KANSAI Trip : Budget ke Osaka – Kyoto Part 1

#triptertunggak macam #biltertunggak
Pohon ampun maap buat semua yang memang ada menanti post ke Japan aku pada October lepas. Apa-apa pun, marilah aku sajikan entry tentang negara yang tidak pernah menjadi negara idaman tetapi selepas aku balik, aku sanggup pi carik tiket murah. Semuanya sebab aku dah jatuh cinta dengan JAPAANNNN! Okay, toksah intro panjang-panjang, mari kiteeeee ke Jepun jom!

Kami depart dari KLIA2 pada tengah malam 21 Oktober 2014. Flight dari KL ke Osaka Japan memang menduga. Temanya, kami siap-siap book quiet zone sebab nak tido lena dalam flight. Namun, semuanya punah. Sesekali kami merasakan air drop yang memang tak dapat aku bendung dengan perasaan takut. Nasiblah ada teman yang boleh dibuat peluk – Kak Zee. Kalau tak, terpaksa dituduh meraba abang Korean sebelah, taknak tauuuuu! Okay untuk trip kali ni, kami pergi berempat – aku, Kak Zee, Shamin and Ezan. 4 gegadis, mengembara ke bumi Doraemon untuk mencari Nobita dan dengan yakinnya – kami namakan trip ini – #ShizukaTrip. Hado?


Namun, #ShizukaTrip tidak keseorangan kerana kami terserempak dengan kawan Norzee yang turut berada dalam flight yang sama dengan kami. Pergi balik pun sama okay. So, lagi meriah lah trip kami dengan kehadiran mereka berdua. Turun sahaja di Kansai Airport, kami teruja dah. Tengok airport atas air uols. Pagi tu, kami tiba sekitar 8.30am dan disambut hujan renyai-renyai serta abang ketot-ketot yang kerja duk bagi arahan untuk kapal terbang. Nobita pertama nampaknya. Okbai!


Kami menuju ke airport untuk urusan imigresen yang sangat pantas. Dorang sangat sistematik even nampak strict. Bagi aku, tak se-strict Aussie. Mereka friendly even kekadang tu serious sedikit. Settle segala urusan di imigresen, terus duk carik counter tiket untuk beli segala pass yang ado. Okay, before that, aku memang nak confess. Aku rinsek teruk bile tengok pelbagai jenis tiket yang ado.


JR pass, Wide pass, Osaka pass, macam-macam pass yang aku takkan pernah PASS. Sememangnya satu je nasihat aku tentang pass segala ni, korang kene rangka dulu destinasi idaman then baru decide. Korang jangan duk kelam kabut sangat. Aku paham perasaan korang yang baru nak pergi, try nak paham sangat pass mana yang sesuwaiii ni? Study macam-macam tapi tak jugak paham. Aku memang paham! Sebab aku lalui semua itu sudah. Ha, macam Kak Long kawasan ke tidak?


Kami menuju ke airport untuk urusan imigresen yang sangat pantas. Dorang sangat sistematik even nampak strict. Bagi aku, tak se-strict Aussie. Mereka friendly even kekadang tu serious sedikit. Settle segala urusan di imigresen, terus duk carik counter tiket untuk beli segala pass yang ado. Okay, before that, aku memang nak confess. Aku rinsek teruk bile tengok pelbagai jenis tiket/ pass yang ado. JR pass (RM900+++ kawwww), Wide pass, Osaka pass, macam-macam pass yang aku takkan pernah PASS. Sememangnya satu je nasihat aku tentang pass segala ni, korang kene rangka dulu destinasi idaman then baru decide. Nak pergi mana, nak ke mana? And lepas tu korang jangan duk kelam kabut sangat. Aku paham perasaan korang yang baru nak pergi tapi tak jugak paham. Sepppppp sikit, kita sama!


So, pass apakah yang paling sesuai untuk trip kami ini? Setelah mengamati itineray yang aku sediakan dalam masa yang agak singkat, aku decide untuk beli sahaja ICOCA (macam Touch n’ Go- aku gunakan pass ni everywhere aku pergi, as long as within Kansai area), Osaka Amazing Pass (1 day pass) dan Kyoto Bus Pass (1 day jugak). Untuk ICOCA tu, aku beli round trip sekali masuk dengan airport trasfer pergi dan balik (tapi akhirnya tak guna pun airport transfer tu uols, sedehhhhh! (Nanti aku cerita). 


Tips : Please refer link sini untuk maklumat lanjut – https://www.westjr.co.jp/global/en/ .Time nak beli ICOCA pass, sila tunjukkan passport and simpanlah pass ini umpama nyawa ketiga selepas passport apabila berada di sana. Sekiranya hilang, memang tiada gantinya. 1 passport, 1 kad sahaja. Elok if korang ade card holder bagi memudahkan urusan. Untuk Osaka Amazing Pass pulak, memang kami beli siap-siap di airport, senang cerita. Kyoto Bus tu sebenarnya kami guna 2-3 kali sajok. Memang cukup-cukup tambang die dengan harga pass yang kami beli. Dats why aku cakap, paling penting itinerary dan route plan korang. Ngerti?

 

Aku mintak ICOCA Hello Kitty and korang akan dapat lagi satu tiket untuk HARUKA Express
 
So in total inilah pass-es yang kami dapatkan sepanjang buat Kansai trip
 

Selepas habis urusan di tingkat 2, kene keluar sedikit dari airport, kami terus ke tingkat 1 untuk misi mencari Udon Halal. Temanya, takde lah lapar sangat cuma nak isi sedikit perut dengan makanan Halal di Osaka- Sanuki. Buat syarat untuk alas perut. Lepak sebentar di kedai Halal then terus ambil train untuk ke Kyoto. Jadi, hari pertama di Jepun, kami mulakan dengan Kyoto. Jarak dari Osaka ke Kyoto adalah dalam 2 jam. Sebelum naik train, terserempak lagi dengan orang Malaysia di station. Borak punya borak, dieorang ada member yang stay kat Osaka. So, kawan dorang yang akan bawak mereka ni jalan-jalan. Itu memang syok tauuu!


Hai baby, nak gerak pulang ke Malaysia ke? Hati-hati tau 🙂

Sampai di airport Kansai


Terus ke tingkat atas untuk beli segala pass
 
Sanuki, mudah untuk dicari. Tanya sahaja pada information counter if ragu-ragu


Certified by Malaysia Halal okay 🙂
 
Suasana dalam kedai


My first vending machines in Kansai. Don’t worry korang akan jumpa everywhere


Toksah pening-pening nak pikir, buat meeting segala untuk trip berjalan-jalan. Hanya bawak duit dan badan sajok. Semuanya diuruskan. Tapi, aku takde lah nak pun style gitu. Kalau aku diberi peluang, aku nak jadi yang tukang bawak orang jalan-jalan tu. Kalau satu hari aku bermastautin kat Jepun, then bila ada sedara- sedari Malaysia datang, akan aku plankan itinerary dorang letop-letops, reasonable itu pasti. Toksah berbelanja over-over, yang penting trip tu, semuanya mampu milik – seperti saranan kerajaan. Kau mampu?


Mereka yang sudi ber-trip dengan hamba


HARUKA airport express – Ingat tau!
 
Tunggu di platform 4 untuk ke Kyoto

Dalam duk berangan tu, akhirnya train yang aku nantikan tiba jugak di depan mata. Beratur itu harus ye. Tak nak malukan negara di mata masyarakat luar please. Namun, korang tak leh la masuk terus dalam train. Akan ada cleaner yang datang untuk check sampah sarap. Yang aku cam nganga sikit bila tukang cuci itu adalah budak-budak muda yang bekerja kutip sampah. Walaopon kerja tak-seglamer mana, namun, kita sendiri yang boleh jadikan itu glamer dengan gaya kitewww dan kening kitewwww… Kenapa aku cakap pasal kening ni? Okay, sepanjang aku kat sana, aku memang perhatikan je kening kaum lelaki Jepun ni, dorang macam cukur sedikit kasi ada shape halus halus. 


Mungkin ini gaya mereka. Toksah rinsek sangat Kak Pora. Kalau di Jepun kita ada lelaki kening halus, di Malaysia, kita ada lelaki bermisai pintal. So sama sahaja konsepnyaaaa bulu jugak kan? Okay, tutup topik bulu hahaha! 


Kami dibenarkan untuk menaiki train selepas papan tanda dialihkan. Letak bag di baggage location dan terus amik seat yang paling depan. Senang nak keluar (non-reservation seat). Duduk then tengok kiri kanan. Kekadang aku tertido. Kekadang aku dikejutkan dengan bunyi budak merengek. Aku tetap nak tido sebab ngantuk sangat. 


Arrival of train to Kyoto


Sila tunggu dulu, abang kening nak check kebersihan before anda semua masuk hokey
 
Journey kami dari Kansai Airport ke Kyoto


Laju dan pantas


Pemandangan di luar sana


Kami selesa di dalam train
 
Perjalanan takde lah jauh mana. Cuma, feeling bila nak ke sesuatu tempat baru tu buatkan aku rasa bersalah nak tido. So, apa aku buat, tido then bangun. Sampailah train tiba di hentian terakhir, semua orang turun. Kami pun turun. Bila dah turun baru tanya, ni Kyoto ke? Nampak tak budaya ikut orang tu tak pernah ubah?


Bila ditatap map yang diberikan tu, memang ada tengok yang Kyoto adalah station terakhir. So, bila train stop lama tu, maksudnya, memang ni last station lah temanya…Kami turun dan terus mencari jalan keluar. Okay, this part a lil bit tricky. Kami perlu bukak map yang di-print untuk ke Kyoto Ryokan Guesthouse. Bila tengok jam, bilik dah siap ni untuk letak barang. Okay, sekarang, mari kita mulakan pengembaraan mencari Kyoto Ryokan Guesthouse.


Kyoto, saya dah sampai
 
Hey hey, Kyoto station 
 
Architecture – Kyoto Station – unik
 
Besar jugak station ini
 
Kyoto Tower
 

Bukak je map, aku kene carik station bus. Okay nampak dah station bus. Then kene belok kanan, jalan ke arah Karasuma. Okay, dari station bus, Karasuma lah kite…Tapi, station bus tu tengah-tengah. So belah Karasuma tu, agak luas yeeee. Oh Karasuma, kau memang menguji aku dan rakan-rakan. Dah la mereka bawak peti ais besar punye….Memang tak terdaya kalau nak sesat nie. Dan tiba-tiba, datanglah Nobita yang berbaju biru sambil memegang Starbucks muncul di hadapan aku, seolah-olah mendengar rintihan kalbu aku. Setelah bertanya, die pun krik-krik English. Die cuba carik dalam smartphone die. Jumpa. Cuma susah die nak explain. Okay takpe, kita usaha jugak sampai die paham. Die mesti tahu punya. 

Kekanak sekolah


Berjalan ke station bus di luar Kyoto Station


Dan die memang tahu, cuma payah gile die nak keluarkan ayat-ayat mat saleh dari bibir die. Alahai, camne ni Bita? Shizu tak sempat habis belajar bahasa Jepun before datang sini. Nak tak nak, kene jugak Bita tolong Shizu sampai paham. Dek kerana kami pun memang muka sadis je, die terus offer diri untuk bawa kami ke Kyoto Ryokan tersebut. I show you. Syukur. Akhirnya ada yang sudi untuk membantu kami yang dalam kesesatan di bandar Kyoto. 


Awakkkk kat mana? Maksud saya, kat mana guesthouse saya? *krik krik*


Inilah die abang Nobita yang sangat baik membantu kami supaya tidak bersesat-sesat
 
Tips : Untuk ke Ryokan Kyoto Guesthouse,here is directions –  If you arrive at Kyoto Station by train, please use Central Gate (not Shinkansen Central Gate. If you arrive by Shinkansen, go through the Shinkansen Central Transfer and you will see signs directing you to the Central Gate).You will see the Kyoto Tower in front of you. Boleh visit website : http://www.capsule-ryokan-kyoto.com/en/pages/access.html (Tapi aku book pakai Booking.com sajok)
 
Buat panduan anda semua
 
Tips : Kat sini tak boleh masak beriya, cuma ada microwave yang boleh buat masak Maggie ada telur. Kalau korang lapar sangat takpe, korang try je gi LOTUS tu, merata ada. Kat area hostel kami memang ada. Kalau tak, try tengok kat Kyoto station. 7E pun boleh. Die punyi sushi, memang gebu-gebu. Bolehlah buat alas perut.
 

Kami hanya mengikut sahaja gerak langkah beliau. Ada jugak sesekali aku bersembang ramah tamah tapi senyuman aje yang die balas. Mungkin tak berapa nak paham kan. Takpe, walaupun kita macam kucing dan anjing (chop, saya kucing), saya tetap bercakap jugak untuk tidak nampak awkward. Akhirnya selepas hampir 10minit duk sorong tolak tarik bag peti ais kami, sampai jugak di hadapan guesthouse kami. Terima kasih kami ucapkan kepada Nobita yang sudi membantu kami beramai-ramai. Nampaknya, betul kata orang Malaysia yang pernah ke Jepun, mereka ini sangatlah friendly dan suka membantu orang. Kudosss!

Sekitar pemandangan Kyoto


Norzi melintas


2 beradik bersama peti ais kene tunggu turn melintas until traffic light merah


Our favorite convenient store yang memang tersangat convenient


Selepas urusan check in dan membersihkan diri, kami bergerak keluar dari bangunan guesthouse. Hujan membasahi bumi nampaknya. Nasiblah ada payung transperant yang disediakan untuk para tetamu. Pinjam 6pcs dan terus bergerak menuju ke Kyoto station. 


Yeehaaaa! Sampai sudah di Ryokan Guesthouse


Complete info untuk guest. Salute!
 
Ryokan style for us!


Hujan. Mari berpayung


Wet wet wet day in Kyoto


Kat Japan, please tengok basikal dorang. Old-school tapi tip top. Terasa macam nak ada sebijik. Then guna untuk travel satu kampong. Mampu?


Santet mu?


Dak dak payung Jepang


Mak dan anak. Payung senget sikit untuk lindung si anak dari hujan


Kyoto city. All-time-fav


Tetap dengan pakaian tradisional mereka
 
Hujan masih turun


Masuk ke station Kyoto semula
 
Destinasi seterusnya ialah Fushimi Inari Shrine. Ada apa dengan Fushimi Inari Shrine? Tiang jingga banyak-banyak, cantik untuk buat photoshoot. Itu sahaja pemahaman aku, budak suke travel je. Tapi untuk jawapan budak pandai yang buat research before pergi pulak ialah – tempat agama dorang yang sangat bersejarah. Di sini, keunikkan nya ialah pada Torri gates yang berlambak giler. Okay sekian!


Dari Kyoto station, sila ke platform 31-33 dan lihat waktu departure setiap train. Kami hanya guna ICOCA card sajok. Touch N Go


Read this before masuk train. Sekali baca sudah. Lama-lama dah boleh feeling Japanese
 
Train di sebelah sana sudah tiba


Ours – Platform no.10


Ado yang paham?


Train ini jugak akan ke Nara


Kami masuk dulu…Kosong sahaja

 

Tadaaaa…Sekejap je dah full
 
Sampai di JR line Fushimi Inari


My favorite thing when I travel – Posto posto
 
Oh kami disambut oleh pintu gerbang merah


Full shot


Walk to the shrine


Left side view


Gloomy day masa kami tiba di sini


The view from top


Sumpah tak paham tiang ni. But I believe ni sangkut paut fahaman agama theyols
 
Map menuju puncak


Batu tertulis


Aku ingatkan nie souvenirs yang orang sangkut bagi free. Rupanya tidak. Upacara sembahyang dorang


Shrine mereka


Papan bertulis. Seni mereka


2015 calendar if you interested
 
Walk walk walk


Jangan kacau aku boleh tak Pora? 


Pintalan kertas. Tetap seni


Mari kita masuk ke bahagian yang penting

 

Yeehaaa….Tempat favorite photographer


Dikelilingi hutan belantara
Susah sebenarnya nak dapat shot takda orang tau. Sebab merata orang merayap dalam nie


Close-up tulisan yang ada


Ini pun digantung seakan souvenirs. Siap boleh lukis macam-macam siot!


Macam lollipop


Cannot imagine if malam hari


Terimalah Fushimi Inari


Sewaktu ketibaan kami di situ, hujan masih lagi rintik-rintik. Tapi, tempat ni lagi syahdu bila hujan turun rintis-rintis gini. Terasa cam sayuuuu nooo perasaan. Aku teruskan berjalan sambil mengambil gambar di setiap sudut yang ada. Unik tapi lepas satu round cukup dah. Kami nak jalan tempat lain pulak. So, cari train station terdekat (bukan train JR tadi, tapi kami perlu berjalan menuju ke station KiyomizuderaTemple untuk ke Tenryuji Temple). Berhenti di station Tenryuji Temple, kami keluar dan hari masih lagi hujan.


Berjalan menuju ke station 


Love when I can walk with locals


Berjalan dari Fushimi Inari ke station Kiyomizudera untuk ke Tenryuji Temple


Redah turun naik bukit, then sampailah kami sebelum hari gelap. Di sini, memang cantik sebab orang ramai giler. Mungkin ada school trip. Ada yang berpakaian kimono, ada yang pakai baju sekolah, semua lengkap. Kekadang tu, bila nampak lelaki yang berusia pakai kot bagai, kami panggil CEO. Tapi CEO rendah diri sebab dorang naik train. CEO kiter? Okay, takmau cakap. Lu pikirlah sendiri.


Selepas beredar dari sini, kami pun bergegas menuju ke Gion pulak. Menurut kata beberapa orang yang pertama, Gion ni jauh. Ada pulak yang kami tanya, kata dekat je. Ada pulak yang cakap itu lah, inilah. Sampaikan aku rasa boleh listkan beberapa ‘orang cakap’ :


Cakap 1 – Jalan ke bawah 10 minit

Cakap 2 – Jalan ke kanan 
Cakap 3 – Naik bas kat bawah 20 minit
Cakap 4 – Naik taxi (bila tahan taxi, pakcik cakap dekat je)
Cakap 5 – 5 minit

Disebabkan percaya pada 5 minit itulah, kami jalan kaki dan meredah jugak 5 minit itu. Sememangnya, 5 minit dorang adalah berbeza dengan 5 minit kite. Jauh giler tau. Tapi nasiblah hujan rintis dan cuaca sejuk membuatkan kami tak penat. Susah nak cakap, bila kami sendiri tak tahu ke mana hala tuju kami. Communication barrier merupakan satu masalah kepada kami. Namun, sebagai wanita tabah, putus asa itu tak boleh ado. Yang perlu ado, adalah kecekalan dalam menghadapi onak duri ranjau segala. Phui la Pora, beriya pulak tulis novel.


 


Kalau time zaman aku sekolah dulu ada bag gitu, paling trend-setter habis kat Sg Gadut nie


Lorong pon bersih weyyy
 
Another lorong in Japan. Tetap terpelihara
 
TIKAM. Budak-budak 90an confirm tahu benda ni. Semangat kumpul coins nak main tikam.
 
CEO depan saya jalan kaki sajok


Sibuk 


Translate this for me
And we arrived in next destination


This place is fantastic. Hujan. Tetap cantik


Everyone is under UMBERELLAAAAA
 
Shamin and Ezan with their PEACE yawwww


Lagi nak malam, lagi menawan tempat ni


Nak? Please try green tea ice cream in Japan. Sumpah addicted. 


Budak rombongan sekolah semangat beli souvenirs


Hello Kitty shop
 
Kak Yuna hokey!


Nampak je taxi nie old-school tapi pintu automatik bukak. Impress


Dulu time kecik aku selalu ingat budak-budak area rumah aku je suka gigit kuku. Sebab ibu paling marah. Kataya cam budak comot. Rupanya, kat Jepun pon, ada gak budak ber-habitkan gigit kuku


Sampai sahaja di Gion kami semua macam waaaaaaaa! Santeknya malam di Gion nie? Penuh lampu sana sini. Tapi tujuan datang bukan nak tengok lampu. Nak tengok Geisha okay! Tapi kiteorang sampai pun dah malam, walaupun Giesha tu putih bedak gomak, tapi susah betul nak tengok dorang ni. Lari berdesup. Ada sekali tu, time geng-geng dah pancit kesepian di tepi kedai, aku dan Ezan berlari duk kejar Geisha. Aku lari tau…Yang Geisha pakai trompah tau.. Tapi still tak dapat jugak nak tangkap dorang. Tangkap kawwwww, ingat ayam ke apa? Persis mak ayam sungguh ayat.


Temanya, duduk Gion pun tak lama. Lepak-lepak then terus carik taxi untuk pulang ke Kyoto station. Harga tak mahal sangat. Sebab kami bertiga. So tong-tong sajok. Pintu taxi automatic bukak. Rasa macam jakun. Takpe, first time memang gitu. Bukan selalu pun aku naik taxi kan? Tapi jangan lah pulak korang duk betul-betul kat depan pintu belakang tu…Kang terbukak, dihentam pulak badan korang dengan pintu itu.


Malam di Gion *penat sudah time ni*


Kemas. Itu je yang aku dapat gambarkan. 
 
Night in Gion. Kemakah kite?


Restaurant kat Gion semua macam zaman dolu-dolu. Tapi cer check harga sekali? Ahaaaa. Sedak kocek


Cantik ke tidak?
 
Penat sungguh aku duk kejar 2 Geisha nie. Sumpah laju gile catwalk pakai terompah


This lady is superb. She helped a lot of tourist by giving directions. She even has stack of small notes that she bring everywhere (I guess), tear it for tourist and ensure they back safely in Kyoto Station. In English for sure. And she did it as a volunteer. How lovely kan?
 
Taxi yang membawa kami ber-6 ke Kyoto Station


Sampai di Kyoto station, kami terus pulang ke bilik. Sempat jugak singgah di Lotus untuk beli apa-apa yang patut dibuat makan time dinner. Air toksah risau. Merata adaaaaaa vending machine. Semuanya terbaik dari ladang. Hanya 110YEN sajok. Wajib try yeee… Malam tue, kami tido awal. Mungkin penat dalam flight tak abis lagi. Itu memang biasa kan? Disebabkan nak sangat tido berkonsepkan JAPANESE, so mari kiteeeeee, bentang toto, tido ramai-ramai. Suka konsep tido (Ryokan) secara jemaah nie. Terasa rapat sangat antara satu sama lain. Ukhwah!


Must go in Kyoto. Please pergi sini. Seriously best gile. Semua barang berkualiti teruks!


Presentation in food dorang memang win. Terlioqq weeyyy.

 

11 thoughts to “KANSAI Trip : Budget ke Osaka – Kyoto Part 1”

  1. Thanks thanks. Very la informative and detail about your experience in Kyoto. Wondering about phone line and connection Kat sane? What is the best arrangement would you recommend?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *