Bercuti ke Koh Samui Part 1 (Birthday Trip)

Halluuuuuu semua! Nampaknya progress untuk hupdate trip-trip yang lepas adalah paling slow kalah kancil turbo. Cik Pora memang mohon ampun maap sebab lambat giler nak buat stori-mori untuk uols semua. Mungkin usia dah makin lanjut kot, tu yang menjadi antara faktor membuatkan blog ini bersawang bagai. Ah-ching sangat kan? Ohhhhh! Cakap pasal usia yang meningkat ni kan, nak lah jugak ucapkan terima kasih pada yang wish birthday meks pada September yang lepas. Doa, ucapan, Insta post, pemberian kek-dari family dan Kak Mah tercinta, hadiah dan tidak lupa jugak pada surprise-surprise yang dianjurkan oleh Datin Paduka Norzi Alauyah – kawan office meks tu. Semuanya meks hargai sangat. Syukur saya dikurniakan dengan orang yang ‘palin manih’ dalam hidup ini.

Pasal surprise-surprise tu, untuk mereka yang ada follow Instagram poobritney, gambar telah pun dihupload pada hari kejadian yeee – 11 September 2014. Syukur alhamdulillah, tak sangka Cik Pora dikejutkan dengan nyanyian lagu Birthday dan jugak sebijik kek yang bapak besar untuk surprise di atas awan. Ahaaaa… biar meks kasi potong sikit cerita, ala-ala sampai di situ je teaser nye. Takkan lah nak tahu pasal tu je kan? Mesti lah Cik Pora nak citer dari awal sampailah habis macamane boleh plan trip kali ni! Ayuh aku start semula dengan plan Birthday Trip 2014….Ke mana kah Cik Pora nak bawak uols? Yuhuuuu! Moh kite ke Koh Samui. Jom layannnnnnn!


It was super last minute trip for me! Nasiblah ada yang sudi nak temankan aku untuk ber-happy birthday trip for second year. Yelah, macam last year, aku celebs birthday kat Sabah bah. This year memang aku takde book tiket in advance  pun pada bulan September. Maybe sebab aku pun takde plan nak ke mana-mana. Tapi 2 weeks before pergi, aku cam terbukak web AirAsia (terbuka kau, boleh caya ke tu?), then saja-saja survey if ade yang murah. Click je Surat Thani, keluar harga yang meks rasa masih mampu milik. Dan untuk info uols, aku memang dah lama nak ke Koh Samui sebab semua ‘KOH’ macam dah cover. Macamlah…tapi tak lagi. Elok pulak cuti panjang time tu, apa lagi terus buat trip lah. Tiket dalam RM268 tak silap aku. Flight tghari dan hanya memakan masa selama 1 jam saje. After take off tu, flight ade lah langgar-langgar awan dan mat saleh depan muka aku tu hawau teruk buat muka cam flight ni takkan selamat. Aku memang benci betul nak tengok expression muka cuak kejuweh ni. Dah la flight tak full. Sampai no.18 je weyyy. Dan kiteorang la yang duk no.18 tu. Belakang kiteorang sampailah toilet memang kosong. Kau, kalau nak selfie setiap seat pun memang takde hal punye okay!


Elok dah half way, flight cam biasa laaa…smooth gitu. Terus okay je muka minah saleh tu. Aman sikit rasanya kalau nak tengok die pun. Nyampah meks! Tetapi, ada pulak satu ade announcement dari FA yang dorang nak bagitahu something special. Meks dah la duduk belakang, tak nampak sangat bila dorang berdiri and katanya dorang pakai something pelik. Oh malas amik tahu, feeling duduk borak ngan membe aku. 

Sampailah, diorang cakap dalam flight ni ade orang celebrate birthday today weyyy. Walawehhhh! Terus terasa special sgt. Walaupunnnnn, kalau ade orang lain celebrate birthday sama ngan aku pun, aku pedulik apa, pergi jugak kat depan cakap, “Hey, birthday kita sama lah” (in case lah kalau surprise tu bukan untuk aku, katanya yakin kan). Apa-apa pun, birthday surprise tu memang confirm untuk aku, bila die panggil nama penuh meks untuk tampil ke depan. Dengan ilmu runway yang ade, aku catwalk terus maju ke depan kawww…Pedulik apa orang lahar pun. Tapi dalam hati nervous dan rasa aaaaaaa, uols ni. sweet lah!



Travel partner merangkap Datin Paduka Norzi Alauyah yang merupakan Master Planner untuk surprise ini

 
My sweet birthday cake tajaan Datin Paduka


FA tengah agihkan kek kepada guest yang lain


This girl came to me and ask for a slice of cake…Uols ni Mini Britney ke?
 

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada Norzi yang ‘palin manih’ sebab deal ngan akak-akak FA AirAsia ni untuk special birthday celebration. Awesome meletop sambut atas awan and katanya kalau sambut atas ni doa termakbul. Sebab bila dorang suruh aku buat wish, ala-ala pejam mata tu, die cakap bile atas awan ni, doa lagi cepat sampai. Pejam lama jugak temanyaaa hahahah! Anyway, speechless sudah. Siap ade kek besar lagi dan semuanya kiteorang agih-agihkan pada passenger yang lain. Meriah uols. Rasa sangat special dan I’m one happy girl. End up, separuh je kek habis, lagi separuh kiteorang angkut la untuk next journey yang gile lamaaaaa 🙂

Dan akhirnyaaaa, sampai jugak di Airport Surat Thani yang sangat kecil sajok. Oh ya, bila korang sampai di Surat Thani ni, jangan korang ingat keluar je airport, nampak sudah Koh Samui nya. Tidak ye rakan-rakan. Perjalanan hidup masih jauh. Duri ranjau semua harus ditempuh. Propa ke tidak tu? Tapi betul tau uols. Semuanya memakan masa lebih kurang 5 jam jugaklah. Turun naik bus ferry dan tuk tuk lagi untuk ke Chaweng Beach dan in total semuanya ialah RM50 per pax sajok (setelah di-convert dalam RM).. Hawau kebas segala semua yang ado untuk ke Koh Samui dengan menaiki AirAsia. Tapi, kami berjaya jugak redah even badan penat tak hengat punya.

Tips : Ada 2 big companies yang buat transfer iaitu Seatran Discovery Company Limited dan Raja Ferry Port. Harga sama je, cuma lokasi port dorang agak berbeza even dekat-dekat sajok. Aku pilih Seatran Discovery Company Limited sebab dalam Tripadvisor, review nya lagi better okay. Sepanjang aku guna Seatran Discovery nya service, okay sajok. Tiada masalah pon 🙂 Korang kalau nak amik transfer dorang ni, keluar je dari arrival gate, korang ke arah pintu keluar airport and akan nampak kaunter 2 company ni sebelah-sebelah saja. Beli direct trus, one way tiket.

Mak baby nie letops cantik, hasilnya baby ini sangat cute sebab pandai posing dalam bus


Seatran tickets


Turun dari bus and sampai sudah di Jetty Donsak – branding AirAsia memang strong di sini


Jadual Seatran Discovery


Sila masuk


Tiket Seatran tadi, korang kena masukkan dalam machine tu


Dan berjalanlah ke arah ferry


Ferry ni ada jugak untuk kereta dan motor, so jangan korang feeling masuk bahagian kereta plak
 
View before ferry bergerak


Kek tetap kiteorang bawak ye


Seating area yang comfy la jugak


Deck atas – untuk yang dah putih melepak-lepak, bolehlah jemur kat sini


Signboard dalam ferry


Asap ferry yang dihembuskan 


Hanjing sila duduk luar. Jangan nak degil


First view


Dah nak sampai dah nie
 
Woot woot, almost there!


Dan stop sudah ferry kami. Ayuh tarik bag!


Yeehaaaa, Koh Samui, mari kita!


Free service ni bukan die hantar korang kat hotel tau, die duk hantar korang kat depan tu je ha. Depan mana? Alahai jalan kaki pun tak sempat nak kuar peluh. Die akan turunkan korang dekat tempat untuk amik taxi or tuk tuk


Ni lah jalan yang korang kena lalu


Semasa aku dah sampai kat hujung jalan tempat tunggu transfer ke Chaweng, aku ade jugak di-approach beberapa taxi, nak RM60 kaawwww!  2 orang dah RM30 sorang. So, better aku naik tuk tuk sajok. Baru RM10/pax dan hantar jugak depan hotel kami. Korang takyah rinsek, nanti pemandu tu akan bagitahu bila dah sampai but sebelum naik bagilah tahu korang duk hotel mana ye!


Untuk hotel pulak, aku memang dah book siap-siap segala hotel yang kiteorang nak stay kecuali hari terakhr kami di Koh Samui. Itu memang dah jadi cam satu habit aku untuk cari walk in sajok. Even agak risky tapi sengaja aku buat gitu, lagipun kami berdua sajok. Mungkin peluang untuk dapat bilik kosong tu lagi mudah daripada mereka yang membawa rombongan Cik Kiah. First night di Koh Samui, kami stay at Khun Chaweng dengan harga bilik RM110 per night. Wifi tak sampai bilik tapi location wise terbaek sebab center giler. Siap sebelah ade cabaret show lagik.Kalau yang tak suka bising-bising tu, maybe sini tak sesuai kot. Tapi bagi aku, bising ke tak, yang penting bersih!

Siap-siap check in, kami ade gak bertanya kalau kiteorang boleh sewa motor malam ni, tapi kat hotel tu takde service rent motorbike. So kena lah kami duk carik kat kedai-kedai yang ada buat service tu. Alahai, malas betul lah kalau nak mencari dan paling malas ialah nak kena letak passport segala sebagai guarantee. Itu agak bahaya kan? Plus, kiteorang ade berapa jam sajok. Esok dah nak ke Koh Tao. So bapa jam saja ade kat Koh Samui ni kan. Better jalan je lah kaki.

Lobby kami – kat sini je WiFi laju


Check in. Mampukah bilik mandi transparent? Abislah segala rahsia sulit tersebar, ahaks!


Katil yang terhidang di depan bilik mandi


Our laman bilik yang jadi port abang-abang Saleh lepak


Misi malam tu ialah berjalan ala-ala sesi induction dengan Koh Samui, carik tempat untuk makan malam dan paling penting, carik transfer untuk ke Koh Tao. Wey, dari tadi duk mention Koh Tao….Koh Tao tu apooooo? Okay, meh sini aku cite pelan-pelan. Whole trip aku ni boleh aku rasakan agak lama jugak if nak stay kat Koh Samui je, which in total dekat 5 hari ye. Takkan lah nak duduk je dekat pulau yang aku rasa agak sinonim dengan pulau Honeymoon gitu. Tidaklah teman nak honeymoon lama-lama kat sini. Tapi bila aku tengok map, cam dekat pulak die dengan pulau yang pernah aku baca sebagai satu ‘hidden gem’ in Thailand. Jadi, ayuh kita panjangkan sedikit langkah untuk ke Koh Tao, dalam 2 jam gaklah by speedboat. 

Keluar dari bilik, hari pun dah nak gelap
 
Seafood galore in Chaweng


Ni view semasa kiteorang jalan-jalan kat Chaweng Beach, kalah Jimbaran


Happy hour bersepah-sepah


Sebagai rujukan peminat seafood tegar


Kebanyakkan restaurant tepi pantai die cantik sangat, ada class sikit lah


Kedudukan Koh Samui adalah berdekatan dengan Donsak (land) dan kalau bercakap pulau yang berhampiran dengan Samui pulak ialah, Koh Phangan, Koh Nang Yuan dan juga Koh Tao. Semua nie satu jalur sajok. Kalau untuk yang gemar cucuk bintang langit bulan segala, Koh Phangan adalah yang paling sesuai untuk anda. Sebabnya, kat sinilah famous dengan Full Moon Party. Manakala Koh Nang Yuan, satu pulau yang sangat cantik tak sama macam pulau Thai yang lain. And finally, Koh Tao, ianya terletak bersebelahan je dengan Koh Nang Yuan ni, tapi ianya adalah tempat popular untuk divers. Kalau nak amik lesen kat sini, murah jugaklah. Plus, instructor nya sangat elok-elok. Mat Saleh uols


Okay, disebabkan aku dah berangan nak ke Koh Tao, maka dengan yakin nya aku siap-siap booked hotel kat sana dengan harga RM180/night. Mahal jugaklah, tapi sebab nak sangat tepi pantai layan sajok. Jadi, nak tak nak aku kene jugak carik transfer dari Samui ke Koh Tao. Sebelum tu, kami kenelah mencari kedai Halal dulu sebabnya perut memang lapar giler tau. Takkan nak makan kek semata uols. Mau sebu perut. Pada malam tu, barulah aku tahu yang kalau korang nak mencari kedai Halal di Chaweng ni adalah sangat impossible jika tiada motor. Semuanya kedai Indian sajok yang ado. Apa lah racist no orang sini pergi bagi orang luar bukak kedai tapi rakyat Muslim Thai kau letak kedai dorang jauh-jauh *Nampak tak Dun kawasan Paroi dah bersuara?*


Sememangnya sia-sia je duk mencari makanan Tomyam Halal kat area Chaweng Beach ni. Since dah lapar kruk krak sangat, apa lagi kan, makan sajok apa yang ade. Memang tak sedap tau makanan India kat sini even though kau masuk Tripadvisor bagai. Aku tak tahulah macamane bentuk lidah yang rasa dan sudi letak rate tinggi-tinggi kat kedai ni. Namun, bersyukur ade je makanan kan? Jangan nak complaint lebeh-lebeh sangat Cik Pora 🙂


Kedai mamak kelas atasan katanyaaaaa – dekat RM30 untuk 2 orang makan
 
Kalau rindukan pancake Thailand, boleh la singgah kat kedai ni ha. Merata ada


Settle makan dinner, kami sambung balik berjalan dan survey transfer ke Koh Tao. Survey itu kene ye kalau nak dapatkan great deals. Kalau tak, sia-sia sajok uols. Akhirnya, kiteorang decide untuk pergi satu kedai auntie nie yang aku rasa sangatlah diplomasi giler dan tabah dalam melayan kerenah kami berdua. Sebenarnya ada salah paham yang berlaku. Ini semua disebabkan salah dengar uols. Yang aku paham, trip ke Koh Tao (pergi balik) ialah 1300BHT per pax. Untuk yang nak buat day trip sajok, hanya 1600BHT siap makan snorkeling bagai. So aku rasa cam tak puas hati pulak sebabnya kenapa murah RM30 padahal transfer je kot.

Aku bila dah dengar gitu, try la nak slot in dalam day trip tu, tapi suruh la driver boat turunkan kiteorang kat Koh Tao. Auntie tu kata takleh sebab itu untuk snorkeling je. So speed boat takkan boleh buat gitu. Tetapppp ye nak lawan cakap auntie yang dah duduk lama kat Koh Samui. Siap nak cancel hotel yang aku book tu sebab taknak lah duduk kat Koh Tao, mahal pulak kalau dikire balik kan. Aku pun gunalah desktop die sambil berusaha buat cancellation, tapi tak berjaya tau. Aku sedeh gile.

Last-last aku and Norzi cam redha sajok. Cakap balik kat auntie tu, kiteorang nak jugak try last chance camne nak sampai Koh Tao tapi nak yang murah je. Then, kiteorang tanya kat die final final question, how much kalau pergi day trip ke Koh Tao and berapa transfer untuk ke Koh Tao siap tido sana? Auntie tu pon memang penyabar orangnya. Maybe die pernah jumpa customer lagi teruk dari aku kot, tu yang die Cool Kid ajok. Die pun clear her throat then terus cakap, kalau transfer RM130, kalau day trip RM260. Terus aku ngan Norzi terbeliak??? What??Murah je ke sebenarnya?? Haaaa kawww, lain kali jangan duk percaya cakap-cakap, dengar betul-betul…Eh? 

Nak tergelak jugaklah aku ngan Norzi sebenarnya sebab kiteorang salah paham. So apabila semuanya dah clear, auntie tu pun bukak buku receipt dan buat sikit panggilan telefon untuk place booking kami. Fuh legaaaaa hati cheqqqq! Kalau dak, memang kalut habis uols. Kawtim semua segala, bayar and kiteorang say goodbye to auntie yang baik sangat hatinya duk melayan kerenah kiteorang yang blur-blur hawau ini.

Okaylah, esok jam 6.30pagi, van akan pick up kami untuk ke jetty. Dan bermulalah pengembaraan baru kami dari Koh Samuiiiiii-eeeeee ke Koh Tao yang mengambil masa 2 jam menggunakan Seatran company.

Okay weols penat teroks! Nanti kita sambung Part 2 punya pulak *dengar citer Cik Pora jumpa dengan musuh no.1 Islam, nak tahu citer lanjut, stay tuned*

6 thoughts to “Bercuti ke Koh Samui Part 1 (Birthday Trip)”

  1. Hepi belated besday cik pora..heee kita sama la dkt2 besday pastu nak ngada ada trip tiup lilin kan..hehe nasib laaa sape lg nk bg hadiah trip ni klo x diri sndiri kan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *