New Zealand : Bungee Jumping with AJ Hackett

Masih bisa tersenyum walaupun hati dup dap dup dap

Haluuuuuu! Lamanya tidak bersua di sini. Apa khabar anda semua? Diharapkan tidak terlambat untuk Cik Pora ucapkan Selamat Berpuasa buat anda semua yang beragama Islam.
Seperti yang sedia maklum, Cik Pora baru pulang dari negara tercinta, New Zealand pada bulan lepas. Open trip pertama untuk tahun 2017 yang membawa seramai 9 orang ke sana menaiki campers. Dari North Island ke South Island, kami berkelana beramai-ramai. Memang meriah habis. Macam-macam ragam tapi seronok sangat. To be honest, dari strangers ke bestfriend teragung, itulah relationship kami sepanjang berada di New Zealand.

Okay, Cik Pora akan buat satu post special untuk Open Trip New Zealand tempoh hari. Cuma sebagai teaser, Cik Pora nak ceritakan tentang bagaimana Cik Pora decide buat Bungee Jumping. Seriously, SAPORA yang si gayat tu nak buat terjunan tinggi-tinggi dari jambatan di New Zealand.

Memang sejujurnya tak pernah langsung ada dalam bucketlist. Never. Plan asal datang kali ini adalah untuk buat skydiving. Dah siap survey segala, namun apabila dapat tahu yang akan berada di langit kurang daripada 60 saat, terus cam… Ala, RM2,000++ for that kind of experience cam alaaaaaa. To me, it’s super expensive wey.

So, terus termenung memikirkan apakah aktiviti yang boleh buat lagi. Geng-geng lain semua dah siap bayar and arrange for transport bagai. Me and Kak Mah? Ha siap drag sahabat karib lagi masuk dalam lubuk permasalahan Cik Pora. Nak buat aktiviti mana satu pun jadi satu masalah. Akhirnya, kami decide untuk cari balik kedai happytravel.com yang aku pergi tahun 2014, untuk tengok aktiviti terbaik dan schedule yang awesome untuk kami.

Selepas duk bersandar tenang di kedai tu, aku decide untuk buat bungee jumping. Dengan yakinnya, kita swipe sajok. Jangan pikir panjang, kita terjun je. Gituuuu…  Since transport yang disediakan dah full, kami perlu drive sendiri dan pergi terus ke Kawarau River. Kat mana tempat tu? Google Maps sajok. Yang tahu, apakah aktiviti Sapora dan Hasimah hanyalah geng-geng NZ sahaja. Seriously, lupa sangat-sangat nak inform mak bapak di kampung. Apalah perangai Sapora ni. Jangan buat lagi ye sisthur.

So, dengan waktu yang singkat, kami memandu ke Kawarau Bridge yang terletak dalam 20 minit sahaja. Park kereta, berlari ke kaunter untuk check in. Timbang segala berat badan, beratur dan Shima takut. Hahahah! Katanya, yang ini memang tinggi habis. Walaupun sudah berpengalaman 2x terjun di Queenstown, katanya di sini lagi adventure.
Yang Cik Pora, sibuk fefeling nak buat gaya apa time terjun. Kawan sebelah dah cuak. Siap ajak, jom lah kite terjun together. Reject terus hahahha! Sian dia dapat kawan cenggini. Dah lah die yang terjun dulu. Memang sadis sungguh nasib Kak Mah haritu.

Bila tiba giliran aku untuk terjun, sumpah baru aku tahu, betapa scary-nya berdiri di hujung papan tersebut sebelum aku terjun setinggi 43m. Time tu, sempat aku baca Bismillah. Apa-apa jadi pun, at least dalam Islam. Tipulah cakap tak ingat mati. Macam-macam tau dalam pikiran. Tapi, ini yang nakkk sangat. Hadap sekarang. Hahah!

Dengan lafaz Bismillah, aku pun terjun. Yang aku sedar, badan aku melantun-lantun, then suara lelaki cakap, hello give me your hands. Itu je. Pastu timbul rasa sedih, hahahhah! Apa kebenda la Sapora ni. Okay, aku taknak cite panjang-panjang, meh aku summarize-kan pengajaran selepas aku terjun dari Kawarau Bridge AJ Hackett di New Zealand tempoh hari. Zasssssss!

 Suci ke tak wajah gitu?

 Lambaian ratu sebelum terjun

 Here we go

 Menjadi saksi pelbagai lapisan masyarakat

I’m afraid of heights. But I have to challenge myself to overcome my Acrophobia. So, I bungy jumped off the 43m Kawarau Bridge in New Zealand and I think this is the most exhilarating experience in my life. Apa yang Cik Pora learned from less than 10 seconds exciting jump?

  •  If I still listen to my inner self that, Teh Safura Azahar is afraid of heights, I would never have experienced this adventure
  • AJ Hackett crew was very professional. They keep your motivation towards the final seconds before you jump. They make us feel so calm and relax. It makes me think,
    if I surround myself with people who never let me fail, who am I now?
  • Take the risk and let go whatever you have in your mind
  • The longer you wait to take the leap, the more excuses you make. Doa, close your eyes and jump
  • Don’t assume or think twice. Act like you’re a kid.
  • Live in that moment, don’t think about yesterday, tomorrow. Focus on today.
  • When you jump, you’ll be blank for few seconds. I called it saat ‘roh terangkat’. Scary yet very much towards keinsafan.
  • Good to be scared and nervous. But never let the fear conquer your mind.
  • Believe in yourself. If you believe you can, you can.
  • Sometimes dealing with the scariest thing in life will lead to the most beautiful path
  • Don’t stress and overthink, kita bayar tau untuk lompat setinggi ini. Chillax.
  • Mula memahami hikmah larangan membunuh diri dalam Islam. Allah itu Maha Penyayang & Maha Mengetahui
  • When this is the only choice you have, just go. Don’t be afraid. Don’t turn back. Mahal kot terjunan maut ni dalam NZ dollar. Ahaks!
  • Have faith. Insyallah, everything gonna be awesome. Percayalah
  • Dalam hidup, apa yang kita lalui, kita pilih, hanya kita sahaja yang tahu. Pahit, manis, benci, cinta, hanya kita sahaja yang rasa. Jadi, bila kita decide untuk buat
    sesuatu, jangan terlalu fikirkan orang. Fikir tentang diri sendiri dulu. Okay?
  • Hidup sekali, challenge yourself to try everything. Jangan duk judge je. Sampai bila-bila korang akan duduk dalam di kerusi hakim duk perhatikan orang. Nak?
  • Sapora and her impromptu plan/ decision. It makes me realize, sometimes be crazy for 20 seconds and you will thank yourself for that
  • Lepas jump, terus keluar statement, takkan buat dah bungy jump even ada yang sanggup bayar 1juta. Touched down Malaysia, tengok video, okay nak buat lagi.

Love,

Teh Safura

3 thoughts to “New Zealand : Bungee Jumping with AJ Hackett”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *