Pejabat Agama Islam Langkawi Trip ke Jakarta-Bandung 2017

Alhamdulillah, kepercayaan diberikan kepada Cik Pora untuk membawa lebih ramai lagi mengembara melihat tempat-tempat yang indah. Dan kali ini, saya bersama dengan team Pejabat Agama Islam Langkawi (PADAL) menerokai bumi Jakarta-Bandung, Indonesia yang penuh dengan warna-warni.

Penerbangan AirAsia yang membawa team PADAL bertolak dari Langkawi terus menuju ke KLIA2. Bertemu di KLIA2, terus sahaja sesi briefing tentang check in, itinerary dan urusan imigresen. Selesai semuanya, kami menuju ke departure hall dan bersiap untuk terbang ke Jakarta. Semua peserta pun sudah kelihatan tidak sabar untuk memulakan perjalanan yang dinanti-nanti ini. Penerbangan selama 2 jam itu akhirnya mendarat di lapangan terbang Jakarta. Kami disambut oleh 3 orang pemandu pelancong dan kami dibawa ke destinasi pertama iaitu masjid besar di Indonesia untuk solat jamak.

Sejurus selesai, kami bergerak menuju ke Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai MONAS. Di sini, memang ala-ala Dataran Merdeka. Boleh jalan-jalan and lepak ramai-ramai. Since Jakarta memang sinonim dengan bandar yang macet, kami mula mengatur langkah untuk mencari restoran makan malam di sekitar Jakarta. Perut kenyang, hati pun senang, yuk kita mulakan perjalanan menuju ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari pusat bandar Jakarta.

Tiba di Bandung sekitar jam 1pagi, kami terus menuju ke hotel dan uruskan semua urusan check in bilik. Sebelum semua peserta masuk ke bilik, Cik Pora sempat juga berikan sedikit briefing tentang aktiviti keesokkan pagi. Jam berap anak turun dan berkumpul di lobby, sarapan dan kemanakah destinasi kita semua. Bila semua pun sudah dimaklumkan, tibalah untuk semuanya beristirehat. Gituuuuu!


Sememangnya pengalaman menguruskan group besar ini memberikan Cik Pora dimensi baru dalam industri pelancongan. Sejujurnya, memang Cik Pora enjoy habis dapat bawak group macamni berjalan ke tempat-tempat yang menarik. Seronok dapat berborak sepanjang perjalanan, berkongsi pelbagai cerita dan juga macam-macam memori baru yang kami cipta bersama. Tapi memang seronok.

Inilah trip yang paling unik buat Cik Pora, sebab ada Tuan Sheikh, Pak Imam, Ustaz, Ustazah yang bersama-sama meneroka keindahan bumi Bandung di samping dapat juga menimba ilmu serta pengalaman melalui pelbagai kisah mereka. Tak sangka kan? Rezeki dapat berjalan bersama dengan mereka yang penuh ilmu ini memang special di hati tau. Yang penting mereka semua sporting habis!

Apa-apa pun, dikesempatan ini, Cik Pora nak ucapkan terima kasih buat team Pejabat Agama Islam Langkawi kerana memberi kepercayaan kepada Cik Pora untuk trip ke Jakarta dan Bandung selama 4 hari. Dapat Cik Pora bawa mereka ke tempat yang jarang-jarang dibawa oleh mana-mana tour guide. Trip ini memang Cik Pora tailored-made untuk team PADAL secara exclusive. Kita keluar sedikit dari shopping-shopping, terlalu banyak tempat yang menarik tertarik very the bomb. Seronok Cik Pora dapat kenal dengan anda semua. Dapat berjalan sama-sama nikmati keindahan Bandung yang mempersonakan. Till we meet again, Insyallah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *