjang dan tinggi. Adalah dinasihatkan kalau ada penyakit macam-macam, jangan mengada nak naik sini. Kalau ada apa-apa, sila tanggung sendiri tau. 


Okay, untuk berjalan atas canopy nie, maksimum no. of manusia adalah 6 orang sahaja. Lebih daripada tu, adalah tidak dibenarkan. Jangan risau, akan ada orang yang jaga untuk monitor how many people in 1 time. Bila dah kat situ, haruslah aku yang jalan dulu and Kak Mah cover kat belakang. Weh goyang die…memang kaw-kaw punya. Baru 2 orang naik tau. Dah kalau geng auntie tadi sekali ada ngan kiteorang, aku jadi gerun gile. Bertambah goyang-goyang pulak canopy nie


Dah lah terjenguk pulak bahagian bawah. Memang bertambah seriau. So, bile nak habis tu, aku macam berlari jugaklah. Ingatkan dah settle 1 canopy nak turun lah. Sekali tengok, aik, kenapa ada lagi nie. Rupanya ada banyak tauuuuuuuu! So redah aje lah. Nak sangatkannn…But it was a great experience. Memang sesuatu yang lain dari yang lain. If korang memang suka adventure sikit-sikit, why not. Worth  it what.


Okay, pelan-pelan ye


Dah bayar harga camera, takkan tak nak posing kan

Why so longggggggg?


Baru platform 2 tau


Muka berjaya platform 1


Gigih wanita ini ahhahaa!

Sila bayar dulu before masuk tau


BERJAYAAAAA! Saya berjaya buat dengan hanya memakai selipar


Turun je dari canopy, hari pun nampak macam nak hujan. Tepat sangkaan aku, beberapa minit lepas tu, terus hujan. Tetiba terpikir, eh kalau hujan camne nak naik canopy tu, dah lah goyang-goyang tambah pulak dengan hujan….ha camne tu?


Kalau korang nak sambung berjalan lagi, ada Air Terjun tau


Dah kata hujan kan, hujan kalau gabung dengan lapar, die memang jadi perfect combo. So, kiteorang terasa cam nak makan maggi mee pulaklah. Elok pulak ade kedai area situ, so kiteorang beli air panas dengan harga RM1/cup, then prepare our Maggi Cup yang memang dibawa dari KL. Wahhh! Nyaman uols dapat makan Maggi dalam keadaan hujan begini.


Habis makan, kiteorang pun bergerak semula ke area Kundasang. Hajat di hati nak gi tengok Fish Spa, tapi kata seorang guard di situ, kalau hujan-hujan macamni, takut banjir. So, kiteorang pun dengan yakinnya tak pergi lah tempat tu…huhu! Takpe, there’s always next time for Sabah hokey. Boleh kan?


Sampai di area Kundasang, kami pergilah ke Kinabalu Pine Resort yang terletak sebelum sampai ke bulatan menghala ke Mesilou. Weyyyyyy! Cantik sangat resort nie. Rasa nak stay je kat sini memandangkan tempat nie dah macam duduk kat oversea. LAWAAAAA HABISSS tau! Sempatlah snap beberapa gambar tempat yang letops untuk tatapan rakan-rakan yang memang nak datang bercuti ke Kundasang.


Boleh dah nak fefeling New Zealand

Dan lagiiii


Ada CCTV there

Habis buat site visit kat sini, kiteorang bergerak semula ke Mesilou untuk cari Kiram Village. Tapi, aku perasan yang minyak kiteorang turun macam air tau. Selalunya VIVA memang jimat kan. Tapi, takpelah, mungkin VIVA Sabah lain kot *Sedapkan hati*. So back to Kiram Village, ni nak cite sikit pasal Kiram Village. Tempat ni more to chalet rumah comel-comel yang dikelilingi bunga-bunga tau. Dari sini, korang boleh nampak Mount Kinabalu uols! Very the beautiful and spectacular gitu. Santek sangat! 


Nama-nama bilik die pon cute habissss! Mushroom la, Potato, Carrot dan macam-macam lagi. Untuk kiteorang berdua, aku memang book bilik Mushroom. Katanya view die memang terbaik. And yes! Betul, bilik die memang cantik. Cumanya, lokasi untuk ke sini, agak jauh lah sikit dari main road. Bagi kiteorang, okay je if nak stay sini pon. Tapi, kalau jenis yang tak suka nak masuk ke dalam sangat. Kat area bawah-bawah tu pun, banyak jugak homestay yang boleh nampak Mount Kinabalu. Don’t worry okay. Tepuk poket, keluar duit jeeee…


Since kiteorang sampai around 3pm, masih ramai lagi yang tak check in tau. Takpelah, at least kiteorang ada masa lagi untuk rehat-rehat dalam bilik sambil layan view ala-ala garden gitu. Dalam bilik takde aircond and TV ye. So memang untuk mereka yang nak ketenangan tu, dah bolehlah duduk sini.


Yay! Sampai sudah


Welcome to Kiram Village


Jom check in- this is reception area


Information yang sempoi habis

Chalet nie terletak kat bawah


View lagi


Dan lagiiiii

Chalet kiteorang ada jiran ye


MushROOM

Okay nie view bilik kiteorang dari jauh. Belakang tu kalau pagi-pagi nampak Mount Kinabalu tau


View from our room


Selesa hokey


You can always lepak here and layan the view


Got a small garden


Can jalan-jalan tapi please pakai sweater tau

Chalet-chalet lain jugak


Jagalah kebersihan bersama

In case, nak cari alternative, you can call this number

Dalam pukul 5++pm, hari pun dah makin gelap. Kiteorang mandi-mandi and terus siap-siap landing atas katil. Kami hanya keluar dari bilik sekali aje – 8pm. Itupun nak gi collect duit balance. Pastu, terus naik balik bilik. Bila dah naik bilik tu, nampak katil, dengan cuaca yang agak sejuk malam tu, kiteorang terus boooommmm! Tanpa memikirkan apa yang nak jadi esok…

Ini adalah tips yang aku compilekan untuk kesenangan bersama :

1)  If dari KK, first thing yang korang akan nampak adalah Rumah Terbalik
2) Then Jambatan Tamparuli
3) Kinabalu Park – Masuk sini untuk ke Timpohan Gate, kat sinilah point pertama nak start hiking Mount Kinabalu
4) Bulatan Mesilou (selalunya ada pasar sampai 1pm) – Dari arah KK, ambil bulatan pukul 3 (ke kiri). Sini, ada Memorial Park, Desa Cattle Farm, Dream World Resort, Kiram Village, Mesilou Gate (untuk naik Kinabalu jugak). Semuanya 1 arah sahaja
5) Kalau taknak masuk area Mesilou dulu pon takpe, korang boleh straigt after bulatan. Then, korang akan nampak Kinabalu Pine Resort. Cantik yols!
6) Pekan Ranau
7) Poring Hot Spring
8) Fish Spa
9) Sabah Tea
10) Kalau dah sampai sini, jangan terus pulak. Kalau terus dah gi Sandakan. So patah lah balik untuk Kundasang ye

To be continued dolls…

18 thoughts to “Trip Budget ke Sabah! (Episod 1)”

  1. hai Miz safura…sy ni En.sharil hehehe…sory bab minyak tu bkelip2 bab mlm tu blum pla bkelip2 hahaha…btw thank you for enjoying your trip wt us aa…pa2 pn ble deallll….selamat bjumpa lagi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *