Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 1

Wah! Akhirnya, sudah selamat sampai dari Phuket and Krabi beberapa hari yang lepas. Jadi mood untuk berblog ni, memang teruja sangat. Al-maklumlah, semua memori pahit dan manis masih fresh lagi dalam ingatan. Inilah masa yang terbaik untuk share story dengan uols semua! Aku rasa, tak perlu kot nak perkenalkan tentang Phuket ni. Mesti semua orang dah tahu ada apa di Phuket kan? Ehem..Ehem..Kaum lelaki pastinya lagi arif pasal Phuket katanyaa…hahaha. Okaylah, get ready untuk baca entry yang penuh dengan suka duka kami di Phuket dan Krabi. Let’s soseh soseh

Asalnya, plan ke Phuket & Krabi ni adalah pergi bertiga bersama dengan kawan terbaiks aku iaitu Min & Fifi. Ala-ala girls trip gitu. Tapi last minute Min terpaksa cancel atas sebab-sebab yg memang tak dapat dielakkan. Jadi, tak kanlah nak pergi berdua je ngn Fifi kan. Dah lah Phuket pulak tu, kalau Fifi tukar pakai costume jadi lady boy, hawuklah aku sorang-sorang kat sana. Jadi, aku pun ajaklah kawan-kawan yg lain untuk join trip ni sekali. Dan 2 bulan before pergi Ain,Arda,Azlina and Diba dapat book tiket ke Phuket and Krabi utk tarikh yg sama tapi pada waktu yang berbeza.


Kenapa Phuket dan Krabi? Since aku pergi Bangkok 2 tahun lepas, memang aku dah jatuh cinta dengan Thailand ni. There’s something about Thailand that makes me feel like I’m on the right track. The people, itself. Always welcome me with a smile on their faces. Oh! Terus terasa macam buat iklan pasal Thailand pulak.Hahahha…Tetapi itulah kebenarannya. I’m in love with everything in Thailand. So, Bangkok and Koh Lipe dah cover, takkanlah Phuket dengan Krabi yang digembar-gemburkan sebagai top places to visit in SouthEast Asia tak pergi kan? Haa…Inilah masa yang sesuai. Cover dua-dua terus.


Bila dah semua setuju dengan itinerary yang aku buat, kiteorang hanya finalize kan apa-apa yang patut 2 days before departure. Terima kasih diucapkan kepada Azlina sebab tukarkan duit aku. Khapkunka babe 🙂 


Hari yang ditunggu-tunggu tiba jugak. Bangun pagi-pagi and bersiap untuk ke airport. Flight aku and Fifi adalah pada pukul 1240pm dan selamat sampai di Phuket pada jam 2pm… And waktu di Phuket and Krabi lewat sejam from Kuala Lumpur.Perjalanan hanya memakan masa selama 1jam 20mins je…dalam flight penuh dengan mat saleh. Dapat jugaklah lelapkan mata walaupun sekejap. Al maklumlah bile cuti panjang ni,preparation suma kene perfect jadinya, tido pon lambtla kan. Then tanggunglah hazab ngantuk dlm flight.



Yay dah nak sampai

Nampak tak view die? Awesome giler

Jom isi form before masuk Thailand

Sampai je di airport, dah set mind, jangan amik apa-apa package even die ckp murah sekalipon. Itu tips yg aku baca before sampai kat sini. Tapi bila keluar je dari perut airport, aku dan Fifi dikerumuni oleh ramai sangat promoter yang try nak persuade kami beli tour package. Tapi, semua itu takkan kami kesah…Sebab dah tahu, semuanya memang mahal. So, kami terus ke kaunter ticket minivan yang terletak di luar airport.Hanya 180BHT sahaja untuk seorang. Untuk mereka yang travel in groupbolehlah ambil airport transfer dengan harga RM70 (Kalau ambil from Absolute Guesthouse lah)… Tapi since kiteorang berdua je yang sampai dulu, jadi amik minivan  jelah

Bila dah beli tiket tu, aku dan Fifi terus tunggu kat kerusi yang disediakan. Macam biasalah, bila dah naik minivan ni, kena tunggu sampai 10 orang baru van boleh jalanTapi van kami ni very the sumbat orang macam sardine. Boleh die masukkan 13 orang dalam 1 van? Agak lemas jugak dengan ‘haruman-haruman’ import dari pelbagai negara uols. Dahlah kiteorang je dari Malaysia, yang lain Caucasians gitu, and you guys boleh imagine kan camne size dorang. Tinggi-tinggi. Bag pon bukan normal size, tapi stock bawak almari sekali naik van ni.


Tiket untuk minivan airport transfer

Inilah dia, van yang boleh memuatkan 13 orang

Semua seat dah penuh, so can jalan


Paling aku sian bile tengok ada sorang perempuan mat saleh ni die terpaksa duk pegang semua bag-bag supaya tak jatuh. Very irresponsible punya driver. Kalau nak kaut untung pon, janganlah sampai abaikan keselamatan penumpang, tak gitu? Dalam 30 minit on the way ke hostel, die stop by dekat kedai tour pulak sebab nak bagitahu hostel mana yang kami dah booked. Dalam otak dah set, ni semua nak ajak kiteorang beli package dengan die lah kan. Semua tips-tips ni ada dalam TripAdvisor. So rajin-rajinlah baca pada mereka yang suka travel gunakan pengangkutan yang murah.

Bila kiteorang masuk je, terus kami dipersilakan untuk duduk di hadapan sorang kakak Thai ni. Die tanya mana hotel kiteorang dudukAku pon cakaplah kami duduk kat Absolute Guesthouse Nanai Road. Before sampai, aku dah email owner guesthouse tanya semua pasal jarak antara guesthouse kiteorang ke Patong Beach and Bangla Road. Katanya hanya dalam 15 minit jalan kaki. Tapi kakak Thai ni boleh pulak die cakap, sejam kalau naik tuk-tuk, hagak-hagakla sejam. Ingat pergi Seremban ke…Ceruk sangat ke guesthouse ni kan.


Baru jalan sikit, dah kena stop untuk dengar cerita Marketing di Phuket

As I waited outside, too bored to handle all this

Mula-mula tu timbul jugak rasa ragu-ragu, tapi slumber cakap kat die, yang kiteorang dah bayar full, nak taknak, I have to ride 1hour tuk-tuk to Patong Beach lah! Ha since dah mati akal, die terus cakap kat driver, hantar dorang terus.Huhu,akhirnya die malas nak layan kiteorang. Hello, ingat muka kiteorang ni, muka senang kena tipu ke? We all dah ready dengan semua ini..Chewah!

Lagi satu, yang tak bestnya pasal minivan ni, die akan turunkan korang kat semua hotel-hotel penumpang lain before sampai ke hotel korang. Dan seperti yang dijangkakan, hotel kiteorang adalah yang paling last! Yelah, mungkin die nak tunjukkan betapa jauhnya hotel kami ni. Bagi aku hotel ni takde lah jauh mana, since kiteorang pun nak murah and accessible. Inilah hotel yang paling murah dan cantik boleh dapat dengan harga RM50/person untuk satu malam. Awesome tak? Yang lain semua mahal sebab kiteorang pergi high-season. Kami book guna booking.com tanpa sebarang bayaran. Kiranya macam pre-booked la.

Akhirnya, setelah berada dalam van selama sejam lebih, sampai jugak di Absolute Guesthouse

Check in hotel and jumpa owner die, mat salleh uols. Then, dia suruh settlekan semua bayaran keeskkan harinya. Then die bawak kiteorang tour the guesthouse and room. Since kiteorang book only 2 rooms for 6 people, we need to pay for extra bed. Time bagitau kat die, die boleh pulak being so sarcastic to me, cakap you didn’t pre-book your extra bed.Kiranya macam susahlah untuk dia sebab tak bagitahu awal-awal. Sempat jugak jawab, I already pre-booked the extra bed on the booking.com. But he said, die takde terimaOkaylah, let’s assume the system not updated my request.

But dia still nak marah-marah, I was like…Diammmmmm boleh tak? Sebab terkejut. Ada jugak mat salleh berperangai macamni. Since macam dah malas nak mengadap muka die, terus cakap, it’s okaylah, I asked my other friends who expected to arrive in Phuket around 10pm, to look for another hostel. Then, terus die cakap, you kena bayar lebih ya…Adoi, memanglah kena bayar kan. Ada pulak semua benda free. Last-last dia cakapokaylah, just tunggu dalam bilik, and dorang akan prepare the extra bed. First time dalam hidup, hotel taknak buat extra bed untuk customer. Bukannya kite suruh build lagi satu hotel dalam masa 24 jam pun kan…Aiyooo!

Naik je bilik, terus mandi and lepak-lepak sambil Whatsapp the girls yang still lagi in Malaysia. Yelah kena update dorang pasal hotel and airport transfer kan. Lepas mandi and makan, terus ajak Fifi explore area Nanai road. Sempat ambil map kat reception, so from map tu jelah yang kami refer jadikan guideline. Oh lupa nak cakap, wifi kat sini laju giler. Terbaik!



View from pool

Owner guesthouse tolong angkatkan bags kami

TV

Ha keles tak, guesthouse pun ada swans kissing

The pool

Turun je dari bilik, kami try jalan untuk ke Patong Beach yang katanya hanya 15 minutes walking distance. Tapi macam takde penghujung aje bila kiteorang jalan. So kiteorang patah balik and jam pun dah pukul  5pm. Tetiba teringat kat dalam itinerary ada tulis yang kiteorang nak tengok sunset kat Phromthep Cape. So apa lagi, sesi tahan Tuk-tuk untuk ke sana lah. Aku ingatkan tuk-tuk dorang sama macam kat Bangkok. Rupanya, salah! Die warna merah bentuk macam lorry. Boleh muat up to 6 pax depends on body size lah. Alhamdulillah, kami muat! Hehehe… 


Bila dapat tahan tuk-tuk tu, kiteorang terus tanya berapa charge untuk ke Phromthep Cape. Dia cakap 1100BHT tapi kami mintak diskaun sikit and dapat 1000BHT for 2 pax. Memang nampak macam mahal kan? Tapi, sebab kiteorang 2 orang je yang dah ade di Phuket, nak tak nak. Kena jugak pergi. Kalau tangguhkan, nanti balik M’sia nyesal! The journey took about 1h 10mins. Jauh gile tau! The end of Phuket katanya


White tuk tuk, but only for display

Dah naik tuk tuk



Nampak tak dagu dah kena pancaran matahari? Itu tandanya dah ade trademark. Cannot tiru

Dalam tuk-tuk tu, kiteorang focus jalan-jalan yang die lalu, sebab nanti plan nak sewa scooter then boleh jalan-jalan dengan diorang once they arrived in Phuket. Dengan cara ni jelah, kiteorang boleh hafal jalan. Kalau duk pandang muka Fifie je, alamatnya, sesat lah kan..heheh…Dalam perjalanan tu, kiteorang lalu beberapa pantai sekitar Phuket termasuklah Patong, Kata, Karon and Rawai. Semuanya ada keistimewaan masing-masing. Depends on your choice. My favorite haruslah Patong, even semak samun, tapi meriah dengan laut membiru die terbaik. Feeling-feeling Miami uols!




Style tak kete ni? Ramai tau mat salleh sewa kete ni

Elephant village

Yes, hampir sampai

Sebenarnya, ada beberapa view point yang korang boleh singgah. Apa yang kiteorang passed by ialah, Karon View Point. Pon cantik jugak. Tapi yang terbaik haruslah Phromthep Cape. Sejam lepas tu, sampailah kami ke destinasi impian katanyaaa…Ingatkan tak sempat nak tengok sunset sebab perjalanan yang sangat jauh kan. Tapi sempat jugaklah kiteorang sampai and round-round tempat tu. Orang kat sana punyelah ramai, dah macam nak tengok Konsert Sure Heboh.  Bagi aku, untuk sesiapa yang nak merasai pengalaman berbeza selain island hopping, better datang sini. Sunset die terbaik ye…kalau buat video, kite boleh nampak matahari tu bergerak. Indah sungguh ciptaan Tuhan 🙂

Signboard di Phromthep Cape

Naik tangga dulu

And finally everything is worth it

Aaaaa I can’t get over this

And this

Cantik kan?

Dapat jugak bergambar even port tu penuh orang


Beautiful

Nak jugak



Nak gambar pre-wedding camni boleh?

Ah-mazing huh?



Me and Fifie




Sunset in Phromthep Cape

Bye bye

At my best pose untuk cover rambut yang dipukul angin

Habis je tengok sunset, kiteorang pon turun ke bawah dan cari tuk-tuk driver yang setia menunggu. Sebelum tu, kiteorang mintak die drop kami kat Bangla Road untuk cari pakej ke Phi Phi Island. Die cakap pakej tu ade kat mana-mana pun. Tak payah gi Bangla Road. Yes memang betul, it just that aku rasa harga mungkin akan lagi murah di Bangla Road since dorang bersaing untuk bagi harga yang terbaik. Tapi hajat tu tak kesampaian bila tuk-tuk kiteorang stop dekat area Karon untuk beli tour package. Even susah betul nak deal dengan person in charge, aku dan Fifie berjaya jugak dapat harga berpatutan iaitu RM85/per person untuk One Day tour. Abis je ber-bargain sakan, kiteorang terus dihantar ke guesthouse untuk relax-relax sambil tunggu teman-teman from KL datang. Gitu statement.



Signboards

Singgah beli Phi Phi Don tour dengan Yus Raja Lawak. Does he looks the same?

Sampai di bilikkiteorang just lepak sambil layan Channel V and internet yang laju gilosApa lagi check in-check in lah kan…Bukan selalu nak retisAround 10pm, bilik kami diketuk and Fifi pun berlari lah dengan excited gegar-gegarnya… Buka je pintu, nampak dah muka dorang. Excited giler lah bila dorang dah sampai kat Phuket. Pass the key to them and baru perasan owner guesthouse ni ada sekali tengah tolong angkatkan barang dorang

Aku memang taknak pandang dah muka die. Elok je dorang bukak pintu, mamat tu sound, *siap-siap translate ni,mana tahu die terbaca* You memang nak I berdiri kat sini sambil angkat barang-barang korang ker? Ha gitulah maksud dia. Wow! Baik dan saksamanya kau melayan customer kan. Terus kiteorang buat muka and cakap sorry kat dia. Judge him if you want 🙂

Lepak dalam bilik sambil dorang berkemas and mandikiteorang terus plan untuk ke Hard Rock Cafe Phuket. Bila semua dah ready untuk berjimba, kami pun tahan Tuk Tuk kaler merah dengan tambang 300BHT/one way. Since kami ramaikiteorang divide 6 orang and hanya 50BHT each jeInilah kebaikan travel ramai-ramai di Phuket.

Tokei cake di hadapan tuk tuk


Lebih kurang 10 minit kemudian, kiteorang pun sampai di hadapan Hard Rock CafeDari luar dah boleh nampak band tengah perform. Wow! Island style gitu kannnn…Since lagu yang dinyanyikan pun alaala rock, kiteorang proceed dulu pergi HRC Shop since kawan-kawan nak shopping merchandises. 

Habis je dorang shopping, elok pulak band kena nyanyi kat indoor stage. So kiteorang pun taknak berlengah lagi, terus cari tempat duduk and order air. Since haritu malam Khamis, lagu-lagu memang banyak berunsurkan Rock. Tapi nak buat macamane kan, layan sajork lah!

Time break, the singers tanya sume orang kat situ, Which country are you from? And kiteorang dengan bangganya jawablah, MALAYSIAAA…Terus dorang nyanyi lagu Malaysia, Truly Asia…Panjang jugak intro lagu untuk Malaysia. Terbaiklah tapinyeee



Hard Rock Cafe Phuket


Since nak simpan energy untuk snorkeling esok, kami pun tak tunggu lama after live band habis around 1am. Tahan Tuk-Tuk and terus balik ke guesthouse. Before that, sempat jugak pergi convenient store untuk beli mineral water. Sampai bilik terus berehat and tido dengan nyenyak…

Convenience store 24 hours


ATM machines sebelah the store


Bersambung lagi

17 thoughts to “Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 1”

  1. Hi…Mz..
    To kill the time, we decided to stay as follows:

    1. Phuket – 1 nite
    2. PP Don – 1 nite
    3. Krabi – 1 nite

    -Selamat x klu kena stay in dorm kongsi dgn org2 len..
    -How much is scooter rental, semua tmpt di ats tu sme hrga x..
    -Klu nk transfer, mane lebih murah.. mtk hotel dealkn or gi cari sendiri..

    Tq.

  2. My replies :

    – Selamat aje if hostel tu mmg okay. Baca dulu review kat Tripadvisor. Bawak padlocks.
    – Most of them memang harga sama je. 200BHT/day
    – Utk transfer, kalau banyak masa, better pergi cari sendiri. If hotel, price die mahal sikitlah. Tapi macam guesthouse kiteorang die mark up 100BHT dari harga yang kiteorang cari sendiri 🙂

  3. Percutian saya dengan kawan2 3 hari 2 malam.Flight KL – Phuket – KL

    Sampai jumaat pukul 9am dan balik Ahad pukul 10 malam.Ada cadangan kawan saya nak tidur semalam di Phuket dan semalam di Krabi.

    Pendapat awak cukup tak masa tu? atau sangat2 limited?sebab tengok jarak nak ke krabi dan kembali ke phuket mcm memakan masa.kalau feri ke krabi ada tak disediakan?

  4. Hi @iz@t,

    For me, nanti u tak sempat nak do all island hopping tau. First, you sampai dh lambat tau dlm 9am, so maybe u can round the town, cari2 pakej for Sabtu. Second, nak check in hotel lagi right. And Sabtu tu, the whole day u akan island hopping. Then, penat! Malam, confirm u nak explore Bangla Road. Esok, Ahad pulak, you mesti nak cri souvenirs, pergi massage ke. Just my 2 cents la.

    If nak jugak ke Krabi, better sampai je Phuket, terus ambil boat or van ke Krabi which makan masa la. Boat you kene naik kat Phi Phi Island -300Bht/person. Tak sure berapa lama…Then duduk Krabi. Ahad, balik la ke Phuket. Round2 jelah. Okay?

  5. Oh hi again…Okay, rasa cam miscomm, ingatkan cakap pasal Krabi. Rupanya pasal Phuket eh? Hehe… Die dkt ngan Nanai Road. Definitely need bike. Kalau takde, agak jauh skit nak berjalan kaki. Owner die mat saleh yang sarcastic, so bear with it. hheheh 🙂

  6. Hai sis..nk tnye dr patong cmne nk g krabi..yg guna mni van 5oo thi bhat 2? Ktne nk cri? Sy bc entry awk yg lg 1 tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *