8 Sebab Anda Harus Dapatkan Huawei Honor 8

Smartphone, ke mana sahaja kita pergi, pasti diperlukan setiap masa terutamanya kalau yang suka travel tu. Terkadang terasa jeles dengan Instagrammers yang pandai ambil gambar meletops dengan hanya menggunakan smartphone. Bila tanya pada mereka, handphone apa dorang guna yang sampai boleh dapat kualiti gambar setanding digital camera ni? Kebanyakkan dari mereka memang dah lama menggunakan Huawei yang memang cantikweyyyy!

Bagi saya, sewaktu travel la korang akan tahu betapa pentingnya camera yang cantik, storage yang besar untuk ambil gambar, bateri yang tahan lama dan macam-macam lagi. Itu semua selalu sangat Cik Pora lalui ketika travel ke sana sini. Menyedari akan keperluan tersebut, Huawei kini datang dengan sebuah lagi smartphone yang bagi saya sangat
SEXYYYYY, iaitu Huawei Honor 8.

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_14

Dan kenapa Huawei menjadi jenama pilihan Cik Pora untuk smartphone? Saya adalah seorang yang ‘gile’ kamera dan ‘kaki’ travel. Jadi, saya akan sentiasa keep myself updated dengan kamera yang terbaru. Apabila Huawei mengumumkan tentang smartphone dengan dual kamera atau dwi kamera dan bergabung pula dengan lense dari jenama FAVORITE Cik Pora iaitu Sony, Cik Pora memang terus study tentang jenama Huawei. Walaupun nama Huawei mungkin baru buat Cik Pora, tetapi bila dikhabarkan telefon pintar mereka sudah terjual lebih daripada 100,000 unit di Malaysia, terus Cik Pora makin  taknak lepaskan peluang untuk dapatkan Honor 8 ini.

Dan kenapa anda semua harus pakat-pakat dapatkan telefon pintar ini sekarang juga?

1. Dwi kamera yang TERBAIK!
Untuk mereka yang memang kaki ambil gambar, korang mesti tahu betapa pentingnya dwi kamera 12MP ini dalam kehidupan korang. Dan kenapa ianya amat penting? Dengan lahirnya dwi kamera ini, anda akan mendapatkan gambar yang lebih berkualiti kerana camera 1 akan ambil ton berwarna (RGB) manakala satu lagi kamera akan capture ton monokrom. Ianya akan bergabung dan menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi setaraf kamera digital bermutu tinggi. Terbaik bukan?

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_048307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_01

2. Rekabentuk yang dicipta khas daripada 15 kaca yang sungguh artistik
Refleksi hasil daripada gabungan ’15 craftmanship glass’ dan rim logam yang direka khas itu menghasilkan rekabentuk yang sangat unik buat Huawei Honor 8. Ia merupakan peranti pertama yang saya lihat menghasilkan refleksi warna BIRU kepada pengcahayaan seakan AURORA. MAGIK! Itu yang membuatkan saya kagum dengan ciptaan terbaru Huawei ini. Apa yang paling penting, saiz 7.5mm itu memang selesa untuk genggaman tangan. Pastinya sentiasa ada pada tapak tangan anda.

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_028307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_03

3. 3D Fingerprint Yang Lebih Selamat!
Unlock telefon anda dalam masa 0.4saat sahaja? Ini adalah ciri keselematan yang paling saya sukaaaaa! Ianya memang terbaik buat masa kini. Kalau selama nie, kite nak unlock telefon kene tekan password bagai dan ambil masa untuk lakukan semua tu. Dengan Honor 8, tiada lagi masalah terutamanya apabila dengan keadaan emergency ke… Memang ianya memudahkan kehidupan! Bukan itu sahaja, kedudukan fingerprint di belakang kamera ini juga digunakan sebagai ‘smart key shortcut’ untuk anda layari aplikasi ‘favorite’ anda. Hanya touch, aplikasi favorite anda akan dibuka and enjoyyyy the phone. Hebat kan?

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_07

4. Paparan Realiti Yang Hebat
Bagaikan berada di dalam dunia realiti… Inilah yang cuba diaplikasikan oleh Huawei di mana mereka mencipta screen smartphone untuk paparan yang lebih jelas. Dengan paparan FHD 5.2-inch dan 96% high colour gamut (NTSC), ianya memberikan pemilik Honor 8 satu pengalaman berbeza yang tidak mungkin dimiliki pemilik telefon dari jenama yang lain. Bukan itu sahaja, apa yang lebih hebat ialah ianya didatangkan khas dengan feature “Eye-care mode filters out blue light”. Tiada lagi masalah mata yang letih, berair dan saki kerana feature ini dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut supaya anda boleh bermain games, menonton video ataupun membaca dalam tempoh yang panjang.

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_09

5. Bateri yang tahan lebih lama
Buat yang memang sentiasa on the go, anda semua mesti selalu kena bawak powerbank ataupun plug handphone ke mana sahaja anda pergi bukan? Bukan itu saja, kekadang handphone dah beli mahal-mahal tapi time charge lambat nak full dan cepat pulak habis baterinya. Honor 8 adalah Ia mempunyai jangka masa bateri akan lebih tahan lama sehingga 10jam.

Dan nak tahu apa yang paling best? Ianya jugak mempunyai kelebihan di mana ia memberikan 47% power boost semasa anda recharge telefon anda dalam masa 30 minit. Bayangkan dengan 10 minit cas sahaja anda masih lagi boleh berhubung melalui phone call selama 2 jam dan mendengar music selama 6 jam. Wowwwwww! Betul-betul sesuai untuk anda bawak sewaktu pergi berjalan ke luar negara nanti.

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_10

6. Semuanya hanya di tangan anda
Pernah tengok cerita Click lakonan Adam Sandler? Mesti selalu berangan nak dapatkan satu peranti yang boleh control everything. Nampaknya hanya Huawei sahaja yang berjaya menjadikan ianya satu kenyataan. Oh terima kasih. Dengan Smart Control 4.0, anda boleh gunakan telefon Honor 8 untuk control aircond, TV, DVD dan lebih daripada 5,000 peranti berjenama antarabangsa dan 230,000 jenis model. Terbaik ke tidak tu? Hanya dengan Honor 8, segalanya di tangan anda!

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_12

7. Dikuasakan dengan 2.3GHz CPU and 4GB RAM
Pengalaman menggunakan telefon pintar yang selalu ‘hang’ memang tak best! Kini, Honor 8 memberikan penyelesaian kepada masalah itu dengan dikuasakan oleh 2.3GHz CPU dan 4GB RAM. CPU chip Honor 8 turut mengandungi i5 co-processor yang diselaraskan dengan Kirin 950 SoC. Ianya meningkatkan lagi kepantasan, response time dan paling penting jangka masa bateri.Pengalaman menggunakan telefon anda pasti menjadi lebih lancar dan pantas! Ianya juga membolehkan pelayaran multitasking yang lebih sempurna. Mungkin buat gamer tegar, ini adalah jawapan kepada permasalahan anda juga.

8307_LP_Honor-8_Product-Details_01092016_08

8. Revolusi TERBAIK  dengan harga MAMPU MILIK?
Tahukah anda revolusi Huawei sebelum ini iaitu P9 telah terjual lebih daripada 100,000 unit di Malaysia sejak ia dilancarkan pada awal tahun ini? Bayangkan jika di seluruh negara Asia? Dan bayangkan pula penerimaan untuk seluruh dunia? Ternyata, Huawei kini jadi pilihan utama!

Satu pencapaian yang sangat baik buat industri smartphone di Malaysia. Sememangnya pilihan rakyat Malaysia terhadap revolusi yang terbaik adalah bijak. Huawei memang jenama yang dipercayai. Oleh itu, dengan kehadiran Honor 8 ianya mampu memberikan pengalaman berbeza dengan harga yang sangat berpatutan.

Revolusi Honor 8 ini sememangnya satu ciptaan terhebat untuk smartphone masa kini. Dan yang paling BEST, harganya memang mampu milik untuk anda yang mengidamkan telefon pintar dengan kemasan terunggul dan penuh gaya!

2

Honor 8 dengan 4GB RAM & 32GB ROM, PERCUMA selfie stick, 5000mAh Powerbank dan skrin protector pada harga RM1699

Honor 8 dengan 4GB RAM & 64GB ROM, PERCUMA Honor Band SS dan skrin protector pada harga RM1899

Apa tunggu lagi? Jom bergaya unggul dengan Honor 8 anda! Miliki Honor 8 anda sekaranggggg!

Honor 8 is available in Lazada now! Click here <Honor 8> to shop!

Jeng jeng! Untuk Online Shopper termasyur seluruh Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk shopping sakan sempena Lazada’s My CyberSale which is happening on 26th – 30th September. Happy shopping guys!

MYCYBERSALEAffiliates_560x750

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *