REVIEW : Experience with Royal Brunei Airlines

Sejujurnya dah lama Cik Pora teringin nak naik the only commercial airlines in Brunei iaitu Royal Brunei Airlines (RB). Dulu waktu survey tiket untuk ke Melbourne, memang Cik Pora ada research jugak harga tiket RB nie, tapi disebabkan harga yang tak mampu dimiliki, Cik Pora pendamkan sahaja hasrat untuk naik RB.

Sehinggalah bila ada peluang untuk terbang ke Brunei bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara Cik Pora, aku mulakan intai-intaian tiket murah pada tarikh tersebut. Hasil intaian tiket KUL-BWN untuk return trip memberikan hasil yang dalam banyak-banyak airlines, RB paling berbaloi.

Aku dan keluarga pun apa lagi, terus book tiket kami 2 bulan sebelum tarikh keramat itu. Penerbangan untuk Royal Brunei dari KL adalah di terminal KLIA1. Semua passenger boleh buat online check in 48 jam sebelum departure time. Harus datang ke kaunter untuk process baggage check in 2 jam sebelum penerbangan. Jom kita layan pengalaman Cik Pora dengan Royal Brunei Airlines :

 Ready to depart with Royal Brunei Airlines

1. Bagasi 30kg untuk Economy Class
What I really love about full-service airline macam Royal Brunei adalah baggage allowance sebanyak 30kg untuk satu passenger. Memang tak perlu bimbang atau gusar dengan berat bagasi anda semua.

2. In-flight entertainment
Aku bagi 4 bintang untuk in-flight entertainment yang menawarkan koleksi movie, TV series, music, games yang baru-baru ya. Memang something yang beyond my expectation sangat!

 Can’t wait to enjoy the in-flight entertainment

3. Meal on board
Kesemua makanan dan minuman dalam penerbangan Royal Brunei adalah Halal. Untuk KUL-BWN, hanya ada 1 choice je iaitu Mee Kolok dengan Fried Fish Fillet, sedappp! Balik pulak Nasi Goreng Ayam dan Pasta, tapi Cik Pora pilih pasta sebab dah lama tak makan. And surprise-surprise, they also served Royce Milk Chocolate okay. Oh super favorite!

 Persis mee kolok dengan fried fish, sedapp!

 Sapu butter pada bun, letak Royce milk chocolate, fuh, sedappp lain macam

4. Comfortable seat
Spacious legroom, screen display untuk entertainment yang tak ‘lagging’, tak banyak iklan and comfortable seat sepanjang perjalanan menggunakan Royal Brunei untuk return trip ke Brunei. Memang keselesaan itu milik andalah temanya.

 Seat with a view

5. Doa memulakan perjalanan

Sebelum take off, semua penumpang akan diperdengarkan bacaan doa menaiki kenderaan lebih kurang dalam 1 minit. Doa akan dimainkan di screen setiap penumpang dan sejujurnya memang ada terbit sejenis rasa tenang untuk memulakan perjalanan. Mungkin kalau di airlines lain, ada juga yang bagi cardboard bacaan doa, screen doa perjalanan tapi untuk Royal Brunei Airlines, ianya memang amat mementingkan perincian ke arah Islamik. Uniform untuk pramugari juga dilengkapi dengan tudung ya.

Untuk penerbangan pergi dan balik (return trip) Cik Pora, memang semuanya smooth. On-time, urusan check in yang smooth, bantuan ground staff yang friendly, penerbangan yang selesa dan juga layanan baik anak-anak kapal RB. Cuma satu je, bila korang duduk agak kebelakang sikit, selalunya pilihan makanan yang popular akan cepat habis. Especially nasi. Jadi, kalau boleh, korang buat online check in dan pilih seat yang cepat dapat meal.

Overall memang Cik Pora sangat-sangat happy yang finally I got to experience flying with Royal Brunei yang memang bila naik je terasa layanan seperti bangsawan di atas awan sangat. Untuk anda yang nak tempah tiket ke destinasi idaman anda dengan Royal Brunei, korang bolehlah survey tiket di Royal Brunei official website , mana tahu rezeki anda pula untuk menikmati pengalaman terindah bersama RB.

Tinggi di awan

 Tiba di Brunei Airport

 Till next post, adios amigos!

Disclaimer : Post ini adalah berdasarkan daripada pengalaman Cik Pora sendiri, jujur dan telus ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *