Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Part 3

Jom kita bersambung ke siaran ketiga untuk trip Yogjakarta..

Pada hari tersebut,  jam 7am lagi Jito sudah pun menjemput kami di guesthouse. Akan tetapi kiteorang lewat sikit sebab breakfast hanya disediakan pada jam 7am. Ini hari kami nak masuk gua and kene berbasah-basahan. Disebabkan itu, Jito dah siap-siap pesan bawak sekali baju untuk tukar nanti. Siap sahaja breakfast, kami terus catwalk menuju ke kereta. Sebelum terus ke Gua Pindul di mana tempat kami akan buat tubing, Jito membawa kami ke Gunung Merapi dahulu. Wah tempat idaman nie!

 

DSC09400-002Malioboro

Di sana kami akan menaiki 4wd dan enjoy journey ‘suci dalam debu’. Satu pesan kepada mereka yang ingin berwisata ke sana, kalau boleh pakai topi, bawak sunglasses, long sleeve and pakai mask. Ini adalah kerana jalan kat sana semuanya berdebu. At least takdelah bila habis tour nanti, satu badan korang dah macam debu-debu cinta pulak nanti. Eh? Anyway, water bottle and mask ala-ala jerebu itu akan dibekalkan secara percuma. And one more thing, enjoy jeeeee… sebab bila anda semua nampak sahaja Gunung Merap, korang cam aaaaaaaa….antiknyewww! Ching pelat.

Harga untuk satu jeep ialah Rp350,000 sahaja. So untuk kami, divide la bertiga. Sebelum gerak, ambil mineral water bebanyak. Dah ready semua, kite naik lah jeep yang paling bergegar takde pintu ni ha…Memang adventure habis naik jeep ni. Kalau jenis tak reti duk diam boleh tercampak keluar. Kalau yang memang nak terkucil tu, boleh terkeluaq habis. So, bersiap sedialah before naik tu ye. but bagi aku, memang awesome. Saya suka bangat!

 
DSC09401-003
Sudah tiba jugak akhirnya

 
DSC09402-004
Boleh amik contact dorang di atas if nak ambil package yang sama
 
DSC09404-005
Next time kalau ada peluang ke Yogjakarta, aku nak amik pakej yang nie. Ada trip ke landasan keretapi yang lama
 
DSC09405-006
Wehooooo! Kami dah ready
 
DSC09408-007
Siap-siap pakai mask jom. Comel habis kawan aku kat sebelah tu. Die masih single! PM sis nanti kalau berminat
 
DSC09410-008
Gigihlah duduk depan. Sebab takde penghadang di tepi
 
DSC09422-009
Guide kami

Kami ke destinasi pertama iaitu muzium original, yang merupakan antara rumah yang terkena letusan merapi. Hangusss… Rentung…. Sapi pun tinggal tulang. Sekitar kampung tu memang dah lapang. Yang tinggal debu sahaja. Katanya ade seorang warga emas yang kerjanyaaa menjaga kunci gunung. Beliau memang tahu bila gunung ni nak meletus dan macam-macam lagi. Kiranya beliau memahami perasaan gunung merapi ni. Ketika gunung nak meletus, beliau tidak mahu lari. Even sudah dipujuk oleh beberapa sukarelawan, namun beliau tetap tidak mahu berpindah sehinggalah…… Dan kini anak beliau yang menggantikan tugas menjaga kunci gunung tersebut.

 
DSC09430-010Muzium original hasil dari tragedi letusan Gunung Merapi tahun 2010
 
DSC09431-011
Gigi sapi
 
DSC09433-013Meow
 
DSC09434-014
Al-Quran
 
DSC09435-015
Kerusi yang masih utuh
 
DSC09436-016
Gunung Merapi ada di hadapan sana
 
DSC09438-018
Lava booooommm!
 
DSC09439-019
Gambar hasil tangkapan beberapa penduduk kampung dan wartawan yang berada di lokasi kejadian
 
DSC09440-020
Jam yang menunjukkan waktu kejadian
 
 Motorsikal yang tidak sempat diselamatkan
 

Habis cerita kampung merapi, kite move ke Batu Alien. Batu ni ialah batu yang keluar dari perut gunung ketika meletus. Besar sungguh. Dan yang paling unik, batu ini berbentuk muka. Itulah sebabnya batu ini dipanggil batu alien. Ramai jugak yang berhenti di sini untuk mengambil gambar. Sebenarnya kalau kau duduk depan depan batu ni, susah jugak nak paham mana satu muka die. Tapi bila kau snap gambar, barulah kau akan nampak.dengan jelas bentuk muka yang ada pada batu tersebut.

 
DSC09449-022
Batu Alien – merupakan antara tarikan yang ada
 
DSC09456-023
Kampung yang dahulunya ranap disebabkan oleh letusan gunung berapi. Kini sudah pun mendapat penempatan yang baru
 
DSC09460-024
Jeep yang membawa pelancong
 
DSC09462-025
 Abang jeep nak rehat sat 
 

Seterusnya kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu Gunung Merapi. Sejuk dingin sangat time tu. No wonder orang nak tinggal di kaki gunung ni. Even gunung ini masih aktif. Aku sempat juga melawat bunkers yang merupakan tempat persembunyian sukarelawan sewaktu gunung ini meletus pada tahun 2006. 2 orang sukarelawan tersebut meninggal dunia kerana keadaan bunkers tersebut tidak sesuai untuk berlindipung. ianya diperbuat daripada zink sebijik macam gudang. Bayangkan suhu lava atau abu pon dah mencecah 700darjah celcius.  Memang dah ajal.

Aku bergerak berjalan menghampiri Gunung Merapi. Dari jauh aku dapat lihat keindahan gunung ini. View saling tak tumpah macam ketika aku di New Zealand. Mungkin negara yang ada gunung berapi ni selalunya memang cantik-cantik kot. Yelah setiap yang berlaku pasti ada ganjaran kan? Habis snap snap gambar, kiteorang pun naik kereta and terus balik semula ke office. Dan kemudian naik van menuju pulak ke Gua Pindul.

 
DSC09464-026
Here we go to Gunung Merapi
 
DSC09468-027
Bunker yang paling hampir dengan Gunung Merapi
 
DSC09469-028
Info yang ada pada bunker
 
DSC09471-029
Suhu kat sini nyamaaannnn
 
DSC09472-030
View yang adooo
 
DSC09476-031
Sejukkk je mata memandang
DSC09485-032
Bunga favorite 

Ini kali, kita mahu caving dan tubing la temanyaaa… Selepas sejam perjalanan, kami pun tiba di Gua Pindul. Kekdahnya, dari satu tempat ke satu tempat, memang makan ‘jam’ jugak ye. Dats why, Trip Javanesia ni boleh aku katakan antara yang ze best sebab dorang pandai susun itinerary daebak-daebak. Jarang sekali aku amik tour-tour gini kalau aku travel. Namun, aku memang sangat berpuas hati dengan service mereka. Bersesuaian dengan konsep travel Cik Pora.

Okay, apabila kami sampai sahaja di Gua Pindul, kami perlu membayar Rp110k setiap seorang. Ada 3 tempat yang kami akan pergi – Trekking dalam Goa Sriti, Tubing di Gua Pindul dan Sungai Oya (Oyaaaaa ni memang favorite sangat). Semuanya view lawa hawau. Kalau tak caya korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Biar gambar saja yang bilang sama kamu dong!

 
DSC09486-033
Kite fokus pada briefing dulu
 
DSC01099Briefing sebelum masuk gua
 
DSC01102
Then kita naik lori pulak
 
DSC01112
Habis cavinggggg… Kita pergi tubing pulak
 
DSC01163
Dan bermulalah journey duduk atas pelampung 
DSC01268
Apo sesak-sesak kat sana tu?
 
DSC01326
Habis cite dalam gua, kita sambung pulak kat sungai berbatu-bata nie
 
DSC01348
Di Sungai Oya, guide anda yang akan tarik pelampung tersebut. Ianya lebih tenang jika dibandingkan dengan di Goa Pindul tadi. Kat sini memang korang terlentang sahaja di atas pelampung. Dannnn, nikmatilah pemandangan disekeliling andaaaa. Sumpah best!
DSC01356
Lihatlah batu tuuuuuu… Unik
 
DSC01369
Batu-batu yang menghiasi Sungai Oya
 
DSC01397
Dare to jump?
DSC01398
Kita lalu sajok, tak berani nak try

DSC01428                                           Air terjun. Aku sempat turun sekejap sajaaa… Tadah kepala kat situ and walaaaaaa!

 

p/s : Untuk trip nie, aku kena pakai Sony cam waterproof je… Camera yang non-waterproof tak boleh masuk sini. So, kalau korang ada budget lebih, hire je photographer kat sini, nanti dorang bagi gambar gempak punya

Selepas berbasah-basahan, naik lori, terus pulang ke office tadi dan mandi bersihkan diri segala. Time tu pon hari dah nak maghrib. So journey pon makin gelap gelita. Sempat jugak kami singgah di Bukit Bintang dan Bukit Indah untuk menikmati pemandangan yang sangat meletop… Bak kata Jito, Palin Meletusss! Suasana malam di sini. Memang daebak. Dapat pulak jagung bakar, fuyooooo, memang win habis lahhhh…

 
DSC09495-034
Suasana malam di Bukit Indah dan Bukit Bintang
 
DSC09550-035
 Hi Gunung Kidul

Malam tu, kami pulang agak lewat dan sempat jugak singgah beli makanan kat tepi jalan. Tema hari nie beli food and makan dekat kedai Mi Ayam sebab aku teringin nak rasaaa tau. Dan s kali rasa, memang nak lagi okay. Sedapbangat sih. Ketagih gueee. Sempat jugak merasa roti bakar. Hadiah hari ulangtahun katanyaaa. Cuweet angat. Tapi memang sedap la roti bakar ni. Insyallah, kalau aku ada modal, ingat nak jual jugak roti bakar tu kat Malaysia. Nanti korang janji support tauuu

3 thoughts to “Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Part 3”

  1. Hallo there, I’m going to Jogjakarta next January and that’ll be my first time backpacking outside Malaysia. If you dont mind, can you share with me the itinerary of your journey at Jogjakarta? Thanks. 😊

    1. Hi there,

      Alamak, for itinerary, I don’t have it in proper format.
      And it’s actually pre-planned by our supir 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *