Beli Swiss Pass Yang Mana Paling Sesuai? Baca TIPS ini!

Pertama kali ke Switzerland, Dah berjam-jam korang research untuk dapatkan info tentang Swiss Pass ke? Kalau nak explore sendiri, inilah tugasan yang paling mencabar untuk korang sebab nak kena study jenis-jenis travel pass Swiss yang ada.

Iya, Swiss bukan murah, jadi pilihan yang korang kena buat ini bukan mudah. Aku paham sangat dengan trip Swiss ni, ahaks! Tapi, takpe kalinie Cik Pora nak kongsi tentang tips pilih Swiss Pass yang paling sesuai dengan trip korang. Mujur ianya mudah untuk korang mulakan pengembaraan ke bumi Switzerland.

 

1. Kena plan journey dan tempat yang korang nak visit. Mesti ada draft itinerary, kalau ada ikut hari lagi better. So, korang ada idea mana nak pergi, mana nak terjah segala.

2. Untuk yang nak naik public transport, tibalah masanya untuk korang decide Swiss Travel Pass yang mana paling sesuai dan relevan dengan korang.

3. Okay, Swiss Travel Pass nie ada macam-macam jenis. Untuk yang dah ada tarikh fix (nak travel hari-hari secara berturut-turut), korang boleh ambil Swiss Pass Consecutive samada 3, 4, 8 atau 15 hari. Kemudian, pilih pulak samada nak First Class atau Second Class.

4. Let’s say korang dah tahu nak travel untuk 3, 4, 8 atau tak lebih daripada 15 hari, tapi date pulak tak fix, dipersilakan ambil Swiss Pass kategori Flexible. Mudah untuk korang nanti. Sekali lagi, buatlah pilihan samada First Class atau Second Class.

5. Untuk yang travel tak sampai 3 hari mahupun lebih daripada 15 hari, better korang ambil Swiss Half Fare Pass dengan harga CHF185. Dengan pass ini, korang boleh naik hampir semua jenis pengangkutan dengan separuh harga sahaja. Lebih jimat kalau jenis ulang-alik naik train, bus segala. In fact train dari Zurich Flughafen (airport) pun akan jadi half fare.

Lagi satu tips yang aku nak share, selalunya lepas buat itinerary, dapatkan semua tiket setiap train atau pengangkutan korang. Once dah dapat harga tu, korang perlu compare harga with or without Swiss Pass. Dari situ barulah korang rasakan betapa berbaloi ataupun tidak berbaloinya ambik. Harga Swiss Travel Pass (sehingga November 2019).
  Untuk harga Swiss Half Fare tiket – CHF 185

 

Once dah pilih Swiss Travel Pass, make sure pilih Fix Date atau Flexible, First Class atau Second Class
Swiss Travel Pass TERBAIK untuk korang yang :
– Trip yang kurang daripada 15 hari
– Dalam itinerary akan naik at least 2 scenic train dari satu tempat ke satu tempat lain
– Ada plan nak visit muzium untuk setiap
– Mudah tak perlu beratur untuk beli tiket

Swiss Half Fare Card is better value for money if:
– Kalau trip korang kurang daripada 2 hari atau lebih daripada 15 hari
– Takde plan nak naik scenic train from one place to another
– Takde plan nak masuk muzium banyak kali
– Tak naik sangat pun public transport, jarang-jarang ajeww

 Untuk trip 2015 aku dulu, aku guna Swiss Half Fare je, sebab tak lama di Swiss

Switzerland memang cantik giler. Itu memang susah aku nak nafikan, walaupun mahal dia fuh, tak mampu sel-sel otak nak bersambung kalau nak convert duit dorang, tapi baloi! Bila korang dah sampai sana, terasa macam syurga duniakah ini? Cantik sungguh ciptaan Tuhan Maha Agung. Pergilah kalau korang memang dah lama simpan angan-angan ke sana.

Dengar citer kalau naik kereta lagi cantik view di Swiss, sebab korang boleh lanjut terus ke Italy. Dah dekat dah pun. Buat yang nak naik kereta, korang boleh join trip team Travelkemana yang akan jelajah bumi Swiss dengan budget paling berpatutan. Memang mengancamlah kalau dapat ke Swiss dengan combination train + car (cartrain kah?). Apa-apa pun seat untuk MARCH dah FULL. Tinggal AUGUST sahaja yang available. Jom kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *