15 Tips Berjimat Untuk Euro Trip anda

Europe. Sebut je mesti cam wowww! Mahal dan jauh. Orang banyak duit je boleh sampai sana. Tak mampu lah…Dan macam-macam lagi statement makan hati bila dengar rakam-rakan yang dah pun menjejakkan kaki ke Europe. Tapi hakikatnyaa, based on my experience, Europe memang affordable. Dan aku berani juga jamin kalau anda semua bijak mengatur plan anda dengan baik, pasti korang boleh sampai ke sana walaupun dalam budget yang agak tight. Percayalah kata-kata Kak Pora ini.

For a start, korang hanya perlu imagine, when you allocate not more than RM5,000- RM10,000 but you get to discover more than 2 countries in one shot? Mesti macam wowwwww! Betul ke ni Cik Pora? Kau jangan sembang je Pora…PompangPoraaaaa katanya. Hello, haruslah tidak! Ini serious talk. Lagipun, ini adalah based on my own experience. Dan aku jugak banyak terima pelbagai soalan macamane aku boleh quit job, saving duit untuk travel Europe selama sebulan? Ahaaa, apakah rahsia disebalik semua itu?

Okay, segala tips berjimat yang akan aku share ini adalah berdasarkan dari apa yang aku buat dan mungkin juga tips dari hasil research aku. Mungkin gaya hidup, minat dan source of income kita berbeza, namun kita pastinya berkongsi minat yang sama untuk menggapai impian mengembara ke bumi Eropah. Betul ke tidak? Jadi, jom kita teruskan dengan tips-tips bagaimana nak saving duit untuk travel ke sana sinun.

1. Simpanan
Gaji bulanan ada kan? So kalau ditanya berapa banyak kita simpan dalam sebulan? I would say dalam sebulan at least 10% – 30%, I will allocate for my tabung travel. Itu adalah benda wajib selain commitment terhadap harta benda seperti kereta, expenses bulanan dan IBU BAPA serta keluarga tercinta. Jadi, setiap bulan, aku akan buat 3 pecahan iaitu –

  • WAJIB (Loan, Ibu Bapa), 
  • SUKA SUKI (beli barang in case teringin nak pakai bulu mata pelsu ke), 
  • TERSAYANG (ha, inilah akaun untuk TRAVEL aku).

Dan dari income tetap aku tu, aku akan siap-siap agihkan duit tu dalam pecahan seperti di atas. Dapat je, terus asingkan. Takde tunggu-tunggu. Biarlah kekadang tu sikit, kekadang tu banyak balance yang ade di hujung bulan. Yang penting kite bawak buku merah kite sana sinun. Ahaaaaa!


DSC025541


2. Bonus ***
Okay, ini apply untuk mereka yang bekerja makan gaji macam aku. Aku pernah ditanya tentang gaji yang aku terima sampaikan aku boleh travel sana sini. Sampai gitu sekali orang tanya. Jawapan aku mudah, the company pay me ‘bolehlah’ but they are not paying me peanuts. Oh apakah itu? For me, kalau company tu bagus and kau pun bagus, make sure company tu tak bayar hang dengan bayaran yang tak berbaloi. Dan paling penting benefit yang ada… Especially bonus. Itu harus ada. Sebab even sedikit pun, ianya akan tetap membantu budget anda tau. Jadi, itu adalah antara sumber yang membolehkan anda untuk terbang lebih tinggi, gitewww!

DSC058961


3. Kutu
Aku ni orang kampong. So, benda benda yang orang Melayu suka, aku pun suka. Termasuklah aktiviti main kutu tiap-tiap bulan. Berani aku katakan, kebanyakkan travel fund aku datang dari sumber cik kutu ini. Aku memang slumber je main kutu banyak tempat. Sikit or banyak belakang kire. Siap ada KUTU Planner lagi hang tau dok? Hahahha! Yang penting, aku punya giliran untuk dapat habuannya haruslah bila nak dekat-dekat travel. Kekadang tu, ade jugak terlepas, bila dah balik holiday baru dapat. Ade baiknya jugak. Duit pun dah pokai berjoli di negara lain, balik Malaysia, tabung kutu yang sambut kite untuk mengisi poket-poket yang kosong itu. For me, kutu memang da best!

4. Kurangkan shopping
Ini part paling susah, iaitu puasa dari shopping. Siapa yang tak suka beli barang woi. Bet semua suka. Cuma, bagi aku, shopping ni everywhere and tak pernah membuatkan kau kaya pun dengan spend bebanyak gitu. Kat mana-mana pun boleh kan? That’s why bile aku start save money untuk pergi Euro trip aku memang avoid bertemu dengan shopping mall. Banyak masa diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan di tempat yang tiada pusat beli belah. Memang duit yang korang patut spend untuk shopping tu if divert to saving lagi bagus.

Sebenarnya, sejak aku mula berjinak-jinak dalam dunia budget travel ni, aku memang makin kurang bershopping. Sebab bagi aku, shopping barang-barang ni semua will be there bila-bila pun. All the items, korang can get in overseas pun. Sometimes, kat overseas lagi murah dari Malaysia. That’s why I would rather spend in overseas if dah kemaruk sangat nak shopping. Lagipun, shopping anytime pun can. Right?

5. Bisnes kecil-kecilan atau besar-besaran
If korang ada extra budget,buatlah bisnes sikit. Aku perhatikan, dengan pertumbuhan pelbagai medium social media nie, tak jadi satu halangan malah peluang yang datang bergolek untuk korang ceburkan diri dalam bidang perniagaan. Even bisnes tu kecil pun, but still…. You can always start will small. Ala, kedai nasi lemak antarabangsa kat Kampung Baru pun start niaga depan rumah je before it goes mainstream. So, tak salah if korang cari duit lebih bagi menjana pendapatan. Try lah! If we never try, we never know. As for me, Alhamdulillah bisnes sikit-sikit ni membantu 🙂

6. Part time or freelance
Kalau rasa tak confident untuk niaga, buatlah part time or freelance sikit. Dulu time aku banyak masa terluang, aku pernah gak buat keje translation bagai. Tapi tak lama pun, bila dah start banyak kerja, aku tinggalkan sebentar dunia sebagai freelancer itu. Sebenarnya if korang ade banyak masa terluang dari duk lepak-lepak merata tu, better do something yang boleh make income. So, why not? Dari kau main Candy Crush bazir masa tu?

DSC099891


7. Tahu dengan detail negara mana anda nak lawati
Dalam duk plan nak simpan or dapat duit segala tu, mungkin ada wajarnya meantime korang mula start pikir tentang negara idaman anda. Ramai yang ada angan-angan memasing. Bagi aku, everything starts with dream. So jangan takut untuk berangan. Penuhkan semua bucketlist anda dengan negara impian. Listdownkan sebanyak mana negara or tempat yang anda nak cover. Dan start untuk pikir realistic pasal location, safety, culture and most important part is DUIT nak kena spend.

Macam aku personally, time nak gi Europe, aku allocate satu hari satu negara, Untuk aku study, paham dan tahu apa yang ada kat negara tersebut. Masa tu asset. Jadi, korang gunakan masa yang terluang tu, study and buat research. Ramai je travel blogger yang membantu dalam menyalurkan informasi berguna. So, tiada lagi alasan untuk tak reti la, takde masa la…. Main Candy Crush boleh? Okay, larikkk!

8. Newsletter and discounts email
This one memang everybody’s favorite! Sign up segala jenis newsletter, promotions and sweepstakes yang kebanyakkannya dari travel related sites. Kalau in Malaysia, AirAsia, MAS, Malindo Air semua tu, dah jadi hukum wajib subscribe. Untuk yang International, aku memang akan sign up for all flights, skyscanner, kayak.com, HostelWorld, tripadvisor (my favorite), easyjet, Thalys, DB Bahn even Groupon dari each country yang aku nak pi pun wajib subscribe. Banyak kegunaan berfaedah kalau korang guna semua apps ni.


8. PLAN PLAN PLAN
Oh this is very important. I must tell you, time mula-mula nak plan for my Europe trip, memang akan ada rasa cam eh mampu ke ni? Kita bukan main dengan currency yang murah ye. So kalau boleh kita taknak la rugi masa, duit dan tenaga ye dok? Plan everything in advance and sedetail yang mungkin. Macam aku, aku start with tempat aku nak pergi, then survey tiket flight dengan few options on date, then carik-carik hostel/AirBnb/ HouseTrip, etc and start dah tengok connecting transportation if ada. Kalau takde or not reasonable, tukar lagi route. Itulah yang aku hadap bila aku start plan for my Euro Trip.

Jangan tamak dalam merancang, be realistic!

DSC018921
I don’t call it DREAM, I call it plan



9. Book early
Bila part simpan duit dan plan pun cam bombastic, your dream destination pun katanya dah semakin cerah, my next tips is book everything in advance. This is very important key point and action to get better deals in Europe. Macam aku pernah share before, aku dapat harga tiket bus dari Brussels ke Amsterdam, murah giler. Only 11Euro babe. Sapa nak bagi? Even when it comes to accommodation pun, kalau korang book awal-awal, korang akan dapat bilik yang diidamkan, lebih banyak choice and ade certain website yang bagi best price. *** At least 60-90 days before depart.

Tapi macam tiket flight aku, nak terbang bulan 4, aku beli bulan 1. Itu sebab tunggu tiket flight murah. Etihad selalunya memang ade HOT DEALS cenggitu. So, rembat ajeee even agak lambat pun. Cam ade traveller aku jumpa, dia travel sama tarikh cam aku, tapi die beli tiket bulan 9 tahun lepas, dapat harga not bad. RM400 beza dengan aku. So apa-apa pun, buat last minute kalau yakin dan berpoket asyuk. Or else, cermin payslip sendirik!

12



10. Book hotel yang strategik
Aku memang particular bab carik hotel. That’s why kalau nak travel ke mana-mana, aku adalah yang paling cerewet bab mencari accommodation. Aku bukanlah yang mementingkan luxury, aku opt for LOCATION, price, safety and comfortable. Kalau mewah di dalam gambar tapi jauh menonong ke hujung donia, mak tak rela nyah! Rata-rata kawan-kawan aku ada sakit lutut, so, kite kenalah jaga kebajikan rakan-rakan. Lagipun, sebenarnya banyak je tau hostel, hotel yang best-best dekat dunia ni dan harga pun berpatutan. Even sometimes, hostel dekat tapi harga mahal, but kau kene pulak pikir, kalau kau duduk jauh dan murah, what about your transportation cost? Try buat calculation and if rasa worth it. Go, proceed je. DO your research and make the right decision.

Oh kalau nak merasa tido dalam train pun okay jugak. From there, korang dah boleh jimat kos penginapan. Malam di negara lain, bangun je pagi, dah masuk negara lain. Feeling di oh-some sangat. Cuma, korang make sure tido nyenyak habis eh dalam train, sebab bila siang esoknya korang dah kena explore negara baru. Euro trip is tiring. But unique experience 🙂 – This is what they called Night Sleeper Train. Selalunya saya refer kat sini – www.bahn.com/i/view/GBR/en/prices/europe/overnight-travel.shtml

Amsterdam-Prague1

 

11. Compare setiap mode of transportation
Part ni memang memerlukan detail and thorough research. Ahaaa…Aku pun kekadang cam terbeliak gak nengok peta, gali sedaya boleh. Kekadang tu, tak nampak future tentang route yang aku nak, tapi aku akan try jugak. Kalau kena email company tu pun, aku akan email. Tanya pada local people. Tapi selalunya di Europe semua mode of transportation pun possible. Insyallah. Cuma korang kena jugak compare untuk dapatkan harga yang paling berbaloi and yang pasti sesuai dengan masa anda.

Website yang selalu di-refer memang varies (ikut negara in Europe), tapi untuk pilot check gitu, korang boleh je guna (list ni aku campurkan sekali dengan semua jenis transport) –

  • www.raileurope.com/index.html
  • www.ricksteves.com/rail/rail_menu.htm
  • www.seat61.com
  • www.rome2rio.com
  • www.railpass.com
  • www.traintraveling.com
  • www.whichbudget.com
  • www.airtravelcenter.com
  • www.skyscanner.com

Direct booking dengan operator di bawah, kalau boleh subscribe je segala newsletter untuk tahu offer yang diorang buat :

  • www.thalys.com
  • www.trenitalia.com
  • www.bahn.com
  • www.goopti.com
  • www.eurolines-pass.eu
  • www.bahn.com
  • www.sbb.ch/en/home.html
  • www.cd.cz
  • www.oebb.at

DSC076061

13. Cook 
Ingat Mak Ros Kilauan Emas je Jaguh Kampung? Kita Jaguh Europe okay! Tema-nya kalau bab memasak ni, kite serahkan sahaja pada rakan-rakan yang pakar. Sepanjang ke Europe, benda wajib aku bawak, Maggie, serunding, Ikan bilis, stok-stok ayam, ikan bilis, cukup rasa, perencah segala. Itu sudah memadai. Toksah duk angkut beras, garam, gula, ajinomoto segala. Di Europe barang-barang tu lagi berkualiti dan murah okay. Dan kalau korang nak variety kan lauk pauk dinner di hostel anda, boleh la try beli Brahims tu. Memang amat mudah ye. Rendam je dalam air panas then SIAP! 

p/s – Ikan bilis nya Brahims kureng sikit.

IMG_09401
 


14. FREE Entertainment & Activities
Kalau cakap pasal FREE, sapa tak mau kan? Selalunya kat Europe, banyak aje attractions yang FREE. Macam kalau di Amsterdam, korang boleh lah ke iAmsterdam Letters yang memang femes tu, kalau ke Bruges, tiada entrance fee yang dikenakan. Jadi, korang kene rajin sikit Google and do the research okay. While for other activities, bagi aku, kalau dah sampai tu apa salahnya explore jugak. Macam kalau korang ke Jungfraujoch, Swiss… Harga tiket dieee fuh! Memang mahal. Cuma, kalau dipikirkan balik, dah sampai kan, why not lanjutkan ajaaaaa!

DSC080261
Open Museum in Cappadocia, PERCUMA kalau anda rajin trekking sendiri
 


15. Terbang dan Respect Tempat Orang
Setelah semua perancangan anda siap, apa lagi, kita sediakan buku merah kita dan persiapan bag yang munasabah untuk diusung ke mana sahaja dan terbang lah ke percutian idaman masing-masing. Bila dah sampai tu, harus diingat, tak semuanya manis ye. Bak kata pepatah, hujan emas di tempat orang, hujan batu, di negara sendiri, nanti korang akan realize, hujan batu tu lah yang herlok sikit. Lagi satu, bila kita di negara orang, kita jangan lupa respect tempat orang especially culture mereka. Dan lupa nak habaq, Bahasa Inggeris tu bukanlah bahasa kebangsaan mereka. Korang takyah beriya nak asah English education korang. Better kuasai bahasa ibunda mereka. Contoh di Paris, try lah guna Bonjour, Merci dan sebagainya. Bisa download apps SpeakEasy yang aku gunakan semasa di Europe. Tapi kalau dah malas tu, aku tanya je, what do u called this in xxxx? Insyallah ada yang membantu.

 
IMG_32741
My EuroTrip mind mapping
 
 
Apa-apa pun, have fun in planning your Euro Trip. Nothing comes easy 🙂
 
Xo,
Pora

13 thoughts to “15 Tips Berjimat Untuk Euro Trip anda”

  1. OK.
    bc blog ni je dh boleh berangan2 dh ni..
    mcm seronok je kan travel tmpat org.

    xsmstinya travel kene bermewah2… good info..

    tq babe for da sharing.

  2. part bonus tu setuju sgt. previously duit travel disumbang dr duit bonus tp since sekarang kerja sendiri, kena cr alternatif lain. aish..nak kena cr office job balik gini gaya.

  3. untung la sape kawin dgn cik pora.. jimat and bijak berbelanja. paling awesome suka travel! smua tempat dia pergi. tq cik pora for this very helpful blog. i love it.

  4. Hi PooBritney,
    U Punya blog sgt2 informative, very details, straight forward and ada everything yang i nak! you dah provide almost 70% information yang I dah search everywhere untuk my Eurotrip sbb i travel with my mom mmg i sorg je kena plan. Thanks beb. Love you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *