Budget Euro Trip (Part 10) – Travel ke Venice

Bersambung dari post sebelum nie, macam yang aku bagitahu, kakak aku hanya boleh follow sampai 2 weeks sahaja. So, her journey is until Switzerland. Manakala, aku pulak akan bersambung terus ke Istanbul. Okay, untuk her route, from Lauterbrunnen, beliau akan menaiki train terus ke Zurich. Dari Zurich tu, aku dah siap-siap book kan tiket Swiss Air (RM300++) terus ke CDG Paris. Dorang kene stay overnight kat CDG airport till next day untuk catch flight to Kuala Lumpur. Katanya, scary okay tido dekat airport dengan homeless duk sibuk kacau. Tapi, semuanya in control sebab security sana semuanya okay.

Berbalik pada cerita pasal tiket dari Zurich ke Paris, time nak book tu, memang ada je beberapa option lain especially Air France, tapi bila tengok balik harga and tempat landing tu (ORLY airport), memang aku rasa Swiss Air je yang doable. Better than others. Menurut kata kakak aku, flight die memang macam AirAsia tapi servis tiptop. Siap bagi sandwich free lagi. Segala urusan check in adalah self-service sajok. Jadi, janganlah terpinga-pinga duk mencari kaunter pulak nanti. Apa-apa pun, route yang buat untuk kakak aku boleh dikatakan okay jugak. So, kepada yang nak cuba this route, here you go :

Paris – Brussels – Amsterdam – Prague – Salzburg – Switzerland

Baiklah, aku nak cerita sikit pasal best way to travel to Venice from Lauterbrunnen. Sebenarnya bila time nak research ni, mostly advise untuk yang ada Swiss Pass. Tapi aku hanya ada Swiss Half Fare sajo, so, boleh ke aku dapat best price with shorter time? Ahaaa.. Anything can. Time aku buat research, aku terus book online je. Malas nak pikir-pikir. Since dah plan nak beli Half Fare Ticket, time korang key in tu, please masukkan jugak jenis tiket tu, nanti korang dapatlah half price uols. Untuk trip ke Venice nie, total harga tiket ialah CHF120. Mahal ye. Tapi ku gagahkan jugak. Yang penting kite fefeling kat Venice. Itu palin penting!

Inilah route aku untuk hari tersebut. Dari Lauterbrunnen tu, aku memang tak ikut timetable die. Main naik je sampailah ke Brig. Sebab yang penting kau ada tiket sudah. Time tu tak penting sangat. But from Brig to Venezia, korang kene follow exact time yang die tulis. That’s why aku gerak awal-awal. Biar aku yang tunggu train. Jangan train say bye-bye lak kat aku later. Anyway, yang Brig to Venezia S.Lucia, ada seat reservation, ingat jangan main duduk je cam aku ni ahaaksss!
 
Tips : Kalau korang nak buat macam aku, beli tiket online dari Lauterbrunnen/ Interlaken ke Venice (tanpa Swiss Pass), uols boleh try check – http://www.sbb.ch . For those with Swiss Pass, if I’m not mistaken, the pass will cover from Lauterbrunnen/ Interlaken to Domodossola for FREE. But, it will requires seat reservation. Part ni aku tak boleh nak cerita sangat since aku tak experience pun. However, you guys can check this website for seat reservation tu – http://www.myswissalps.com/train/reservations
 

Akhirnya, pada jam 2.40pm, tibalah kami di destinasi idaman. Ahaaaaa! Kami sampai di Venezia Santa Lucia train station and terus beli ticket berharga €7 sehala untuk naik waterbus. Dan aku  jugak ade beli map yang berharga €3, entah apa lah nasib aku boleh terpedaya untuk beli jugak even aku tak perlukan pon tau map tu. Tapi gile pelik lah, siap map pun kau nak jual segala. Memang boleh buat duit betul dari tourists yang datang. And aku one of them yang sangatlah pemorah, sampai-sampai je sedekah terus. Anyway, if korang tanya aku, perlu ke maps ni? Okay, meh nak bagitahu sikit.  If korang jenis jalan nak plan ahead semua benda, better get one. If jalan-jalan cam aku ni ha, free and easy, aku rasa study kat Internet before datang sudeh. Sebab jalan di Venice sangat straightforward. Even nak mencari hostel kami yang agak krik krik tu pon, Insyallah jumpa 🙂

Tips : Untuk waterbus map, visit here – http://www.mapaplan.com/travel-map/venice-italy-top-tourist-attractions-printable-city-street-plan/high-resolution/venice-top-tourist-attractions-map-03-Water-bus-transit-lines-stations-Vaporetto-Actv-public-transport-planner-high-resolution.htm

Station Brig

 

Train yang akan membawa kami ke wilayah Italy

 

Kinabalu sangat

 

Yeah kami menuju ke Venezia

 

Domodossola stop

 

Milannnn… Soon Milan!

 

Seat reservation. Jangan main duduk je tempat orang ye

 

Almost there

 

Yeehaaaa! Arrived in Venice or Venezia Santa Lucia

 

Penampakkan sudah

 

One way ticket to Cad’o’ro

 

Tunggu turn nak naik waterbus. Ini jetty die lah kiranya
 
Letak bag herlok-herlok

 

The view. Terus teringat filem The Tourist 

 

Abam-abam Gondola katanya

 

Laluan air di Venice. Letops uols!

 

Ade certain tempat memang tiada jetty. So tiang-tiang kayu pon boleh

 

Station waterbus

 

Still kekalkan bangunan-bangunan gini even negara Italy sudah maju

 

Seat very limited. So berdiri jelah. Lagipun, layan sajok view yang ado

 

Beautiful

 

Mc’D dekat giler dengan hostel weols

 

Cad’o’ro area

 

Ferrovia or Piazzale Roma? Takpe. Itu later. Yuk, carik dulu tempat untuk berteduh
 
Oh yaaa, if you read in other travel blogs, dorang akan banyak kali mention, Venice…. Tempat paling senang nak sesat sebab semua jalan pun nampak sama. Disebabkan mindset yang camtu lah, aku jadi takut and tak confident nak explore sebab takut sesat larat. Katanya jugak, berpuloh-puloh bridge korang akan jumpa. Dah lah semuanya nampak sama je. Betul ke? Yes, betul dan tepat. Akan tetapi, if korang betul-betul jenis ingat segala benda, memang tak yah nak risau sangat. Dan, satu je tips ihsan dari aku, if korang ke Venice, make sure, tahu kat mana area korang tinggal tu, which waterbus station and nombor bangunan tempat korang menginap. Itu sajok. Pasti akan mudah!
 

Untuk di Venice aku menetap di hostel Veniceluxury. Ini je hostel yang aku mampu untuk stay beberapa malam sebelum ke next country. Location memang strategik sebab die berada di tengah-tengah antara Ferovia (station keretapi) dan juga Piazza De Roma, iaitu sejenis bangunan yang memang cantik giler. Untuk ke hostel dari main train station, naik waterbus di platform no.1 dan kami kene turun di stop Cadoro. So dari situ kiteorang perlu berjalan kaki tak sampai 10 minit sajok. Segala direction telah diberitahu, tapi tetap susah nak jumpa. Akhirnya, kami decide untuk carik ikut number building. Memang hostel nie sangatlah tersorok. Ianya betul-betul di bahagian belakang sebuah restoran. Kalau memalam tu,  dapatlah layan pemuzik yang duk busking depan beranda kiteorang. Letops jugaklah bagi aku. So kalau korang nak lebih gah, better gi tempat lain.

Ahaaa… Pintu kayu sajok. Hostel ni basic sangat. Naik tangga ke atas untuk ke bilik dan reception die kat dapur

 

Bilik saya. Basic gile. Toilet pun satu. Gigih kongsi

 

View dari atas bilik kitewww

 

Bawah ada cam kedai makanan yang sangat reasonable pricenye. Sedap uols!

 

Ini restoran ado-ado. Sapa mampu boleh je lepak 

 

Perokok-perokok, mudahlah untuk anda dapatkan bekalan 
 

Sampai sahaja di hostel, letak barang and terus masak-masak untuk makan dulu sebelum keluar explore Venezia. Cucur rentung adalah menu pada hari tersebut. Ahaaa… Air tangan ikhlas dari Cik Pora katanya. Lantaklah, yang penting makan kenyang tak perlu pikir nak makan kat luar sangat. Lepas dah soru tu, kami keluar dari hostel dan berjalan sajok ikut kata hati. Ke mana-mana sahaja, hanya berjalan kaki. So kami sempat jugaklah pergi ke area Ferovia (main train station tadi) untuk tanya tentang daily pass dorang. Aku rasa if korang nak lagi best, beli je daily pass ni ikut bapa hari korang stay and berjalanlah korang puas-puas. Memang berbaloi. Untuk kami, since sampai pun agak lewat, better jalan kaki je. Jimat.com!

Akak tu jerit-jerit suruh try

 

Ahaaa.. Kedai gini sepah-sepah. Katanya, better beli kat kedai-kedai camni dari orang yang main try approach korang (peniaga takde tapak), sebabnya kalau tertangkap, dengan korang-korang sekali kene denda. Gitulah cara mereka untuk jaga rezeki peniaga di sini. 

 

Langit pun biru time kami sampai tu. Santek!

 

Antara my favorite in Venice, amik gambar jendela dorang. Sometimes suke tengok cara dorang hias jendela siap dengan tanam-tanaman

 

Building dorang suit sangat dengan suasana

 

It’s everywhere

 

Sini pun hado jugak

 

Pilih saja yang mana satu idaman kalbu. Jangan pilih pokcik dah lah

 

Ke Ferrovia jom!

 

Lorong-lorong

 

Access by boat or canal

 

Imagine tinggal kat sini…Uish, hari-hari feeling!

 

Photogenic

 

One thing korang kene try – ICE CREAM (Gelato). Seriously sedap tahap dabomb! Aku nya favorite haruslah Kit Kat. Pasti teringat!

 

Sambil makan ice cream, kite jejalan tengok Venice ye

 

CikPong bila dah happy sangat

 

Better beli kat supermarket die tau. Sini kekadang jerut leher sikit harganya

 

Senarai makanan, no wonder la kalau korang tengok movie Eat. Pray. Love, Julia ROberts gained weight in Italy.
 
 Again, in love with their architechture

 

Abang Gondol

 

Die nak parking sat

 

Panggil die tadi tu, sebab nak bagitahu. Ada keje kosong tak? Baju saya dah win. Sama sekali. Ahaks! Boleh pulak terpakai mirip-mirip pembawak gondola ni ha
 
Letops gondola die. Macam Astana Idaman angat

 

View dari bridge

 

Porter service pun ado. Yelah kalau korang bawak luggage, memang menjeritlah bag korang duk seret. Then bile lalu bridge confirm kene jinjing segala. Good luck!

 

Kita lintas bridge and kasi snap sekali
 
Another view

 

Water and buildings

 

Eh eh jambatan hijau la

 

Water taxi dorang

 

Kalau turun je di main train station, terus akan nampak nie. Kalau nak lagi drama, berhenti, hempas bag ke lantai, terus buat muka kagum jakun segala please!

 

Overlooking one of the bridges

 

🙁


Apart from berjalan kaki ke Ferovia and enjoy segala view yang ada, weols ada jugak stop di kedai souvenirs abang-abang Bangladeshi. Dorang memang friendly and bertambah riang bile tahu kiteorang dari Malaysia. Yang aku perhatikan, memang bersepah habis geng-geng dorang ni berniaga. Siap pandai speaking English plus Italiano. Kau rasa? Yang kite ni pun terkial-kial nak speaking, dorang dah habis advance. iJealous! But, look into bright side, bila dorang ni ramai gile duk berniaga, maka persaingan pun menjadi lebih pesat gitchewww…

Barang-barang jadi murah bile dorang jual. Korang boleh dapat fridge magnet dengan harga around 0.50€ sajok. Tapi, kiteorang plan untuk beli benda benda tu esoklah. Boleh survey-survey kedai yang lagi better kan? Lagipon tak lari benda-benda ni dikejar. Tapi, lama pulak duk lepak depan kedai dorang ni. Ini semua disebabkan dorang sangat happy kan bila tahu kami dari Malaysia. Tu yang layan cam orang kampong je. Since tak jadi beli rini, kami janji nak datang esok sajok. Die siap cakap kalau datang esok, cari die kat belakang. And kiteorang like what?? Kenapa eh? Tukar kedai ke apa? Terus sengih abang Bangladesh ni. Then die cakap yang die memang kene tukar kedai pon, itu rules kat Venice. Rotate setiap hari, barulah adil dan saksama. Tiada istilah ying yang, beriya iya no kan. So semua dapat merasa rezeki bersama. Alahai, bagus sungguh konsep gini!

Tips : Aku tahu mostly dari kita adalah pencinta souvenirs kan? Mungkin suatu ketika dulu, aku gitu. But now, kita nak jadi smart explorer. Semua tu, buat penuh bag je. Ahaksss. Anyway, satu tips berguna untuk anda. Dalam banyak-banyak negara di Europe yang aku pergi, souvenirs in Venice boleh aku katakan antara yang paling murah. Korang boleh beli banyak giler hokey. Fridge magnet la paling berbaloi sekali. Kalau konsep korang jenis sekampung pun kene bagi at least 1 barang, please spend banyak kat sini compared to others. Baloi-baloi woi!

 

 
The mask

 

Jom borong!

 

Love love love

 

Almost maghrib pada jam 8pm

 

 

Dalam duk kagum dengan konsep gini, aku sempat jugak tanya macam-macam benda yang aku rasa nak tahu. Even die ni bukan local but die duk sini dah bertahun-tahun dan segala benda pun die dikire tahu jugak. Ada jugak aku tanya tentang kebanyakkan souvenirs dorang yang bertemakan masquarade itewww… Kenapakah? Die cakap setiap tahun Venice akan ade festival berarak sepanjang jalan dengan memakai costume masquerade tu. So, memang semua pengunjung dan local people akan dress up kaw-kaw bagi memeriahkan sambutan majlis. Die punya excited, siap tunjuk gambar lagi kat aku. Meriah woi. So kalau korang nak datang, sila lah book tiket next year bulan February 2016 nanti ye. Dapatlah korang merasa!

 
Sempat jugak geng Bangla ni bagitau yang kiteorang kene pergi Piazaa De Roma. Kat situ malam-malam cantik sangat. Tapi kene jalan dalam 20 minit untuk ke sana (if dari hostel kami). Kalau nak naik waterbus pon boleh. Turun saja di S. Marco stop. Since kami pun takdelah rushing sangat and rasa better kite explore by foot je. So, kami pun decide untuk jalan kaki sajok. Time kami jalan tu, hari memang dah gelap jugaklah tema nya. Namun, ada je orang yang akan berjalan jugak. Takdelah sunyi sepi segala. Namun, akan ade lorong yang gelap perlu korang lalu but dont worry selalunya, ade je manusia yang sama-sama jalan kat situ. Bandar tourist kan? Tourist never sleep gituuu!
 
Macam yang aku beritahu tadi, setiap laluan di Venice ni memang hampir sama. Semua persis-persis gitu. Janganlah pulak gi feeling cakap Dejavu segala. Takde maknanya. Konsep kat sini, bridge pun banyak gile. Merata-rata. Bandar Venice kan adalah bandar dalam air. So jambatan-jambatan ini jelah yang akan menghubungkan satu tempat ke satu tempat lain. Dan semuanya nampak sama je. So potensi untuk sesat tu selalunya agak tinggi. Jadi, untuk kami, memang kiteorang akan ingat beberapa kedai yang boleh jadi landmark untuk kiteorang balik nanti. Jangan risau, korang hanya perlu tanya orang sajok. Insyallah, tiada masalah pun dengan Venice ni, jalan die mudah sangat.
 

Kami tiba di Piazza De Roma tu hanya berpandukan pada signboard yang ala-ala zaman dolu melekat pada dinding bangunan. Unik tau. Diorang akan letak atas sikit. And tertarik gile dengan signboard dorang. Akhirnya selepas berjalan kaki dengan berpandukan signboard dan gerak hati ini, akhirnya kami sampai jugak di dataran yang dimaksudkan. Bila dah sampai tu, terus rasa cam waaaaaaaa! Memang luas sungguh tempat ni. Orang pun memang ramai. Suasana time tu, sangat romantik. Alahai, sangat-sangat tau. Mana taknya, di segenap sudut tempat ni, pasti ada je bunyi muzik yang mampu menaikkan aura-aura Romantikak hitewwww! Ditambah pulak dengan senibina bangunan yang seolah-olah mengelilingi diri korang, walawehhhh! . Ini baru lah terasa cam berada di Europe yang sebenar.

 
Hampir malam di Venice

 

Laluan untuk ke Piazza De Roma

 

Bata kat sini umpama Charles and Keith & ALDO

 

Yahoooo! Paling cantik di malam hari

 

Macam studio 

 

Full view. Too romantic to handle
 

Kami tak lama pun lepak kat situ, lepas dah duk layan segala jenis muzik, kiteorang pun berjalan mencari jalan pulang. Alhamdulilah tak sesat and selamat sampai di hostel . Aku siap-siap untuk tido selepas kemas segala barang-barang. Aku memang penat gile sampaikan terlupa nak letak bag paling penting dalam locker. Nasiblah kawan aku tu die memang duk prihatin segala barang, so die lah yang tukang simpan passport tu semua. Memang aku penat gile, tu terus boom kat katil. Zzzzzz!

Tips : Sebenarnya aku patut share benda ni dari post yang awal lagi. Kalau korang beli air mineral di Europe, please mintak yang no gas, no soda segala. Selalunya mineral water dorang akan jual maca air soda and harga die agak murah. Macam di Venice, normally, korang kena check yang ade tulis Naturalle. Kalau tak, bazir sajok!

Less than 1EURO je pon, tapi make sure korang beli yang betul Naturale. Or else, bazir je. Tak kene dek tekak if minum air soda gas-gas ini

 

4 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 10) – Travel ke Venice”

  1. Ya Allah cantekkkknyaaaa Venice! My dream place to go since i was a kid… InsyaAllah i'll be there one day! Jatuh cinta sgt dgn your bloq cik pora! n i love u too! grr heeeee 😉

  2. Ya Allah cantekkknyaaa Venice! My dream place to go since i was a kid, InsyaAllah one day ill be there. Love reading your bloq so much!!! ure such an inspirational! :-*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *