Los Angeles, aku datang!

SYUKUR ALHAMDULILLAH! Itu sahaja yang mampu aku panjatkan ketika ini kerana dengan limpah kurnianya, aku berjaya memenangi contest untuk ke Los Angeles menyaksikan Premiere Fast and Furious 7! *phewww, kalau sekali lafaz memang mengah tau*

Anyway, tak tahu camane nak gambarkan perasaan bila kau tak pernah berangan nak ke Los Angeles, tapi sekarang ni semuanyaaaa dah jadi depan mata yang kau akan fly ke sana dalam masa yang sangat terdekat. Memang gosok mata, tepok pipi and lari utara selatan pun macam tak percaya weyyy. Inilah yang aku namakan hikmah dari Allah. Syukur 🙂

For me, whatever happened in the past has made me step out of my comfort zone. And now, I quit my job just for the sake of being happy. I can’t believe that I have taken such a risky action (for most of mak-mak, dorang akan cakap macamtu tau). Even, time aku nak hantar resignation letter tu pun, aku macam tak percaya yang aku berhenti untuk travel dalam jangka masa yang lama.

Aku hanya merancang, tetapi rancangan Allah jauh lebih baik dan indah dari rancangan hamba-Mu ini. Pada 15.3.15 (tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila), aku memandu ke Media Prima seorang diri untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O. Sengaja aku pergi sorang diri sebab kalau boleh aku nak lalui benda nie sorang-sorang sajok. Aku taknak nervous tu #mercik kat orang lain jugak (padahal kat rumah, family and kawan-kawan yang tahu pasal nie, semua dah macam pesta Songkran duk neves).

Sebenarnya, before hari penentu, aku, Shamin dan Norzi telah pun hantar video parodi kiteorang bersama-sama dengan gambar kreatif posing meletop lompat katak bagai. Alhamdulillah video kami terpilih dan sebab tu aku kene bertanding bersama lagi 3 orang finalists secara LIVE dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. 

Kalau kau tanya aku, apa perasaan malam tu, memang aku tak boleh tido tau. Seriously rasa cam nak masuk Miss World cawangan Sungai Koyan. Mana taknya, ada soklan quiz bagai yang aku kene jawab. Memang krik-krik je nak prepare tau. Untunglah aku sentiasa ada rakan-rakan dan kaum keluarga yang sentiasa mendoakan serta bagi sokongan tanpa henti, terima kasih babies semua.

Dalam pukul 9.40am, semua finalists dan host dikehendaki bersiap-sedia untuk sesi soal jawab. Kalau nak jawab soalan, korang kene angkat bendera dan jawab dengan betul. Ade soalan yang aku boleh jawab, ada yang separuh boleh dan ade yang aku hentam sajok. Selepas dorang kire-kire markah semua, aku dan lagi sorang finalist nampak seri dengan 4 sama. Aiyoooooo! 

Nak tak nak, kami dibawa ke depan sedikit untuk pusingan penentuan. Kiranya, soalan last ni sapa yang dapat jawab memang confirm terus boleh pack barang ke Los Angeles. Gitchewww! Dan soalan yang last itu adalah :

Siapakah nama anak kepada Brian O’Conner dan Mia O’Conner…? 

Even Faizal Ismail tak sempat nak habiskan full name Mia tu, aku terus angkat bendera sebab yang ini memang confirm aku tahu… Bila aku jawab , Jack O’Conner…. Faizal terus bagitahu yang jawapan tu betul dan dengan ini pemenang untuk ke Los Angeles adalah : SAPOOORAAAA

Time tu, jujurnya aku control habis sebab die live kan. Kalau recording sajok, memang aku berlari dari pintu depan tu sampai ke pondok pak guard Media Prima tau, siap bawak bendera tu. Sapa tak happy dapat tiket gi Los Angeles, duduk hotel 5 bintang and….jumpa dengan semua pelakon Fast & Furious 7? Memang meriah habisssss! Happyyyy teroks!

Okay lah, untuk next entry aku akan ceritakan tentang cara-cara nak buat visa ke USA. Al-maklumlah, Los Angeles ni letaknya kat negara Amereeekaaaa…So, korang kene jugaklah buat visa yang mahal berabok-rabok tu. Tapi, kalau lulus boleh la travel gi USA selama 10 tahun sebab visa tu valid selama 10 tahun uols. Mampu ke tidak?

Apa-apa pun, untuk trip ke Los Angeles ini, aku memang akan buat laporan #liveupdate lagi untuk semua yang setia membaca blog poobritney ini. Insyallah, segala tips akan aku kongsikan kerana bagi aku, kemenangan ini adalah untuk anda semua jugak *wah ayat acing2 menang award kan* Yuk, kite sambung next entry okay, stay tuned!

Di suatu pagi Ahad (a week before 15 March), aku tengok benda alah ni ditayangkan dalam TV. Terus nak buat parodi. 
 
If only Paul Walker is still here 🙁


Sabo posing sendiri namanyaaaaa – tidak bersedia katanyaaa

 

Nak jugak duduk, orang ‘unik’ memang gini gamaknyaaaa

 

Aku punya kereta haruslah yang pink tu tau… Gegirl sangat rasanya!
 
Sejurus menang, pun tak sempat posing herlok sikit. Bibir ikan kaloi je mampu

 

Special notes to : 
Nasi Lemak Kopi O
TV9
United International Pictures
Family Cik Pora + rakan-rakan
Shamin and family for the kind support/ wardrobe mama memang letops
Norzi and family atas support dan doa
Hannie + mama sebab bagi pinjam collagen untuk video parody
KJ
and semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
 
I LOVE YOU all 🙂
 


 


 


 

 

3 thoughts to “Los Angeles, aku datang!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *