Euro Trip : Amsterdam Part 3

Bangun pagi di Europe pada hari ketiga. Breakfast buatan sendiri – Maggie, Cucur Bilis, Nasi Goreng dan rendang daging Brahims. Untuk 3 orang. Memang banyak tau. Lepas makan, rasa nak tido hahaha! Jangan buat hal lah datang Amsterdam sebab nak tido. Kami siap-siap dan terus menuju ke bus station. Actually pagi tu, kami perlu ke Amsterdam Central untuk beli tiket menuju ke Keukenhof, tulips heaven! Tapi kiteorang naik bus dari rumah dan dikenakan charge sebanyak 10 EURO untuk 3 orang. Mahal tau! Kalau ade Amsterdam Daily pass tu, murah je. Bolah turun naik tram kan? But kiteorang takde pass tu lagi. Plan nak beli petang satgi je. Takpela, next time kite take note tau!


Tak kire di mana berada, masakan Malaysia jugak idaman ramai

From our apartment

Canal and bicycle

Almost everywhere in Amsterdam

Naik bus hawuk tiket mahal. Next time beli sajok pass siap-siap. Jimat!

Remind me of Melbourne


Anyway, sampai di Amsterdam Central, korang perlu beli tiket di kedai magazine. Akan tetapi, tiket dah sold out. Aku sarankan, korang beli awal-awal. Senang and murah sikit harganya. Tak silap aku around 28.50 sajok (Combi-ticket). Since dah takde choice, kami terpaksa beli dulu tiket untuk ke Schipol Airport dan bila dah sampai tu, beli pulak tiket bus Keukenhof tu kat Schipol sajok. In total, return trip = 31.70 ye (train tiket to Schipol + bus to Keunkenhof + Entrance fee). Sempat jugak aku singgah pasaraya HEMA di Schipol Airport tu. Memang rambang mata. Murah giler tau segala benda. Wajib singgah!

Amsterdam Central area. Boleh naik cruise

Tunggu train ke Schipol di platform 14

Tiket ke Schipol airport

Oh-tee-tee-deeeee katanya


Kami sampai je di Schipol tu, terus carik tempat untuk naik bus ke Keukenhof. Tak silap aku, kekerapan bus adalah 15 minit sekali. Memang bus akan datang jemput korang. Beratur punya lah panjang tau. Semuanya sebabkan tulips. Even beratur panjang pun, bus dorang cepat je. So, tak terasa sangat. Di samping cuaca yang sangat memberansangkan buat kami, memang rasa sejuk sajok. Kami naik je bus, terus dapat duduk. Korang boleh choose untuk duduk or berdiri. Depends pada korang okay. If sanggup, berdiri je. Also can 🙂


Tips : Please sebut nama tempat ni betul-betul. Time aku pergi, aku bantai bawak slang Italy aku sampaikan semua pun tak paham. Aku sebut ‘Kukenkop’. Ada jugak version lain yang turut kiteorang sebut ‘Kunkekkuat’. Memang semua pun krik krik. Sampailah kiteorang sebut tulips, baru dorang cam paham. Cara sebutan yang betul ialah – Kukenhof.


Kami beli di agent sajok. Kata beliau harga sama

Inilah airport nyewww. PKNS sikit-sikit

Tiket untuk naik Keukenhof

For the bus, sila ke platform number 4

Aku dah selamat naik bus, tengok lah queue nyewww! Panjang

Jika anda nak cepat sampai tapi malas pulak nak beratur, sila berdiri sepanjang perjalanan. Pon boleh!


Tips : Untuk ke Keukenhof, ada beberapa cara yang boleh jimat. 1) Schiphol Plaza – bus 858 outside of Arrival Hall 4, last bus leaves Keukenhof 7:47pm  or for option 2) Leiden Central Station – bus 854 located on town centre side, last bus leaves Keukenhof at 7:51pm

Dalam bus ada wifi, tapi aku tak perlukan pon. Sebab view kat luar lebih menarik. Sepanjang aku travel ke Europe, kekadang aku memang prefer to stay offline. Kalau online pun sebab nak update family aku tentang lokasi terkini. Aku rasa sayang sangat nak online and bersosial media bagai daripada aku menikmati segala yang ada depan mata. Bagi aku, tak perlu lah nak live update sangat, aku pun bukan retis kan. Better to enjoy the moment yang aku takkan dapat ulang balik even aku pergi tempat yang sama. Dats why aku memang betul-betul hargai masa yang aku ada sepanjang di Europe without even think about other things. And you guys should too!

View cenggini, memang letops


Tanpa aku sedar, 25-30 minit berlalu dan kami pun tiba di Keunkenhof yang menjadi idaman ramai umat termasuk aku. Masuk ke dalam kawasan ini, seumpama masuk ke dalam taman bunga yang sangat tersusun dan kemas. Time tu, rasa nak terkam sajok bunga yang ade. Even aku bukanlah penggemar bunga, tapi bila aku snap je gambar, eh terasa cam cantik sajok. Terus jadi gile untuk bergambar sakan kat sana. Memang nampak grand sangat. Ala-ala fairytale : Sapora in Wonderland kawwww… *verangan*

Sila beratur dulu. Abang-abang tulip nak ketip tiket anda

Yeehaaaa! Sampai sudah

Itulah die lambang musim bunga

Oh my tulips, purple and white. Sumpah nampak cam plastic

Kak Mah in action

Saya pun nak jugak

Ni macam bentuk zaman aku kecik-kecik dolu tau. Ibu selalu letak dalam vase. Aku memang dibesarkan dengan tulip, tapi plastic punya


Sambil duk snap gambar tu, kami ditegur oleh sepasang suami isteri dari Malaysia yang sangat peramah. Macam jumpa orang kampung sangat tau. Diorang ikut tour, so dorang tanya whether kiteorang student ke apa kan? Kami cakap, kami traveler saje. Jalan-jalan keliling Europe. Die pun cakap, pandainya korang plan trip ni. Sebab susahlah nak turun naik train. Tapi tu yang adventure tau kak, uish jawab Cik Pora. But personally, certain people nampak benda tu susah gile, but for me, I love it. Moment tuuu…

Kak Mas yang sangat friendly


Lepas dah beramah-tamah, kami pun berlalu membawa haluan masing-masing. Lama oi kami spent time kat situ. Sampai ke petang kiteorang duk ‘mewangi’ kat Keunkenhof yang mega ini. Kalau tanya aku, memang kene sampai petang ke ngadap bebunga ni semua? Bagi aku, it depends, kalau kau suka bunga, inilah tempat yang patut kau lepak sampai kau puas hati. But if you light-light sajok, kalau dah habis duk snap gambar, posing bunga-bunga cinta segala, you can go. Or kalau rasa nak something different, apa kata sewa basikal and round satu ladang bunga dorang. Berbaloi hokey. Tak caya? Jom tengok gambar kat bawah, tapi aku takdelah sewa basikal pun :

 
Ini versi cover album Tulipku Bukan Monopodmu

Memang subur teroks tulips kat sini

Warne putih puleks

Kelesss nama

Kalau masuk taman-taman gini, lagu paling sesuai ialah lagu Christina Perri – A Thousand Years

Ada jugak tasik tau
Ni versi ade bulu tajam kat hujung

Ni cantiks sebab die ade 2 colors

Kite tiru pose gambar Google

Ni kalau boleh bawak tanam kat Malaysia, mau jiran bersidai duk tengok

Untunglah bumi Belanda

Kite alih pulak pada bunga lain

Lihatlah taman bunga palin mahal nak pergi

Warna merah paling menariks

Bunga ni bunga jatuh aku panggil

Bunga ni bau die wangi. Kalau lalu tepi die, rasa cam fresh
Merah lagi

Colorful pulak

Eloklah dah kembang sangat. Next week mesti layu

Nak buat hadiah? Lapan euro sajok

This one pun cantik jugak

Ini kacuk dengan orkid gamaknya

Orange – biasa biasa saja

Lost in tulips garden

Wah this one memang terpancar seri aji-nyeww

Full of tulips. Heaven!

My bestfriend, don’t mess with us

Tapaw cucur and nasi goreng. Habis semua duk tengok kiteorang makan time tu. Mesti dorang tanya, manalah dorang dapat nugget ayam tu. Memang macam nugget tau lepas dah masak

Paintings

Oh ni memang letops ye. Pintu gerbang berasaskan tulips. Mampu?

Selalu nampak bunga ni dihias kat pelamin. Kan?

Kami posing-posing kat dalam pulak. Memang macam studio

Meja lepak pun art berat

Debunga SAFURA

Terompah Holland

Waffles versi Holland pulak

Oranje

Kincir angin

Nak naik boat keliling ladang? Bayaran dikenakan
Ditanam dalam kandang baby

Palin meriah kaler nya

Rehat-rehat dulu. Kite pusing balik later

Dalam banyak-banyak, aku palin tertarik dengan bunga-bungaan yang ini

Susunan palin kreatif

#peristiwa : Inilah gambar terakhir GoPro with monopod sebelum monopod tu patah ye. Die nak pencen pun pilih tempat nampaknya, harus di Keukenhof. Letops!

Tak sempat habiskan, jom pulang


Balik je dari Keunkenhof, singgah sat kat HEMA, duk beli belah macam-macam benda. Murah teruks! Nangis aku. Kalau ade kat Malaysia, mesti orang ingat kedai ni jual sari, inai, gelang segala. Tapi tak ye. Aku mula-mula nak masuk pun, aku cam krik-krik. Tapi tidak ye. HEMA di sini segala benda pun die jual. HIDUP HEMA uols.

Bukan Hemamalini tau. Ini HEMA power murah best!

Sampai sajok di station keretapi Amsterdam Central, kami jalan ke tourist information  untuk beli 1 day pass berharga 7.50 EURO (lintas jalan). Memang berbaloi. Korang boleh guna pass ni selama 24 hours the moment korang touch kad tu dalam tram, bus dan train. Tapi ada certain route yang tak cover dengan pass ni, contoh ke Schipol airport. Kalau ke sana, beli tiket lain. Lepas dah duk beli tiket tu, Kak Mah selaku ahli research Amsterdam, ada jugak bertanya tentang iAmsterdam nye alphabets tu kat kaunter. 

Tips : Nak beli, sila ambil nombor dan bila giliran anda dipanggil, baru boleh beli.

Amsterdam Centraal


Pilihan di tangan anda

Pilihan kami = 24 hours pass


Die bagitau kami kene pergi amik tram no.22 ke Nassauplein. Tapi sebenarnya tempat tu salah sama sekali. Memang choy sungguh minah yenna-yenni itu. Tapi takpela, nasib ade pass ni, so tram tersebut akan return back to Amsterdam Central. Aku sarankan kite jalan sajok ke Damrak. Lagi better. Iamsterdam letters tu kite carik esok ke kan. Harini kite jejalan area Damrak gitu, tengok-tengok ganja sikit. #eh *ching sajok*

Anyway, aku suka sangat bile jalan-jalan kat area sini. Semua benda ada. Nak beli-belah, pun best jugaklah. Cuma harga mahal. Kalau souvenirs shop tu sangat bersepah. Aku dan yang lain ada jugak membeli di satu kedai souvenirs yang pekerja nya orang Indonesia. Mati-mati aku ingat die orang Malaysia, yang dorang ingat kiteorang orang Indonesia. Untunglah. Sekali tegur geng-geng Irwansyah rupanya. Hai kami team Siti Nurhaliza. Ahaksss!

Cheese die pun ade gaya

Kedai ni harga souvenirs boleh tahan berbaloi

Pilihan fridge magnet

Peminat fridge magnet, ini surga anda

Errrrkk


Kesahnya, banyak jugak kakak aku borong souvenirs kat kedai die ni. Antara yang murah jugaklah. Tapi kalau nak murah lagi sikit, korang boleh cari kat pasar terapung (Bloemenmarkt) dorang. Fridge magnet die cantik-cantik jugak uols. Anyway, kat Damrak ni ada kedai favorite aku – HEMA yang palin besar. Siap ada cafe kawwww. Aku cam aaaaaa… Bagai nak giler duk dalam tu. Anyway, kiteorang duk berjalan area Damrak and siap singgah grocerries shop, Albert. Then, depan Albert Heinj kiteorang boleh naik tram terus balik rumah. Mudah!

Tips : If korang stay kat area rumah yang aku duduk ni, korang boleh naik tram no.17 and basically akan cover banyak jugak attractions. Sangat mudah. But kalau korang boleh carik rumah via Housetrip/ Airbnb yang dekat dengan city lagi better. Much better.

Balik malam tu, untuk rehat-rehat sekejap. Bila balik, kiteorang takleh bukak pintu utama nak masuk apartment ni sebab kunci pintu utama takde. Puaslah aku duk godek-godek. Last-last aku bukak balik tempat yang ada password tu, tengok-tengok ada lagi satu kunci. Apa lah die ni taknak satukan sajok kunci tu? Message semalam tu pon, pagi tadi baru reply. Kalau takde pompuan seram semalam, memang kejung duk luar sampai pagi tadi. Memang tak recommend langsung lah owner ni. Hawukkkk!

Kami masuk je rumah, dapat katil, terus booommmmm… Cadangnya nak ke Red Light District, nak lah jugak tengok apa yang fofular sangat di sana, tapi sampai ke mimpilah jawabnya. Non hado! Semua ke laut. Memang sedar-sedar dah pagi je. Anyway, bersambung later!

2 thoughts to “Euro Trip : Amsterdam Part 3”

  1. Dah khatam part paris & brussel,terbang mai ke amstrdam plakk..haha neway k.pora ayu nk taw detail date masa kak pora k kunkenhof ni bila..bunga mekar smcm jer..tq in advance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *