Cik Pora Menang Tempat Ke-3 Untuk NESCAFE Tarik Mana Mana Challenge!

Sebut sahaja NESCAFE pasti ramai yang terbayang akan kenikmatan kalau dapat minum panas-panas atau pun sejuk berais. Memang marvellous kan? Dan bila rakan blogger saya, REEF jemput saya untuk join beliau bagi memeriahkan lagi Nescafe Tarik Mana Mana Challenge, saya pastinya tidak menolak kerana jenama minuman kegemaran ramai ini memang sentiasa ada di dalam rumah hehe 🙂

Dan pada pagi Sabtu yang begitu tenang dan mendamaikan, Cik Pora tiba di hadapan Central Market bersama dengan beberapa rakan blogger yang turut sama berkongsi pengalaman menikmati flavor terbaru NESCAFE iaitu, Tarik. Disambut mesra oleh team Nescafe, memang terasa teruja dan tasaba nak work together with them bagi menjayakan event pada hari tersebut. Kami diberikan T-Shirt dan topi. Cik Pora dapat topi warna hitam dan itu merupakan color coding untuk group bagi melaksanakan tugasan Amazing Race kami.

DSC01020Jom register

Ini adalah kali kedua Cik Pora menyertai challenge ala-ala Amazing Race bersama dengan para blogger. Untuk kali ini, Cik Pora digabungkan dengan blogger terkenal seantero Malaysia iaitu Khai Azfar dan Ayue Idris. Group paling kecil jika dibandingkan dengan yang lain. Pelancaran event NESCAFE Tarik Mana Mana Challenge ini dirasmikan oleh Vanessa Lim yang merupakan Senior Brand Manager of NESCAFE.

DSC01033Central Market, sesuai sangat dengan konsep minuman Tarik ini.

DSC01035Vanessa Lim, Senior Brand Manager NESCAFE

Apa yang paling menarik di sini ialah, flavor Tarik ini hanya ada di Malaysia sahaja tau. Memang exclusive untuk mereka yang berada di tanah tumpah darahku ini. Sesuai dengan objektif untuk menjadikan kopi sebagai minuman yang boleh dinikmati di mana sahaja, rasa NESCAFE Tarik ini memang pekat dan sangat sedap. Tak terlalu manis dan terasa betul-betul kaw. Terasa seperti bukan dihidangkan di dalam tin, tapi fresh habis! Cik Pora sarankan kalau nak rasa yang lagi kaw, korang sejukkan dahulu. Memang terbaik.

Sejurus semuanya merasai kenikmatan NESCAFE Tarik, tibalah masa untuk menerokai bandar Kuala Lumpur melalui  NESCAFE Tarik Mana Mana Challenge. Sebelum bermula, kami diberikan taklimat dan seorang marshall has been assigned to our group. Bila emcee announced you can start now, kami terus buka sampul task yang diberikan. Jadi apakah task yang mereka berikan kepada Team Black :

1. Cari Kad NESCAFE Tarik Mana Mana dan posing
2. Go to Clock Tower dan cari props untuk bergambar
3. Mannequin Challenge
4. Lion Dance
5. #selfie with strangers

IMG_7663Posing jangan tak posing

IMG_7679First time menari tarian singa, tapi yang penting NESCAFE TARIK tetap tidak kami tinggalkan

We were running like crazy around Golden Triangle (Kuala Lumpur). The entire tasks memang kiteorang all out untuk sampai ke finish line iaitu di Restaurant Merchant’s Lane, Petaling Street. Bila sampai sahaja di restoran, kami disambut oleh team Nescafe dan juga team yang paling awal tiba iaitu Team Yellow. Kiranya, kami adalah team kedua yang sampai di restoran 🙂

DSC01039Here we are – Merchant’s Lane Restaurant

????????????????????????????????????Antara yang terawal sampai – Black Swan (gituuu). Sambil menunggu yang lain, kita posing dulu

Apabila semuanya sudah sampai di finishing line, kami semua dijemput untuk menjamu selera dan tibalah masa untuk pengumuman para pemenang. Yahoooooooo! Team Black diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang baucer RM100, manakala Team Blue jatuh ke tempat ketiga dan Team Yellow merangkul pulang baucer Parkson bernilai RM500 setiap seorang. Looks like YEAR END shopping kami lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini.

WhatsApp Image 2016-12-08 at 1.06.51 PMDan pemenangnyaaaaa…. Tempat ketiga jatuh kepada Team Black

DSC01048Tempat Kedua jatuh kepada Team Biru *kisah suka-duka dikongsi nampaknya ahaks*

????????????????????????????????????Pemenang tempat pertama – Team Kuning *Tahniah*

DSC01070 Geng Merah pun posing jugak

????????????????????????????????????Akhir sekali, our group photo 🙂

Bagi mereka yang ingin dapatkan NESCAFE Tarik, anda boleh dapatkan di kedai-kedai yang berdekatan dengan anda. Memang kena try flavor NESCAFE Tarik nie, memang tertarik! Untuk sebarang info lanjut, anda boleh layari www.nescafe.com.my 

————————————————————————————————————————————–
Thank you NESCAFE for inviting me to this ah-mazing event, NESCAFE Tarik Mana Mana Challenge. As always, all opinions are mine 🙂

2 thoughts to “Cik Pora Menang Tempat Ke-3 Untuk NESCAFE Tarik Mana Mana Challenge!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *