Trip Sabah 2017

Assalammualaikum everybodyyyy! Apa khabar semua? Lama jugak tidak bermadah di sini. Masih travel lagi ke tu? Haaaa… Disebabkan Cik Pora sepi di sini, ada ye yang tanya soalan camtu. Tersedak sekejap. Hahah! Alhamdulillah Safura masih lagi dengan aktiviti tak reti duduk diam kat rumah tu. Duk berjalan je. Bukan jalan seorang diri atau berdua, tapi kali nie, siap ajak satu kampung untuk turut jalan-jalan pusing Malaysia sama-sama. Boleh?

Kalau yang ada ternampak di IG @poobritney, yang mana aku ada bawa seramai 21 orang peserta Kilauan Emas ke bumi di bawah bayu, Sabah. Since ramai di antara mereka yang memang nak sangat ke sana, aku pun offer diri untuk bawa mereka yang asalnya hanya 12 orang sahaja. Namun, di saat akhir, ramai rupanyaaaaaaa yang nak pergi. Pejam celik, tetiba dah dekat 21 orang. Itupun ada lagi yang request untuk join tapi aku minta maaf sebab memang takde seat langsung. Taknak duduk atas bumbung van uols.

Bila dah sampai KK, settlekan van, check in hotel and terus cari tempat untuk dinner. Basically, aku ikut je macam itinerary aku ke Sabah 4 tahun lepas. Cuma disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, ada beberapa tempat yang aku tak sempat cover. Namun, semua pun happy sangat sebab aku book homestay yang boleh duduk ramai-ramai, merewang untuk masak and tido berjemaah. Okay, I must admit, itu antara moment yang aku rindu bila berpeluang bawak group kali ini.

Seronok sebab semua pun BEST. Lagi satu aku nak puji timing warga emas ni memang kau jangan buat main. Let’s say call time jam 6am, pukul 2am dah mandi, kau rasa? Aku pun apa lagi, join jugak bersiap jam 5.30am dan terpacak dah nak start van. Impress nyaaaa dengan diri sendiri bila dikelilingi positive people like this. Habis berhappy-happy di Kundasang, kita turun balik ke Kota Kinabalu untuk shopping. Riang ya’amat kelihatan pada wajah mereka.

Bila tengok dorang happy, aku pun jadi lagi happy. Penat pun hilang. Sebab memang dah lama aku pasang impian untuk bawak orang jalan-jalan. Setiap kali aku travel dan dapat enjoy view awesome, akan ada satu feeling yang terdetik, alangkah bestnya jika aku dapat kongsi view ini dengan semua orang. Selain blogging, aku juga memang selalu pasang impian untuk bawa orang sama-sama enjoy the view and journey dengan aku. Feeling yang paling unik untuk aku. Yang tak pernah aku rasa sebelum ni.

Rata-rata dari mereka ini, baru pertama kali menaiki kapal terbang. So, tanggungjawab aku jadi besar untuk make sure pengalaman mereka ini jadi satu pengalaman yang manis sangat. Alhamdulillah it went well. Kalau dah nama pun travel dengan Cik Pora, budget dan gaya pun harus sama naik dengan Cik Pora ahaks!

Siap ajar makcik-makcik tu packing barang secara backpack lagi. Pernah sekali tu, datang malam-malam rumah aku untuk tunjuk bag yang boleh hand-carry. Matilanak kalau dorang lepas ni declare jadi Backpackers Veteran. Semua pun dah pandai packing and buat budget tau. Siap tido ala-ala dalam hostel. Mampu? Dan dorang tak complaint pun, siap bentang toto ramai-ramai untuk tido. Bab makan, lagilah legend. Masuk je homestay, terus pergi dapur masak-masak. Aku pun apa lagi, join la sama-sama menyinsing lengan baju.

Alhamdulillah the trip went very well. Belum sempat naik flight, dah plan untuk pergi Bandung pulak. Seronok dapat bawa warga emas berjalan-jalan. Di sini aku belajar banyak perkara hidup. Betapa mereka menghargai setiap masa yang mereka spent semasa berada di Sabah. Apa sahaja yang mereka beli, beli sama-sama. Muhibbah. Makan sama-sama, solat sama-sama dan enjoy pun sama-sama.

Bila manage mereka ramai-ramai, hilang segala penat sejurus nampak mereka happy. Ada sekali aku tido atas couch di homestay dan aku perhatikan je telatah mereka, itu pun aku dah rasa best. Rasa cam seronoknyaaaa… Bila berborak dengan mereka, kita pun akan turut sama matang dalam pemikiran. Precious feelings. Dan antara ungkapan yang mereka cakap pada aku, “Terima kasih Pora sebab bawa warga emas jalan-jalan tau”, aku rasa cam alaaaaa sebak sekejap. Janganlah macamtu, ada rezeki harus kita conquer dunia lagi okay. Oh my, I’m so looking forward to bring them to explore the world. Warga emas to the world, yeahhhhhhh!

Jom layan gambar-gambar Geng Kilauan Emas ke Kota Kinabalu :

Xo,

Pora

4 thoughts to “Trip Sabah 2017”

  1. Pora! salah sorang awak bawa tue, tea lady kat office saya, Kak Ram..kecik betul dunia ni..dia asek sebut pasal bandung katanye…. die pn tanye sy back pack la, pakai kasut stokin la….mmg die happy sgt!

  2. salam cik pora..alahai mengalir air mata bila baca blog cik pora bwk kilauam emas ni..smkin kuat niat ini mahu membawa family g sabah doakan yea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *