Yahuuuuuu! Bersiaran sekali lagi untuk stori-mori tertunggak Sinetron Cuti-Cuti New Zealand iols. Apa khabar anda semua? Diharapkan sihat-sihat belakalah hendaknya. Dah ready ke dengan popcorn, biscuits, Coke segala untuk layan cerita meks ni? Kalau ya udah, aku nak bawak korang semua ke pengembaraan New Zealand bersama Pora-mon *ang-ang totemodaesuki, Pora, maunnnnnn* Ha, keles ke tak tu ada background music si tikus biru berpoket? Ayuh, showtimeeeeeee!
GERALDINE – LAKE TEKAPO – LAKE PUKAKI – MOUNT COOK
Pagi di Geraldine tersangatlah aman belaka. Tak pernah-pernah aku bangun tido berlari nak bukak tingkap sebab nak tengok view yang pastinya meruntun kalbu gitchewww! Hujan pun dah berlalu pergi macam mengerti ajok yang Sunshine Malaysia datang kan? Namun, redup tetap adoo ye. Takpelah, mungkin perubahan musim yang menyebabkan cuaca macamni kot. Apa-apa pun, jangan nak layan sangat cuaca tu. Yang penting kite dah kat New Zealand. Ketepikan semua itu. Kita enjoy view kat Geraldine yang marveles!
Jadi, kesempatan yang ade untuk melihat rumput menghijau, langit membiru, aku gunakan sepuasnya di sini. Dan biasalah, bila dah duduk berempat nie, bilik air pulak 1, ambil masa jugak nak tunggu turn mandi kan? Temanya, masing-masing dah tahu tanggungjawab sendiri. Kak Mas dengan tugas sediakan breakfast untuk kami pada pagi tersebut. Shima pulak dengan kereta sewa kami. Beliaulah yang panaskan enjin dan kemaskan barang supaya muat masuk dalam kereta. Aku dan Shaz membantu apa-apa yang patut bagi lancar sikit semuanya especially untuk kemas-kemas benda di motel kami tu. Sepakat membawa berkat katanyaaa!
Yelah, masa sangatlah emas Wah Chan ye bila kat New Zealand. Semuanya berlalu pantas cantas! Untuk pagi tu, kami check out quite awal dari operation hours reception. So letak je kunci motel tersebut di box yang disediakan. Konsep di New Zealand memang sangatlah, “Percaya Padaku, ku kan menghantar kekuncimu” hokey! Sangat Pasha Ungu tauuuu… Tak caya, try la datang sini. Memang semua tempat gitu. Letak je dalam box yang ado. Then, chow!
Terima kasih Geraldine 🙂
Make sure minyak full before pergi Mount Cook sebab sana takda station minyak
100km/h. No drift-drift ye
Perjalanan untuk destinasi seterusnya kami mulakan dengan bismillah. Jika sebelum nie, memang kami lalu highway yang banyak giler kereta. Untuk hari nie, kami memasuki highway yang menuju ke Mount Cook. Dan sangatlah susah nak jumpa kereta yang lalu lalang kat situ. Mungkin tempat ni more to kawasan pelancongan, so tak ramai kot! Hagak-hagak jelah uols. Lagi pun, kereta yang lalu di kawasan nie, semuanya kating-kating pemandu F1. Takde chance langsung nak bawak ala-ala carik rumah sewa. Mungkin ni tempat dorang kan. So dorang dah boleh agak kat mana ado speed trap segala.
Bila dah sikit kereta nie, memang sangatlah heaven untuk kiteorang yang teringin, sangkak, jakun gile nak berhenti tepi-tepi untuk posing tengah jalan. Itu memang antara impian ye…Kalau kat negara sendiri, memang tak dapatlah nak buat. Elok pulak kalau kat Federal Highway tu, mau dikahakkan sajo uols dapat! Jadi, untuk memenuhi impian, elok pulak terjumpa ladang lembu. Apa lagi??? Buatlah kami iklan Fernleaf yang sentiasa aku ingat sampai bila-bila. Macam-macam posing dah keluar uols. Time tu, masing-masing pandai je ambil nombor nak fefeling posing maut gitu. Even fefeling model pun, kenelah jugak tengok kereta yang berdesup lalu. Kang baru nak 1,2,3…dah hilang, tak ke susah diri sendiri dan rakan-rakan gitu?
Dalam duk posing tu, yang aku perasan, lembu-lembu ni pandang slack giler kat kiteorang. Aku rasa lah kan, dorang ni jarang jumpe manusia kot. Tambah-tambah species cam kiteorang. Sebab kalau diikutkan population New Zealand kan ramai lembu & sheep compared to manusia. So haruslah dorang padang pelik sokmo kat kiteorang ye dak? Takpela moo-moo, salam perkenalan meks ucapkan yeee. Saya bukan dari Planet Namec tau. Itu species Julfie, eh?
Habis bergambar, kami teruskan lagi perjalanan yang mengambil masa almost 4 hours jugak lah. Ini semua sebab kami ada stop-stop jugak. Before reach our next stop, kiteorang ada stop jugak kat satu kawasan lapang yang paling meletop cantik. Memang rasa cam bersih sangat dengan awan, gunung tandus dan sebagai seorang insan yang suka bergambar, takkanlah nak lepaskan peluang macam tu je kan. Haruslah mek stop uolssssss.
Settle berposing bagai nak rak, kiteorang teruskan perjalanan dan berhenti pulak kat infamous Lake Tekapo. Kat sini ada Church of the Good Shepherd and statue anjing. Bagi aku, kat sini biasa je tau. Maybe kalau musim panas or bunga cantik lah kot. Katanya ade bunga lupins yang akan menghiasi panaroma kat sini. Kalau nak tahu Google sendirik yaaaa…. Tapi ada satu lake yang akan sentiasa menjadi pojaan hati aku. Ianya tidak lain tidak bukan, Lake Pukaki. Korang harus berhenti kat Lake Pukaki yang bagi aku memang lukisan-look-alike tau. Memang cantik da bombs sangat! Time sampai kat sana, kiteorang cam tak nak stop, tapi kalau tak stop, bila lagi kan?
Approaching Lake Tekapo, please reduce your speed *ada macam polis trapik ke tidak tu*
Nyah kau Awan Nano. Hello Awan Biru
Land of long clouds in action
Batu-bata yang menghiasi persisir tasik
Famous spot in Lake Tekapo
On our way to Lake Pukaki
Kalau time kecik-kecik, selalu cakap, kenapa bulan ikut kite? Kalau aku kecik lagi and nampak jalan gini, confirm aku akan cakap, “I’m heading to clouds”
Elok pulak, cuaca terus bertukar jadi cerah dengan matahari memancar-mancar kat wajah meks. Ala-ala ada sinar bahagia tau. Matahari keluar seakan menyambut kiteorang yang tak putus-putus berdoa inginkan awan biru ya. Syukur. Jadi, berhentilah kami kat situ dan snap picture non-stop. Bagi aku, korang spend lah lebih masa kat sini. View lake awesome, on the way tu pun awesome jugak. Temanya, kat sini memang among my favorite. Terlalu cantik!
Here we are : Lake Pukaki
Isn’t it lovely?
Bye-bye Pukaki. I will meet you again one day
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Mount Cook Village yang merupakan antara tempat tertinggi di New Zealand. Dah kata dekat dengan gunung ye dak? Segala urusan penginapan di sana telah pun kami book melalui Booking.com. So, tinggal nak bayar cash je kat reception. Then, terus check in. Oh, untuk pengetahuan korang, semua reservation penginapan, aku dan yang lain buat time kat Malaysia lagi. So kiteorang agih-agihkan lah tugas untuk booking each hotel. Ini adalah disebabkan certain hotel/ holiday park kat sini, die terus tolak debit/ credit card korang tau. Dan ade pulak yang quite flexible, boleh bayar cash upon arrival. Most of the stay, kiteorang book from Booking.com. Servis tip top!
Dikelilingi bukit
Sekali lagi, menuju awan
The view, subhanallah
Padang pasir look-a-like
Berkongsi jalan when you approach bridge. Merah tanda korang kene bagi laluan yang belah sana jalan dulu
Almost there
Come on nak sampai dah nie
Tadaaaaaaaaaa!
Ais mengalir melalui gunung weyyyy! Meks jakun 🙂
Jam 12.30pm, kami telah selamat tiba di Aoraki Mount Cook Village yang sememangnya cantik tiada tandingan. Semua dalam kereta cam jaw-dropping kejap especially bila tengok gunung ganang yang ade aliran ais warna biru tau. Subhanallah, ciptaan yang indah tak terkata. Bila berada je kat situ, kiri kanan gunung besar-besar, jalan lurus yang bersih, langit seakan dekat dengan kiteorang, penempatan dan hotel semua nampak kecil bila berada di sini. Time tu, terus aku terasa macam dekat Iceland la pulak. Seriously hampir sama.
Baru je pasang angan-angan nak pergi Iceland lepas tengok Walter Mitty, dah tercapai impian, eh? Propa ke tidak? Tapi uols, kalau dah seakan-akan tu, boleh je nak fefeling. New Zealand pun tidak kurang hebatnya kan? Usah gi jauh-jauh, depan mata ajok ni ha. GPS kami dah siap-siap set menuju ke Hermitage Hotel. Namun, duklah 2 kali pusing-pusing, tak jumpa jugak manalah si Hermitage nie. Yang kami jumpa Aoraki Mount Cook Hotel iaitu tempat kami menginap. Dah tu, awatnya pi gatai set Hermitage Hotel ni? Fefeling Ben Stiller ke duduk Herimtage ni ha?
Untuk pengetahuan uols, kiteorang ada book satu activity yang digelar Glaciers Explorer. Kiranya, kami berempat akan menerokai glacier yang berais-ais gitu. Temanya, ayuh teroka bongkah ais beramai-ramai bersama Cik Pora la kan. Mampu gitu? Harga trip ni hanyalah 145NZD *jangan convert ya, kalau convert boleh bayar monthly Proton tau* Trip ni mengambil masa dalam 2 jam jugaklah. Naik bus dalam 10 minit, then trekking dalam 20 minit, pastu naik boat bagai. Kurang-kurang kene allocate 2 jam gaklah.
Yahooooo! Selamat datang ke tempat yang cantik
Another view in Mount Cook
Park your car near Hermitage Hotel
Signboard untuk pejalan kaki
Harus berjalan dalam 3 minutes gitu untuk sampai
Gunung lagi stand out dari bangunan. Hado?
Museum orang pertama jejakkan kaki di Gunung Everest. Cer teka sapa?
The view
Check in dulu kat kaunter pertanyaan. Then die akan bagi korang map
And declaration bagai
Yeah! Inilah die orang yang pertama jejak Gunung Everest. Orang New Zealand!
Since kiteorang amik yang pukul 2pm, semua kene standby dalam pukul 1.30pm sebab bas akan tiba awal sikit dari departure time. Sebelum join the trip, kenelah sign document untuk declaration. Kalau apa-apa jadi, kite dah aware lah segala benda kan. Bila driver bus bagitahu je yang kiteorang semua boleh naik bus, berdesup lari naik bas sebab nak duduk depan. Motif? Haruslah nak jadi yang pertama berpijak pada glaciers kan….Hahahah!
Bas dah sampai
Sila tick nama anda. Bukan posing. Haip 2 orang neyyyy!
Our video dalam bus
Sebenarnya time kat Hermitage Hotel tu, cuaca hujan uols. So, kat situ susah sikit nak berteduh kat area situ. Tu yang aku cepat-cepat naik bas tau. Elok je duduk beberapa minit, muncul sudah kiteorang punya tour guide. Wah semuanya muda-muda gitu. Tapi yang paling havoc, nama die Martin tau. Die ni saling tak tumpah macam lelaki idaman seantero iaitu, Mr. Adam Levine. Aku terus bagitahu Kak Mah yang laki ni sangat iras suami kite kan? Die pun terus keluarkan statement, aahlah uols, tapi die nie jenis pegang dan pergi (konsepnya nak translate bahasa melayu la uols). Siap nasik tambah, cakap die nie Kasanova. Aiyoo, tak cover line ye gossip PPRT depan abang Adam. Terus gelak kaw-kaw!
Martin ni aku tengok duk pandang-pandang kiteorang. Macam paham pulak apa kiteorang cakap. Abaikan je lah uols. Ni nak focus kat trip RM500 ni beb, eh? Hahahha! Dalam perjalanan ke tempat glaciers tu, Martin+2 more guides ada jugak explain macam-macam. Antaranya, penduduk kat Mount Cook ni only 1000 je. Kalau time winter, only 300 people je yang duduk situ. Terus rasa err…sunyi nya wey. Kalau kawen time winter, memang sapa je nak datang kan? Silap-silap geng kompang je dah meriahkan satu Mount Cook.
Tips : If korang berminat untuk trip nie, you guys can visit this page untuk info and booking : http://www.glacierexplorers.com/
Dalam duk dengar brief introduction dari Martin, kami sempat gak melayan view oh-sem kat luar tu ha. Sedar-sedar je bas dah pun berhenti di mana kiteorang sudah pun sampai di kawasan boat tersebut. Alahai, nak kene trekking tau. 20 minit uols. Boleh ke nie nak catwalk 20 minit? Berserah jelah. Jadi, tanpa lengahkan masa, meks pun jadi penolong ketua rombongan, Mr. Adam Levine menuju ke jetty boat. Kiteorang keep walking sambil borak-borak dengan Martin. Die ingatkan kiteorang dari Indonesia (mungkin ada persis Bunga Citra kot), then die terus cakap, must be from Malaysia then. Oh correcto Martin. Let’s moves like Jagger. *tetiba*
View on our way to Tasman Jetty
River die kaler green tea
Kami dikelilingi gunung-ganang dengan udara yang fresh
Ketua rombongan kami : Martin yang happy go lucky
Laluan trekking
Dalam duk borak-borak sambil berjalan mengah-mengah tu, Martin tetiba je cakap Apa Khabar? diikuti dengan beberapa bahasa melayu. Terus meks buat muka, tanya die, do you know how to speak Malay? Dengan yakinnya, die cakap die tahu sebab die bercuti lama gile kat Malaysia. Mata terus pandang Kak Mah. Oh kantoi di situ. Kiranya, die pahamlah gossip Mak Jemah tadi. Aiyooo, malu lahai. Mana nak sorok muka nie. Rasa nak amik boot meletop Kak Mah tutup muka uols. Tapi kan, kalau pikir balik Kasanova tu pun dah terang-terangan. Okay, control wajah!
Even aku+Kak Mah malu giler, tapi kiteorang tetap rancak berborak sampaikan tak perasan yang kiteorang dah jalan jauh ke depan dengan Martin. Siap Martin keluar statement, are you sure, both of you from Malaysia? Meks haruslah buat muka nervous kan, Why? Becos you walk fast. Oh, so Malaysia walk slow is it? No, it’s just you guys walk faster than Malaysian. Die tak tahu kaki dah perit duk trekking pakai heels ni ha. Rasa nak campak je boot heels mek ni. Nak berhias pun selalu tak kena tempat. Choy sangat!
Kalau nak tengok muka Martin, presss PLAYYYYYY! *sorry for bad quality*
Hampir 20 minit berjalan, kami pun tiba di kawasan sebuah bangsal berdekatan dengan tasik. Martin terus keluarkan jacket dan mintak kiteorang semua simpan barang dalam satu bekas plastic so he can lock it. Siap sedia semuanya, kiteorang terus diagihkan kepada beberapa group. Sadly, kiteorang tak satu boat ngan Martin pun. Kalau tak, makin meriah lah suasana tasik tu. Mau gegar dengar suara aku gelak. Takpela, dengan guide ni pun hokey jugak. And cuaca memang nice lah, elok naik je boat terus hujan rintik-rintik pun berhenti. Syukur!
Ahaaaa…Sampai jugak!
Ketua rombongan jalan dulu
Bangsal untuk simpan barang dan jaket
Dalam tour tu, die ada tunjukkan ais yang keras di kawasan bukit-bukit. Kiranya ni ais original la. Bukan campak buang dari lori Atlas ye kawan-kawan. The guide akan ketuk-ketuk skit ais and kasi korang pegang lah. Siap boleh makan lagi tau. From satu bongkah ais ke ais yang lain, kami diberikan pelbagai informasi menarik. Mula- mula excited, then lama-lama rasa nak tido pulak. Yelah, cuaca sejuk-sejuk ni ha. Kalau dapat bantal sedap tau. Mungkin kalau kiteorang dapat guide yang tak dodoikan kiteorang, better la kot. Ni dodoi terok punya. Nasib tak wish goodnight tau.
View dari atas boat tau
Our tour guide
Inilah glaciers yang weols nanti-nantikan
Alaaaa kotor sikit
Even hujan rintik-rintik, ianya tak pernah membantutkan trip ini
Macam-macam bentuk
Ayuh kite dekat sikit
Semakin dekat dengan bongkah ais yang besar
Selepas habis bertour, kiteorang perlulah trekking untuk pulang ke bas pulak. Banyak jugak kiteorang stop along the way untuk bergambar. Tu yang jadi peserta paling lambat naik bas. Nasib takde yang daring maut punya. Hik hik. Sampai di Hermitage, kiteorang terus berjalan menuju ke Aoraki Mount Cook Hotel untuk check in bilik. Settle segala payment, kiteorang terus masuk bilik. Agak sempit. 2 double decker, toilet and ada TV. Nasiblah dekat dengan dapur. Senang jugak nak makan ke minum ke kan. View kitchen memang meletop ya. Tak nyesal duduk sini.
Trekking time. Balik time
View dinner kami
Jamuan makan malam dari Chef terkenal – Kak Mas
Cuma WiFi kat sini, even die complimetary 5GB, tapi hanya 1 device je boleh guna per session. So take turn la kiteorang untuk guna. Since perut pun dah lapar gile, Kak Mas teruskan tugas sebagai chef pada hari tersebut dengan memasak makan malam untuk kami yang sendu dalam dunia masak-memasak nie. Siap-siap semua, terus kami lepak dalam bilik. Plan malam tu nak tengok Milkyway, tapi tiada rezeki la pulak. Malam tu hujan lebat. So tak dapat tengok satu bintang pun. Adakah nie semua hint untuk datang lagi nie? Cer citeeeeee sikit…
Since dah tak tahu nak buat apa kat sini, aku dan yang lain ambil keputusan untuk tido je dalam bilik. Rehat-rehatkan badan yang baru je nak sesuaikan dengan time tido baru gitu. 5 jam awal dari Malaysia tau. Mau tak berpinor mata nak setting time tido yang dah carca marba. Bukan apa uols, even kite berjalan jauh travel sana sinun, time tido tetap kena jaga tau. Itulah kunci TENAGA untuk esok harinya pulak? Ha, ada macam pakar motivasi abang-abang Sado ke tidak tu?
Jadi, kami berempat tidor lah di Aoraki Hotel yang ala-ala asrama berkatil 4. Even bilik nie sangat mengembalikan zaman asrama aku dulu, tapi ianya sangat selesa ya. Sengaja aku pilih katil atas sebab dah lama betul tak tido atas katil gini. Tapi VONO tetap ya, walau feeling asrama Teknik tu hado lagi. Esok pulak adalah journey paling jauh kiteorang di New Zealand. Sesat masuk kampung orang semua ada. Nasib tak muntah hijau duk tengok ladang-ladang orang NZ. Duk sesat tempat yang sama ajok. Ha, nanti weols sambung stori-mori hokey. Stay tuned!
teringat kat NZ. nak kene ripit lagi nih!
Subhanaallah..stunning view tmbh2 ada bunga citra lestari kat situ ecehhh..cik pora ni mggugat jiwa raga den nk pi NZ gak ni..korek2 tabung tssskkk
Thanks a lot Kaki Berangan 🙂
Yups, yang baru balik pun dah rindu dengan NZ
Ahakssss! Bunga Citra la sangat kan, verangan hahaha…
Worth it if kumpul duit, korek segala tabung yg ada.
NZ will make you swoonnnnnnn 🙂
the view..subahanallah..cantik sangat =)
gile babing la view dia..view tepi highway pun dah sesgt gorjes apotah lagi tasik segala..kalu zura kompom dh terjerit2 terloncat2 cm mereng… aduh lawa sgt !!!
1 Word; Amazingly Superb Gorgeous View!..♥Mt Cook♡Milkyway♥…
uols.. nak tanya.. berapa total cost untuk budget trip NZ ni? iols macam berangan nak pegi jugak sebenarnya.. hehe
hi Fiza, around 6k per person jugakla. Ni rough estimation je. Sebab tak buat lagi calculation tu 🙂
Yups 🙂
Totally cantik!
Hahahah! Everyone will do that kan. Lompat and jerit!
Too bad no milkyway for me 🙁
X pe.. ada rezeki lain kali..♡♥
hi cik pora…
as always, ur stori-mori are funny n cheery n cheeky! simply love it 😉
and yes the view are sooooo fantastic!! wanna be there too :p
gambar2 cantik gila… bestnya dapat jalan p NZ…jeles2…heee
Hi…nak tanya apa nama hotel yang you all duduk masa kat mount cook ni…
Here you go :
http://www.aorakialpinelodge.co.nz/
Salam.hi there! Cantik gambar2 awak kt nz.. teringin nk pg sana.boleh sy tau brp kos for the whole trip per person?? Ini bukan ikut agen kan?? Thank u mizz safura! 🙂
Salam Nabilah…Yups no agent, sendiri plan. Dalam RM6k per pax
hye u.. i dh bace entry u.. sgt awesome… we all mmg de plan nk ke NZ.. .. heheheh so rajin la bace2 blog org yg dh ke NZ.. mmg syok ek.. sy bw baby.. 1 years gitula… dl backpackers je.. skang dh ber3 kene pk mcm2… otel yg u ols duduk pas sampai NZ until jln2 ke mn2 tu leh senaraikan x? heheheh
10q
Banyaknya gambar,scroll terus sampai terlepas!
terimakasih telah membgaikan page ini semoga berguna dan bermanfaat