#DISCOVERSELANGOR Photo Hunt 2016

The most exciting activity in town is back for the 7th edition. Thanks to PCP Publications in collaboration with Tourism Selangor di atas penganjuran aktiviti riadah yang sangat bermanfaat. Mengapa Cik Pora katakan begitu?

1. Sebab kita boleh sertai progam seakan Amazing Race dengan jawapan yang dihantar melalui gambar kreatif anda
2. Terbuka untuk semua jenis lapisan umur. Family or friends? Semua boleh join.
3. Kita dapat explore tempat yang selama ni kita lalu hari-hari tapi bila kita explore sungguh-sungguh, tak sangka ada hidden gems gitu
4. Sebab korang boleh jumpa ramai photographer yang kreatif
5. Dapat uji daya kretiviti anda untuk ambil gambar dengan tugasan yang menarik
6. Everthing was so much FUN!

Dan Cik Pora sangat bila dapat join aktiviti macamni. Keriangan berganda dinikmati apabila Reef (blogger letops), Ah Chong (kacukan Cina Tibet) dan Own (Expat dari Singapura) yang sudi bersama-sama menyahut cabaran sebagai satu kumpulan – Team 69. Mampu?

Dengan tema ‘Discover Selangor’, kami semua berkumpul di Menara Majlis Perbandaran Selayang dan memulakan explorace kami sejurus perasmian oleh YB Puan Fan Pei Nei, Vice Chairman Standing Committee of Tourism, Green Technology, Cosumer Affairs & Environment of Selangor.

Yang palin semangat mengetuai semuanya

Sebanyak 80 buah kereta yang turut sertai Photo Hunt bersama-sama memulakan perjalanan dari Selayang selepas mendapat tugasan pertama iaitu ke Pasar Borong Selayang untuk capture moment warna warni sayur-sayuran/buah-buahan dan juga wajah-wajah mereka yang bekerja keras di sana. Jika ikutkan Cik Pora, ini bukanlah kali pertama Cik Pora ke pasar borong Selayang, cuma tak sangka bila dapat tugasan ni, barulah kita sedar akan kepentingan mereka-mereka yang bekerja di sini. Pelbagai expression wajah yang kami capture di sini. Priceless.

 Kerja keras

 Sayur-sayuran

 Pakcik ini sangat sporting, semoga sukses pakcik

Selesai tugasan di Pasar Borong, kami bergerak pula ke Hutan Lipur Sungai Tua. Memang dah lama betul Cik Pora tak datang menjengah kawasan, gituuu! Apa yang dapat Cik Pora perhatikan, hutan lipur ini masih lagi seperti dulu. Cantik dan indah. Beberapa fasiliti sudah ditambah baik demi keselesaan orang ramai. Korang yang nak ke sini… Boleh waze sahaja Hutan Lipur Sungai Tua,

World of Phalaenopsis… Bunyi macam kat negara Athens je ni. Ahaks! Tapi jangan tak tahu yang tempat ini terletak hanya di Batang Kali sahaja. Di sini merupakan tempat penternakan orkid terbesar yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna yang cantik-cantik. Kalau mak-mak datang ni, mau kena bawak lori sebab nak borong macam-macam orkid. Tapi adik-adik cam kiteorang, hanya mampu teruja dan kagum dengan World of Phalaenopsis. Walaupun sorang daripada kiteorag tak tahu nak sebut nama tempat ni hehehe!

 

I love this place

Yellow color

Santek tak?

Always my favorite

Lampu senget, meh sini Cik Pora betulkan sikit

Sambil melayan ice cream

Habis beramas mesra dengan bunga-bungaan tibalah pula masa untuk kami cari next destination iaitu Kolam Air Panas Ulu Tamu, Batang Kali. Di sini, percikan air yang mempesonakan harus kami persembahkan dalam mendapatkan shot terbaik. Mujurlah dalam kereta sentiasa ada kain batik yang tak tahu bila nak hantar pada tailor. Jadi, apa lagi, jadikan lah itu sebagai props kami bergambar.

Berkain batik ke Kolam Air Panas Ulu Tamu

Kami teruskan next checkpoint kami dengan mencari menu tengahari yang menyelerakan. Kami singgah makan nasi ayam dan air kelapa terbaik bawah pokok. Time itulah dapat kami menghela nafas kepenatan. Sikit je lagi nak habis task ni. Masa pun tinggal beberapa jam sahaja sebelum deadline yang ditetapkan. Jadi, tanpa buang masa, lepas sahaja jamu selera, kami menuju ke Pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) pula.

Di sini, kami ditugaskan untuk mengambil gambar keindahan pekan heritage ini. Personally, pekan KKB ni memang pekan yang mengingatkan aku tentang Melbourne city. Masih mengekalkan building-building lama namun very artistic dipenuhi graffiti moden. Keadaan pekan juga amat tenang tak macam di tempat lain yang penuh sesak. Orang kata, kalau pagi-pagi, pekan KKB sejuk tau. Okay, itu kena try!

Pekan Kuala Kubu Bharu

And the graffiti

Anak-anak lorong KKB

Heritage habis KKB ini

 Biarlah dia berbahagia

Di tepi longkang pun kita harus jugak

Warna-warni sungguh

Selesai sahaja di KKB, tibalah masa untuk kami cuba aktiviti tubing di Sungai Alor Lempah, KKB pula. Selalunya aktviti tubing ini sangat popular di Vang Vieng. Tapi kini di KKB pun ada okay. Korang perlu try aktiviti ini bersama dengan keluarga. Duduk dalam pelampung beramai-ramai. Air tenang sajok. So jangan risau, kalau tak tahu berenang. Yang penting dalam group kami, Reef yang volunteer untuk tubing di sungai ini. Kagum. Yang lain, semua segan nak berbasah-basahan. Hahah!

Reef sudah ready untuk ber-tubing

Boommmm…

Terbang dan selamat dengan bendera Selangor

Masa yang tinggal hanyalah 30 minit sahaja. Apa lagi… Bergegaslah kami ke checkpoint terakhir iaitu Taman Millenium, KKB untuk menyaksikan payung terjun yang landing di taman tersebut. Fuyoooo menggamit kenangan di New Zealand lah. Ada juga Cik Pora tanya tentang harga kalau nak naik payung terjun ni, katanya dalam RM250++ camtu. Habis mengambil gambar payung terjun, maka selesai sudah tugasan kami dan tibalah masa untuk pilih gambar yang kreatif sesuai dengan tema yang penganjur berikan.

Up up and away

Safely landed

Setiap gambar yang dihantar haruslah diambil pada hari tersebut dan perlu rename according to questions yang diberikan. Semua gambar perlu dihantar dalam format JPEG sahaja. Tak boleh edit dengan mana-mana software ye. Yang raw sahaja boleh. Selain dari main activity berdasarkan soalan-soalan yang diberi, setiap photo hunter juga boleh turut serta dalam kategori Family dan Best Instagrammer.

Team 69 tengah pilih gambar

Team 69 ini bukan sahaja ada yang pandai ambil gambar, tapi lengkap dengan bakat menyanyi. Serba boleh hahah…Good job Reef!

Tetap jam 6.30pm, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Pengumuman pemenang-pemenang bertuah. Dimulakan dengan kategori Media, kami berempat telah memenangi wang tunai sebanyak RM500. Syukur. Bukan itu sahaja, Cik Pora juga turut memenangi kategori Best Instagram Contest dan membawa pulang RM100. Alhamdulillah. Syukur rezeki di hujung minggu katanya.

Alhamdulillah buat Team 69

Bergambar bersama tetamu VIP untuk Photo Hunt 2016

Terima kasih tak terhingga buat PCP Publications, Tourism Selangor, penaja dan juga TEAM 69 yang cool habis. Macam-macam pengalaman yang Cik Pora peroleh dari aktiviti begini. Terus timbul rasa teruja bila dapat explore bumi Selangor yang sebenarnya banyak tempat-tempat terbaik. Untuk anda… Korang boleh pergi ke semua tempat yang Cik Pora listkan tadi. Semua best!

About Tourism Selangor

Tourism Selangor is a state government tourism arm with the mandate to increase the number of local and international tourists to Selnagor by increasing the profile of the state. Various initiatives are undertaken to achieve this – local and international campaigns, events, tourism trade mission overseas, local roadshows and many more.

3 thoughts to “#DISCOVERSELANGOR Photo Hunt 2016”

  1. I saw the posts about TS Photo Hunt. Awesome gila. and your photos pun just amazing la Kak Pora! Hehehe.

    Anyway, congratulations sebab menang! This year menang lagi yeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *