Backpacking ke New Zealand (Summer) – Part 1

Sebuah trip yang akan aku ingat sampai bila-bila. Yes, that’s my New Zealand Open Trip November 2017 yang disertai seramai 8 orang dan tersangat happening habis memasing. Macam-macam yang jadi, boleh aku katakan memang macam-macam. Ada yang hilang segala IC, license, ada yang tertukar bag dengan mat saleh di KLIA, siap passport letak dalam bag tersebut. Phewww, memang gelak je bila ingat balik.

Walaupun tak pernah travel bersama tapi kami semua jadi akrab bila perkara macamni jadi. Dan ianya tidak berhenti setakat itu sahaja.  Ada pelbagai macam lagi yang berlaku. Memang ianya seakan berterusan menguji kami. Bagaimanakah kami semua handle semua tu? Tadaaaaa…. Mari rapatkan saf dan kita mulakan kisah #tripmurahrezeki kami ke New Zealand.

Berkumpul di KLIA untuk menunggu penerbangan kami dari KL- Singapore. Dan dari Singapore kami akan terus menuju ke Auckland menaiki penerbangan terbaik di Asia iaitu, Singapore Airlines. Tiket yang kami dapat memang berbaloi sangat-sangat. Murah! Antara yang murah jika dibandingkan dengan airlines lain. Dan kami semua pun excited habis sebab ini adalah pengalaman pertama kami fly dengan SQ. Namun, apakan daya, rancangan Allah itu lebih hebat daripada apa yang kami rancang. Hanya disebabkan oleh masalah teknikal, we missed our connecting flight ke Auckland disebabkan delay di Kuala Lumpur.

 Excited dia lain macam 🙂

 Ahli jemaah dah excited habis dah

 First experience dengan SQ ni!
Lama tak travel dengan makcik sorang ni

Tiba je di Changi Airport, kami terus disambut oleh ground staff SQ yang sangat friendly dan helpful. Beliau adalah Mr. Jahir Hussein. Satu masalah dengan route ke New Zealand adalah kekerapan penerbangannya dari KL mahupun Singapore. Disebabkan hanya sehari sekali sahaja mereka terbang ke sana, jadi, kami stranded-lah di Singapore selama 24 jam sebelum penerbangan seterusnya. Tepuk dahi!

Aduh! Terus terpikir macamana dengan semua bookings dan itinerary yang aku dah buat. Habis semua lari ni. Tapi, jangan panik. Perkara-perkara macamni adalah di luar kawalan sesiapa pun. Allah dah tulis semua ni terjadi. Mungkin ada hikmah baik menanti kami semua, Insyallah.

 Mr Jahir yang sangat baik dan helpful habis. Thank you for the assistance 🙂

 Yuk makan dulu, lepas ni baru pikir

 Dari dapur HALAL di Changi Airport

Dengan positivity yang ada, kami semua redha. Masih mampu tersenyum dan tergelak. Sempat kami text Shazana, satu-satunya travel buddy kami yang naik Malaysia Airlines. Mujurlah beliau belum off phone untuk boarding lagi. Cepat-cepat kami update tentang apa yang berlaku kepada kami semua. Nasib baik beliau memang jenis takde hal travel solo, gambate la sis!

Aku dan yang lain, settlekan segala urusan ticket, baggage, arrangements (hotel, car rental dan lain-lain) dan segala perkara yang perlu dibuat dalam masa yang sangat limited. Bagi aku, inilah tugas paling penting sebagai trip planner. Always ready for the worst. Dan aku tak pernah pun terfikir tentang perkara-perkara begini. Namun, satu je yang aku mampu lakukan, jangan panik. Relax.

Solution yang terbaik untuk kami adalah : Fly direct ke Christchurch instead of Auckland pada keesokkan harinya. Tapi, malam ni kami harus bermalam di *cough* Crown Plaza Changi Airport (RM600/night ye), berbekalkan meal vouchers sepanjang berada di sini. Nampak tak di sebalik yang berlaku itu pasti terselit kemanisannya. Terima kasih Yang Maha Esa.

 Sekitar jam 1.30pagi

 Akhirnya setelah beberapa jam, jumpa juga bag kami.

Masuk bilik, terus hempas badan atas tilam empuk dan pejam mata. What a longgggg dayyyy. Sumpah penat. Tak mampu nak pikir apa berlaku esok pagi, hanya berdoa semoga dipermudahkan dan dapat juga terbang ke bumi awan panjang gemuk-gemuk ini.

 Crowne Plaza Changi Airport

 Wow so smexy la!

 The interior – sesuai dengan namanya.

Mewah sungguh rasa diri ini

Siap bagi mobile phone, speaker, alarm segala.

Bangun pagi, mandi, breakfast secara berjemaah dan terus ke business centre untuk uruskan semua perubahan jadual perjalanan aku. Mujurlah counterparts SQ di Christchurch pun turut membantu. Kira memang rejeki kami jugaklah bila ini berlaku dengan SQ. Jadi, apa yang kami buat sepanjang kat Singapore tu? Makan, jalan-jalan airport baru then makan lagi, print segala dokumen (free ye), siap coffee tea free, kemas barang dan check out.

Cuba breakfast ala-ala Tiffany mungkin

 Cantiknya airport Changi ni. Selesa dan sangat moden. This is Terminal 4. I love it!

 Settlekan segala itinerary, bookings, transport. Memang rezeki dapat duduk kat sini. Boleh settlekan semua smoothly

 Makan tengahari puleks

 Mari kita check in, terbaiklah Changi punya facilities. Advanced habis!

Tepat jam 7.05pm, kami bergegas ke airport untuk terbang ke Christchurch. Perjalanan mengambil masa 10 jam. Bila tiba di Christchurch airport, settle dengan urusan declare/ non-declare yang seakan sebati dengan imigresen di New Zealand. Since aku ada bawak satu khemah, so pegawai di situ mintak aku jujur samada khemah itu baru atau pun dah pernah guna. Mujurlah aku memang beli baru dan bawak semata nak rasmi di New Zealand. Kalau dah guna, sila bagitahu sebab dia nak check ya. Kalau didapati anda ‘ching’ dorang, NZD400 perlu anda sediakan.

 Kami dah bersedia untuk terbang ke New Zealand

 Santapan di atas langit dari Singapore Airlines

Tips : Mohon minta Muslim Food untuk penumpang beragama Islam kerana flight Singapore-Christchurch/ Auckland tidak halal. Jadi, request siap-siap.

Bila dah lepas dari semua pancaroba itu, bertemulah kami dengan Shazana yang semalaman menanti ketibaan kami. Setia tau. Dengan itu, bermulalah trip yang aku revised segala plan-nya hanya kurang daripada 24 jam and we’re ready to rock. Akibat daripada delay ni, kami burn satu hotel dan terpaksa tukar plan camping di tempat lain. Burn as in memang takde refund ye. Jadilah kami Team Sis Redha. Nak dijadikan cerita since summer season adalah season paling peak di New Zealand, rata-rata accommodations semua dah full.

 View dari tingkap yang sangat mengancam

 Bukak wrapping tu sekarang, immigration nak check segala serunding yang korang bawak tu?

 Hello kampung halaman, rindu angat!

  Yayy! Reunited for the first time in Christchurch

 

Sejujurnya, kurang daripada 24 jam untuk revise and arrange everything, boleh aku katakan agak mencabar. Banyak benda nak kena research from zero. Nasib baiklah, memang ada plan nak camping. Jadi, kita pacak sahaja khemah pada tempat yang boleh kita tido. Ingat tau, tempat yang dibenarkan camping sahaja. Yang dibenarkan, kau pacak jugak, memang mintak kena saman lah – NZD400.

Untuk trip kali ini, aku dan Kak Mah jadi pilot untuk 2 buah kereta. 4 orang satu  kereta, just nice untuk road trip yang letops sambil menjamu mata dengan view New Zealand yang memang ‘tak makan’ dek zaman.  Barulah aku faham kenapa bila summer semua benda jadi mahal and cepat je sold out, kereta sewa, hotel dan macam-macam lagi. Sebabnya cuaca memang terbaik dan view sangat awesome, siang panjang, malam yang lebih pendek. Terasa memang lambat je masa berlalu. Tak perlu rushing. Cuma badan akan terasa tak cukup rehat sahaja. Gituuu!

Kami singgah beli peralatan camping dan juga bekalan makanan di Christchurch sebelum meneruskan perjalanan ke Lake Tekapo. Yeahhh! Akhirnya dapat juga camping kat sini. Memang view cantik marvellous habis ye. Sampai je campsite, bayar camp fees, ambil map dan pacak khemah.

 Ambil kereta sewa, set GPS, shopping barang, loading dalam kereta, terus jalan.

 Berhenti sesuka hati? Boleh, tapi kenalah berhati-hati

 Bersiap-siap untuk setup segala, merasmikan khemah-khemah baru

 Nampak tak kegigihan masing-masing, walaupun penat dalam flight tak sudah lagi.

 Yay, 2 khemah dah siap berdiri di New Zealand, mari kita!

Selesai semua barulah kami mulakan eksplorasi mengejar bunga lupins di Lake Tekapo. Yang aku perasan area sini tahap kesuburan bunga lupin memang kaw-kaw ye. Tepi longkang pun subur kemain. Haih lupin, dahlah cantik, wangi pulak. Ternyata lupin ini menyerikan lagi keindahan musim panas di New Zealand. Kami berlapan riang ye dapat dikelilingi bunga lupin yang indah ini. Umpama Lake Tekapo itu kami yang punya. Jalan sampai hujung dekat Church of the Good Shepherd tu, dapat pulak layan sunset jam 8.30malam. Sumpah indah. Rasa nak nangis tengok pesona Lake Tekapo kali ini. Berbeza!

 Yuk kita berjalan petang-petang ke Lake Tekapo

 Singgah tepi tasik layan jiwa ke bang?

 Jambatan ke Church of Sheperd

 Sisters in lupins – Munirah & Mariaty or nama New Zealand : Tok Siak Muni & Kak Ty

A thorn among the lupins. Yeah itulah dia Uncle Roslan, peserta yang pertama kali berbackpacking reramai camni.

 The view of Lake Tekapo dari atas jambatan

 Tadaaaaa….

 Lupins ini ada banyak warna. Sepanjang perjalanan kami nampak ade pink, purple, yellow. Naik seri New Zealand

 Kaler putih dan purple pulak

  Hana Amanina dengan signature pose-nya hahahah!

 Time ni dah nak sunset, memang lighting naik seri menyuluh la apa lagi. Shazana in action

 Pancaran matahari terus Church of Sheperd

Okay last. Memang in love with lupins yang indah begini.

Tibalah masa untuk kami pulang ke campsite. Masak dan merewang di dalam kitchen. Malam tu, kami makan lauk-pauk dalam gelap sahaja. Tak nampak apa pun sebab takde lampu ye. Bersuluh dengan cahaya yang ada je. Mujurlah takde sajian ikan parang sebagai santapan dinner di NZ. Kalau tidak, tercekik habis lah! Selesai dinner, pulang ke khemah, solat dan siap-siap untuk tido. Sarung diri dalam sleeping bag and zzzzz. Malam tu, selain bunyi kicauan burung yang hidup bahagia di NZ, bunyi dengkuran kawan-kawan juga turut mencemar duli Lake Tekapo. Nasib baiklah memang semua dilahirkan untuk menerima sahabat seadanya. Semoga istiqomah hendaknya.

 



Buat mereka yang dah lama teringin nak ke New Zealand, moh kite terokai bumi indah ini!

Cik Pora akan ke New Zealand tahun ini pada bulan September dan November 2018. Kita akan pergi dalam 10-12 orang sahaja untuk satu trip. Memandu sendiri, ke seluruh pulau selatan, masak sama-sama, buat pelbagai aktiviti menarik dan posing sakan di setiap tempat yang bombastic cantiknya. Apa tunggu lagi? Jom kita rancang pengembaraan kita ke New Zealand sama -sama.

Anyway, baru-baru ini Cik Pora ada launched new website yang diberi nama Travel Ke Mana untuk Open Trip dan semua info yang korang perlukan dalam merancang trip anda. Semua senarai open trip memang Cik Pora letak dalam website tu. Senang untuk anda refer. Layari www.travelkemana.com untuk info lanjut. Muah!

 

One thought to “Backpacking ke New Zealand (Summer) – Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *