Tips Memandu di Australia dan New Zealand

1. Plan itinerary anda dan route

Sebelum anda merancang untuk memandu di Australia ataupun di New Zealand, korang kena finalize dulu itinerary dan juga laluan pemanduan anda. Dari situ, baru korang tahu, berapa hari nak sewa kereta, berapa jauh perjalanan dan berapa hari nak naik public transport. Macamana nak start plan? Mudah je, korang listkan beberapa tempat idaman then dari situ dah boleh start plan route.

 Contoh route dari Google maps yang anda boleh buat

2. Car rental yang berpatutan

Bila korang dah ada itinerary, tibalah masa untuk mencari car rental company yang reliable & trusted. Antara car rental yang popular :

  • Australia
    Avis
    Budget
    Hertz
    Europcar
    Redspot
    Thrifty
    East Coast Car Rental
    Apex

 

  • New Zealand
    Avis
    Budget
    Hertz
    Europcar
    Omega Rental Car
    Go Rental
    Maui
    Jucy

Before book, make sure, korang compare dulu dan baca review. Lagi awal korang book, lagi murah. So, plan your journey wisely.

3. Ambil full coverage insurance

Malang tidak berbau. Jadi, sebelum jadi apa-apa yg tak diingini, aku sarankan korang ambil full coverage insurance (0 excess) yang cover semua benda tentang kereta tersebut. Harga memang lebih mahal daripada coverage yang sederhana tapi memang berbaloi. Maklumlah currency mereka lebih besar daripada kita, tak dayalah if nak tanggung segala.

4. GPS


Penggunaan GPS memang penting untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya anda boleh sewa juga GPS sekali dengan kereta. Atau pun untuk yang roaming data Internet anda, korang pakai je Google Maps. Jimat kos kat GPS, tapi selalunya aku memang sewa je GPS. Jimat data dan battery handphone, tak gitu? Sewa GPS bermula pada harga $5/ day. Mudah jugak untuk korang kawal had limit dan tahu kedudukan kamera-kamera di serata tempat.

5. Lesen Memandu Malaysia


Terima kasih Malaysia di atas format baru lesen memandu yang diterima di Australia dan New Zealand. Ini adalah kerana dwi-bahasa yang terdapat pada lesen memandu terbaharu kita diterima di sana. Mudah kan? untuk yang belum renew kepada lesen baharu, korang boleh lakukan sedemikian di mana-mana cawangan JPJ di seluruh Malaysia.
6. Drive sebelah kanan


Buat rakyat Malaysia, ini satu lagi advantage untuk kita yang ingin memandu di Australia mahupun New Zealand. Jalanraya di sana sama je pattern macam jalan di Malaysia. Cuma di sana, jarang ada lubang-lubang mengejut yang berbahaya. Kalau ada pun, mereka akan letakkan signboard siap-siap. So anda lebih bersedia. Pemanduan mereka juga sama macam kita iaitu di sebelah kanan. Itu yang best!

7. Drive ikut speed limit

Bila dah dapat kereta tu, selalunya korang akan diberikan minyak yang penuh. Macamane korang dapat, return pun kena macamtu juga. Condition kereta selalunya memang tip top. Jalan mereka pun tak sesibuk Karak highway time raya. Jadi, untuk speeding tu memang tempting habis. Tapi adalah disarankan supaya korang pandu ikut had laju yang ditetapkan. Kamera mereka ada di mana-mana. Ingat, sepanjang di sana, anda akan diperhatikan.

8. Parking details
Kalau di New Zealand, kebanyakkan tempat kecuali di bandar, memang parking PERCUMA. Contoh kalau di Dunedin, korang boleh cari kotak parking dan bayar sahaja di parking coin acceptor, ambil receipt dan letakkan di dashboard kereta.

Untuk di Australia, khususnya bandar-bandar seperti Melbourne ataupun Sydney, anda memang harus baca betul-betul. Kerana selalunya parking PERCUMA diberikan hanya pada waktu-waktu tertentu dan weekend/ weekdays. Signboard yang akan diletakkan harus ‘dihadam’ betul-betul. Kalau main parking je, mahu bertaburan kertas saman bakal diberikan kepada anda.

Sila fahamkan sebelum anda parking ye

9. Haiwan-haiwan liar


Kebanyakkan tempat yang memerlukan anda memandu sendiri lazimnya terletak di luar bandar. Kalau di Australia, haiwan seperti kangaroo, koala bear ada je yang masih selesa hidup liar di luar sana. Di New Zealand pulak, ianya lebih kepada rabbit, possum, cat ataupun hedgehog. Jadi, korang perlu lebih berhati-hati sekiranya memandu di kawasan-kawasan begini. Takut-takut ada yang melintas, terkejut.. Dang! Mohon dijauhkan 🙂

10. Memandu secara berhemah
Apa-apa pun, anda yang plan untuk memandu di Australia ataupun di New Zealand, anda harus berhati-hati, patuhi setiap undang-undang jalanraya, berhenti sekiranya anda mengantuk. Beri laluan dengan aktifkan signal anda (ke sebelah kiri) jika anda memandu secara perlahan. Tak perlu laju-laju, tak lari destinasi dikejar, yang penting utamakan keselamatan. Selamat memandu!

Yang penting kita henjoyyyy!

 

6 thoughts to “Tips Memandu di Australia dan New Zealand”

  1. thanks for the tips. saya ada kemusykilan. since licence kita sah dwi bahasa, x perlu international permit ke? I will go to NZ next month.

  2. salam perkenalan..cik poora
    entry yang sangat membantu, anyway klu ade kosong for next trip teringin nak join the group…

  3. Salam sis. Jd lesen dwi bahasa kita tu dah cukup?? Biasa sy amik translation dr JPJ dan byr RM10. Klu tak perlu lg bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *