KANSAI Trip : Budget ke Osaka Part 5

Bangun pagi beramai-ramai dan siapkan breakfast before kami ‘bercerai’ kepada 2 groups – #teamnarakobe and #teamusj. Kami berjalan menuju ke train station Nipponbashi dan kemudian take our own route to next destination – Nara.

Naik turun train, camane nak tahu train mana yang pergi Nara? Senang je babe, korang toksah beriya nak jerit ‘Tunjuk ajarku SIFU’ bagai, pergi kaunter, tanya sajok officer yang bertugas. So, don’t worry babeyh. Jalan yang benar pasti menantimu wahai rerakan. Perjalanan ke Nara hanya ambil masa 1 jam sajok. Jika nak tidor segala, sempat lah. Tido-tido rusa gitu.

Orang muda tengah kutip sampah sambil diperhatikan oleh senior di sinun


 

Touch ICOCA card and serbu Rapid Express untuk ke Nara

 

Tunggu di platform yang betul

 

Dalam train pun jadik jugak

 

Anak-anak tadika gigih nak gi school trip


Sampai di Nara, kami keluar dari station Rapid Express dan terus akan sampai di Nara Park. Di situ, korang akan nampak orang turun beramai-ramai menuju keluar. Temanya…bila dah keluar dari train station tu, korang perlu berjalan sedikit sajok untuk ke kawasan park. Then akan sampai di destinasi impian kite semua.

Kalau jalan kaki, sila ikut kanan
 

 

Pakcik ni senyap seribu bahasa temanyaaaa

 

 
Nara map
 

Dan jangan la terkejut pulak bila anda melihat rusa-rusa di sini sudah pun berkeliaran secara bebas. Dorang memang wat lek wat peace je kat sini. Dah macam kampung dorang tau. Cuma, jangan anggap dorang ni comel sangat sampai nak buli, peluk-peluk segala…Sebabnya, dorang ni bukanlah sejenis haiwan peliharaan yang manjewwwwww! Die boleh kejar and kick orang katanya…

Jadi, sila berhati-hati jika nak dekat dengan dorang. Especially yang ada biscuit tu, confirm korang akan dikerumuni macam Kim Kardashian sudahnya. So, get ready okay! Sementara itu, layan sajok gambar yang aku sempat rakamkan sepanjang berada di Nara Park.

Hello, apa khabar?

 

Khabar tak baik lettew

 

Kesian deer, dah semangat nak bau biscuit itu

 

Habis diserbunyaaaa uols

 

Uncle steady

 

Kekadang terpikir, kenapa rusa-rusa ni tak serbu sajok pakcik ni?

 

Kami teruskan perjalanan


For me, attractions Nara hanya untuk tengok deer. Takde apa sangat yang nak aku explore melainkan kalau anda semua pencinta temple. So, half day trip pun dah okay kot. Just my Aisyah 50sen. And lagi satu, nak cerita pasal deer panjang-panjang pun, aku tak sure sangat. Jadi, untuk lihat pose-pose menarik adik-adik deer ni, jom kite layan gambar kat bawah :

Pepohon yang menjadikan tempat ni redup gile

 

Di bawah pohon cemara nampak?

 

Taxi jika malas berjalan, sila lihat rate yang ditetapkan

 

Aku suspect ni yang dah tua sikit kot

 

Makanan favorite dorang = 150YEN

 

Sori lah Cik Pora takde biscuit tu

 

Beginilah kalau mereka yang ada biscuits. Meriah macam papparazzi

 

Apa tengok-tengok?

 

Geng geng abang long padil

 

Kak Zee beranikan diri sangat

 

What a view

 

Early autumn ni

 

Oh deer!
 
Bambi 

 

Before we go, let’s photo photo

 

Ayuh berjalan pulang

 

Manis senyuman hadik hadik
 
To train we go

 

Tapi aku singgah dulu kat market dorang untuk shopping kat Daiso and beli sekeping postcard


Selepas ber-deer-deer di Nara, aku dan Norzi bergerak pula ke Kobe. Korang perlu naik JR train untuk ke Kobe dan turun di Sannomiya Station. Harga memang mahal sebab nya, Kobe and Nara ini dipisahkan oleh Osaka. So tema haritu ialah, ke hulu, ke hilir. Utara selatan semua kami redah. Nasiblah ICOCA card ado. Mahal la jugak. Cuma pejam mata saja.

Inilah route brilliant kami, ching!
 

Perjalanan ke Kobe ambil masa lebih kurang 1 jam jugak. Aku memang tidor jugaklah dalam train. So, bila terjaga tu, terus lapar nak carik foods for our lunch. And kat mana nak carik makanan Halal ini? Sebenarnya, aku memang tak tahu sangat pasal attractions in Kobe selain masjid. So, keluar je dari station, aku terus krik krik. Aiyooo mana nak tuju ni?

Kome nak ke Kobe?

 

Anak-anak Jepun

 

Turun di station Sannomiya

 

Bersih dan tenang
 
Aku krik krik di sini


So, berjalan la kami menelusuri pekan Kobe yang agak sibuk. Nasiblah aku ternampak Tourist Information. Jadi, di situlah aku dan Norzi disekolahkan dengan subject ‘Jom Belajar Kobe’. Untung jugak dapat cikgu wanita late 40s yang sangat fluent English nya ditambah pulak dengan kami ni yang terang hati-nya, so tip top la pemahaman aku. Eceh! Die jugak sempat bagi kiteorang 1 set kupon (banyak hokey) untuk dapat discount naik City Loop. Dari 260YEN, jadiklah 210YEN sajok. Jimat sokmo!

Better cari bus station then dari situ kite ikhtiarkan

 

Information counter yang sangat berguna

 

Map pemberian auntie

 

Mari kite melintas

 

Kalau dari main station tu korang kene carik City Loop station 7 ini

 

Hello Kobe

Selepas segala kupon aku kutip, aku pun terus mencari station bus yang menuju ke Masjid Kobe. Tips untuk korang, if nak cover 1 Kobe, please dapatkan City Loop One Day pass yang berharga 650yen. Kalau dah dapat je pass nie, leave it to the bus driver, it will stop at famous spots in Kobe. With one pass, you don’t need any plan. Study pun tak perlu lah aku rasa. Just go with the flow gitewwww… Itu kalau style Kak Pora lah. Tapi aku sarankan, study la sikit-sikit weyyyy, baru lah trip korang tu meletop gempaknya.

Since aku dan Norzi pun sampai dah tengahari, so kiteorang memang malas lah nak beli City Loop tu. Kami just amik single ticket sajok. Kami terus carik platform 7 untuk naik City Loop. Naik dulu bus then nak turun akan ade gadis comel tepi pintu tengah mintak duit tambang. Uols koyak je kupon then bagi sekali dengan coins yang ade. Itu untuk yang beli single tiket cam aku lah. Tapi kalau ade kad tu, tunjuk sajok. Senang cerita.

So first destination kami di Kobe ialah Kobe Mosque. Kami sampai pun dah tengahari dalam pukul 2pm gitu. Jadi dari Platform 7 tadi, korang perlu turun di stop no.8 – Kitano Meister Garden. Dari station tu, korang perlu jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Basically, kalau korang tak sure arah mana korang perlu jalan, get a map from information counter. Then suruh auntie tu tandakan main attractions untuk korang. Useful wa cakap lu!

Bus City Loop sudah tiba. Naik ikut pintu tengah

 

Then cari port sebelah driver terus

 

Turun kat sini please – Untuk ke masjid Kobe


Bila kami sampai di hadapan masjid, waktu solat pun dah selesai, so pintu masjid ditutup. Kami sempat snap kawasan luar sahaja. Takpelah, tiada rezeki untuk masuk nampaknya. Apa-apa pun, kawasan sekitar masjid adalah sangat tenang ye. Kiri kanan bangunan lain pun ada. Boleh aku katakan yang bandar nie sangat English style. Di hadapan masjid ada kedai grocerries jual barangan Halal.

Kat situ memang complete set barang Halal semua benda pun ade. Mungkin diimport terus dari Malaysia. Dan yang pasti bila aku masuk ke dalam, kene ade riuh-riuh sikit. Baru kakak tu keluar. Ingat takde orang jaga tau. Ahakssss…Disebabkan tujuan masuk nak tanya, kat mana ade kedai Halal tu. So, bila aku tanya, die terus cakap, follow me. Wah gitu. Punyalah jaga taknak kami sesat. Manisnya Kakak di Kobe!

Alhamdulillah tiba juga kami di hadapan masjid

 

Pintu berkunci

 

Yuk ke Halal Groceries dulu
 

Sampai di kedai Naan Inn dan masuk ke dalam untuk lunch. Bukak je pintu, die terus cakap die nak tutup dah. Muka owner dah cam errrr krik krik gitu, tapi kami lapar tau. And weols bukan mintak makan free, nak bayar la temanyaaa…Kalau kiteorang boleh makan cepat-cepat die okay je. Nasiblah ada darah kacuk kaum makan laju, so kami pun ons je. Die terus prepare makanan dan bila die hantar makanan muka die macam ada tulis, dah 2.15pm makan cepat sikit.

Dalam kedai tu pun, memang tinggal kiteorang je la. So, nak taknak, kalau die balik lambat haritu, memang salah kami berdua tau. Aku pun taknak buang masa, dapat je makanan, terus menggila makan, aku suapkan lah roti naan cepat-cepat. Sedap gile okay. Aku rasa ni lah port paling sedap aku makan kat area Kansai. Memang terbaek giler wehhh. Roti naan die letopsss terukkk! Suka bangat. Tapi yang owner annoyng nie duklah keluar masuk tengok dah habis makan ke tak.

So untuk taknak bagi nampak awkward, Norzi try make a conversation but pointless sajok. Die cam nak tak nak jawab. Hey biadap eh. Tengoklah nanti kalau Cik Pora dapat tanah 3 ekar kat Jepun nie memang meks bukak restoran nasi lemak, nasi campur, sup tulang siap ngan dessert pudding caramel. Then, aku nak beli 3 ekar tanah tanam Kobes sekali. Kita buat macam-macam masakan berunsurkan kobes. Pastu sapa datang konsepnya kene bergaul mesra macam sedara mara baru jumpa.Ha berangan la dulu, who knows kan rezeki!Back to pakcik tadi, bagi aku tak ke mana pun nak sombong pada orang-orang especially customer korang. Awas!

Naan Inn Restaurant

 

Ramai jugak artist yang tinggalkan jejak mereka di sini

 

Sedap giler weyyyy! Serious berbaloi sangat RM30

 

Rumah di area Kobe

 

Sekali lagi kami menjengah ke masjid 

 

Tetap berkunci. Maka, kami pun terus pulang semula ke bus station


So next station ialah kite naik bus untuk ke Harborland untuk bergambar di Umie mall. Kat Kobe memang terkenal dengan bandar pelabuhan yang cantik dan bersih. View letops! So selepas habis bergambar tu, kami singgah masuk shopping mall dan shopping banyak-banyak kat GU. Sini lagi banyak choice compared to Osaka. Meriah meks shopping. Selepas habis bershopping, kami bergerak pulak ke Shinagata station, bergambar dengan raksasa besar gile. Tapi sayangnya, dah sampai kat tempat tu, hari pulak dah nak gelap. So yang nampak pun hanyalah bentuk sahajok!

Bus dah tiba, sediakan coin sajok

 

Stop no.10 memang nampak menarik weyyy. Sebab die cam taman-taman kat Melbourne gitu

 

Bandar English sangat

 

Shopping mall mega Kobe

 

Kobe Port Tower

 

View dari dalam bus gitu

 

Umie mana punya shopping mall ini?
 
Shopping mall kat sini ala-ala IKEA, The Curve nye area tau. Memang best!

 

Oh bungaaaa-bungaaaa

 

Bunga Pora Lestari ke tidak?

 

Ferris wheel itu saya minat gile
 
One more view

 

Harborland yang cantik sangat. Kalau 2kali tengok cam Komtar pun hado

 

Oh my GU yang murah lagi berkualiti

 

Ayuh kite naik train untuk ke Shinagata

 

Ikut sajok signboard yang ado

 

Tetsujin street akhirnya dihadapan kami

 

Cara dorang kunci beskal memang unik

 

Inilah die yang kami hadap sangat


Since malas nak stay lama-lama kat situ, kami terus ke JR Namba dengan tiket berharga 800YEN. Kat sini memang kiteorang rasa mengarut sikit dah. Sebab kami sesat teruk gile hokey. Turun naik train sebab tak tahu manakah jalan yang sebenarnya. Tetiba jadik blur di hari terakhir temanya. Nasiblah lepas sejam naik train, kami tiba jugak di station JR Namba. So dari station Namba, kami berjalan ke Shinshaibashi untuk ke shopping street.

800YEN train tiket naik JR
 
Masih mampu milik

 

Kepelbagaian souvenirs yang mahal giler

 

Aku target dorang ni femes yang Johan and Zizan kot

 

Glico nye custard weyyy, mesti yummy
 

So, malam tu, kiteorang sampai je rumah, pack barang and cepat-cepat tido sebab esok dah nak pulang ke Malaysia dolls. Okay, satu benda nak cerita ni, bila korang nak ke airport naik train, please check Namba station yang mana patut korang naik untuk ke sana. Disebabkan salah paham antara driver taxi dengan non-hado further info dari kami, kiteorang actually salah Namba station. Terus terdetik dalam hati, berapa banyak Namba station kat dalam Jepun ni weyyyy??? Kami naik JR Namba yang bapak jauh giler and lama nak mati journey nya.

Kan tiket ICOCA kami tu dah sekali dengan return trip, so kiteorang patutnya takyah beli apa-apa tiket dah from Nankai Namba Station. Tapi since kiteorang dah salah train station, which kiteorang gi suruh abang taxi turunkan kami kat JR Namba station, so nak taknak kami kene amik train yang paling awal dengan harga 900++YEN tauuuu…. Dah lah train ni berhenti setiap station dan paling tak best bila perasaan gelisah dalam train tu sebab takut tak sempat nak check in segala. Taknak tau kene tinggal flight. Dah lah kite sendiri tak boleh nak control kelajuan train tu kan…Lagi lah panas hati weyyyy!

Namun, segala kegelisahan tu okay bile kiteorang tiba di kaunter check in AirAsia yang panjang menggila di airport. Phewwww! Lega weyyy…Memang die takkan tinggalkan weols la temanya. So, habis check in, kami pun singgah pulak kat Starbucks untuk membeli belah tumbler yang hanya ada di Jepun sahajaaaaa…. Kiteorang nak design yang terbaek. Tapi time nak beli tu memang mencabar sungguh sebab boarding time dah memanggil-manggil kami untuk segera masuk ke dalam. Nasiblah uols. So, tamatlah sudah pengembaraan #shizukatrip yang memang paling liat sekali nak habis. Next entry is on budget and tips. Stay tuned guys 🙂

2 thoughts to “KANSAI Trip : Budget ke Osaka Part 5”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *