Budget Trip ke Surabaya (Kawah Ijen) – FINALE

Hotel di Ijen ni memang lumayan habis ye. Bila check in tu, roh roh luxury tu masuk ke dalam diri yang jarang merasa kemewahan sebegini. Aku dan Emma Kuda 1 bilik, manakala geng bunga-bunga Eidelweiss pulak masuk bilik lagi 1. Since kami semua tak sempat untuk breakfast, hotel akan prepare our meal and tapawkan. Cuweet kan?

Welcome to Hotel Ijen

3 star tapi dah macamni. Bersyukur Cik Pora

Selesai check in, kami semua masuk bilik, charge phone, camera dan juga tenaga. Sempat tido bapa minit je. lepas tu terus bergegas bangun, prepare segala alatan untuk hiking. Headlamp, kasut, socks, torchlight dan macma-macam lagi. Tapi yang kami lupa adalah minyak angin. Haaaaaa… Nanti sat lagi Cik Pora cite lebih lanjut.

Dari hotel kami nginap, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Plan-nya kami akan tiba pada jam 1.30am. Tapi entah camane, kami tiba lewat dari waktu yang dijangkakan. Bila sampai je, kami disambut oleh tour guide untuk hiking ke Ijen, Pak Robyx. Beliau ada siapkan tochlight segala. Since headlamp Emma rosak, dia pun mohon Pak Robyx pinjamkan torchlight. Time tu, memang gelap gulita tau. Hanya cahaya kereta sahaja yang menerangi keadaan di situ.

Suhu toksah duk cakaplah. Memang sejuk ya amat. Tak tertanggung rasanya. Sejurus keluar dari van, kami berempat dibekalkan dengan masker untuk menghalang dari menyedut asap sulfur. Bahaya okay! So, make sure anda pakai mask yang diberikan bila dah sampai di kawasan sulfur. Okay, balik pada story kiteorang tiba di pintu masuk untuk memulakan trekking di kawah Ijen, semua dah turun dan Pak Robyx cakap, harus cepat, kerana trekking sahaja 3 jam. Takut by the time kami sampai, tak sempat.

Aiyooooo! Janganlah tak sempat. Jauh kami datang ni. Lagipun, bukan senang ye nak tengok Cik Pora bangun pepagi camni then semata hiking 3 jam untuk tujuan – tidak sempat lihat Blue Fire. Jangan bilang gitu dong. Mau bikin hot fire dalam hati ini. Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah toilet dulu dan dengan lafaz bismillah, kami berempat memulakan perjalanan mendaki menuju puncak kawah Ijen.

Sejujurnya, aku sengaja tak buat research tentang hiking di kawah Ijen. Aku bukanlah hiker tapi itu bukanlah alasan sis tak boleh hiking ye. Stamina yang dianugerahkan Allah, Insyallah masih mampu untuk menakluki puncak. Tapi, untuk aku buat wishlist nak summit puncak itu ini, adalah sangat bukan Cik Pora. Cukuplah sekadar dijadikan aktiviti sihat untuk buang peluh.

Jadi, bila aku naik Ijen ni, aku just go with the flow. I don’t want to know anything. Walaupun teman-teman aku yang bertiga tu tiap-tiap minggu naik Broga, aku tak pernah sempat follow dorang. Hahaha! Biarlah. Yang penting semua sampai di kaki Kawah Ijen ahaks. Hiking dalam cuaca yang sejuk ni memang agak mencabar. Bukan apa, bila bernafas tu rasa cam sesak ke sebak. Tak paham. Tapi yang kite tahu, memang cepat penat kalau tak reti jaga pernafasan.

Dengan bertemankan Pak Robyx dan headlamp, kami gigih melangkah menaiki permukaan jalan yang rata dan 1/2 jam selepas itu dia jadi macam mendaki. Time tulah baru mencabar stamina dan liku-liku hidup anda. Keadaan Emma ketika tu memang dah basah kuyup sebab berpeluh sakan. Setiap 20m beliau minta untuk berhenti sebab nak muntah. Kami pun berhenti. Then jalan, then berhenti. Sampaikan dia cakap, dia nak minyak angin. Haaaaa… Time ni, takde sapa pun ye bawak minyak angin. Tak teringat langsung.

Betapa pentingnya kewujudan minyak angin di Ijen apabila aku tengok seorang lagi pendaki terduduk ditemani rakan-rakannya yang sibuk sapu minyak angin di belakang badan beliau. Time tu, apa lagi. Operasi menagih simpati. Bukan itu sahaja. geng-geng Om Telolet Om ni, iaitu sejenis trolley pengangkutan mengangkut mereka yang give up/ tak larat hiking turut membantu duk psycho Emma.

Al-maklumlah mereka juga mencari rejeki. Jadi, dorang duklah ikut Emma dan cakap naik saja telolet dan terus sampai ke Ijen. Tapi mami siap warning, jangan naikkkk telolet. Hiking je. Push yourself. Aku adalah sejenis manusia yang tak boleh tengok orang muntah, sebab nanti aku pun join sekali. So, aku cakap kat dorang, aku jalan dulu. Pelan-pelan. Aku dan Kak Aishah hiking lah bersama-sama. Gituuuu!

Terkadang tu aku berhenti bila tiba kat satu sudut yang gelap. Takut uols. So tunggu la ramai-ramai sikit. Macam-macam perangai okay. Ada yang terlunjur, baring, duk selfie dalam gelap, yang kentut dalam gelap pun ade okay. Tapi die tahu yang time die kentut tu dia tengah cakap Bahasa Malaysia? Hahahah! Aku diam je. Rasa nak jadi rakyat Kenya pun ada time tu. Apa-apa pun, bila dah siang terang benderang, terserempak balik dengan geng dak-dak Malaysia tu, sempatlah berborak. Takpelah anggap je kita terima awak seadanya. Ahaks!

Aku, Kak Aishah dan Mami tiba di puncak kawah tepat pada jangkaan masa. 3KM uols. Now, tibalah masa untuk route yang lebih adventure. Anda harus berjalan menerusi batu yang tajam-tajam okay. Di sini, akan ada yang persuade anda untuk ambil guide. Sebab katanya untuk jalan di sini, anda perlukan guide. Memang jalan yang amat berbahaya. Time ni, nak jerit kuat-kuat, PAK ROBYXXX, di mana kau?

Tapi aku yakin, Pak Robyx ada tanggungjawab besar iaitu untuk menjaga Emmaaaa hahah! Kami bertiga meneruskan perjalanan tanpa guide dan kami hanya ikut sahaja laluan yang dilalui orang ramai. Memang agak berbahaya cuma anda perlu berhati-hati. Suluh biar jelas. Jangan duk samar-samar ye. Kalau jatuh, mau berdarah woo kena batu tajam-tajam. Di kejauhan kami sudah pun nampak Blue Fire yang dikatakan sebagai fenomena alam yang sangat unik.

Hanya ada 2 sahaja tempat di dunia yang menjadi tempat berlakunya fenomena alam ini – Indonesia dan Iceland. Aku dan yang lain terpisah sejurus kami tiba betul-betul dihadapan Blue Fire. Time tu, aku dah siap-siap pakai mask ye. Dengan penatnya, dengan nak bernafas guna mask-nya. Tuhan sahaja yang tahu betapa tabahnya mereka yang ada di Kawah Ijen ini. Aku cuba mendekati Blue Fire namun apabila asap sulfur mula berkepul-kepul, time tu sumpah rasa lemas.

Coco Power Rangers, eh lupa padam headlamp!

 Solo for Blue Fire, nasib baik ada yang sudi ambilkan gambar. Mekasih MAS!

Ramai dah bersidang untuk saksikan kejadian unik ini Ramai dah bersidang nak lihat kejadian unik ini

 Blue Fire – close up

 Percikan sulfur, merecikkkkk woi

Terus berlari naik atas secara perlahan-lahan. Bila ada orang lain cuba ambil gambar close up blue fire, terus kena jerit dengan rakyat kawah Ijen. Uish garanggg! Aku duduk cari port sambil layan Blue Fire sorang-sorang. Tak tahu ke mana yang lain. Nak cari dalam gelap dengan orang ramai gini, memang satu task yang agak mencabar. Jadi, aku duduk jelah lepak atas batu.

Dalam duk mengelamun, tiba-tiba muncul seorang lelaki, eh Pak Robyx. Die cakap, dah ambil gambar Blue Fire tak? Aku yang dalam keadaan blur terus jawab ha belum. Satu je aku nak tanya sebenarnya, dalam gelap-gelap camni, beribu-ribu manusia, camane dia boleh kenal SAPORA di dalam kelam malam di Kawah Ijen. Tak salah orang ye masalahnya. Salute habis kat Pak Robyx ni.

Beliau sempat kutip sulfur untuk aku bawak balik ye. Sweet ke tidak? Tapi tak kesampaian nak bawak pulang sebab aku lupa check in sulfur tu woi. Kena rampas kat immigration. Cedehnya. Selesai berjimba di Blue Fire, aku naik kembali ke puncak kawah Ijen. Hari pun semakin terang. Orang ramai pun dah mula beransur. Blue Fire hanya dapat dilihat sebelum Subuh sahaja. Lepas Subuh, samar-samar sajok. Maka, naiklah kami ke atas semula.

Aku cuba dekati Kawah Ijen ini, tapi Pak Robyx cakap bahaya sini.

Sekadar ambil dari jauh sahaja

Abadikan kenangan, bukan selalu

Asap dari sulfur, fuh!

Orang Jawa, pandai berbahasa French. Berusia 68 tahun dan masih aktif dalam bidang kerja beliau di Kawah Ijen. Inilah mata pencarian beliau

Phewww! Penat habissssssssss, now let’s enjoy the view from here pulak

Sejuk dan tenang di mata. Aktiviti penjualan sulfur di sini lagi meriah

Di sini, aku reunited balik dengan teman-teman aku. Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke atas puncak. Woot-woot. Bila dah terang benderang, apa lagi, melompat, menari, berlari dan gelak tak hengat. Keriangan berganda yang hanya diperolehi di Ijen sahaja. Riang teruk! Tapi, time nak naik, semua lemau hahaha… Takpelah itu semua kenangan.

Haiiii… kuad habis bila dah sampai atas. Ahaks!

Bersama panambang belerang, sulfur. Muka penat selepas berjam-jam mendaki.

Suasana yang tak selalu saya alami

Indonesia. Cantik tempatnya.

Kawah di atas Gunung Ijen yang mampu ‘menelan’ tubuh manusia hanya dalam beberapa minit sahaja.

Jalan yang benar menuju ke van

Kekdahnya dalam gelap tadi, ade je kita lalu view ni semua, tapi gelaplaaahh kan

Eh Om Telolet Om pun ada lagi

Beau sungguh view kat sini

Sulfur dalam pelbagai bentuk

Cantiknyaaaaaaaaaa, serious letops view sini

Lagi sikit sahaja nak sampai

Inilah Pondok Bunder. Time gelap tadi, sis ingat dah sampai rupanya, tempat istirehat. Singgah makan kerepek dan Pop Mie yuk!

Bunga ini wangi sangat-sangat. Aku lupa nama bunga ni 🙂

Look at the view, marvelous!

Kami habiskan masa dengan bergambar dan mendengar cerita Pak Robyx. Habis bercerita, kami pun beransur pulang turun yang mengambil masa selama 3 jam. Fuh, 3 jam naik, 3 jam turun. Kalau lepas ni body tak macam Megan Fox, tak tahulah. Maybe keturunan badan Julia Ziegler kot. Redha jelahhh ye. Waktu turun memang paling riang, siap kacau geng Om Telolet Om sekali. Haaaa…. Time nilah kiteorang dapat usik balik dorang.

Again, nothing compares

Mana Om Telolet?

Semasa turun tu, ada scrambler bike dipandu laju. Bunyi pun kuat. Terpaksa kami semua ke tepi. Rupanya ada pekerja kutip sulfur tersebut jatuh dan berdarah-darah muka beliau. Kesian sangat. Bukan senang ye kerja angkut sulfur ni. Berat sangat-sangat. Kayu yang dipangku tu memang boleh buat berbirat tulang belakang. Tapi demi mencari rezeki, mereka gigihkan juga. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka dan diberikan pelrindungan. Amin.

Tips :

Harga Tiket Masuk Kawah Ijen Banyuwangi Terbaru 2017 :
1. Harga Tiket Masuk Local People :

  • Weekday Harga Tiket – Rp. 5.000
  • Weekend Harga Tiket – Rp. 7.500

2. Harga Tiket Masuk International :

  • Weekday Harga Tiket – Rp. 100.000
  • Weekend Harga Tiket – Rp. 150.000

Sampai sahaja di bawah tempat kami naik tadi, singgah toilet dan segera ucapkan terima kasih kepada Pak Robyx. Jasa beliau memang kami kenang sampai bila-bila. Tapaw breakfast tadi kami bukan untuk dijamah beramai-ramai. Fuh! Memang seronok bila ingatkan balik moment-moment naik tadi. Macam-macam memori yang kami throwback, muntahlah bangsal sebelah duk dengar cite kami.

Kami bergegas pulang ke hotel dan bersiap untuk check out. Selamat tinggal Ijen. Semoga ketemu lagi. Kami tinggalkan Ijen dan terus menuju ke bandar Surabaya. 6 jam ye perjalanan. Tido, bangun, makan pun belum tentu sampai. Aku sempat book hotel yang murah dan berdekatan dengan Juanda airport. Sampai je, kami check in, aturkan bag dan it’s time to shop till drop.

Please singgah beli tapai ni. Sumpah sedapppp. Buat penggemar tapai, ya ampunnn inilah nikmat donia tak tertahan. Palin femes di Ijen

Inilah rupa bentuk tapai kering itu. Sungguh meruntun jiwa. Nyesal tak beli banyak

Pelbagai version juga ada uols. Bakar, kering, basah segala

Tetiba mengidam nak makan rambutan, tup tup ada jual kat sini, apa lagi aktiviti borong rambutan la. Favorite ni!

Sebakul RM5, mampu?

Nasib baik ada GrabCar, mudah untuk kami pergi jalan sana sini. Cuma shopping mall yang kami pergi tu takde souvenirs so sempat sambar barang-barang groceries sahaja. Then, pulang ke hotel, packing dan tido. Esok sebelum subuh dan check out dan terus ke airport Juanda. Sampai sebelum pintu airport bukak hokey. Semangat nak balik sebab nak terus masuk office ye. Berpinar jugaklah mata duk buat perangai balik cuti masuk opis buat kerja. Apa-apa pun, trip kali nie memang happening. Walaupun sekejap tapi sangat bermakna. Sehingga bertemu lagi, xo, Pora.

3 thoughts on “Budget Trip ke Surabaya (Kawah Ijen) – FINALE

  1. Hye nak tye, klu ikot ayat awak td xblh bwak blik kutipan sulfur tu sbb xcek-in.. maksudnya xcekin baggage or xdeclare sulfur tuh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *