Journey to Leh, India : Part 3 (Leh – Pangong Lake)

Happy birthday Safura! Tarikh keramat gituuu…Pagi-pagi bangun terus rasa touching…Alaaaa dah besar dah Cik Pora. Besar angat. Ahaks! Kalau sebelum ni, tiap-tiap tahun ada je cerita travel di kala birthday Cik Pora ni kan. Haaa.. tahun ni pun tidak ketinggalan ye. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dan tenaga untuk berkelana di negara lain.  Anyway, bagaimanakah Sapora akan menyambut hari lahirnya pada tahun ini? Mari adik-adik, kita layan cerita 11 September 2016.

Kami bangun awal dan siap-siap segala stock makanan masuk dalam bag kerana ini adalah destinasi pertama kami di luar bandar Leh. Perjalanan jauh sikit dan aku? Memang excited habis. Yelah, first time celebrate birthday kat Leh. Harini kami turut ditemani oleh adik Dorjey iaitu Kesang. Herlok orangnya. Persis pemain bola dan fasih berbahasa Inggeris cuma agak pemalu. Sewaktu dalam perjalanan, kami turut dihidangkan dengan Nuts and Raisin cake. Terasa dapat special gift daripada geng Ladakhi tau. Terus buat upacara potong kek beramai-ramai dalam van. Precious moment tau. Sebab kek sedapppp gile. Kat Ladakh nie, tiada siapa nak judge either kek kau diperhiaskan dengan Swarovski atau pun kulit kerang segala. Just kek buah, van, tour guide and the girls, berlatarbelakangkan keindahan bumi Leh. To me, itu pun sudah cukup bersyukur kerana Tuhan kurniakan satu perasaan yang sangat bahagia.

IndiaIndiaDSC06947-3931-3741Majestic view from my car window

IndiaIndiaDSC06949-3951-3761Tersusun sungguh infrastructure sini

IndiaIndiaDSC06952-3981-3791Look at the view, we don’t get this everyday

IndiaIndiaDSC06954-4001-3811Bersih

IndiaIndiaDSC06958-4041-3851Bukak tingkap sikit, sedut udara gunung

IndiaIndiaDSC06964-4101-3911Monastery di atas gunung lazimnya

IndiaIndiaDSC06975-4211-4021Alhamdulillah sepanjang di sana, clear sky

IndiaIndiaDSC07009-4551-4361Sumpah sedapppp!

IndiaIndiaDSC06981-4271-4081Singgah di Karu, toilet break dan mencari makanan

IndiaIndiaDSC06984-4301-4111Ada orang yang sapu kawasan ni

Kami sempat mintak tour guide singgah di kedai bakery di Karu untuk kami beli roti. Buat makan dengan sambal ikan bilis IBU. Memang marvellous. Hilang lapar segala. Siap bantai 2 keping roti dengan sambal ikan bilis. Makan dalam van senyap-senyap sampai tak sedar van sudah mula memasuki Chang la Pass. Changla Pass ini adalah merupakan salah satu highway yang ada di Leh dengan ketinggian yang super wow!

IndiaIndiaDSC06997-4431-4241Bukan Jesnita ye, Janita sudeyy!

IndiaIndiaDSC06998-4441-4251Ala timbang zaman dolu-dolu

IndiaIndiaDSC07003-4491-4301Okay brother Dorjey, let’s go!

Kalau korang Google Changla pass (high mountain pass in Ladakh -5000++m) ni, memang korang akan nampak betapa bengkang bengkoknya jalan die and sangat tinggi. Tinggi die tu memang tak boleh imagine macamane dorang boleh buat jalan camni. Seakan korang mendaki gunung, berliku-liku dan hanya sehala sahaja. Tiada tembok atau penghalang jalan. Bila dah berliku-liku tu, kita kena selalu hati-hati dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Tapi yang paling tak boleh terima bila kepala kau pun ikut berliku-liku. Semakin tinggi semakin pening.
IndiaIndiaDSC07007-4531-4341                                                                        Mula memasuki Changla Pass

IndiaIndiaDSC07022-4681-4491                  Kalau tadi jalan rata, ini dah start nak lalu tepi gunung

IndiaIndiaDSC07032-4781-4591                   Lereng-lereng bukit ni semua ada jalan tauuuu…. Please perhatikan betul-betul

IndiaIndiaDSC07033-4791-4601                       Creative-nya orang-orang kat sini. Macam-macam signboard korang akan nampak.

IndiaIndiaDSC07040-4861-4671                                            Okay, kami dah kat atas, tadi kiteorang lalu yang sebelah kiri tu

IndiaIndiaDSC07057-5031-4841                                               Fuhhhhh! Van kami dah melepasi apa yang dikatakan TINGGIII

Aku adalah yang mula-mula rasa pening dan loya. Terus pejam mata dan bersandar dalam van untuk feels better. Sempat jugak mintak minyak angin untuk menjadi peneman setia. Terus sign up #gengminyakangin time travel. Kalau dulu sahabat aku, Fifi je yang ratu minyak angin. Siap gi snorkeling pun pakai minyak angin. Tapi kini, semuanya berubah. Gituuuu. Aku pun dah terjebak! Van tetap membawa kami dan kali ini semakin tinggi dan semakin berliku-liku.

Pada satu ketika di mana aku memang tak mampu untuk menampung ke’loya’an sendiri, aku terus minta van untuk stop kat tepi jalan. Apa lagi, bukak je pintu kereta, muntah tepi batu. Memang tak mampu dah nak cover line ke cover segala. Yang pasti, aku memang tak larat sangat! Dah lah cuaca sejuk gile. Muntah dalam gigil tau. Uols rasa? Siksa batin kitewww…Sempat juga beberapa van yang berselisih dengan kami duk tinjau tengok apa yang berlaku. Lantaklah! Yang pasti, rasa nak baring je tepi batu nie. Berhuntungnya diri apabila travel bersama orang yang kita rapat. Kak Mah dan Kak Zee turun untuk bagi sokongan supaya aku terus berjuang muntah di tepi batu. Nampak tak semangat sepasukan? Gelak-gelak dan muntah-muntah pun tetap bersama!

IndiaIndiaDSC07061-5071-4881Tepi batu – tempat kejadian

Mereka urut belakang aku secara perlahan-lahan dan sekali lagi wekkkkk! Fuh, terus lemah longlai badan aku. Hilang segala nafsu nak makan ataupun minum. Yang aku tahu, aku nak masuk van, jalan pun huyung hayang. Dalam blur-blur, aku terpikir, kenapa jadi camni? Aku tak pernah alah kepada jalan bengkang bengkok. Nak kata mabuk laut pun aku tak pernah. Inikan pulak mabuk gunung. Dan apabila kami meneruskan lagi perjalanan, seakan berjangkit, teman-teman aku yang lain juga turut merasakan betapa berpusing-pusingnya kepala mereka persis Goyang Inul. Mungkinkah kami terkena simptom Accute Mountain Sickness? Tapi…. Semalam elok je. Okay takyah cite semalam, pagi tadi elok habisss kiteorang. Siap berjimba sakan dalam van buat birthday party.

IndiaIndiaDSC07064-5101-4911So cute, terasa macam hidup zaman purbakala

IndiaIndiaDSC07066-5121-4931First Always First

IndiaIndiaDSC07068-5141-4951Prayer flags

IndiaIndiaDSC07080-5261-5071Kami dah sampai Changthang, tempat ni terletak di border Utara Tibet. Sempat posing macamni je. Aku and Kak Mah je pun yang turun. Tak sampai 5 minit.

IndiaIndiaDSC07084-5301-5111Bestnya bila kau tengok ada orang melompat, gelak-gelak. Tapi kami? Sandar je laaa!

IndiaIndiaDSC07088-5341-5151Sis Move On dulu

Kekdahnya lama jugak aku nak hadam perangai muntah tepi jalan kat India ni. Either aku memang pening sebab jalan yang berliku-liku kehidupan atau simptom-simptom AMS sedang beraksi? Alaaaaaaa…. Ubat takde tau. Kami tak prepare pun pil AMS yang ada kami cari ketika di Kuala Lumpur. Memang takde jual. Katanya di Leh ada! Sebab semalam Sajad (peniaga  karpet) kata tak payah makan, kiteorang akan okay. Ternyata beliau silap mentafsir kami. Aduhai, ini baru hari pertama nak jalan-jalan di Ladakh secara official. Ada lagi 5 hari tauuuu. Kalau keadaan macamni sampai hari ke-5, memang mak nangis nyah! Tapi, aku serahkan kan sahaja kepada Maha Pencipta yang tahu apa yang terbaik untuk kami bertiga. Perjalanan diteruskan dan sempat singgah di beberapa tempat yang sungguh indah.

Aku agak bersyukur kerana yang aching-aching mual itu hanyalah Sapoora Azahar sahaja! Kalau tiga-tiga pun rasa camtu, memang beratur la urut belakang masing-masing di tepi gunung. Kami terbaring lunyai di dalam kereta. Malas nak pikir apa dah. Pejam mata pun rasa sakit. Nak bernafas pun rasa sayup-sayup sangat. Dalam duk layan keadaan macamni, akhirnya kami tiba di destinasi idaman iaitu Pangong Lake (5 jam perjalanan- 2 jam menahan sakit gini). Van kami berhenti di parking dan Dorjey inform yang kami dah sampai di Pangong Lake. Mereka semua dah keluar dan duduk di tepi van sambil duk perhatikan kami dari luar yang bersandar dalam van. Sumpah tak mampu nak bukak mata pun. Semakin kau cuba untuk buka mata, semakin berat kepala kau. Sesekali tengok jugak cermin, mana tahu diam-diam pakai costume Upin Ipin yang kepala besar tu ke…. Bukan kita tahu kan. Sebab sumpah rasa cam nak pecah. Seriously, sakit yang sangat susah nak describe.

Dalam keadaan macamni, kau bagi Eiffel Tower depan mata pun, kau akan cakap, mana tower-nya? Itulah yang terjadi kepada kami. Duk mencari mana lake nya? Sampailah aku terpandang di sebelah kanan, oh itu lake yang menjadi tempat shooting filem 3 idiots. Cantik! Tapi sempat jeling je. Then, pelan-pelan angkat kepala. Bukak mata dan bangun dan cuba untuk berdiri. Kami gigihkan kaki untuk terus berjalan menuju ke lake yang terbentang luas. Kalau korang tengok kami, memang nampak normal sahaja. Tapi bila kau tukar body dengan kami, korang akan rasa betapa tiada apa di dalam dunia ini yang mampu memberikan kami perasaan seronoknya bila dah sampai ke destinasi idaman ramai. Bila dalam keadaan macamni,  Kalau bagi tilam Vono siap dengan Maya Karin kat sebelah pun, belum tentu dapat hilangkan beban di kepala yang kami pun tak tahu apa reason terjadi semua ni. Yang kami tahu, kepala macam nak pecah. Pernafasan makin merosot! Mengah mengalahkan Usain Bolt yang berlari kencang.

IndiaIndiaDSC07107-5531-5341Banyak kem askar kat sini, korang jangan pepandai ambil gambar tau. Cover line sikit

IndiaIndiaDSC07114-5601-5411Gegar gambar ni, gegar lagi jiwa kite

IndiaIndiaDSC07116-5621-5431Stop kejap tunggu adik beradik ni pergi gantung bender sembahyang mereka

IndiaIndiaDSC07120-5661-5471Ha sempat hakak snap yang dorang gantung tu

IndiaIndiaDSC07144-5901-5711Berhenti di satu tempat cantik, tapi lupa sangat nak tanya apa nama tempat ni

IndiaIndiaDSC07145-5911-5721Semua pun takjub!

DSC06956                                         Yang pening-pening, tunduk sahaja, jangan nak nganga takjub sangat

IMG_6411This is Kesang

IMG_6439And Kesang ambilkan

IndiaIndiaDSC07146-5921-5731Tadaaaaaaa… Pangong Tso Lake

Tapi, untuk tidak menghampakan hati sebab dah sampai pun di Pangong ni, aku gagahkan juga diri untuk berjalan dan mengabadikan kenangan di sini. Sempat snap beberapa keping pose untuk tatapan ramai. Sempat juga Kak Mah and Zee jumpa dengan orang Malaysia, katanya kiteorang macam kena apa yang ditakuti ramai iaitu AMS. Dorang tak rasa apa-apa sebab dah siap-siap makan ubat. Even tak kena pun, dorang memang makan. Alahai, nampaknya kiteorang salah percaturan! Lesson learned. Bila dah makin lemah, berjalanlah kami menuju ke van dan maklumkan kepada pilot supaya segera ke farmasi untuk dapatkan ubat tersebut.

Tentang Pangong Lake :

Pangong Tso , Tibetan for “high grassland lake”, also referred to as Pangong Lake, is an endorheic lake in the Himalayas situated at a height of about 4,350 m (14,270 ft). It is 134 km (83 mi) long and extends from India to China. Approximately 60% of the length of the lake lies in China. The lake is 5 km (3.1 mi) wide at its broadest point. All together it covers 604 km2. During winter the lake freezes completely, despite being saline water. It is not a part of Indus river basin area and geographically a separate land locked river basin. The lake is in the process of being identified under the Ramsar Convention as a wetland of international importance. This will be the first trans-boundary wetland in South Asia under the convention. (sumber Wiki)

IndiaIndiaDSC07147-5931-5741Tinggi betul lake ni

IndiaIndiaDSC07149-5951-5761Peminat hindustan, korang mesti tengok cerita 3 Idiots ni kan? Dulu aku ingat scene last tu dorang berlakon kat studio. Memang magical!

IndiaIndiaDSC07155-6011-5821Subhanallah, corak hitam pada gunung itu adalah awan 🙂 Tinggi kan

IndiaIndiaDSC07169-6151-5961If you can spot, Masyallah 🙂

IndiaIndiaDSC07183-6291-6101Ini je skill snap photo yang mampu untuk saya ambil

IndiaIndiaDSC07199-6451-6261Kasi Kak Zee chan sikit

IndiaIndiaDSC07230-6761-6571Stunning, memang tak terucap dengan kata-kata

Masuk je van, tak pandang dah restoran Ranchos ke, 3 idiots ke… Yang penting nak balik bilik, makan ubat and rehat kaw kaw. Jadi, sepanjang perjalanan tu, aku tutup je mata. Sesekali terasa nak demam, sesekali rasa kepala macam nak pecah. Tapi yang pasti, bila bernafas, rasa berat. Penat bila kita deal dengan perkara baru yang tak pernah kita sendiri alami. Tiada pengalaman, jadi kau akan jadi blur dan jadi macam kurang bijak dalam setiap langkah pun. Kereta dipandu laju menuruni jalan yang berpusing-pusing. Badan jadi penat untuk ambil kesah. Yang aku tahu apabila kereta berhenti di hadapan sebuah bangunan. With simple English, Kesang bagitahu yang kita dah sampai hospital untuk ambil ubat. Ahaaaaaa… Akhirnya, penyelesaian yang dicari.

IMG_6484Government hospital yang paling dekat dengan Pangong Lake

Kak Mah turun sebab dalam ramai-ramai die je yang kuad untuk berjalan. Asalnya, doctor memang takde. Katanya pergi lunch. Tapi usaha pilot kami ialah cari doctor dan mintak dia batalkan niat untuk makan lunch sekarang jugak. Die perlu balik ke hospital untuk bagi ubat pada kami. Hebat ke tak cable along kawasan pilot kami? Haaaa… Itulah abang long Dorje kami. While yang lain sibuk di dalam hospital, Aku dan Zee? Terdampar atas kusyen van. Tapi, rasa macam nak ke toilet. Sempat jugak tanya pada pilot kat mana toilet. Die pun berlari ke dalam hospital untuk tanya mana toilet. Dia datang semula ke van dan bawak aku ke toilet. Samada dia yang laju atau aku yang slow, tapi sumpah penat nak jalan. Matahari memang dah tegak atas kepala. Jarak ke toilet takdelah jauh mana, tapi kalau dah dalam keadaan camni, sumpah rasa macam setahun nak sampai. Kecewanya bila sampai depan toilet, tengok je toilet traditional Ladakh. No water, just pasir untuk kambus. Terbantut hajat. Patah balik sambil terhoyong hayang di tengahari. Buat pertama kalinya dalam hidup aku rasa menyesal ada niat nak gi toilet. Dah kene patah balik.

p/s : Menurut kata Kak Mah, semasa die tengah dapatkan consultation dari doctor, pilot kami sibuk duk tanya mana toilet. Kak Mah rasa cam ‘panas’, orang tengah sakit, die sibuk nak carik toilet. Sampai doctor terpaksa berhenti, untuk tunjukkan mana toilet. Padahal ni kan tempat die, pepandai la melabur kat mana-mana. Namun, bila ternampak tetiba ‘orang kuning’ lalu terhuyung-hayang menuju ke toilet, baru die tahu, yang buat onar tu kawan die sendiri. Hahah! Ampun la Kak Mah. 

Bila sampai di van, Zee maklumkan doctor nak check dulu keadaan kami semua. So, aku dan Zee kena masuk ke dalam hospital untuk check up segala. Sampai je dalam bilik doctor, aku terus baring atas kerusi panjang. Sementara tunggu doctor check Zee, mulut tak putus berdoa, janganlah keadaan aku jadi serious. Takut tau! Buatnya kene tahan, warded segala. Tak sanggup rasanya. Dalam hati, sapa nak lawat kita? Mak jauh, esok raya. Kau rasa? Bila turn aku pulak, aku bagitahu yang aku vomit kaw2. Yang lain pening je, aku pulak terlebih sudah. Bila die check, memang comfirmed kami bertiga kurang oksigen dan dehydrated. Kami terkena simptom yang mild tapi still kena ambil ubat. Tapi, moment paling kawan-kawan aku caruts ialah  apabila aku mintak doctor check blood pressure. Die pulak mengajar doctor. Mampu? Alhamdulillah blood pressure stabil. Haruslah berjaga-jaga uols.

Tapi dalam banyak-banyak moment over, aku rasa ni paling over. Sementara doctor rawat Kak Mah, sempat aku tanya pada Zee, ada bawak camera. Padahal tengah terbaring layu diatas kerusi tuu… Since semua tak bawak camera, kau mampu bila buat special request supaya driver kami ambil gambar time tengah check up? Punyalah menyahut cabaran #netizenperlutahu punya pasal. Tapi bile Zee siap pre-judge, dorang mana ada camera la. Hado? Ini semua dasar pandang ke Barat ni. Cuba pandang tinggi sikit pada geng Asian kite. Hahahha!

Dengan seruan #asianforasian, akhirnya Kak Mah tanya pada Kesang, dia ada bawak camera ke tak and surprisingly handphone Samsung beliau ada camera ye. Die yang nak ambil gambar pun macam nak tergelak. Time sakit semua moncong ye dalam van, tido semua pun kepala tegak macam bendera, tapi bergambar, paling senyum. Perangai! Habis snap-snap, kami diberikan ubat AMS, ubat pening dan ubat tahan muntah. Semuanya kene ambil selepas makan. Masalah seterusnya, nak makan pun takde selera. Hilang segala rasa untuk menjamah nikmat dunia.

IMG-20160915-Edited  Bila dalam keadaan macamni, spek mata hitam tetap tak lupa #jangankecamsis #inicandid #taktipu

IMG-20160915-Edited1          Sebagai langkah berjaga-jaga, paling takut kalau die effect blood pressure. Tu yang mengajar doctor kejap

IMG-20160916-EditedBergambar kenangan bersama doktor yang merawat kami. Cantik orangnya dan petah ber-speaking. Masing-masing in character, tak mampu nak senyum dah.

Nak tak nak, kiteorang plan nak makan ubat AMS bila dah sampai hotel nanti. Since ada lagi 2 jam lebeh untuk sampai di Leh, aku boleh makan ubat tahan muntah itu. Jadi kene beli dulu mineral water and juices. Bak kata Doctor Julie, better amik juices dan air kosong. Minum segala yang disuruh, aku terus makan ubat muntah. Elok je van bergerak, aku rasa mual tu makin teruk. Aku pejam mata untuk tahan. Elok pulak van berhenti sebab tengah tunggu turn untuk melintasi jambatan. Di sebelah kiri aku, sekumpulan geng mat motor tengah lepak ambil mood layan view.

Van berhenti betul-betul sebelah dorang. Aku? Memang dah takleh nak bukak mata sejurus berteguk-teguk aku minum Orange Juice tu. Rasa bagaikan ada gelora bung sukarno dah serang tekak dan kepala ni. Aku sempat cakap, “Nak muntah”. Then Brother Dorjey bawak van ke depan sikit sebab die pun dah panik tengok keadaan aku. Aku hanya sempat bukak tingkap je. Dan acara vuuuuuuuuuuuu, tersembur habis segala. Non stop for 1 min.

Orang sekeliling hanya mampu melihat sahaja. Sumpah longlai habis. Kekdahnya sekumpulan bhaiyya naik motor tu tercengang. Mungkin dorang kata, tadi cam tenang je view kat sini. Kenapa tetiba ada drama mual-mual pulak? Takpela bhaiyya, kire baik Dorjey berhenti depan sikit. Kalau tengah-tengah kau layan view, sembang baik punya. Tetiba entah dari mana datang, kau kena semburan naga perisa oren Cik Pora. Memang kau takkan ingat memori view lain dah lepastu… Pengsann!

Habis muntah, aku terus sandarkan kepala balik dalam van. Baru nak pejam mata, fefeling lemah lunyai, tetiba Kesang pusing belakang dan cakap, please don’t sleep. Kau rasa? Walaupun, dia cakap cam kau boleh jawab kisah pulak? Wah melawan uols! Tapi, bila kenangkan balik advice yang duk diberikan sewaktu kami di airport tentang AMS, sedikit sebanyak berikan aku idea, yang AMS boleh serang korang time tido. Sebab bile oksigen tak cukup, die tak boleh nak pump darah ke otak. Akibatnya, kite boleh innalillah even waktu tido.

Tips :

If  datang direct from Delhi ke Leh (flight), at least 3 days kena rest. Full rest. Kalau ada banyak masa, please datang dari arah Manali-Leh.
Ambil ubat AMS. Boleh anda dapatkan di farmasi di sekitar Leh city.
Ambil lepas makan.
Kalau ade simptom, please descend. Jangan teruskan or paksa diri.
Different body, different effect. Jangan ingat yang fit bergetah tu selamat dari terkena.
Ginger water and garlic soup are the best remedies after makan ubat in case terkena.
Bahaya-nya AMS nie boleh bawak maut tau. So treat this cautiously. Sebab korang tak pasti, betul ke korang terkena AMS ni, sebab dia pening-pening je. Itulah yang aku alami.

Perjalanan 2 jam yang kami tempuh itu bagaikan satu perjalanan ‘pura-pura tak tido’. Tak mampu nak tipu diri sendiri. Yang pasti, kami bertiga bergilir-gilir bangun dan check pernafasan masing-masing. Terkadang, Kak Mah letak tangan die kat dahi aku. Kalau aku tersedar pulak, aku angkat kepala untuk perhatikan dorang berdua pulak. Haih, hidup perlu diteruskan walau apa pun berlaku. Kami tersedar apabila van berhenti betul-betul di hadapan Ashoka Guesthouse. Nak jalan ke bilik, rasa nak mintak orang dukungkan. Okay tu over. Tapi serious, kami bertiga jalan pun tak lurus. Macam bertatih. Bila sampai dalam bilik, basuh muka, panaskan Brahims dan jamah mana yang mampu. Telan ubat, terus tido! Bangun je hari dah malam. Oh 11 September 2016, you’ve been so different.

IMG_6486                                         Ubat muntah kaler hitam, ubat AMS kaler silver purple tu

Walaupun orang kata, time birthday bila kena camni mesti tak best kan. Orang lain kalau celebrate birthday mesti sekarang tengah tiup lilin, makan best-best, keluar shopping and macam-macam lagi. To me, why follow norm? Benda-benda tu tak perlu tunggu birthday pun korang boleh buat. And takkan sampai birthday ke 35 tahun nak pasang wish, tiup lilin, suap-suap kek? Mungkin lain orang lain caranya. But for me, not that everyday I can experience this AMS. Dan lagi senanglah nak ingat date kena AMS nanti. It was 11 September 2016. Kan lagi comel daripada ingat tiup lilin segala. Yang terkadang kau lupa pun sampailah Facebook memories pop up. Sometimes, we don’t have to follow the others la 🙂 Create your own story, better!

P/s : Lepas makan ubat dan tido sepanjang petang itu, Alhamdulillah kami getting better dan better. Bersyukur sangat apabila dipermudahkan urusan kami pada hari tersebut. Bayangkan doctor nak pergi lunch dah, tapi patah balik untuk check oksigen kami. Terima kasih Maha Pencipta kerana memberikan kami kesihatan yang baik. Masa dalam keadaan macamtu, hanya Allah dan ibu bapa sahaja yang aku ingat. Betapa aku sedar sehebat mana pun kita, Allah lebih mengetahui.

Sebenarnya, aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan takziah kepada keluarga sahabat & jiran aku yang telah pergi meninggalkan kami sejak tahun 2013 akibat AMS. Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari merupakan sahabat time aku di Tingkatan 2. Kawan aku pergi dan balik dari sekolah. Masih terbayang gelak tawa dan memori manis kiteorang balik sekolah dulu-dulu. Beliau meninggal sewaktu dalam ekspedisi mendaki Gunung Everest. Sejak kehilangan beliau, aku selalu baca tentang Acute Mountain Sickness ni. Apa-apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Berita tentang beliau 

3 thoughts to “Journey to Leh, India : Part 3 (Leh – Pangong Lake)”

  1. Great sharing experience, Pora! Thank God you guys managed to handle with the AMS.
    Takziah juga untuk keluarga arwah…

    p/s: serius i baca sambil tergelak yg part you muntah depan geng bhaiya motor tu!! hahahaha..sorry

  2. i feel u sis…dua hari kena simptom ni kat leh..jantung rasa macam nak pecah..g hospital..doktor kata perkara biasa dan tak bagi ubat..yang ajaibnya lepas jumpa doktor..sihat walafiat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *