Budget Trip New Zealand : Part 4

Wah pejam celik pejam celik, kiteorang dah pun berada di New Zealand selama 4 hari weyyyyy. Macam tak caya je. Kalau tanya feeling aku that time, haruslah taknak balik. Nak je duduk sini and explore more. Aku yakin, banyak lagi tempat yang confirm vogue de vazzzzz! Bayangkan lah tourist spot pun dah cantik giler, inikan pulak kalau dapat visit favorite local attractions! Perghhh, mau ternganga dibuatnya. Takpe uols, kite pelan-pelan kayuh. Mula-mula jadi tourist, mana tahu nanti Cik Pora jadi resident pulak…. Eh?
 
Hari ke-4 di sini, kami masih disambut dengan drizzle bila pagi menjelma tiba uols. Habis bersiap-siap, kami semua mulakan perjalanan untuk ke destinasi lain iaitu Te Anau. Masa perjalanan ialah : 4 jam (itu ETA dalam WEB). Tapi, kalau uols berhenti-henti, confirm more than that tau. Untuk hari nie, aku memang jaga kaw-kaw Mr. GPS kami supaya jangan ada surprise masuk rumah Opah lain pulak. Tak sanggup dah nak balik kampung New Zealand sekali lagi wey. Cukup-cukuplah kisah semalam.

Tips : Untuk pelbagai info berkenaan road trip in New Zealand, better korang refer to this site – http://www.aatravel.co.nz/roadtrips/ . Ada cerita pasal attractions, accommodations, time and distance calculator dan macam-macam lagi. Good reference!
 
Dari pemerhatian aku, aku suspect, GPS nie akan jadi gile if kiteorang matikan enjin kereta and tak tutup GPS in proper. So, bila die continue searching, die cam menggila sikit. So, apa kiteorang buat untuk elakkan peristiwa balik kampung sebelum Raya, kami tutup dulu GPS, stop segala navigate and tutup enjin. Yihaaaaa! Berkesan hokey. So, no more sesat-sesat in NZ. Barulah jalan kebenaran gitu.
 
Kami berhenti di beberapa tempat untuk topup minyak and toilet break. Pagi tu, kiteorang tak sempat nak breakfast apa pun. Nasiblah ada beli roti and bekalan telur rebus dari Geraldine, so aku pun buatlah Egg Mayo dalam kereta ya. At least, buat alas perut sementara nak sampai Te Anau. Syukurlah, perut takde mintak macam-macam pulak time journey to te Anau tu ha. Kalau tak, mana nak carik Bihun Goreng Paprik wey??


Roti dan Egg Mayo menjadi menu sarapan pagi kami. Prepare ajok dalam kereta!


Set our beloved GPS to Holiday Park Te Anau



Bye bye Dunedin – Bandar berbukit-bukau


Heading to Gore. Oh! 69 km more.

 
Sebelum sampai Te Anau, kami berhenti di satu pekan kecil untuk tukar pilot. Kali nie, buat pertama kalinya, Kak Mas dan Shaz pulak take turn duduk depan untuk drive ke Te Anau. So aku dan Kak Mah dapatlah berehat pulak sambil enjoy view kat luar. Sempat jugak meks tertido sebelum kiteorang sampai ke tempat yang ingin dituju. Penat weyyy.
 
Stop sat naaa…Kita tukaq pilot


View from seat belakang
View dari tingkap kereta pulak. Oh my awesomeness!


On the way ke Te Anau banyak betul pemandangan cantik-mantik


Putih-putih tu sheeps tau


Macam Sound of Music pun ade kan?
 
Jalan kosong? Sometimes, korang akan nampak jalan tenang gini dengan haiwan-haiwan yang mati kene lenyek di tengah jalan. Normally, banyak rabbits, possums dan lain-lain. Nasiblah time kat sana, takde yang buat penampilan ‘istimewa’ kat tengah-tengah jalan. 


Jambatan di New Zealand


Pelangi pagi di sana tu


Baru lepas hujan pulak kat sini
 
But bila masuk daerah lain, berhenti sudah. Terang benderang lagik


Rumah yang comel 


Lihatlah…kami hampir tiba di lokasi idaman. Tapi which one ney?


Semakin dekat semakin lawa kan?
 
Tidak lama kemudian, kami semakin hampir tiba di destinasi yang dinanti-nanti, iaitu Te Anau. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu di Lumsden untuk toilet break. Dalam perjalanan tu, nampak jugak signboard Queenstown. Kiranya, kalau kiteorang nak ke Queenstown, memang kiteorang akan lalu jalan yang sama kami masuk ke Te Anau nie. Kiranya, masuk Te Anau and then keluar balik untuk ke Queenstown. Oh ya, nak bagitahu nie, sebenarnya, kami menggunakan Te Anau nie sebagai one stop destination before heading to 8th wonder in the world, MILFORD SOUND. Sound familiar? Ahaaa, korang kene tunggu next entry nanti ye. Sekarang kite cerita dulu pasal Te Anau.



Amik jalan ke arah Milford Sound tu tau


It’s Lumsden

Sekitar bandar Lumsden


 
Melawat pulak ke playground berdekatan toilet. Nampak this baby nak main boyan
 
Ahaa… yang ni namanya orang tengah nak ber-hitchiking. Kalau buat roadtrip kat NZ, merata korang akan jumpe mereka yang tahan kereta untuk tumpang korang.
 
Teruskan journey ke Te Anau


Yeehaaa! To marvelous view, here we go
 
Sampai di Te Anau, kiteorang cam amaze gile dengan tempat nie. Die ala-ala park yang ade tasik, pokok-pokok besar, taman yang meletops, bukit bukau, itik gembo-gembo dan lain-lain. Kirenya ala-ala golf club lah kalau kat Malaysia nie ha. Tapi yang paling meletop, ini semua natural tau. Dorang hanya perlu make-up sikit-sikit untuk nampak friendly to people.



Our first glance of the lake

 
Dan yang paling aku suka, bila kiteorang sampai je kat Te Anau Top 10 Holiday Park tu, ianya terletak betul-betul di hadapan tasik tu. Ha keles ke tidak? Memang meletop okay! Kalau fefeling nak layan novel cinta Ariana Rose ke, Ombak Rindu ke, ini memang tempat paling perfect untuk korang! Sebab tempat nie romantik gile kalau korang take a stroll along the lake. Untuk aku? Haruslah keluar je kereta terus lari-lari fefeling Rani Mukherjeee wey! Sesuai kalau nak buat video clip hokey.
 
Kami masuk ke perkarangan Top 10 Holiday Park nie untuk process check in motel. Kat sini, kami diberitahu awal-awal yang towel dan blanket akan dikenakan bayaran. Hanya 5NZD per person. Nasiblah kami bawak towel sendiri. So tak nak lah membazir kan? Dan Setiap guest akan dapat 1 hour FREE WiFi. Sempatlah aku menghupdate keluarga khususnya di mana lokasi terkini aku berada. Itu penting!



Main entrance


Reception office. Jom masuk dulu!

Cuaca memang cantik!


Sijil kejayaan holiday park ini


Creative kan?
 
Selesai urusan check in, kami di bawa oleh staff ke motel kami yang terletak betul-betul di hadapan kitchen, laundry and toilet. Yes! Tak payah jalan jauh-jauh. Dah lah cuaca agak sejuk di Te Anau nie compared to tempat lain. So just nice lah location motel kami. Okay, jom, kemas-kemas barang and start tengok apa lah khabar ikan Salmon yang kiteorang beli 2 hari lepas tu? Ahaaa 🙂


Debunga kering menghiasi laman holiday park
 
Antara motel yang ado


Di persekitaran holiday park


Gadis penyusun bag yang tabah 
 
Bilik kami
 
Simple yet clean and comfy


Kitchen betul-betul depan bilik kami
 
Sebelum tue, nak cerita, setiap bilik ada disediakan TV, heater dan jugak peti ais. So barang-barang tak yah sibuk nak campur dengan orang lain. Elok pulak sampai di Te Anau dalam tengahari gitu, so inilah masa yang sesuai untuk main masak-masak. Chef haritu adalah aku+Kak Mah. Untuk hari tersebut, kami akan menyajikan makanan yang paling simple-Grilled Chicken and Telur Goreng selain siap-siap marinate Ikan Salmon tu untuk dinner pulak. Walaweh, ikan tu still okay tau. Tak rosak walau sikit pun. Mesti sebab die bagi dengan ais sekali kan?

Preeesssss PLAY to view our giler-giler moment in the kitchen
 
Habis makan-makan, kami kemas segala barang (basuh and keringkan setiap barang yang korang guna) sebab itu memang peraturan kalau korang guna dapur kat sana. Satu je, even korang malas giler nak kemas or itu bukan rutin kat rumah korang (kot-kot memang amah yang buat keje tu), please jangan malukan negara. Sebab bagi aku, kalau mat saleh yang bukan Islam tu pun boleh jaga kebersihan dan tahu ikut peraturan, takkanlah korang tak boleh kan?
 
Settle segala benda di dapur, kami terus pulang ke bilik untuk bersiap-siap keluar jalan-jalan kat tasik. Matahari memang betul-betul menyuluhkan cahaya ke muka weols. Tapi, angin die sejuk. Good weather. Memang sesuweiii untuk jalan-jalan bersama rakan-rakan. Jadi, tanpa buang masa, kiteorang pun merayau-rayau lah sekitar tasik yang menghadap gunung-ganang canteks tak terkata.


Tenang kan?


Melangkah keluar je dari holiday park, terus nampak lake


*indah*


Berpijak pada batu-bata yang hado semata-mata nak rasa air kat sini
 
Itik sebagai prop tambahan


Terima kasih Kak Mah yang sudi snap candid ini
 
Di bawah pohon cemara, kata Kak Jac…
 
 
Kalau ade dollar lebeh, alangkah bahagianya dapat naik heli tu…


Suka tengok Spaceships ni. Dulu berangan jugak nak roadtrip 2 orang naik benda nie in case tak dapat cari Kak Mas +Shaz. Tapi jodoh kami kuat berempat!


Sebenarnya, di Te Anau sendiri, ada je aktiviti yang korang boleh buat. Contohnya, go for scenic flights, glow worms, tengok bintang dan macam-macam lagi. Tapi, aku prefer lepak-lepak, ambil gambar dan tengok telatah manusia kat sini. Itu lagi priceless. Kami teruskan perjalanan menuju ke kawasan kedai yang ada kat sini. Pekan die tak besar mana, tapi still ada 3 pam minyak, pasaraya Fresh Choice and cinema. Quite okay lah kan?



Good weather

Berjalan menelusuri bandar Te Anau


Order meh!


Bersama anak-anak New Zealand


Autumn tree



My choice!


Kalau nak survey tanah untuk dijual, silalah baca kat sini. Ingat janji kite Kak Mah?


Restoran Chinese


Kedai-kedai yang tidak tinggi pun


Jumpa kawan di tepi jalan. Itulah activity catch up mereka


Jalan-jalan Te Anau


Parking kat town mesti full
Teruskan berjalan then masuk satu-satu kedai yang ada


Petang yang agak terang kan?


Real journeys if you wish to go Milford via coach in Te Anau


Uncle ni berjalan tepi tasik


Kuda pun hado
 
Uncle kuda ni usik Kak Mah
 
Aku dan yang lain ade singgah-singgah few kedai especially untuk beli postcard, souvenirs, fruits and Whittakers Chocolate. Coklat tu memang sedap tau. Especially Almond punya, fuh! Almond bersepah kot. Harga kat situ quite murah jugakla. Itu yang aku and Kak Mah memborong sakan. On the way balik ke motel, kami singgah kat satu kedai souvenirs kat area pekan tu. Pilih-pilih punya pilih, time bayar kat cashier, die tegur, eh orang Malaysia ke?
 
Aah aje lah jawapan weols. Rupanya yang ku sangkakan kedai makcik Mainland tu bukan ye. Dorang ni orang Sabah yang dah duduk almost 22 years in new Zealand. Migrate terus. Wah! Bestnyaaaaa… Then bukak kedai souvenirs pulak tu kat sini. Memang berjaya la jugak kan. Aku memang suka tau tengok orang Malaysia berjaya kat negara luar. Bukan senang bagi aku untuk bangkit duduk di negara orang. Only yang kental hati ajok boleh. SALUTE!
 
Habis urusan di pekan, kami terus pulang semula ke holiday park. Sekali lagi kami singgah kat tasik tu untuk layan sunset yang awesome di sebalik gunung ganang yang meletops! Subhanallah, cantik tak terkata. Seriously bila berada dalam suasana macamnie, makin sayu dan touching pulak dengan New Zealand nie. Bukan lah touching sentap-sentap tu uols. Tapi die seakan buatkan kite semakin rasa berat nak meninggalkan bumi New Zealand yang damai nie. Awak ni kan NZ…Tengok dah tangkap syahdu tau!
 
My favorite sunset. Superb!



Different picture with different editing

Nak syahdu sangat pun tak boleh jugak. Aktiviti malam nie nak masak-masak sekali lagi untuk dinner. Nampaknya, kitchen dah hampir full. Kalau nak guna barang-barang dapur haruslah kite tunggu giliran ye. Kami terus ke dapur untuk makan malam sejurus lauk pauk siap dimasak. Sementara tunggu Kak Mas memasak, aku dan Shima drive ke pekan untuk isi minyak kasi full punya. Kami jarang tinggalkan minyak sampai ‘E’. Selalunya half je, confirm topup terus. Tak berani nak amik risiko uols.
 
Tips : Untuk ke Milford Sound, eloklah kalau korang isi minyak siap-siap kasi full terus. Ini adalah kerana, on the way ke sana, memang aku tak nampak pun station minyak. So a bit risky kalau tak topup minyak.
 
Malam tu, habis je dinner, kami terus pulang ke bilik untuk kemas barang-barang especially nak susun coklat yang kami borong di Dunedin. Even bonnet tu confirm-confirm boleh sumbat 2 orang Mat Saleh yang sesekali kami nampak ber-hitchhiking, namun bila tengok bag-bag kiteorang. Aku terus cam rasa, lupakan sajokkkk! PENUH GILERRRR. Tak pernah pon kosong tau. That’s why kiteorang kene bijak dalam setting bag-bag ni kan? But tetap epic fail!
 
Malam di Te Anau memang sejuk giler! Padahal heater dah letak temperature yang maksimum kot. Kesudahannya, kiteorang tido pun tak berapa nak lena duk melayan kesejukkan yang menggila. Menyesal pulak nak berjimat sakan, tak nak bayar ajok 5NZD untuk blanket. Terpaksalah, tido pakai 2-3 lapis uols. Lemas meks!
 
Esok kiteorang harus bangun paling awal untuk bertolak ke Milford Sound. Perjalanan yang jauh memang takde hal bagi kiteorang yang sudah seakan tegar dengan jarak yang jauh. Temanya dah separuh maps South Island duk jalan ni ha. Tapi yang merisaukan kiteorang adalah rata-rata mereka yang pernah drive ke sini seolah-olah tak suggest untuk drive sendiri ke sini. Especially kaum wanita. Okay itu mek tak paham. Katanya, jalan agak curam, corner baring semua adooo, licin sokmo. Gerun tak? Okay, mampukah kiteorang mengharungi jalan yang buatkan kiteorang pikir banyak kali untuk drive sendiri or ikut je tour coach? Ahaaaaa, itu semua menanti anda dalam next entry. Chow chin chow!

3 thoughts to “Budget Trip New Zealand : Part 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *