Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Finale

Pagi terakhir di bandar Kuching. Sarapan, check out dan naik bas terus ke destinasi seterusnya iaitu Fairy Cave and Wind Cave. Perjalanan tak jauh mana pun, cuma penat gigih berkayak semalam tak habis lagi. Sampai di Fairy Cave, kami semua dikehendaki menongkah tangga yang disediakan. Trekking naik tangga tidak terlalu lama. Cuma banyak tangga kecil yang agak licin, yang memerlukan anda berhati-hati. Namun, view yang anda akan dapat bila sampai di dalam cave nanti memang cantik sangat. Umpama dalam filem orang putih yang tengah duk cari harta karun. Kami tak lama di situ, habis trekking, kami turun semula dan naik bas semula untuk ke Wind Cave.

Fairy fairy cave

DSC09119-974

Permandangan di hadapan pintu masuk Fairy Cave

DSC09141-996

Are you ready to climb the stairs?

DSC09191-1046

Hello new world!

DSC09156-1011

The other side

DSC09173-1028

This is way better than what I had in Yogjakarta. I’m super proud to be Malaysian!

DSC09178-1033

Photographer playground

DSC09182-1037

Tenang habis bersantai kat sini

DSC09201-1056

Tempat pemujaan

DSC09226-1081

Jom main dongak-dongak

IMG_3739

And #selfie berjemaah bersama rakan-rakan di dalam gua

DSC09204-1059

And to our final view of Fairy Cave

 Di sini, anda jangan lupa untuk bawak insect repellent and head lamp. Itu paling penting. Untuk aku? Apa pun tak bawak. Ahahha! Ini namanya trip kasi redah. Kita ikut sahaja mereka yang ade torchlight and rapat-rapatkan saf bila masuk ke dalam lagi. Itu harus ye. Keadaan di dalam gua memang cantik cantik dan menurut beberapa rakan blogger yang lain, ada sungai yang sangat cantik mengalir melalui gua ini. Ia diberi nama Gua Angin, mungkin disebabkan angin yang membawa udara sejuk ke dalam gua ini. Tenang dan nyaman. Itulah Gua Angin.

p/s : Sekali lagi, please bawak insect/ mosquito repellent sebab bila aku balik je rumah, baru aku dapat tengok kesan gigitan ‘asmara’ tersebut. Dekat 2 minggu jugak nak hilang. Mujurlah ada cream chicken pox yang dibeli time nak hilangkan sunburn. Multi-purpose and berkesan sekali

DSC09232-1085

Pintu gerbang untuk masuk ke Gua Angin

DSC09247-1100

Yuk melangkah secara berjemaah

DSC09249-1102

Masing-masing sudah standby dengan camera

DSC09253-1106

Kita baca map dulu

DSC09259-1112

Ikut sahaja laluan yang disediakan

DSC09260-1113

Gua ini agak gelap

DSC09304-1157

But the view… Spectacular

DSC09349-1202

Permukaan batu-nya sangat indah

DSC09368-1221

Accidentally jadi geng dak dak PINK masuk gua pulak

DSC09373-1226

CAUTION!

Selepas habis ceritera Gua Angin, tibalah masa kita pulang semula ke bandar Kuching untuk makan tengahari. Jamuan kali ini adalah berunsurkan makanan Bollywood di Restaurant Bombay Palace. Enak sekali aneka pilihan yang disajikan. Kedai ini adalah bertentangan dengan Harbour View Hotel di hadapan waterfront. Habis makan, kiteorang sempat naik ke tingkat atas untuk melihat proses pembuatan kek lapis Sarawak. Keles kilang buat kek dalam mall tauuu. Belum naik lift, aroma Kek Lapis Sarawak dah memenuhi segenap sudut. Creamy sangat bau die. 

 DSC09377-1230
Bombay Palace restaurant – Naan Bread die marvelous!
IMG_3750
Pilih sahaja mana yang anda mahu… Harga bermula dari RM10 sahaja!

Tiada banyak pilihan yang ada, kami teruskan dengan city tour yang dijalankan buat mereka yang ter-missed flight tempoh hari. Termasuklah dengan aku sendiri. Kami bermula dengan melalui Chinatown, kemudian Little India dan seterusnya menuju ke Muzium Sarawak. To be frank, I’m not a museum person. Kalau aku nak baca pasal history, aku akan Google sahaja. Mungkin ini disebabkan pengalaman melawat beberapa muzium dan ianya tidak menarik perhatian aku.

DSC09393-1246
Remind me of my Katy Perry

Akan tetapi, sesuatu yang berbeza buat Muzium Sarawak di mana semua informasi tentang Sarawak yang sangat sangat unik ada di dalam muzium ini. Yang paling membuatkan aku sanggup explore satu muzium ini adalah sejarah tentang orang Sarawak sendiri. Mungkin anda pernah dengar tentang head hunter kan? Di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda baca tentang sejarah tersebut yang akhirnya pada masa kini aktiviti tersebut telah pun diharamkan di Sarawak.

Tidak cukup dengan itu, aku juga tertarik dengan cara mereka ber-tattoo. Bagi mereka, tattoo ini adalah simbol kegagahan. Jika dulu, kalau kaum lelaki yang tidak memiliki tattoo, dia senang-senang je akan di-reject oleh kaum wanita. Kalau zaman sekarang, sudah berbeza. Bak kata kawan-kawan aku, no money no honey. Ahaks. Tak lupa juga pada kaum wanita yang turut tattoo kan kaki mereka dari lutut ke tapak kaki. Oh my… Betapa kuatnya orang zaman dahulu, dengan menggunakan teknik sangat manual, mereka tetap ber-tattoo juga. Salute!

DSC09395-1248In love with this pattern. Macam everywhere je you can see this in Sarawak

DSC09401-1254

The view of Sarawak Museum

Selepas settle hal muzium, tibalah masa untuk membeli belah barang-barang seperti kek lapis dan ikan terubuk masin buat kaum keluarga dan pengirim tegar di rumah itu. Konsep travel ‘untung orang ramai’ ini memang takkan terlepas walau ke mana sekalipun. Hahah! Kami sempat singgah di Dayang Salhah dan rasa semua tester yang dihidangkan di atas meja. Nikmatnya dunia. Benda free tau.

Kami dihantar ke airport dan mengucapkan selamat tinggal kepada wakil Sarawak Tourism Board yang sudi melayan kerenah kami dan memperkenalkan keunikkan Sarawak yang pastinya memberikan kami satu pengalaman paling indah di hati. Layanan dari mereka tersangatlah awesome sampaikan rasa taknak balik. Tidak dilupakan juga untuk segala ilmu dan cerita-cerita sensasi yang dikongsi sepanjang kami berada di sini membuatkan kami rasa seperti satu keluarga. 

Walaupun aku antara ‘newbie’ yang baru berjinak-jinak join fam trip anjuran Tourism Selangor bersama dengan otai-otai masih berbisa ini *gurau jekkk*, akan tetapi perkenalan yang tercipta membuatkan aku rasa seperti dah lama sangat kenal dengan dorang. Macam-macam pengalaman dan stori-mori dikongsi. Organizer pun apa kurangnya, memang sporting habis dengan kiteorang. Sempoi sajok melayan sorang-sorang punya perangai. Saling memahami gitu…Kiranya dah macam satu keluarga yeee. Ternyata trip kali ini bukan sahaja memberikan aku satu pengalaman yang berharga namun satu persahabatan yang pastinya akan berpanjangan. Terima kasih awesome people. You guys rock!

IMG_3647

My new family (Excuse our family portrait, macam ramai pulak posing ‘teleng’ ke kanan)

 

This trip won’t happened without kind support, stories and experience sharing from : – 

2 thoughts to “Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Finale”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *