Bercuti ke Koh Samui Part 4 (Birthday Trip)

Sepanjang kami berada di Koh Samui dan Koh Tao, weols sangat bersyukur sebab hari-hari dikurniakan matahari yang panas membahang. Kiranya, just nice ajok kami sampai dan terpancar sunshine di wajah kami. Jadinya, hari yang indah itu kami manfaatkan dengan pelbagai aktiviti round the town. Itulah itinerary kami untuk hari ke-4. No plan, just grab a map and get lost in wonderful way. Ada jugak Kak Zee hubungi rakan baru kami tapi dorang ada hal pulak pagi tu. Apa pun terjadi, kami teruskan jugak plan ber-scooter keliling satu Samui. Yakin dan redah sajok konsepnyaaaa…

Simple breakfast tapi kenyang dan sangat healthy


Habis breakfast di hotel, pakai helmet dan terus menelusuri setiap pelosok bumi Samui, ah-ching sungguh ayat-ayat mu ini Kak Pora. Nyampahhh! Ahaksss… Apa-apa pun, pagi tu memang kiteorang dah plan nak round camni :


Chaweng – Lamai – Hin Ta & Hin Yai – Muslim Village – Ban Tha Po – Namuang – Paradise Park Farm – Muslim Village – Lamai – Crystal Bay – back to Chaweng


So, pagi-pagi lagi dah keluar hotel dan vroom-vroom ke arah Lamai. Kami akan berhenti di beberapa spot yang kami rasakan worth it untuk stop. Kalau bab signboard, memang Thailand ni pemenang ye. Sebabnyaaa signboard die siap dengan gambar or symbol. Dan kebanyakkannya adalah signboard tentang tourist spot. So, memang senangla korang nak carik tempat tempat yang femes untuk dilawati. Takde la istilah sesat larat.


Berhenti di beberapa viewpoint, kami teruskan misi mencari batu yang melucah sendiri ahhaha! Itu je aku mampu namakan. Tempatnya dipanggil Hin Ta dan Hin Yai, satu laki satu perempuan. Mula-mula nak gi tu, aku tengok merata-rata duk promote batu ni, tak kirelah souvenirs ke, kedai makan ke, semua duk agungkan benda nie. Jadi, dengan harapan dapatlah tengok depan mata, errr motif? Bila pergi tu, kami park motor dan bayar 10BHT, nanti ada pakcik jaga. 


First pitstop – Tepi jalan on the way to Lamai Beach

Berhenti pulak di sini untuk tengok apa lah yang ada kat bawah tuuu


Okay, this view memang awesome!

Batu gajah katanyaaaa, bukan di Perak tapi di Samuiiii


Pantai pertama kami hari itu – Lamai Beach


Lompatlah Kak Zeee, yang penting uols happy!


Meow nye hidung sangat mancung

Bayar dulu parking 10BHT je!


Es krim coconut laahhhh, my favorite!

Time sampai tu, elok pulak rombongan orang Pasir Putih, Kelantan pun ado jugak datang sini. Siap pakai baju travel sesama kaler kuning uols. Aduiyaiiii, malu pulak rasanya bila ade orang kita kat tempat-tempat camnie. Feeling die lain macam sikit sebab batu-batu ni memang sebijik weyyyy ahhaha! So,apa kami buat, feeling cakap bahasa Inggeris sepanjang berborak ngan Kak Zee. Cerca lah hahaha, tapi aku malu tau bila jumpa orang kite…Dah la batu-batu tuuuu, aiyaaa… Takmau cite la korang tengok sendiri. Ada jugak terlihat kelibat anak-anak kecil dari rombongan tadi tu. Aku terus imagine kalau ade anak then die tanya, Ummi… (umi tau), itu batu apa umi? Errrr, krik krik…Die tanya lagi…Ummi itu batu apa? Kenapa ramai lelaki kat belah sana , perempuan kat belah sini? Memang aku katup je mulut tu ngan batu-batu yang ado…

Sememangnya tempat ni tak elok untuk bawak anak atau budak budak kecil datang. Terlalu tak elok permandangan yang ade. Paling aku takleh belah, siap ade yang bergambar family portrait berlatarbelakangkan batu-batu ini. Aiyooo, itu memang TMI teruk. Buatnya kalau anak tu bawak gi sekolah present tajuk Keluargaku Syurgaku, acane uols? Sapa nak jawab kalau kawan-kawan die kata, memang keluarga bahagia sangat view tu…Eeeee memang meks larik tauuuu…tak mau pikir hahah!



Yeahhh itu diaaaa…ramainyaaa!


Tapi yang ramai kat area errr….pikirlah sendiri


Baik meks layan Yoga pose sementara tunggu orang ramai beransur


Cantik jugak view kat sini sebenarnyaaaa kalau tolak tepi rupa bentuk batu-batu yang 18SX itu


Ala-ala Lombok tak?

Kita posing sekali jewww!


Me + Kak Zee


Bestnya kalau ada orang mandi…Boleh join sekali


Jeng jeng jenggggg 

Ya itu die, tunjuk langit kawwww

Kak Zee jumpa orang kampung..Abe apaentahnamadahlupa

Okay last, janji ni last gambar. Dah gi main jauh-jauh hahaha!

Balik dari batu bata atuk nenek ni, kami vroom pulak ke Muslim Village yang terletak tidak jauh dari batu tu. Kami berhenti kat area Muslim Village apabila kami nampak signboard masjid dan terus kiteorang masuk.Tak sengaja pon jumpe sebenarnya. Bila masuk tu, snap snap gambar and berhenti di kedai makan yang agak popular di Koh Samui. Elok pulak berjumpa dengan Abang Ud (Daud), cakap melayu weyyyy. Die cakap, nak datang makan, masuklah. Tapi kiteorang kenyang lagi, so die suggest kami gi viewpoint paling atas untuk tengok view malatoppppsssss! Aku ni pantang orang suggest, terus on je kan. Ni yang best kalau jalan ikut kepala sendiri, takyah nak pikir banyak kali, on sajok!

Nampak je signboard ni kami terus masuk


Pokok kelapa tepi laut adalah lokasi idaman sejak kecil lagi


Abang Awieeeeeee, abang buat apa kat sini?


Orang-orang kampung memenuhi kawasan


Masjid Nurul Ihsan


Lawan burung sapa yang paling hebakkkkk!


Kalau burung awak hebak, kite bagi awak piala tau

Abang Ud yang bagi idea suruh kiteorang pergi Peak Eye

Jadi, bergeraklah kami menuju ke waterfall dan Peak Eye Viewpoint seperti yang diajar Abang Ud. Cuaca semakin panas dan yang paling tak best bila kau gi viewpoint ni, banyak pulak bukit nak kene lalu. Jalan memang sunyi, masuk kebun kebun durian segala. Nak nampak manusia tu sangatlah susah weyyy. Tapi ku redahkan jugak demimu viewpoint. Kalau apa-apa jadik kat motor aku ni, duduk jelah bawah pokok durian tunggu bantuan. Dengan handphone tak roaming nyaaa…Memang brilliant sungguh. Tapi syukur semuanya okay 🙂

Mari kita ikut signboards yang ada


Masuk kampung-kampung orang dah, tapi still tak jumpa Peak Eye

Singgah sat nak tengok apa benda pondok ni eh? Tapi cam takde orang. Yang ada hanya makcik durian je

Makcik tengah kumpulkan durian bapak besar giler

Maaplah makcik Safura pun nak tumpang kacau keje makcik Siam jugak

Perjalanan masih jauh, ayuh kite teruskan!



Setibanya kami di viewpoint tu, memang angin satu badan jugaklah bila nampak signboard tutup. Alaaaa…kata bukak jeee sepanjang masa, yang ni dah kenapa tutup? Saja je kannnn. Takpelah, nasib time berhenti kat tempat durian tadi, makcik tu bagitahu ade lagi satu tempat viewpoint yang boleh kiteorang ushar. So masuklah dengan bayaran 20BHT. Kalau yang nak feeling infinity pool pun ade jugak, bayar sajok 100BHT. Tapi takde oranglah, korang boleh cakap itu villa korang ke kan…Saje bagi idea.

Today closed! Rasanyaaa?


Dengar kata batu bata kat sini cantik, tapi banyak pasal dorang punya temple


Sea Viewpoint pun jadiklaaahh


Taman safari sangat konsep die nie


Hiasan binatang dorang sangat comel


Oh infinity pool, akhirnya bertemu jua kita (tapi sunyi okay)


Balik dari viewpoint, hari semakin membahang, rasa cam muka terbakar teruk nya. Ditambah pulak dengan kelaparan, jadi idea terbaek adalah singgah makan kat kedai Abang Ud tadi. Sampai je, terus order makan and Teh Ais kaw. Entah sejenis minuman fevret bila pergi Siam, nak jugak Teh Ais. Time duduk kat kedai tu, ade jugak family dari Malaysia yang datang nun jauh naik kereta bergerak dari Penang and sampai ke sini. Wow! Gigih drive kan, sampai jugak kat sini. Bapa jam tu, aku rasa mau lebeh 13 jam la kan, standard kot. 


Masuk sekali lagi ke dalam Muslim Village, kali nie hakak nak berhenti jugak untuk #selfie


Samira ni pun Halal jugak


Makcik ni pun ada bukak kedai Halal, so memang takkan lapar nya if datang sini


Teh Ais paling meletop meks pernah rasa


Pad Thai pun sedap jugak


Bihun tomyam kegemaran


Ayam bakar tempayan yang patut korang cuba. Pakcik nie die bawak lorry so die akan buat cam promo pakai mic and letak speaker kat lorry. Mai mai beli sekoqqqqq

Lepak-lepak kat kedai tu sambil borak dengan owner. Katanya, dulu Koh Phangan tu, orang Terengganu yang mula-mula jumpe tempat tu. Die buat komuniti Islam di sana. Tapi sekarang tempat tu dah jadi tempat maksiat. Sama je macam Koh Samui. Area sini je yang masih okay lagi. Ada jugak beberapa orang cuba nak hijack jual vavi kat area Muslim Village ni. Namun, kebanyakkan kedai tu terbakar…Bak kata pakcik tu, bila ada wali-wali Allah di sesuatu kawasan tu, memang apa yang kaum kafir nak buat tak akan menjadi. Kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menandinginya.

Habis makan, aku mintak pakcik tu bawakkan aku round sekitar kawasan kampung nelayan. Sukanyaaa aku dengan suasana camni. Boat-boat nelayan, ikan kering segala dijemur, kanak-kanak berlari sana sini. Rasa tenang dan seronok. Seolah-olah macam aku lari sebentar dari politik dunia, dramarina manusia tak berhati perut, fitnah dan macam-macam lagi. Lama jugak temanya aku lepak dengan pakcik tu. Siap kenal dengan regular customer die dari Paris lagi. Orang Islam Morocco yang datang setiap tahun melawat Koh Samui sebab dah jatuh cinta dengan layanan orang Islam di sini. Korang kalau datang Koh Samui, please datang singgah kedai pakcik ni tau. Borak-borak ngan die umpama borak ngan orang kita sendiri.


My beautiful mini Alicia Keys from Paris (May Sun namanya)


Ikan kering uols

Makcik Pora pun nak tolong….Tolong #selfie


Focus even dalam kehangatan panas


Belakang tabir di sebalik cara potongan bolat-bolat


Hasil tangkapan hari nie 

Pakcik nie aku terlupa nama dia, die baik sangat. Owner kedai makan tu


Owner restoran menunjukkan rumah beliau


Ini adalah penginapan yang turut disediakan buat mereka yang inginkan pengalaman berada di Muslim Village Koh Samui

#selfie dengan kanak-kanak Samui



Sila lah datang ke kedai pakcik nie, makanan memang sedap, layanan tip top teko!


Snap dari atas motor neyy

Temanya nak #selfie di bawah pokok kelapa, sekali kena amput dengan orang kampung situ. Maybe sebab aku pakai baju merah and lembu pun bersidai kat tepi tu


So gambar yang sempat pun, ini aje lahhhh… Tapi cuba perhatikan lembu yang kat belakang tu, macam dah ready nak terkam kiteorang je kan?


Kami beransur pulang selepas beberapa jam lepak kat kedai makan. Singgah sebentar di Cliff Bay and tengok orang mandi. Nak mandi memang tak lah weyyyyyyy..Tengok muka kat cermin cam dah hitam teruk je ni. Better balik area Chaweng and carik apa-apa yang patut dulu kat convenient store. Supaya tak legam legam sangat bila balik KL nanti. Nasiblah Family Mart memang ada jual segala macam benda nak putih. 


Crystal bay yang mengancam pabila petang menjelma

Lihatlah mat saleh berpeleseran

View memang meletops kat sini


Apa tengok-tengok? Mau urut kah?

Balik bilik, pakai segala benda yang dibeli tadi untuk hilangkan wajah burn kebabom. 

Terimalah produk produk kecantikan dari Siam

Tidor sebentar sampailah malam tu, kawan konvoi tak jadik tu contact kiteorang. Sebenarnya ada jugak kami ajak dorang lepak kat kedai Muslim Village (kat kedai tu ada WiFi), tapi dorang sesat tak jumpa and terus balik. So malam tu, kiteorang ajak la dorang lepak kedai Halal yang semalam kami lepak tu. Makan malam then ajak dorang gi pasar malam Lamai. Sini best wey, tapi gi lah awal sikit. Barang macam-macam uols. So, rambang mata sikit. Time kami gi, hujan uols. Untunglah redah hujan malam-malam kan, nasib tak demam.


Borong earing di Lamai Night Market (only open Sunday)


Mat Saleh feeling kawww kat atas stage, ni ala-ala karaoke downtown la


Casing – standard price la kan?


Balik dari pasar malam, tukar baju and dorang ajak lepak layan live band pulak. Kiteorang asalnya nak gi tengok Cabaret Show tapi katanya dah habis. So, apa lagi kan, kite layan je la live band yang ado. Mula-mula masuk tu takde orang, dah lama-lama baru ramai pulak. Time kurang ramai tu, aku join ade satu group mat saleh ni dance. Saja hilangkan kebosanan di hati yang sunyi, ewahhh! Kiteorang siap pegang tangan, menari ikut bulatan fefeling zaman sekolah. Seronok la wey, dunia kan?


Ada sorang minah ni, muka macam Betty la Fea tapi badan size gorgon, duk menari ngan aku. Lawan-lawan skill mana yang lawak segala la. Then die rapatkan badan die kat aku, tapi aku tetap dengan skill agogo aku…Then die terus tanya aku dari mana? Aku jawablah, aku dari Malaysia. Then sambung menari lagi. Pastu aku tanya die pulak, die dari mana, then die jawab, die dari Yizxrael. Terus aku cengang and cover senyum kelat. Sambil tu aku buat tarian undur diri. Ha kau ado tarian undur diri ke? Temanya step kene terbaek lah tanpa ada unsur-unsur tersentap hati. Namun aku tetap cuba bersopan sehabis baik untuk blah dari kumpulan tarian yang memang cannot ‘in’ langsung! 


Temanyaaaa, macamane aku boleh tak kenal muka orang Yizxrael ni weh? Ke aku memang tak amik tahu sampaikan aku takleh nak cam tau muka dorang ni. Awkward kot menari ngan dorang. Aku terus takde mood nak tunjuk skill joget lambak depan dorang dah. Duduk diam-diam lagi bagus. Tetiba aku terpikir, ramainya dorang kat sini? Siap ada kedai segala. Merata-rata pulak tu kan. Aku cam tak selesa la kat sini. Kenapa asyik aku je yang jumpe dorang eh? Rinsekkk!


DJ belah sanaaaaaa


Tempat tu semakin penuh bila jam menunjukkan pukul 2am. Semakin ramai semakin semak pulak. Macam-macam perangai dapat diperhatikan, yang pasti aku nak gelak je tengok. Entah apa-apa lah dorang ni. Ada yang langgan cik cur pon nak record-record bila cur dorang kena caras. Cermin sajok diri tu ha, janganlah langgan, cuba cari partner sejati sikit. Eh? Madah berhelah teruk dah aku nie. Kami balik terus ke bilik and tido berehat-rehat. Taknak pikir apa-apa dah. Till next post, see ya.

One thought to “Bercuti ke Koh Samui Part 4 (Birthday Trip)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *