My Hari Raya stories

Alhamdulillah selepas sebulan  kita berpuasa dan habis sebulan jugak beraya barulah dapat meng-update blog. Percaya atau tidak, rutin harian semakin penuh dengan undangan berbuka puasa, open house, event-event dan juga aktiviti sosial hehe… But  I managed to squeeze my ‘beezee’ time to compose this post. Without any further delay,ayuh layan cerita Raya 2012-ku…

Pagi Raya pertama merupakan sesi wajib untuk bawa my Opah Gangnam ke masjid untuk berjemaah sunat Hari Raya Aidilfitri. Tak tahu kenapa, hati rasa sayu sangat bila lihat suasana di pagi raya especially untuk kiteorg yang xblik kampung nie…

Bukan apa, sedih sebab masih ramai pulak kini memilih untuk beraya kat KL. Kalau dulu, jalan kt KL ni dah macam Tuan Azahar punye, tapi kini ianya dikongsi dgn tuan2 yang lain. Takpelah, nak buat macamane kan
Balik rumah je, juadah raya dah disediakan dan tibalah masa berat badan yg hilang semasa bulan puasa, kini dtg berlari2 ke dalam badan. Sesi menggemukkan badan pun bermula sampailah hari ni.

Rumah pertama yg diserbu adalah rumah mak mertua Kak Yong. Ternyata lauk pauk orang Jawa tetap juara untuk tahun ni. Bukan senang nk dpt lontong zaman2 skrg ni. Hanya org Jawa jelah pon yang boleh buat dgn suksesnya. According to MIL Kak Yong, nak buat lontong ni payah sikit. Tapi bila time makan sedapppp tak ingat nyeee…

On the way balik from Selayang, tetiba nampak Istana Negara kosong… Wow! Impress nya. Selalu ramai je dengan tourists kann. So apa lagi, singgah sebentar untuk beraya di luar pagar… Sakan la we ols bergambar. Yelah bukan senang nak tgk suasana macamni…Siap ada tourist from Italy ambilkan gambar untuk kiteorang

Every year jugak wajib pergi rumah my close friend Aizat. Mama die memang good cook in Kg Sg Mulia, Gombak. And as usual, I’m gonna be the 1st guest. Sorry Aizat, dah drive slow2 pon still sampai awal than the rest.

Untuk tahun ni, office buat Open House raya kat Crowne Plaza Hotel on 7th Sept. Memang terbaiklah! Pilihan tarikh yang bagus sebab ramai yang selalunya buat minggu ke 3 n 4. Dah hujung2 lagi byk open house and kalau boleh tak nak clash ngn event lain. Tapi semua tu takde masalah.

For this year, takhta emcee tetap ditawan. Menghiburkan semua tetamu and make them smile/ laugh are the best part of being among the main key players during the event. Love it and thanks for giving me this opportunity. Im honoured!

Dah kata raya sebulan, jd apa lagi… Open house pun sebulan lah kan. Tapi bukan open house je tau, wedding pon byk lepas raya ni. Not to forget when I was invited to Solehah’s wedding in Sekinchan. The only time to have mini reunion with my ex schoolmates. Best! Since dah malas nak type panjang2, apa kata layan je photos kat bawah nie

In Selayang with Ibu and sisters

Assalammualaikum, saya nak raya boleh?
Pengawal baru
Kepochi-nye lahhhhh kite
Now, we’re ready
Thanks Aizat for this pic
All girls
Me and Aizat
Me and co-emcee
Post-event
xoxo,
S

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *