Trip to Bario, Sarawak FINALE

Alarm iPhone mengejutkan aku dari tidur lena bermimpikan tarian Liling yang aku perform di rumah panjang. Gituuu. Tengok phone, ala baru pukul 3.30pagiii. Awal lagiiii… Kerana mengantuk yang tak pernah sudah, aku snooze kan balik phone tu. Terjaga semula bila roomie saya, Farah bangun untuk bersiap-siap. Aku pun cergas bangun, basuh muka, masukkan camera, pakai sweater dan cari Lian untuk pinjam kasut & headlamp. Mujurlah kaki jenis bukan persis Cinderella, kalau tidak jenuh jugak nak cari kasut hiking jam 4 pagi di Bario.

Untuk pendakian seawal sebelum Subuh ini, aku, Farah, Anthony dan Lian akan menaiki kereta dan menuju ke kaki bukit Prayer tersebut yang mengambil masa selama 10 minit sahaja. Parking kereta di tepi rumah orang kampung, test head lamp dan yuk kitaaaaaa. Let’s conquer the mountain.

Sejujurnya, aku takut ye nak hiking dalam gelap gini. Masih teringat moment di Gunung Irau suatu ketika dahulu. Apa-apa pun,  macam biasalah, kita mulakan dengan bismillah, dan kami berempat meneruskan pendakian yang gelap gulita dengan cuaca yang boleh tahan sejuk. Lian lead the journey, aku macam biasa, mesti no.2, Farah dan Anthony berada di belakang aku.

Di kiri dan kanan adalah hutan, trail yang ada terkadang dilengkapi dengan tali, terkadang perlu capai aja apa yang ada. Lian harus periksa trail dulu, jadi beliau memang sumpah laju gile. Cik Pora? Bila hiking bersama orang yang takut pada kegelapan, haruslah aku pun jadi sepantas Lian. Yang belakang tertinggal jauh, aku pulak duk cakap, Lian jangan laju sangat, have to wait for them jugak.

Lian slow down dan aku pun dapat menghela nafas sikit sambil tunggu yang lain. Bila mereka makin rapat dengan kami, barulah kami maju ke depan. Ada satu part tu, kami memang laju habis sampai jauh tertinggal lagi 2 orang. Aku memang follow je Lian sampai kan die terus mintak rest 5 minit sebab pancit. Die siap cakap, why you follow me so close? You can take time.  Alaaaaaaaaa, dalam hutan ni susah la nak buat confession. Naik jelaaaa dulu ye.

Sampailah kami ke chapel yang menjadi tempat singgah ramai penduduk di sini jika mereka hiking ke Prayer Mountain. Kami berehat sebentar sambil makan pisang. Kita kasi recharge dulu dan tak lama kemudian kami teruskan lagi saki-baki pendakian. 20 minit kemudian aku dan Lian tiba di puncak bukit. Lian kasi chance aku jadi yang pertama takluki Prayer Mountain untuk hari tersebut. Hoorayyy!

Berdiri menikmati keindahan bumi Bario ketika langit masih lagi gelap. Aku duduk sambil perhatikan tiang ‘cross’ yang tinggi terpacak di atas bukit ini. No wonder tempat ni digelar Prayer Mountain. Sambil lepaskan rasa penat tu, kita ambil jugak gambar-gambar permandangan yang indah. Part paling best bila Lian bawak telur rebus dalam bag beliau untuk santapan di atas bukit. Memang heaven. Katanya, ini first time dia bawak telur rebus naik sampai atas. Siap pakej dengan garam Bario hokeyyy!

 Cross

 #selfie sikit

Hiking-mate saya

Bumi Bario

Indah kan?

Sekali lagi kita lanjewww

Awan penuh mengelilingi bukit di depan sana

Since 2015

Fuh! Terbaikk dari puncak bukit

Mentari mula menunjukkan keindahan di sebalik awan yang mengelilingi gunung-ganang di hadapan kami. Menurut Lian, nun di sana adalah Indonesia dan Brunei. Kalau korang study map Bario, ianya memang berdekatan dengan 2 negara tersebut pun. That’s why semasa Konfrontasi Indonesia, kesannya banyak dirasai di sekitar Bario.

Hari yang semakin terang membuktikan pemandangan di sini memang cantik. Berbaloi jugaklah redah hutan dalam gelap-gelap gitu. Tak rugi jika dapat lihat view camni. Habis bergambar, kami perlahan-perlahan turun ke bawah. Sampai sahaja di kereta, kami terus dibawa ke kawasan pasar. Wahhhhhh! Meriah lah kat sini sebab semua orang kampung keluar breakfast kat area pasar dan semua excited untuk pelancaran majlis pada malam ni.

 Di atas awan

Sudah terang, macam gula-gula kapas kan?

 My gear

Patutnya ada bukit kat belakang tu, tapi awan dah tutup time sis posing

Awan mula berarak meriah

Warm up dulu untuk next pose

Hasil selepas beberapa kali melompat lebih tinggi di atas Prayer Mountain

Di batu sana

The chapel

Selamat pagi people! Rupanya inilah tempat kami lalu time pagi tadi

Tempat buat jem nenas yalls

Di pasar kami bertemu dengan Lucy, Uncle David dan teman-teman di homestay. Riuh lah masing-masing, terasa betul-betul macam keluarga sendiri. Kami turut dipelawa untuk mencuba Bee Porridge. Sedapppppp! Untuk kita yang Muslim, hanya ada 1 kedai sahaja yang korang boleh makan. Ianya terletak di sebelah e-Bario. Elok pulak orang kampung Batu Gajahhhh! Ateee kome punn… Apa lagiiii. Speaking macam Yuna la kome.

Aneka kuih untuk anda

Hasil bumi penduduk di sini turut dijual di pasar Bario

Bee porridge

Uncle David (right side) minum-minum pagi

Stylish. Best to describe Kelabit tribe

Kami lepak makan breakfast dan tak lama selepas itu, kami pun pulang ke homestay untuk berehat. Lama jugak kekdahnya kami lepak dalam bilik dan had our lunch kat dapur sambil borak-borak dengan Seth, tour guide dari Sarawak yang duduk di homestay sama dengan kami. Banyak yang aku dan Seth borak selepas kiteorang makan tengahari. Beliau nie photographer untuk Rainforest Music Festival and bila aku tanya je pasal camera, die dengan baik hatinya, ajar aku.

Makan tengahari sudah terhidang

Kita mencuba Nuba Laya, similar to nasi impit yang merupakan makanan orang suku kelabit

Rupanya, banyak yang perlu aku explore dengan camera yang sedia ada. Thanks Seth! Sumpah baik. Aku masuk ke dalam bilik dan tidorlah sampai ke petang. Relax lepak-lepak, tengok Uncle David taip gunakan typewriter dan tido balik. Nikmatnya duduk camni. Bila time makan, ada orang ketuk bilik, bila rasa bosan tengok apa yang ada kat luar. Baca sajok buku yang ado. Semuanya berilmu. Then, bila mengantuk, tido balik. Indahnya dunia yang fana ini.

Uncle David bersama typewriter dan buku tulisan beliau tentang burung

Petang tu, kami terjaga bila dengar hilai tawa kawan-kawan homestay yang lain. Keluar bilik, lepak-lepak then mandi. Malam tu, kami diberi option, either nak makan di rumah atau nak pergi majlis pelancaran persatuan warga emas. Aku dan Farah memilih untuk lepak di homestay and yang bestnya Seth boleh ajar weols ambil gambar milkyway. Excited habisss!

Maka waktu dinner, tinggallah kami berlima, Lian dan Jeremy. Okay, satu yang aku puji tentang orang Kelabit ialah, lelaki harus turut membantu kaum wanita untuk masak. No wonderlah bila time kat dapur, aku selalu nampak anak-anak lelaki Lucy mesti ada duduk kat dapur. Menurut Lian, selalunya, lelaki harus pergi berburu dan bila kat rumah mereka perlu masak untuk keluarga.

Isteri pun kena jugak masak. Tapi selalunya, mereka hanya perlu focus masak nasi dan sayur-sayuran. Lelaki lah yang kena masak gulai ayam ke, ikan or daging or apa-apa je. Ya ampun, indahnya kehidupan wanita-wanita Kelabit. Dijaga sedemikian rupa. Okay, bila bercakap tentang makanan Kelabit, kebanyakkannya tidak berunsurkan pedas. Banyak kepada sup, sayuran, ikan dan hasil bumi yang memang fresh habis.

Masak guna kayu api ye

Jadi, bila datang geng-geng kuad makan pedas duduk satu meja makan, memang sampai habis ye cili padi kat rumah ni. Request nak sambal lah, kicap cili potong la… Disebabkan request kami, Jeremy pun come up dengan sambal ikan bilis versi beliau sendiri.  First time beliau buat dan terus hidangkan kepada kami. Bila dia mintak comment, seakan memakai outfit Chef Zubir, aku pun comment sejujurnya. Rasa boleh improve lagi tapi yang paling aku salute adalah kegigihan beliau untuk sediakan sambal yang beliau sendiri tak pernah buat.

Keluar je dari dapur, terus ada sambal tumbuk dengan ikan bilis. Kiranya mereka memang dah didedahkan dengan skill memasak sejak dari kecil. Tiada istilah stereotype yang hanya perempuan perlu memasak, lelaki duduk tunggu makanan dihidangkan umpama raja. Termenung aku memikirkan walaupun mereka jauh dari segi geografi, namun, cara pemikiran mereka jauh lebih tamadun dan bertimbang rasa. Itulah jejaka Kelabit, take note ladies 🙂

Selepas dinner, kami bergegas masuk bilik, ambil kamera, pinjam tripod daripada Lian (macam biasa) then pacak tripod depan kolam di rumah Lucy. Macam-macam ilmu yang Seth turunkan pada kami malam tersebut. Ilmiah jugak trip kali ni. Macam-macam yang Cik Pora dapat belajar. Tak lama lepas tu, malam pun makin lewat dan kami harus masuk bilik untuk tido. Esok pagi harus merayu kat kaunter MASwings untuk naik flight.

Rumah Lucy at night from my camera

Not porn, it’s PORA

Pagi terakhir di Bario, kami bangun, bersiap kemas segala dan breakfast bersama dengan geng-geng yang lain. Sempat kami bertukar-tukar name card untuk keep in touch. Kami juga turut lunaskan bayaran penginapan kepada Lucy. Beli beberapa nenas, beras dan garam daripada Lucy, siap packing semua dalam kotak. Kami pun ucapkan selamat tinggal kepada semua. Alahai berat di hati uols.

  My new family in Bario. Love them 🙂

  This is Lucy, my new mother from Bario

Pagi tu Lian hantar kami ke airport, mujurlah dapat naik flight ye. Walaupun penuh tetap ada space. Alhamdulillah. Lama kami di airport menunggu pesawat. Lian kembali semula sebab Lucy kirim passion fruit untuk kami. Moment tu rasa macam moment kau balik kampung, mak sendiri suruh bawak macam-macam. Bestnyaaaaa feeling gitu. Kami menaiki flight ATR bersama dengan beberapa VIP. Neves juga naik flight dengan VIP rupanya. Ahaks!

Sila timbang semua barang-barang anda

Kaunter tiket di Bario

Bila flight sudah landing untuk ambil penumpang

Alahai Lucy, you’re so manis to us 🙂

Ha inilah flight yang akan membawa VIP dari Bario termasuklah Cik Pora dan Cik Farah

Masih membaca panduan keselamatan 🙂

I will miss you Sarawak

So beau sungai itu

Terbang rendah tandanya kami nak sampai sudah

55 minit kemudian kami tiba di Miri. Sempat makan di kedai Mee Kolok sedap giler dan bertemu dengan penjual belacan homemade. Nampaknya trip kali nie, memang umpama trip mak-mak ye. Beli garam, nenas, beras and now beli belacan pulak. Mungkin bila umur dah meningkat ni, fridge magnet mahupun keychain tidak lagi memberikan sejuta keriangan kepada Cik Pora kot.

Alhamdulillah, tiba di Miri. Kekdahnya tempat duduk Cik Pora direct habis dengan pintu keluar/masuk

 Ya ampun, kedai depan airport Miri ni sumpah sedap

Tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 petang dan aku mengucapkan selamat tinggal kepada Farah, the blogger. Tak tahu bila lagi dapat travel bersama dengan beliau. Yang penting, trip Bario ni memberikan seribu makna tentang erti kehidupan. Tak bermakna kita berada di bandar, kaya dengan harta benda, kita bagus dan bertatasusila. Mereka yang tinggal di Bario ini membuktikan walaupun mereka tidak mudah untuk keluar dari sini (hanya 14 orang 1 flight, 2x sehari), namun mereka berjaya di mata dunia, lihat sahaja kejayaan anak-anak Bario yang mencipta nama sehingga ke sukan Olimpik. Dan yang paling penting, cara mereka bercakap, penuh dengan lemah lembut dan berilmu.

Anak-anak di bandar dimanjakan dan dibanggakan dengan bijaknya mereka bermain iPad dan handphone. Anak-anak di Bario, dengan hanya menggunakan pen, ramai dari mereka kini sedang menguasai dunia. Pembinaan sekolah setinggi 4 tingkat di merata tempat di bandar, manakala di Bario, suatu ketika dulu, hanya ada 2 sekolah rendah dan kurang dari 10 guru yang berpendidikan tinggi, namun, itulah yang melahirkan figura-figura bijak pandai seperti Dato’ Sri Idris Jala (Malaysian cabinet minister), Pemanca Ngimat Ayu (qualified dresser in hospital), Penghulu Henry Jala (veteran teacher), Inspector Kuda Ditta (the first Sarawakians to compete in Olympics in Tokyo), Gerawat Gala (first Kelabit law graduate) and many more.

In fact, Lucy’s parent received Anugerah Ibu Bapa Contoh di Sarawak kerana semua anak-anak beliau merupakan graduate pada tahun 1990an. Can you imagine, dalam adik beradik Lucy, pendidikan tertinggi ketika itu adalah Masters… Mereka mengalahkan keluarga dari etnik-etnik lain yang turut disenarai pendek untuk anugerah tersebut. Bagi aku mereka memang layak. Sangat layak. Jika difikirkan semula, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak dan jika semuanya berjaya, berbakti pulak kepada bangsa, etnik dan negara, itu sudah cukup membanggakan sesiapa sahaja.

Mungkin selama ini, aku didedahkan dengan budaya, adat, etnik Malaysia di area semenanjung sahaja. Namun, apabila aku cuba mendalami etnik di Bario ini, ianya membuatkan aku lebih menghargai & menghormati budaya dan cara hidup mereka yang lain. Pengalaman yang pasti tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Dan tak pernah seumur hidup aku jatuh cinta dengan budaya dan adat orang lain sampai macamni okay. Lepas balik dari Bario, terus bukak buku tentang sejarah orang Kelabit. Baca tentang cara hidup mereka yang sangat unik. Fall in love with their hospitality and culture. Experience it and you will understand, trust me!

  My favorite airline, Malaysia Airlines. Thank you darling!

Tips to Bario :

  1. How to go to Bario : KL-Miri-Bario / KL-Miri-Marudi-Bario.
  2. Miri- Bario, anda akan naik MASwings. Jika cuaca tidak mengizinkan, potensi untuk flight cancel and postpone adalah sangat tinggi. Even kalau, cuaca berawan pun, flight tak boleh landing and mereka terpaksa patah balik ye. Jadi, please expect the worst. Make sure beli insurance 🙂
  3. Nak naik MASwings, anda diperlukan untuk timbang berat bagasi dan jugak berat badan sendiri. Setiap seorang dapat 10kg bagasi. Lebih daripada tu, harus bayar RM1/kg
  4. Spend at least 3-4days in Bario. Not less than that. So many places to explore.
  5. Majority ethnic in Bario is Kelabit (6,000 people live in the highland), diikuti dengan Penan dan Melayu
  6. Rata-rata daripada mereka adalah beragama Kristian
  7. Bario terkenal dengan tanaman padi dan nenas. In fact, pada zaman dulu-dulu, ramai orang British yang datang ke Malaysia turut highlight tentang beras Bario yang terbaik di dunia
  8. Makanan orang Kelabit adalah berasaskan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging. Semuanya FRESH. Mereka banyak buat sup sayur dan sometimes ada jugak kari nenas. SEDAP habis!
  9. Masyarakat Kelabit juga terkenal dengan aksesori mereka dan telinga yang panjang dihiasi logam. Unik. Sangat unik.
  10. An eye opener trip for me – Walaupun Bario terletak di area yang agak remote dan tidak mudah untuk diakses melalui public transport, tapi mereka adalah Bumiputra yang paling berjaya di Malaysia. Mereka mungkin ethnic yang kecil dari segi jumlah tapi ramai dari mereka yang memang pandai dan paling penting speaking English fluent habis. Sepanjang aku di sana, memang rasa seperti berada di luar Malaysia. Bukan sahaja disebabkan kedudukan geografi, tetapi hospitality dan ilmu yang mereka kongsikan, rasa bangga apabila mengenali Kelabit tribe.

Special thanks to Malaysia Airlines for the contest prize yang membawa kami ke bumi Bario. So happy that finally we managed to touched down safe and sound in Bario. Thanks to Lucy for your hospitality. I strongly recommend you to stay in Labang Longhouse for real experience of Bario. It might be far in terms of geography, but once you landed in this highlands, you feel like home, so close to your heart. 

 

5 thoughts to “Trip to Bario, Sarawak FINALE”

  1. touching plak last episode ni…such a brave girl la pora g sana sini. seronok sgt baca travel2 ni…. pora ada bawak geng ke kalau next travel? hihi…. beautiful heart @ Bario!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *