Trip ke Bario, Sarawak – Part 1

Kemenangan yang membawa Cik Pora ke Bario, Sarawak… Gituuuu!

 

Sebagai pembuka tahun 2017, Cik Pora reserved siap-siap tiket flight yang aku dan teman blogger, ThatSoFarah menang di  Rainforest Music Festival 2016 hanya untuk Bario, Sarawak. Kami boleh redeem any Malaysia Airlines domestic flight ticket within 6 months dari tarikh kemenangan. Apa lagi…. Ke Bario kite jom!

Tips – Tiada direct flight ke Bario dari Kuala Lumpur. Standard route : KL-Miri-Bario or KL-Miri-Marudi-Bario

Bario. Satu tempat yang mungkin asing buat sesetengah dari kita. Tapi mungkin satu destinasi impian buat segelintir dari kita. Ahaaaa… Sejujurnya tiada persiapan awal yang kami lakukan untuk trip kali ini. Nak dijadikan cerita seminggu sebelum travel, barulah tercari-cari tempat untuk menginap di Bario. Kalau research bab attractions and activities, memang agak mencabar juga sebab tak banyak info yang boleh dapat. Takpe, itu kemudian boleh. Tapi, part yang paling best sehari sebelum travel, bila nak check in, error. Nasib baik, sempat call Malaysia Airlines.

Mereka maklumkan yang flight pagi from KL-Miri cancelled dan postponed ke 10.25am. Dah kalau postponed, memang kami akan missed our connecting flight to Bario at 12.30pm. MAS Social Media team tried to assist us to book our Miri-Bario ticket for the next day. Unfortunately, semua fully booked. Alahai, nampaknya peluang ke Bario jadi tipis ni. So, PLAN B, stay Miri selama 5 hari. Mak oi, apa nak bikin?

Since sampai ke petang pun kami tak dapat good news dari MAS, kami dinasihatkan untuk fly dulu ke Miri dan di sana nanti, terus ke pejabat MASwings dan try arrange tiket di sana sahaja. Set! Kami berdua pun apa lagi, unpack balik baju-baju sejuk yang nak digayakan di Bario (feeling habis kan?) dan gantikan baju biasa. Tak perlu baju tebal pun, cuaca di Miri Insyallah boleh tolerate lagi.

Meh kita naik kapal terbang

Tiba di Airport Miri, kami terus ke MASwings counter dan explain our situation to the ground staff. But as been told, flight to Bario tomorrow memang fully booked. Farah and I were so upset but what to do. Looks like we have to stay and explore Miri for 5 days or maybe we could go to Brunei for few days. Apa-apa pun, kita tenangkan diri dan duduk dulu. Cari apa yang menarik di Miri sebelum bergerak. *baru nak google ye*

Time tengah duduk tu, tetiba sahaja staff MAS yang assist kami di kaunter datang untuk suruh kami timbang segala berat yang ada supaya dia boleh slot in kami untuk flight pagi esok. Bukan timbang bag sahaja, badan sekali tau. Selepas habis urusan bersama mesin penimbang, beliau ambil pula details kami berdua dan suruh kami duduk semula sehingga beliau datang untuk settlekan few things.

Yang menurut perintah pun duduklah. Beliau datang semula dengan voucher ticket taxi (pergi balik) dan juga hotel berserta 3x makan di Miri. Uols rasa? 1st time dapat layanan macamni. Dah lah tiket flight dapat FREE, dapat pulak voucher gini, memang bersyukur sangat. Rezeki trip anak-anak dara kot ahahah! Tapi, kalau ikutkan inilah procedure sebenar bila flight cancelled or postponed. Walau macamane sekalipun, memang kami kena stay Miri.

Excited habis lah kami, walaupun stay Miri pun, tetap nak explore juga. Sebelum beredar dari airport, staff MAS tadi minta kami datang ke airport esok pada jam 8am. Dengan harapan ada space untuk kami fly to Bario. Okay kak, terima kasih sangat. Ada tiket atau tak, kami tetap datang airport. Tapi kalau dapat tiket ke Bario, baju yang kami bawak memang tak sesuai untuk cuaca sejuk di Bario. Acane ni?

Thank you MAS, I love you!

Taxi yang membawa kami ke Mega Hotel

Yeahhhhh! Room for 2

Apa-apa pun, kami harus ambil taxi dan terus menuju ke Mega Hotel. Not bad ye hotel MAS bagi nie. Check in under Malaysia Airlines and cepat-cepat lunch di restoran di dalam hotel. Masuk bilik, solat dan rehat sekejap, kami terus keluar shopping baju sejuk. Biarlah orang kampung nak cakap kiteorang feeling macam nak holiday London pulak.. Yang penting, host homestay kami di Bario, Lucy dah siap-siap warning yang weather malam tadi cecah 9’c ye. So, kalau tetap dengan OOTD di Miri, memang sampai Bario kejung lah kami!

Dengan budget yang sungguh marhaen, bershoppinglah kami sikit-sikit setakat mana yang mampu. Sempat juga kami pergi ke beberapa shopping Malls di Miri seperti Bintang Mall, The Imperial Mall and the old one. Habis je berjoli sakan, kami balik semula ke perkarangan hotel untuk tanya taxi rate jika nak ke Canada Hill dan Museum Pteroleum. Tiada Uber mahupun GrabCar, so tiada pilihan lain pun. Kalau stay lama, bolehlah sewa kereta. Kalau setakat beberapa jam, naik sajok taxi. Harga yang dikenakan ialah RM36/2 pax, pergi balik.

Keadaan jalan sangat okay. Ianya seakan mendaki, yelah nama pun hills kan. Jika dari Hotel Mega, takdelah jauh mana. Dalam 5 minit camtu, kami pun tiba di Canada Hills yang sememangnya nyaman woooo. Tenang dan bersih. View di atas bukit juga sangat cantik. Kalau anda nak tengok Petroleum Museum, saya sarankan anda semua datang awal sikit. Petang-petang selalunya tutup. Jadi, korang sempat lah jalan-jalan dalam museum. Kalau anda bukan jenis suka tengok museum, korang bolehlah pergi belakang museum tu untuk layan look out point bandar Miri. Boleh nampak bandar Miri tau. Datang petang-petang boleh jogging and layan sunset sekali.

 Dah sampai ke destinasi yang dinanti

 Galian petroleum pertama di Malaysia bermula di Miri

Something with the architecture

What a beautiful day kan?

Kalau museum tutup, korang boleh baca info graphic kat sini

Cara gali minyak

Okay kite jalan lagi ke kawasan belakang pulak. Eh anak sapa kat sebelah tu?

Wahhhhhhh! Tak sangka belakang museum, camni view yang disajikan

Okaylah, untuk yang single sengsara, kita ambil kerusi pink

Layan view bandar Miri yang terbentang indah

Rekabentuk museum dari belakang pula

Besar jugak kan

 Seriously, I admire the architecture of Miri Petroleum Museum. Beautiful

Bila tengok balik, macam bukan kat Malaysia kan?

Moh kita pulang naik taxi merah kuning

Selesai urusan di Canada Hill, kami naik semula taxi tadi dan menuju pulang ke bandar. Sempat singgah di Bintang Mall sebab baru teringat nak beli mosquito repellent. Lucy dah pesan kalau ke Bario kena standby benda alah tu. Dari Bintang Mall kami catwalk ke hotel, dinner dan tido. Esok harus bangun awal untuk ke airport.

To be continued…

One thought to “Trip ke Bario, Sarawak – Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *