Euro Trip – Prague Part 5

Bersambung semula dari dalam train menuju ke Prague dari Oberhausen HBF –
Wah pagi tu, aku bangun around 7.30am sebab terjaga, bukak langsir and hari dah terang. Permandangan dari dalam train memang meletops uols. Padang rumput menghijau dan jugak rumah-rumah European style. Indah. Kami bersiap-siap dalam toilet yang agak sempit dan terus pack barang-barang. Kami tiba di Praha Hlavni tepat pada jam 9.25am. Keluar dari station, kami terus mencari money changer.

Matawang di Prague ialah Kroner. Di Malaysia, memang tiada mata wang ini. So, bila sampai saja di train station Praha, kami terus tanyakan pada information counter kat mana money changer, tapi katanya kat sini mahal kalau nak tukar. Tak berbaloi. Better tukar kat city centre. Akan tetapi, aku nak naik train ni nak pakai duit apa? Nak tak nak, aku kene tukar even sikit pun. Minimum amount 50 EURO. It’s okay. Aku tukar dulu. Nanti kalau kat city, aku suruh Kak Mah tukar lagi. Kalau aku short duit later, guna sajok duit die. Itu yang best travel dengan orang yang kite rapat. Toksah nak kire-kire. Semuanya duit bersama.

Untuk 2 hari penginapan di Prague, aku dah siap-siap booked duduk dengan owner rumah via AirBnb. Segala direction untuk ke rumah beliau aku dah print siap-siap. Kirenya dari train station tadi, aku kene naik subway dan turun kat station Jiriho B Podebrad. Harga tiket hanya 24Kc one way. Dari station tersebut, kami perlu berjalan kaki 10 minit untuk mencari apartment tempat kami menginap. Tanya saja pada orang di Prague, even sometimes dorang tak suka membantu, tapi aku tetap tak putus asa. Rajin tanya takde sesat jalan kan?


Sampai di train station, untuk ke apartment kami, harus tukar train di Muzeum dan amik line color hijau

Turun di Jiriho Z Podebrad

Kite keluar dari train station Jiriho Z Podebrad dulu

Nak naik tram pun boleh jugak

Tadaaa… Dah sampai pun area apartment kami. Jom buat acara tarik menarik bag

Bila kami sampai di bangunan apartment tersebut, ade seorang nenek berada di pintu utama. Die cam nak jawab soalan kami macamane nak masuk pintu ni, tapi die duk non stop cakap bahasa die. Ingat kiteorang paham? Bila cakap English tak paham. Aku bantai Bahasa Melayu, lagi tak paham. So, penyelesaiannya? Apakah? Dua-dua cakap non-stop. Nasiblah time kami duk lawan bebel dengan makcik tu, ade seorang lelaki muncul di pintu tersebut dan terus cakap you can enter. Follow him. Mamat tu jugak cakap yang kiteorang kene naik tingkat 4 untuk ke rumah itu.

Time nak naik lift, nenek tu duk bebel lagi. Tak paham sepatah haram woi. Apa benda lah kau ni nak eh? Tak pernah tengok muka bentuk cam kiteorang ke hape kat Prague ni? Kalau tak pernah pun, tengok diam-diam je lah kan. Bila lift sampai, die macam nak ajar kiteorang camna naik lift. Lift die macam bunker je tau. Memang ngeri jugak if nak naik tu. Elok pulak muat-muat 2 orang sajok. So, Kak Mah kene tunggu next trip. Ingatkan nak jemput Kak Mah kat bawah, yelah nenek tu mesti penghulu bangunan. So duduk bawah la kot. Rupanya tidak ye.

Kata Kak Mah, die pun ikut sekali naik lift. Then die turunkan Kak Mah tingkat 5 pastu bila aku jerit-jerit kat Kak Mah suh turun balik, die pun ikut Kak Mah turun sekali. Aku memang pelik tau dengan grandma ni. Ke die ni nak jadikan Kak Mah cucu angkat ke hapo? Duklah mengekor Kak Mah gi mana pun…. Last-last, kami semua duk canguk kat tingkat 4 termasuklah dengan nenek tu sekali. Bila semua dah ade kat Tingkat 4, rupanya die tu jiran kepada owner rumah kami okay. Aku cammmm …laaa… Nasiblah time die dah menuju ke rumah die tu, owner rumah kami bukak pintu.

Time kami duk berdiri tegak depan rumah owner tu, die agak terkejut kenapa kiteorang sampai awal. Kami sampai awal pun sebab nak letak bag sajok, then terus chow keluar. Kami sempat pesan yang kami akan balik dalam waktu petang, so terus check in bilik je la kan. Anyway, apartment ni kami kongsi dengan owner, dorang memang tak fully utilize pun ruang rumah dorang. So dapur and bathroom kami yang punya. Siap segala, keluar terus menuju ke train station tadi untuk explore bandar Prague.

Tips : Untuk yang tak kisah untuk duduk sekali dengan owner rumah, if interested nak survey-survey rumah die kat Airbnb, silakan visit link ini – AirBnb Apartment in Prague

Untuk beli tiket train sehala, korang kene beli kat machine tau. Kami try carik orang kat kaunter information but takde pulak orang keje. Yelah, nak lah tahu, camane nak beli tiket dorang ni. Dah lah kene guna coins je tau. Ade jugak kami tanya pada local people yang ade duk beli tiket sekali. Tapi dorang taknak layan kami. Aduhai, apalah perangai gini eh? Mintak tolong tau. Bukan mintak duit dorang. Memang dari tadi, ada saja yang menolak pertanyaan kami. Mungkin orang-orang yang aku jumpa PMS kot.

Machine tickets manual habis

Manakah?

Sudahnya, kami beli ikut common sense sajok. Pandai-pandailah pikir sendiri. Hidup berdikari di Prague katenyeee…Layankan sajok. Kami naik train dan turun di Muzeum stop untuk lihat apa yanga da di sana. Time kami datang, berpusu-pusu manusia kat sini. Ada event Volkswagen dan jugak marathon Adidas. Banyak jalan yang tutup. Ada jugak announcement bagitahu yang tram tak jalan today. Hanya subway sajok yang beroperasi untuk hari tersebut. Untunglah announcement ada dalam English uols. Kalau tak, gelak je lah dengar bahasa die.

Tips : Aku sarankan korang beli je tiket 24 hours yang boleh turun naik banyak kali sesuka hati. Only 110Kc sajok. Beli from ticket machines also can 🙂

Sampai di Muzeum kami terus mencari money changer untuk tukar duit. Kalau boleh cari yang no commission ye. Murah sikit uols. Anyway, Prague ni memang tempat yang sesuai sangat untuk berjalan kaki. Time kami sampai, cuaca pun not bad. So, destinasi kami pada hari tersebut ialah Old Town, Mustek, Molastakana dan juga Charles Bridge yang sangat gah. Cantik uols. Aku memang kagum dengan kecantikan Prague cuma orang die je lah. Mungkin nasib aku bertembung dengan mereka yang kureng friendly sikit.

Sebenarnya banyak tempat yang sangat menariks korang boleh explore di Prague. Diorang jugak ada tower yang persis macam Eiffel Tower iaitu Petrin Hill & Observation Tower, Prague Astronomical Clock,  Municipal House dan banyak lagi. Kalau korang memang suka bangunan-bangunan lama, inilah destinasi anda yang paling perfect. Even other countries in Europe ada jugak bangunan-bangunan cenggini, tapi Prague ni kat mana-mana pun memang bentuk die sama je. Takde pulak yang memodenkan. Alangkah bagusnya kalau selain Penang, kite kekalkan jugak heritage kite di area bandaraya Kuala Lumpur.

Okaylah apa kata korang layan je gambar-gambar yang sempat aku snap time jalan kat Prague :

Our first view of Prague city


Every detail of Prague, korang kene explore




Kuda ku


Bangunan ini tengah renovate


Tengok map yang ado, tapi krik krik


Penuh dengan hiburan jalanan


Ada ice hockey championship la sat lagi

Palin kreatif!


Mereka sedang nantikan championship itu

Favorite saya!


Nice city for walking

Don’t wanna ask for more. Walking with these fruits, enough

Skola kew?


This signboard is everywhere. My understanding – Ayah tengah ajar anak jadi pemain bola

Lost and found? In Prague

Marathon pada hari tersebut


Tuan-tuan mereka sibuk saksikan marathon


Salute!


Jalan dah clear, yuk kitew!


Old Town 


Kalau nak naik cruise pun boleh


Makan and minum sambil tengok view


3 of us


Charles Bridge


Dorang memang paling suka buat jetty gitu


Kita carik Charles Bridge jom


Remind me of Paris


Arah mana kite?


Suka tengok bila dorang kontrakan color building tu dengan gold 


Weather sangat marvelous time aku datang tu


🙁


Hasil seni mereka


Aktiviti air yang ada


Cafe tepi tasik


The view


Yayy! Atas bridge sudah


Nyaman


Sepanjang bridge tu, korang akan dengar muzik yang romantik tau


Bangunan die….macam dalam filem


Kalau anda ado-ado, apa kata naik seround 


Full of cafes


And arts


Posing jap


Selain dari mengagumi kecantikan bumi Prague ini, yang dapat aku perhatikan banyak pulak orang Vietnam yang ada di sini. Siap ade kedai Vietnam lagi tau. Ada jgak aku masuk nak beli air. Dorang punya sombong, wa cakap lu, mengalahkan mata biru. Memang sama je dorang ni macam aku pergi negara dorang dulu. Tak berubah. Walau di mana berada kan. Ala Prague je pon, cuba kalau korang gi London, bersepah orang Malaysia kat sana okay. Itu pun aku nak lawan ngan dorang jugak kan kan kan… Takmau kalah!

Bila penat, kami balik ke rumah untuk check in dan memasak yang memang dah jadi tugas kakak aku. Aku pulak rehat-rehat dalam bilik manakala Kak Mah palin happy dapat men-dobi secara percuma wey. Siap dryer bagai. Memang die dah chop duty mendobi kalau di mana-mana pun. Anyway, itu jelah port last dorang basuh baju. Sebab lepas tu, kalau nak mendobi semuanya perlu dibayar. Takde yang percuma katakawwww! Kami ade keluar sekali lagi pada waktu malam, namun nasib kureng baik sebab hari hujan. So meredah hujan la kami malam tu. Tapi pemandangan tetap cantik jugak.

Balik ke rumah jom


View from our room


Living room


Early dinner kami

Charles Bridge at night


Old Town at night


Sunyi jugak tema-nya


And bila jalan jauh sikit, ada je couple ni jalan jugak


Yeahhhhh! Tower itu sungguh meriah


Night view die sangat…. cenggini!


Hari hujan. Tapi nak jugak snap gambar


Alahai, ada persis Amsterdam


Sunyi balik


The square


Macam Rome pulak. Eh, padahal tak pernah pergi tau


Sebelum hujan lagi lebat, click click

Lepas dah duk lepak memalam tu, kami pulang ke apartment. Bila masuk je pintu utama apartment tu, gelap gulita woi. Ingatkan ada yang lampu auto censor tu, tapi non hado. So, nak taknak, berhimpit-himpitlah kami dalam elevator die yang bapaklah kecik. Dalam hati, kalau bukak pintu elevator ni janganlah nenek tadi tetiba muncul depan pintu, memang menjeritlah kiteorang bertiga. Itu sahaja doa kami. Ahaks… Anyway, lena betul kami tido kat rumah orang ni. Nanti sambung kemudian ye.

Tips : Aku sarankan kalau korang ke Prague, please baca sikit-sikit pasal Prague and understand pasal transport die dekat Wikitravel / Czech Republic Info / Transportation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *