Memori Travel Sepanjang 2017

Moment time travel yang paling tak boleh aku lupakan sepanjang 2017 :

  1. Naik MASWings buat pertama kalinya dalam hidup! A propeller aircraft, lebih kecil daripada kapal terbang airbus mahupun boeing. Bila kecil, ianya hanya memuatkan dalam 14 orang untuk satu trip dan terbang lebih rendah. Boleh nampak apa pilot buat segala. Siap kena timbang berat sebelum naik untuk cari keimbangan kapal tersebut. Nak cakap excited tu, tak ye. Nervous, takut semua ada. Tapi bila dah naik, sumpah BEST. Sebab ianya satu pengalaman yang sangat luar biasa. Namun, jika ada mic yang diajukan kepada Pora samada ingin naik lagi atau tidak. Dengan wajah yang tersenyum, Cik Pora akan jawab, TIDAK!

 Look at the view from my propeller airplane window

  1. Hiking dalam gelap di Prayer Hill, aku penakut gelap. So terus laju je hiking tu, sampaikan guide pun penat. Sebab aku takut gile. Jadi, bila kau takut, semuanya kau akan jadi cam lantaklah, redah je, tapi nak cepat habis.

 The first one to reach the top. Dia punya takut sampai boleh berjaya ke puncak

  1. Aku ke Madakaripura yang bagi aku sangat magikal. Kami trekking ramai-ramai ke sana. Semuanya okay sampailah guide aku tersadung dek kerana selipar dia yang licin. Start dari situ dia macam tak sedap hati. Buat yang tengah sedap-sedap hati cam kami, kami tetap enjoy view yang stunning habis di depan mata kami. Naik je van, tengok gambar balik and gelak-gelak. Tetiba dalam gambar kami tu, ada orang berkepala 2. Okay, guide kami terus cakap inilah yang tadi beliau nampak juga. Maknanya kawan aku sempat ambil gambar. Akan tetapi, gambar tu hilang bila kami nak tengok balik. Terus seram sendiri.

Ini semua geng kepala masuk ayaq

  1. Bungy jumping di New Zealand – Tak pernah masuk dalam bucketlist ke baldilist. Selalu merasakan aktiviti ini untuk yang jiwa kacau je. Tapi, aku terjebak! Tak pernah aku excited nak terjun dari jambatan berketinggian 43m. But, I made it guys. Perasaan time nak terjun tu, memanglah rasa takut. Bila terjun tu, nangis sebak. Sebab takut sangat. Namun, bila kau dah habis terjun, lega ya’amat. Glad I did it!

 Terjunan yang tak disangka. Sometimes overthinking ni tak bagus. Just go!

  1. Snowfall in Sonamarg Kashmir – Rezeki untuk bertemu dengan hujan ais. Alhamdulillah, memang syahdu habis bila berada di tenga-tengah lembah Kashmir, kami dihujani ais batu yang turun sampai 2x. Terkinja-kinja pabila anak-anak Khatulistiwa berdepan dengan hujan salji. Ahaks ahaks!

  1. SOLO trip – Selama ini aku hanya duk baca je kat blog bila ada woman backpacker duk round keliling dunia seorang diri. Terpikir juga,apa dorang dapat bila travel solo ni? Bermula dari soalan itulah, aku memang menantikan saat keberanian disemai dalam jiwa anak gadis Sg. Gadut ini. Macam headline ke tak tu? Ahaks! Akhirnya TEH SAFURA berjaya jugak menggapai impian dengan melangkah secara solo ke Sapporo. To be honest, I’m super glad I did it! Sumpah best gile travel solo ni. One should try, no matter what, at least once.

 Hujan, aku redah sorang-sorang. Berlari semata nak kejar bas, yes, that when I was in Sapporo 🙂

  1. Camping di New Zealand – Pertama kali aku mencuba untuk camping di New Zealand. Fuh, feeling dia memang best gile. Serious tak tipu. Bangun pagi nampak view yang priceless, rasa diri ini begitu berharga. Gitu. Tapi takkan boleh lawan feeling, alaaa takde proper plan kita nak tido mana ni. Takpe, kita pacak je khemah. Takpayah pikir pasal bookings segala. Okay, itu memang trip redah je!

Bertungkus lumus kemas khemah lepas semalaman tido dalam khemah ditemani bunyi unggas dan burung-burung. Seronok!

  1. Missed flight to Auckland – This is not the first time I missed my connecting flight due to flight delay. Before this missed flight ke Bario. But now ke NZ weyyyyyy! Hanya 30 minit delay tapi dia punya impact – Missed our connecting flight and domestic flight kami terpaksa burned. Tapi hikmah disebalik ‘terbang’ bersama Best Airline in Asia – Singapore Airlines adalah kecekapan mereka handled this kind of issue. Merasalah juga duduk satu malam di Crowne Plaza Changi Airport. Nangis ye tengok treatment gini. Memang meletops!

 Terima kasih Mr Jahir Hussein yang membantu kami semasa di Changi Airport. You are the best from Singapore Airlines!

  1. Upgraded to Premium Economy – Ianya memang jarang-jarang berlaku ye. Kalau ada yang upgrade kau secara PERCUMA, itu tandanya memang rezeki sudah tertulis. Aku dan 3 lagi teman yang lain dapat upgrade ke premium economy untuk penerbangan Vistara menuju ke Srinagar. Selesa, cuma kena kongsi toilet dengan pilot. So, kita sebagai suri hati Mr.Pilot kenalah tunggu abam Pilot habis urusan dulu. Itu jelah yang macam Oops!

 Merasalah, makanan sumpah sedap!

  1. Menari di Kashmir dan video kau got viral! – Semua pun tahu, untuk setiap open trip aku, aku pasti akan buat perangai. Bukan perangai memalukan negara macam buang air besar dalam hostel tu ye, tapi hanya berkongsi bakat. Boleh? Jadi, sewaktu di Kashmir, aku dan ahli Jemaah saja-saja menari lagu Bollywood di atas bukit ditemani oleh jejaka-jejaka Kashmir. Lepas sebulan aku upload, video tu dapat 20,000 views. Then, keluarlah komen yang wow, takpaham. Dan sekarang, lebih daripada 90,000 views. Okaybye!

Tak plan pun nak dance. Tapi bila tengok masing-masing enjoy sangat, terus semua tunjuk skill

Ternyata banyak lagi cerita-cerita sepanjang aku travel di tahun 2017 ni. Travel dengan kawan-kawan baru yang sumpah BEST, bawak bag guni di India, trip kasi redah kat New Zealand, dilayan umpama keluarga sendiri di Sapporo, kena tinggal flight dan macam-macam lagi pengalaman yang aku lalui. Ianya akan aku jadikan memori manis yang bersemadi sampai bila-bila dalam hati nurani kita. Kerana tidak semua akan lalui pengalaman yang sama walaupun kita berada di destinasi yang sama, tak gitu? To be honest, aku makin excited nak menuju ke 2018 sebab aku percaya yang macam-macam lagi pengalaman baru yang bakal kita tempuh. Keep travel people, but make sure travel as you are, HAPPY NEW YEAR!

2 thoughts to “Memori Travel Sepanjang 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *