Lauterbrunnen, Switzerland Umpama Cinta Sejati

2015, 5 years ago….

“Dalam banyak-banyak destinasi di Europe, memang akan repeat Lauterbrunnen”.

Lauterbrunnen, sebuah tempat yang paling indah pernah aku jejak. Gunung-ganang yang dilitupi salji, perkampungan Switzerland dengan senibina rumah yang unik dan air terjun yang turun dari gunung yang tinggi di Switzerland. Nyaman!

Staubbach Falls – antara air terjun yang menghiasi ‘canton’ Bernese Oberland dan menjadi ikon kepada Lauterbrunnen.

Di situ juga ada sebuah bangsal tempat aku berteduh dari hujan sambil menyaksikan pemandangan air terjun yang mengasyikkan. Tenang. Umpama hidup dalam ‘our world’. Penantian aku untuk melihat sendiri air terjun ini dari segenap sudut memang jadi impian sejak mula melihatnya melalui gambar seorang pengembara dari Switzerland.

Tidak banyak info yang aku peroleh tapi aku gagahkan diri untuk mengembara ke sini bertemankan rasa cinta dan semangat baru. Aku sempat menelusuri kampung-kampung di sini. Sepi. Hanya tawa dan rasa bahagia aja yang memenuhi Lauterbrunnen petang itu.

Rumah-rumah kayu di lereng bukit, bunyi train yang membawa pengembara ke Top of Europe sentiasa menemani pengalaman aku di Lauterbrunnen. Aku juga dapat melihat lembu ‘signature’ dan locengnya serta  biri-biri yang hidup betul-betul di bawah kaki gunung. Aku cemburu. Korang dapat lihat pemandangan umpama surga ini setiap masa. Aku? Kena kumpul segala dana yang ada, barulah dapat sampai. Dengan haiwan pun nak cari gaduh tau.

Lauterbrunnen terlalu indah. Melangkah sahaja ke sini pasti anda rasa seperti pulang ke halaman kampung sendiri. Perasaan rindu yang akan terubat apabila anda lihat pemandangan di kiri dan kanan, yang membuatkan kau terus jatuh cinta.

 

Destinasi umpama lukisan realiti ini sentiasa terbuka untuk sesiapa di atas muka bumi ini. Siap sedia untuk jatuh cinta dengan Lauterbrunnen.

“Lauterbrunnen itu umpama Cinta Sejati, biar terpisah, tapi pasti akan kembali!”

Nukilan Pencinta Lauterbrunnen,
poobritney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *