Dah Nak Raya lah….Jom wish Salam Aidilfitri

Assalammualaikum eberibodi! Jeng..jeng..jeng…setelah hampir sebulan berpuasa, kini tibalah hari yang dinanti iaitu Hari Raya. Mesti ramai yang excited nak beraya tahun nie…Al-maklumlah, pagi raya mestilah nak melaram pakai baju baru. Merelip-relip tak baju raya uols tahun nie? Border lace berapa meter pulak this year? Apa-apa pun, iols punya baju 3 pasang aje…Itulah yang nak kena recycle untuk 30hari raya. Hahaha!

Anyway, bagi aku, tahun nie memang agak busy dalam bulan puasa khususnya. Ini semua disebabkan rezeki melimpah ruah dalam mempromosikan TART GULUNG BLUEBERRY saya. Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka yang sudi order. Tahun depan Insyallah, panjang umur, jangan lupa order lagi hehehe…Itulah aktiviti utama yang menyumbang kepada kemalasan meng-update blog sampaikan orang nun jauh di Amsterdam menanti post Singapore…ehem…ehem..

Baiklah, tak mau panjang lebar di sini. Sempena sambutan Aidilfitri nie, aku nak memohon maaf jika ada terkasar bahasa, ter-sentapkan hati-hati nurani anda, terbahan, tercaruts, terkata atau apa-apa sekali pun yang mampu menaikkan kepanasan hati sesiapa. Aku hanyalah insan biasa yang lahir ke muka bumi ini untuk mengembara dalam merasai nikmat yang diberikan oleh-Nya. Jadi, dikesempatan ini jugak, mohon halalkan makan minum ya…

Kepada yang pulang ke kampung, jangan lupa memandu hati-hati. Ingat tau, OPS SELAMAT dah turunkan had laju kepada 70 and 80km/j (Memang alert sikit dengan had laju semenjak driving di negara strict itu). So attitude tu sila control sikit during Raya festive nie. Untuk orang Kampung Kuala Lumpur macam saya nie, memang tak dapatlah merasa nak pasang pelita and bergambar kat sawah padi. Huwaaaa! Tapi, apa-apa pun, kiteorang try create mood kampung tue kat Kuala Lumpur.

Okay-okay, nak sambung kemas rumah nie. Jemputlah datang rumah. WiFi PERCUMA ada disediakan. KBAI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *