Budget Trip New Zealand : Part 7

Pagi kedua di Queenstown. Hari masih lagi gelap tapi apakan daya, masa sangat mencemburui kami. So, siap-siap mandi dan tepat jam 6.30pagi, Kak Mah pun turun ke bawah untuk susun bag dalam kereta. Itu memang dah jadi kewajipan hidup die time kat NZ. Terima kasih ye Kak Mah. Sambil-sambil tu die pergi ketuk bilik bawah. Tapiiii…dorang baru bangun tau. Alahai, terpaksalah kami tunggu dorang untuk bersiap. Sementara duk tunggu tu, aku dan Kak Mah pergi semula ke dapur untuk siapkan breakfast. At least takde lah terbazir masa yang ada kan?

Dalam duk sibuk-sibuk memasak tu, aku sempat berborak dengan warga Malaysia yang turut stay di situ bersama suaminya. Beliau akan mengikuti trip ke Milford Sound dari Queenstown dengan menaiki tour yang ado. Beliau jugak sempat bertanyakan tentang plan kami untuk hari nie. Bila die tahu je yang kami nak ke Paradise, die terus cakap yang diorang ada try pegi sana semalam dan unfortunately tak jumpe pun tempat tu sebab jalan ke situ tak elok. Jadi, dorang patah balik kekdahnya. So, good luck lah untuk kiteorang temanyaaa…


Aku kemaskan semua barang dapur dan letakkan makanan dalam bekas untuk breakfast sajok dalam kereta. Bila dorang dah siap semua, Shaz meneruskan pemanduan ke Paradise dengan menggunakan GPS yang ado. Kami berhenti di beberapa tempat untuk lihat betapa cantiknya The Remarkables nie. Ianya jadi bertambah cantik especially bila matahari memantulkan cahaya ke puncak bukit. Aha…puncak je tau dapat cahaya, tapi bahagian bawah takde cahaya. Indahnya ciptaan Tuhan. Aku terkesima!


Kami meneruskan perjalanan kami sehingga sampai di Glenorchy. Tapi, kiteorang tak stop pun sebab nak jugak carik Paradise tu. Sampai di satu simpang, kami ternampak signboard ke kanan jika ingin ke Paradise. Okay, set to go. Namun, kami terpaksa melalui permukaan jalan yang sangat teruk. Itu kalau pakai kereta kecil lagi, mau muntah aku keluar je kereta. Totally teruk hokey.


Since taknak putus asa, kami teruskan jugak. Sambil-sambil tu aku duk checklah signal 2Degrees kat phone. No line at all. Aku tengok GPS, memang inilah laluan ke Paradise. Tapi kenapakah tak macam nak gi Paradise nie? jalan semakin narrow dan uneven membuatkan kiteorang penuh dengan tanda tanya. Ada jugak tanyakan pada mamat yang berjalan kaki seorang diri untuk ke Routeburn Track, tapi die pun tak sure tau. Nak taknak, teruskan jugak.

 

Selamat pagi warga Glenorchy!
Open the door and this view is just in front of you
 
Lazat kan?
 
Just lovely Glenorchy
 
Panorama view


Mountain, lake and us


Lepak tepi highway


This is heaven 🙂


Must stop untuk korang yang suka menikmati view marvelous


Okay, kite gerak dulu
 
The view to Paradise


Another one for you


Apabila kami sampai di satu kawasan hutan, laluan hanya ada satu sahaja. Dan ini ala-ala nak masuk hutan pakai kereta Jeep tau. Nak cakap pasal line handphone, memang totally zero. If jadi apa-apa kat kiteorang dalam nie, no emergency call la nampaknya. Elok pulak time dah masuk tu, kami terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada satu Range Rover. Time berselisih tu, kiteorang bukak tingkap and tanya samada ini laluan betul ke Paradise ke tidok ni? Jawab beliau memang jalan betul. Tapi jauh lagi tau.


And kat depan sana, jalan lagi teruk. The place is called Paradise but the road is not like what people imagine of. Dan kereta kami tak berapa sesuai untuk ke sana pun. Ahaa…Yeke? Alamak! Memang kene patah balik kekdahnya nie. Takleh nak buat apa pon. So, we turn back and say sorry to Paradise. Bukan taknak pergi tapi keadaan tak mengizinkan. Maka, lalu lah kami semula di jalan yang hawau tadi. Namun, kali nie, kami menghayati pulak view disekeliling yang katanya ada digunakan sebagai shooting location untuk Lord Of the Ring. Memang aku percaya! Sebab terbaek.


Inilah jalan yang sangat hawau. Kruk krak kruk krak!


Tapi mata tetap dijamah dengan view gini


Pokok tu sangat kelessss!


Where to go?


Seriously, kalau ade more time in Glenorchy, aku akan main lari-lari kat sini


Dan sini jugak


Look at the clouds…I’m so amaze!


Hutan-hutan yang gelap. Bahaya untuk kaum wanita 🙂
Stop sebentar sebab kiteorang dah sesat kan?
 
Look a the view? NZ very theeeeee
 
And this too…Cantik kan?


Nie kalau dapat buat video clip, confirm menang time AIM


Kami meneruskan perjalanan keluar ke Glenorchy. Time tu, jam dah pun menunjukkan pukul 9.00am. So, kami ade lebeh kurang 1 jam sebelum pulang ke Butterfli Lodge untuk pulangkan kunci dan kutip deposit. Bukan xnak pulang siap-siap, tapi pagi tadi, office tak bukak lagi tau. So, pukul 10am je yang ado. Tapi apa-apa pun , memang kite kene singgah Glenorchy nie. Sebabnya, salah satu impian ke sini adalah nak snap gambar jetty kecil yang menghadap bukit dikelilingi tasik. Oh, itu sangat wajib ye. meks memang mimpi-mimpi setiap malam nak tengok benda tu in real life.


Kami dah sampai pekan Glenorchy yang terkenal dengan LOTR filming location 


Locals in here
 
Oh Glenorchy, why you do this to me *drama tak?*


Oh my dream place, we are here *tepi sikit burung, meks nak jalan ney*
 
Okay, now I’m here sudah!
 
Indahnyaaaaa….duniaaaaa…..bumi…..NZ
 
And finallyyyyyyyyyyy! My dream spot, oh the sight was amazinggggg

 

Jetboat activity pon hado kat sini
 
Kite lambai sikit kat dorang


Gambar di sekitar tasik 
 
Kalau hari-hari tengok tempat nie, memang tak nak gi mana-mana dah


Tumbuhan yang hidup kat sini hari-hari tengok mountain 


Boat-shed in Glenorchy
 
Hello NZ cat! Korang ni memang mana-mana pun sama je kaler kan? Saya bagi nama die Gale

 

Kak Mah with Gale!
 

Dan tercapai jugak impian aku di Glenorchy. Habis aku tatap tempat tu sepenuh hati. Supaya aku ingat sampai bila-bila tau. Tempat ni memang wajib korang visit kalau berada di Queenstown. Tapi, kene drive sendiri lah baru best. Ni memang among my favorite. Even aku berada kat situ tak lama sangat, tapi aku tetap rasa puas hatiiii. Cantik betul tempat nie. Ditambah pulak dengan cuaca yang elookkkk, bersyukur sungguh aku di atas rezeki ini.

Kami teruskan perjalanan ke Butterfli Lodge selepas habis berpeleseran di Glenorchy. Sampai di sana, kami teruskan dengan urusan drop key dan keluar semula ke town. Ha…tataplah kami bandar Queenstown yang pastinya akan aku rindui. Sebelum menuju ke next destination, kami singgah dulu di Caltex untuk isi minyak. Dan seterusnya, terus ke Arrowtown. Bila sampai di sini, korang harus perhatikan signboard parking kereta die tau. Sebab kat tempat kami park tu, die hanya bagi limit up to 2 hours sajok. Kalau nak the whole day, korang kene park kat area bawah sikit, dikelilingi pokok-pokok. Kat situ FREE.


Singgah Butterfli untuk ke toilet


Thank you note!
 

Keluar ajok kereta, kami berempat terus explore ke segenap pelosok Arrowtown. Memang comel habis town nie. Bangunan-bangunan yang ada memang menggambarkan zaman dolu-dolu. Aku memang salute negara yang mengekalkan senibina lama-lama sebab bagi aku, tiada yang lama tiadalah yang baru. Environment di sepanjang jalan sangat tenang tau. Orang-orang kat sini pun friendly dan dorang tetap menjalankan kehidupan harian di pekan yang sebenarnya menjadi tarikan pelancong. Kalau di Malaysia, die ala-ala Penang lah kekdahnya.

Bonjour Arrowtown!


Cafe around here sangatlah cute je


Ice cream anyone?


Lepak-lepak sambil layan coffee


Park sini for FREE


Cafe
 
The view
 
This is so cantik


Hop on Hop off version Arrowtown


Lorong-lorong di Arrowtown


Selesaa betul kalau dapat hang out kat sini
 
Housing area di sana haaa
On our way to housing area in Arrowtown
 
Budak-budak buat perangai kat NZ memang gini! Baring-baring di rumput temanya

 

Oh Kodak Film still here tau 🙂


Candy Shop
 
How I wish my resident area macamni 🙂


Selesai di bangunan-bangunan Arrowtown, kami mula mengatur langkah menuju ke aliran sungai Arrow yang berdekatan. Sebenarnya Arrowtown merupakan tempat penerokaan emas pada suatu ketika dahulu. Jika korang bersidai di tepi sungai tu, korang akan lihat ada seorang pekerja yang masih mencari emas menggunakan cara mendulang. Dan bukan senang kan kalau kite pikirkan zaman dolu-dolu nak mencari emas nie. Aku yang tengok pakcik tu buat pun, aku rasa cam…tabahnyaaaa! Tapi, sebenarnya bila kite bersusah-susahlah kite akan menghargai segala yanga da. Betul ke tidak?


Caravan spotted!
 
Pakcik Kayoooo carik emas
 
Air jernih giler tau!

 

Lepak by the river


Old folks


Bagi aku, Arrowtown memang menyajikan satu pengalaman menarik di mana, even kite sekarang berada di zaman teknologi sekali pun, jangan sesekali musnahkan segala yang ada. Tak semestinya mengekalkan sesuatu yang lama itu buatkan kite duduk di bawah tempurung tak nak berkembang. Tapi, kite sebenarnya memberi satu refleksi kepada bangsa akan datang bahawa inilah hasil kerja keras nenek moyang kite. Lagipun, kalau orang luar nak datang negara kite, bukan sebab nak tengok berapa juta tingkat tangga ada kat bangunan nie...Tetapi mostly nak tengok sejarah kite kerana itulah bukti kewujudan bangsa kite. Phewww! Sekian ucapan dari MB Dun Arrowtown *muntah*


Tips : Someone has told me that Arrowtown turn very nice during autumn season. Sebabnya, daun-daun kat sini semua akan jadi kuning. *sumber ihsan dari warga NZ sendiri*


Selepas beberapa jam kami menjelajah pekan Arrowtown, kami bergerak pulang untuk ke Wanaka. Dan sebelum aku datang ke sini, memang dah baca siap-siap supaya korang perlu ikut the most scenic highway to Wanaka from Queenstown. Jadi, apakah nama highway yang dicari-cari tu? Okay, ianya dipanngil Crown Range Road (Scenic Highway). Apa yang aku suka pasal signboard in NZ nie, die akan bagitau sedetail-detailnya tentang jalan dan direction tersebut. Tak akan confusing langsung. Serious tak tipu.


Ada jugak kami berhenti di tepi jalan untuk tanyakan tentang highway nie, takut-takutlah terlepas ke nanti kan? Tapi kami sebenarnya berada di jalan yang betul.


Tips : Ada 2 jalan from Queenstown untuk ke Wanaka

1. Via Cromwell – aku tak lalu sini tapi korang akan pass by town-town kecil. Jarak perjalanan agak jauh
2. Via Crown Range Road (Cardrona) – Jalan agak bengkang bengkok time korang nak naik ke puncak bukit. Corner die agak 360 darjah but the viewwwwww….Serioussssly charming! Fastest option to Wanaka.

So bila nampak sahaja signboard Crown Range Road tu, kami terus belok ke kiri dan redah sajok jalan pusing-pusing roller coaster yang memang akan memberi korang satu pengalaman pemanduan yang lain yet enjoyable! Time kat sini jugak korang akan tengok caravan yang besar gajah pun boleh naik tau. Tabah ye. Tak lama pastu, kami singgah ke satu view point untuk lihat bandar sekitar Queenstown yang cantiknyaaaa. Inilah satu-satunya tempat aku visit di mana time pergi die bagi tengok view awesome and time nak say bye-bye pun die kasi show sikit view lagi oh-some!


View point


To thisssssss…..How adorable!
 
Sebelah sini pun sama jugak
 
Lihatlah corner baring, tergolek segala untuk naik ke atas
 
Korang perlu try jalan nie, barulah hippies!
 
Okay bai!


So, keluarlah kami dari kereta untuk bergambar lagi. Habis posing, kami naik semula kereta dan teruskan perjalanan melalui segenap selekoh yang penuh dengan view. Bagi aku highway nie die macam naik bukit then turun bukit untuk ke Cardrona dan seterusnya menuju ke Wanaka. Kami berhenti jugak di beberapa tempat yang bagi aku sangat worth it untuk turun. For me, NZ memang berjaya buatkan aku diri ni macam sandwich tau. Kiri kanan big mountains dan kiteorang berada di tengah-tengah. Kerdil je rasa diri nie. Seriously a must driving road in NZ.


Tips : The road might get narrower on certain part. Be extra careful. Take your time and don’t speed. Kalau korang drifter sekali pun, don’t show your talent here. Better sampai in one piece kan? But jalan ni taklah scary mana pun. Don’t worry!

Macam iklan kereta tak?


Bukit paling meriah kat sini
 
Ada couple buat photoshoot kat sini. Sweet kot!


Beratur tau semata nak tengok view highway kat sini


Breathtaking view to die for


Kalau lalu highway gini everyday, memang nyaman sekali dong!

 

Piggy back ride 


Go hike the mountain
 
Batu bersejarah ke ini?

 

Bye stunning view

 

One more car ads


The summit – 1076m


Kami tiba di pekan Cardrona selepas berliku-liku menatap keindahan highway itu. Oh masih aku ingat keindahan jalan yang memang meletops. Tapi, bila sampai di Cardrona, ada lagi yang lebeh hebat dari view tadi. Untuk yang pernah baca tentang kontroversi melanda pekan ini, korang mesti tahu tentang satu tourist attraction yang ‘pelik’ iaitu Tempat Sidai Bra. Ahaaaa…bukan 2-3 helai ye, tapi beratus-ratus hokey. Kalau korang berhenti kat sini, macam-macam saiz pun hado. Pattern toksah nak cerita lah weh. Yang tak pernah tengok pon ado kat sini.


Menurut hasil pembacaan aku, Cardrona Bra Fence nie sebenarnya adalah ladang kambing. Then pada tahun 1999, ada 4 bra sahaja yang digantung dan tujuan gantung tu tak pulak dibagitahu. Namun sehingga hari nie, terdapat lebeh dari 800 bra digantung hasil sumbangan tourist yang singgah kat sini. Pernah jugak local mengadu tentang tarikan ‘pelik’ ini yang mengundang kepada pencemaran mata. Tapi, semakin dorang mengadu, makin ramai pulak tourist datang singgah dan menjadikan tempat ni famous teroookk punya. Ahaks! Bagus jugak tarikan cam gini kan. Terus popular habis pekan nie.


Ha sapa punyaaaa ni?
 

Kami meneruskan perjalanan kami selepas selesai ‘cuci mata’ kat Cardrona. Nak jugak aku tanya, lelaki punya part takde kah? Bukan lah hadap sangat cuma tanyaaa ajeee tauuu 🙂 Dari Cardrona ke Wanaka memang tak jauh mana dah. So, bila kami dah sampai di Wanaka, GPS kami terus membawa kami ke hotel yang diberi nama Wanaka View Motel. Segala urusan booking telah aku lakukan since dari malaysia lagi. So, sampai je di kawasan hotel, kami terus park kereta. Kawasan die tak besar mana sebab ianya terletak betul-betul di hadapan tasik Wanaka tau. Memang keluar je hotel, nampak terus permandangan menawan KALBU!

Bayaran untuk hotel ini kami buat secara tunai. Owner hotel nie adalah yang paling paling THE BEST sepanjang aku kat NZ. Die run his own business and die jugaklah yang kemas bilik bagi towel segala. Dahlah interior dalaman motel sangat cantik, tambah pulak dengan owner yang awesome! Eh, itu belum lagi aku bagitahu yang kat hotel nie, die bagi FREE laundry and WIFI. Korang rasa??? Dan FREE WIFI adalah benda paling rare nak dapat kat NZ yeee. Jadi, meks memang bersyukur dengan service yang diberi Wanaka View Motel. Highly recommended!


Tips : Untuk pembayaran, ada sesetengah hotel or motel bagi option untuk bayar via credit card ataupun cash. So, korang deal lah betul-betul dengan staff die ya.


Wanaka View Motel Reception 


Look at the view
 
Our beloved driver


Yesssssss, this is too cute. Kalau semua hotel letak macamni, memang awesome!


Ini dapur tauuu, tapi bersih giler! Boleh buat tido kan?
Selesai urusan check in, kami teruskan aktiviti masak beramai-ramai di dapur dan makan berjemaah. Haruslah makan together-gether barulah muhibbah katanyaaa. Lepas aje makan, kiteorang start balik engine, fasten seatbelt dan bergerak ke one of Wanaka attractions – Puzzling World. Tapi taknak masuk pun! Kami just lepak-lepak kat luar sambil amik gambar posing beriya-iya. Untuk mereka yang memang minat benda-benda gini, jangan lupa singgah and masuk ye. Berbaloi-baloi!

Kami lepak kat situ tak lama pun sebab cuaca memang tak mengizinkan kiteorang untuk bermanja-manja dengan Puzzling World. Hujan rintik-rintik air tak bergelora gitu. So, kami pun pulang semula ke motel dan park kereta dalam kawasan parking yang disediakan. Maka, aktiviti seterusnya ialah enjoy WANAKA in our own style. Berjalan pulak menuju ke padang yang terletak betul-betul di hadapan motel kami. Memang seronok betul tengok kawasan lapang menghijau cam gini. Tenang sungguh rasanya di sini. Selepas merentasi padang hijau, kami berlalu pulak ke tasik berdekatan. Di sini, banyak caravan yang berhenti menghadap permandangan tasik dan gunung-ganang nie ha…


Cik Pora memang pantang betul tengok kawasan lapang, hijau, bukit, tasik bagai nie. Memang ringan je nak dance Bole Chudiyan. So, apa lagi kan…Pasang lagu dalam phone then terus record joget lambak beramai-ramai. Video tu takleh lah publish kat sini kan, mau muntah hijau kalau korang tengok. But for me, if korang dapat travel kat mana-mana, it’s good to record something crazy you did in other countries. Mula-mula mesti cam ala malas nyaaa…Tengok gambar sudah, but once you came home, you preview semua benda dalam memory card. For sure korang akan happy giler tengok video gitu. Silap-silap korang akan play it over and over again. Tak caya, try la buat!


Puzzling World dan Godzilla
Wanaka Mountain
 
Puluhan caravan yang bercamping


Cik Shaz di padang Wanaka


Vandalism ke ni?


Sepetang di Wanaka


Lihatlah di sana itu, meriah!

 

Habis ber-Bollywood, kami berjalan pulak ke Pekan Wanaka yang agak kecil yet convenient sebab semua benda cam complete je. Hanya ada satu saja pasaraya kat sini iaitu New World. Okay, meh sini mek nak habaq mai sikit. Harga barang kat sini memang menggila murah eh. Lagi awesome dari Pak N Save tu. Bayangkanlah, air mineral besar hanya 0.99NZD sahaja. Tempat lain mungkin dalam 1.27NZD lah, apa lah…But sini, murah hawau! Even my favorite Palmolive shower scrub pun slightly cheaper than Pak N Save. Memang good deal!

Selain tu, dapat jugak aku perhatikan orang-orang Wanaka punya style. Dorang nie sangat sederhana compared to other places in South Island. Ada sorang tu, siap tak pakai selipar masuk mall. Slumber beli barang and terus bayar. Ada tu, yang baju compang camping bagai, tapi beli je barang kat dalam mall. Bukanlah nak judge orang camtu, memang tak baik. Tapi kalau di negara kita, kalau compang-camping cam homeless tu memang jarang sekali tengok masuk mana-mana mall kan? Di sini, tak kisah yang penting ada duit tak mintak sedekah jual tisu, itu yang penting!


Oh my favorite New World


Notice board


Chocolate lai lai lai


Murahhhhhhhh hawau!


Kami bergerak balik menuju ke motel setelah berhabis dollar di New World. Perjalanan ke motel tidaklah jauh mana. Sempat jugak tengok permandangan awesome blossom ketika Maghrib. Wah pasti meks rindu suasana gini. Fefeling student oberseas beli barang sama-sama untuk buka puasa….Motiffff? Oh ya lupa nak cite, time kiteorang balik dari Puzzling World tu, sebenarnya kami ada singgah di satu tempat yang juga antara idaman mekssss. Tempat ini adalah antara attraction yang quite recommended selain Puzzling World kecik besar tuuu…


Mungkin ramai yang tak pernah dengar, but we went there to experience PARADISO CINEMA! Tengok wayang kat negara orang? Bukan cite sama je ke? Sama je cam Malaysia kan? Yes, you might say the same things like others. But don’t jump to conclusion first. Cinema nie memang totally different dengan cinema lain. Okay, let me stori mori kat uols semua. Haritu, kami memang dah check showtime die sebelum kiteorang beli tiket. So cerita yang tinggal untuk malam tu adalah The Divergent. Nak tak nak, layan aje lah.


Since Shaz and Kak Mas nak kemas barang-barang malam tersebut, hanya aku and Kak Mah ajelah yang berjimba malam tu. Even from motel kiteorang hanya 300meter je berjalan kaki untuk ke Paradiso Cinema, tapi kami lebih selesa naik ajok kereta. Bukanlah takut orang jahat ke apa ke…Cuma pekan Wanaka terlalu gelap untuk bersiar-siar di malam hari. Jadi, it’s better for us to drive ajok. lagipun, cuaca sejuk jugak yeee…


Bayaran yang dikenakan hanya 14.50NZD per person. Interior cinema nie macam zaman dolu-dolu. Semuanya kayu kayan gitu. Die ada sediakan cafe and ruang lepak untuk catch up dengan kawan. So tak semestinya datang sini untuk tengok wayang sajok. Bila dah beli tiket, tunggulah sampai staff die bagi instruction suruh masuk ke dalam. Bila masuk je, korang akan tengok seat dalam tu semuanya sofa siap ada pillow and ade blanket lagi tau. Kiranya, die macam menghidupkan suasana santai kat rumah gitu. Paling best, ada orang serve hot choc and cookies before movie start.And iklan yang ada pulak, semuanya promote local products cam ice cream ni boleh didapatkan di selekoh sekian sekian….Ha kau hado? Bayangkan tetiba GSC or TGV buat iklan, “Jomlah pekena Nasi Kandar Beratur Line Clear, sure terangkat” , mampu kah?


While waiting for our movie


Menu in Paradiso Cinema

 

Cafe to lepak

 

Then, few sminutes before start, owner die akan datang bagi greeting supaya kite enjoyyyyy! Wah, seriously something different yang membuatkan kiteorang rasa homey giler. Terus berangan nak jugak buat camni kat Malaysia. Berangan je lah uols! Halfway cerita die akan pause untuk bagi laluan customer gi toilet or coffee break. Okay, yang itu potong sikit sebab macam cerita Hindustan pulak ada klimaks nyaaa kan. But overall, we truly enjoyed Paradiso Cinema yang awesome! Bila lagi, nak tengok wayang fefeling dalam rumah dengan segerombolan Mat Saleh jugak?

Saya pilih sofa sajok!

Movie habis around 11.10pm dan hujan mencurah-curah sejurus sahaja kami keluar dari cinema. Teruskan jugak perjalanan pulang ke motel kami. Penatnya today...Memang nampak katil je nie…Nak tido selesa VONO terukkk punya malam tu.  Our next destination is Franz Josef. No activities there sebab kiteorang nak free and easy sajok sambil layan apa yang dijamah di depan mata. Stay tuned!

4 thoughts to “Budget Trip New Zealand : Part 7”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *