Budget Euro Trip (Part 14) – Sarajevo, Bosnia Day 1

Seriously, I’m super excited to post this entry! Been keeping this special story all this while and sometimes rasa nak post je terus. Tapi, I keep on reading and review before officially release this story. Just to ensure all info and facts are correct. And I’m okay if any of you nak betulkan facts sebab saya hanya menulis berdasarkan pemahaman dan original info yang saya dapat melalui pengalaman sepanjang berada di negara yang sangat istimewa ini. Okaylah, yuk kita!

Next day in Sarajevo, ramai yang check out and ramai pulak orang baru yang check in. Memang bilik hostel ni akan penuh dengan traveller from all around the world. Ini memang membuatkan kami semua lebih dekat dalam berkongsi pengalaman mengembara sesama kami yang pastinya berbeza. Best kan duduk hostel beramai-ramai? Ruang solat dalam bilik kami pun ada. So, pepandai buat port sendiri. Yang penting nawaitu kita untuk mengembara. Okaylah, untuk aktiviti harini, kami nak follow free walking tour dan jugak tunnel tour. Ahaa…. 1 hari memang cukup untuk follow 2 tours ni ya. Yang first tu, korang akan start pada pukul 10am till 1pm. Sempatlah if nak balik ke hostel sebabnya yang tunnel tour ni akan start pukul 2pm dan van akan jemput kat hostel je. Ahaa…dapatlah rehat-rehat sambil lunch kat hostel right?

Rutin harian aku adalah menyiapkan breakfast dan lunch pack buat rakan-rakan. Lepas dah siapkan semua, kami keluar ke city centre dan terus jalan-jalan cari money changer untuk tukar duit Bosnian lagi. Tak cukup tukar semalam. Lepas disarankan oleh beberapa warga Bosnia, kami tukar sajok di bank. Katanya commission dorang rendah dan rata-rata rate kat area situ hampir sama. Kami tukar sajok. Malas pikir. Lepas tukar, pergi jalan menuju ke pasar yang berdekatan.

Good morning in Sarajevo


Yuk kita main turun-turun bukit


Pagi yang tenang. This view memang hampir sama dengan Prague city


Local people pagi-pagi dah keluar mencari rezeki
 
Kita tukar duit dulu


Nampak je barang-barang dorang jual, memang aku geram teruk. Memang fresh giler. Even cili dorang, besar and sangat kilat cantik gitewww… Ala-ala letak oil untuk tampil ‘bergaya’, gituuuu… Harga pun takdelah mahal mana uols. Masih mampu milik. Sebenarnya kiteorang nak beli strawberry dorang yang memang looks really good. Aku suruh Kak Mah je tolong tanyakan harga strawberry, sebab aku nak record video traffic light di Sarajevo yang sangat unik. Tengah- tengah record tu, ade jugak beberapa pakcik yang tegur aku dalam bahasa mereka. Aku hanya mampu balas dengan senyum je sebab memang takleh nak paham apa yang mereka cuba tuturkan. Bagi aku dorang ni sangat friendly.

Bukan 2.5km lagi anda akan jumpa Margarita, tapi itu harga Margarita ye
 
 


Pasarr pagi


Fresh habissss strawberry ni


Same goes to bunga-bunga
 
Sayur dorang…. Terasa diri disayur-sayurkan di Malaysia


Uncle Strawberry ni diam je buat keje


Cara dorang timbang
 

p/s : Traffic light dorang tak macam kita. Totally opposite dengan turutan warna lampu tu. Kalau nak hijau (tanda boleh jalan), die akan pergi dari merah, kuning dan ke hijau.

Lepas dah record, aku datang balik kat member aku and die cakap strawberry tu dalam 5KM sekilo. Mahal jugak tau. So aku ajak die round-round dulu cari mana yang murah. Elok tengah nak round tu, ade pakcik ni jual 3KM sekilo. Murah. Then terus beli. Tapi kedai pakcik ni betul-betul berdepan dengan kedai yang kawan aku tanya tadi. Alahai bersalah pulak rasanya. Beriya-iya duk tanya then tak beli pulak. Sebabkan rasa bersalah kiteorang, kami tanyalah harga pisang kat pakcik yang berwajah manis itu.

Bila kami tanya harga, die pun jawab dengan cara baik. Takyah tunggu lama, kami pun terus beli. Habis die timbang and packing, terus die amik strawberry and basuh guna air sejuk right before die hulurkan pada aku. Aku terus macam ter-freeze 1 second sebab sepanjang hidup aku, tak pernah lagi ada orang yang before die hulurkan tester die basuh dulu buah tu ye. Sumpah kau akan rasa macam parent sendiri yang sangat-sangat ikhlas untuk bagi kau makan. Dan aku jugak turut rasa yang pakcik ni, die sungguh-sungguh nak kami rasa strawberry die even secara free sebab bila kiteorang dah tanya kan, mesti cam kite terliur ke apa ke…. Disebabkan taknak nanti balik malaysia teringat strawberry die ke kan… Die bagi je rasa. Okay, even nampak macam kecik je. But I try to appreciate little things camtu which I feel so amazing. Thanks Bosniac for teaching me lesson that I never expect.

Selepas habis berjimba di pasar, kami teruskan perjalanan untuk mencari National Museum. Kenapa pagi-pagi duk cari benda alah ni? Macam yang aku bagitahu before this, kami nak follow free tour yang dianjurkan oleh local people. So, beliau akan bawak kami ke few attractions yang sangat informative. Dan meeting point-nya ialah National Museum. Ianya terletak betul-betul di tengah bandar. Disebabkan kami tiada actual map yang menunjukkan bangunan itu sendiri, maka aktiviti tanya-tanya orang ni adalah benda wajib. Even pasti akan ade language barrier, tapi itu bukanlah halangan untuk kami right?

Ade jugak kami tersasar jauh duk mencari bangunan ni dan melalui satu lorong di bahu jalan. Tiba-tiba kami disapa oleh seorang wanita lewat 30-an dari tepi kami. Beliau beritahu yang kami perlu kedepankan backpack kami sebab kawasan ni amat bahaya, ramai pickpockets katanya. Dalam terpinga-pinga tu, terus terdetik dalam hati, Allah sentiasa melindungi perjalanan ini dan mempermudahkan urusan di sini. Syukur. Feeling yang terlalu manis. Bayangkan Wanita yang tidak pernah kenal each other, tapi ikhlas beritahu tentang perkara macamtu. Memang sambil ke depankan bag tu, terus aku ucapkan terima kasih pada beliau. Murah rezeki anda yang sudi membantu.

Toilet di situ
 
Tram in ze city


PEKARAAAA… Lihatlah harganyaaaa


Tram berwarna hijau pulak


Love. So beautiful.


Sempat jugak kami bertanyakan tentang lokasi sebenar National Museum. Rupanya salah jalan tau. So, patah balik dan terus mencari bangunan tersebut sebelum kami jumpa. Kami tiba agak awal dari waktu yang sepatutnya. Cuaca time tu, panas gile hokey. Ini Kampung Kokdiang ke Bosnia ni? Panas nooooo… Nasiblah siap-siap dah pakai baju palin cotton aku ade. Tapi tulah, tak berapa banyak pon baju T-shirt camni. Ahaaa…inilah kalau travel lelama and duk ingat semua negara tu sama sajok weather nya. Memanglah time kat Amsterdam nye area, sejuk tak ingat. Tapi makin kami ke arah Turkey, cuaca makin panas tau. Nak masuk summer katanya. So, kalau jalan tu, keluar gaklah pepeluhan gituuu…

Sementara tunggu kakak tour itu, lepak dulu bawah pokok sambil menikmati strawberry yang dibeli tadi. Kalau boleh nak ringankan beban yang ado. Tu duk suap strawberry banyak-banyak dalam badan ni ha. Akan tetapi, banyak sangat pon tak boleh buat apa jugak. Jadi, kami beri sahaja pada seorang lady di tempat duduk sebelah kerusi kami yang sedang makan breakfast die. Dalam duk tunggu-tunggu tu, akhirnya datang jugak seorang wanita cantik yang memperkenalkan diri beliau selaku tour guide anda nanti.

Inilah National Museum
 
Panas sungguh


Strawberry pun mencair



Tip: Korang tunggu sajok di kerusi-kerusi di depan National Museum itu. Nanti pasti ade je travelers lain yang akan datang sekali. Kalau ade lah ehhehe…. Kalau gakde,you look for a lady with black long hair

Beliau sangat fluent in English dan grup kami pada hari itu adalah lebih kurang 10 orang. Jadi, kami berjalan dalam berkumpulan menuju ke beberapa important pit-stops yang pastinya memiliki sejarah atau cerita tersendiri. Pastinya aku sangat teruja dengan cerita beliau tentang perang yang berlaku pada sekitar tahun 1993-1999. Tak silap aku die ni dalam lingkungan umur aku ni… So kirenya, time perang tu, beliau masih lagi kecil dan keseluruhan childhood memories beliau adalah tentang kesengsaraan perang yang beliau alami.

Rata-rata kisah beliau ni adalah bagaimana mak bapak die ni nak selamatkan keluarga beliau dari dibom oleh pihak Serbia. Dahlah jumlah grenade yang dilontarkan sehari around 700-1000 weyy.. Start dari pukul 10am till 2am. So, kalau nak buat apa-apa pun mesti before 10am. Untuk yang nak pergi sekolah, dorang akan buat port sementara di rumah-rumah yang tidak terjejas. Waktu pembelajaran pon hanya bermula pada pukul 8am hingga 9am je. Lepas tu, terus kene masuk dalam rumah balik dan sambung aktiviti perintah berkurung.

Untuk makanan pulak, ini paling sedih. Menurut tour guide aku, dia memang tak tahu bagaimana parent dia ‘dying to get food for her sibling’. But, all she can remembered was the food, in a pink can and kalau dorang bukak je can tu, letak daging atas plate and daging tersebut memang mengeras dalam bentuk jello. Memang tak sedap but they have to eat it with no choice. At one time, bila dorang dapat the food, ade banyak ulat ye kat daging tu. Tapi dorang buang ulat tu and sambung sajok makan. Dorang hidup dengan bekalan daging dari UN tu selama bertahun-tahun sepanjang peperangan berlaku.

Sampaikan beliau sempat berjenaka, kalau bendera Bosnia tu boleh revamp, dorang nak letak gambar food can tu kat bendera dorang. Even, memang hawau agak nya rasa makanan tu, but itulah yang antara faktor yang menyambung kehidupan mereka sehingga ke hari ini. Ada jugak beliau bagitahu, hanya airport sahaja yang dibuka untuk bantuan datang dari seluruh pelusuk dunia. Akan tetapi, macam biasalah ade setengah orang akan dapat lebih dan ada yang dapat kurang. Sekiranya, dapat lebih, mereka akan jual pada harga yang sangat tinggi. Looks like war is a good business for certain people. And don’t forget about weapons jugak ye. Semua tu adalah bisnes secara tak langsung. 🙁

 


Our first pit-stop


2nd pit-stop : Pasar yang telah mengorbankan ramai orang awam, pelbagai agama. Dan nama mereka terlakar sebagai memorial


Dinding ini masih dikekalkan untuk peringatan generasi akan datang


Sarajevo Rose – There are more than 100 Sarajevo Rose. Ini adalah simbol peperangan yang berlaku di bandar Sarajevo dimana ianya ditujukan khas buat mereka yang terbunuh. Simbol yang sangat #deep. Even rose is always describe as beauty and love, but the scars left in Sarajevo will remain forever 


Kaum lelaki Sarajevo selalunya menghabiskan masa di kedai kopi dan bermain chess. Kebanyakkan mereka lazimnya tiada pendapatan yang tetap. Jadi, masa lapang yang ada digunakan dengan aktiviti begini. Kalau dorang kalah, boleh gaduh tauuu!


Ini adalah bangunan paling colorful kat Sarajevo. Dan disebabkan bangunan ni dilihat sebagai satu bangunan yang buruk, apartment yang berdekatan pun, kalau view rumah mereka menghadap bangunan kuning-hijau ni, memang tuan rumah tak boleh letak sewa tinggi-tinggi. Takkan laku punya. Sebab memang orang Sarajevo tak gemar langsung dengan color-color gini. Terus aku teringat Burano.


Sungai ini mempunya sejarah tersendiri tentang kisah pembunuhan Franz Ferdinand of Austria. Beliau dibunuh di Sarajevo ketika menaiki kereta. Boleh refer kat Wiki 


Masjid yang berdekatan


Something unique about this mechanical horse riding, selalunya music will built in sekali dengan machine ni, but in Sarajevo, dorang pakai radio. On secara manual bila they push button kat machine. Then baru on music kat radio. 
 


Kami teruskan perjalanan kami ke beberapa lagi tempat dan berakhir di Old Town. Kami singgah di sebuah asrama yang menempatkan semua pedagang yang berhijrah ke Sarajevo suatu ketika dahulu. Towards the end tu, beliau ade bagi kertas tentang semua restaurant yang die recommend. Lepas beliau dah cakap thank you tu, jangan lupa pulak bagi sedikit tips untuk beliau. At least lepaslah duit kopi dia kan. Yelah dia sacrifice her time untuk bawak kami pusing pusing bandar Sarajevo kan and share something yang sangat priceless for FREE. So, apa salahnya berikan sedikit tips.

Teruskan berjalan bersama geng-geng yang lain jugak


🙁


Love lock kah itu? Anyway inilah jambatan yang bersejarah itu


Tugu peringatan
 
Bangunan yang ada masih lagi mempunyai kesan bullet


Entering Old Town


Something special


Meeting point in Sarajevo. Spotted in Old Town
 
Suasana di Old Town


Clock tower bersebelahan dengan masjid. Orang yang menjaga jam ini adalah daripada 1 keluarga sahaja. Andai kata ayah die meninggal ke kan, jadi anak beliau automatic ambil tugas untuk jaga clock ni.


Tandas palin tua di Europe


Perkarangan masjid Old Town


Tap water


Madarasah untuk imam muda. Wanita itulah tour guide kami


Mari naik ke atas


Macam rumah melayu 


Kawasan para cendekiawan Islam 


Menurut tour guide kami, tempat ini adalah dibina khas untuk pedagang-pedagang yang singgah di Sarajevo. Adalah menjadi kewajipan buat orang Muslim untuk membenarkan pelawat menginap tidak lebih dari 3 hari di rumah kita. Jadi, para cendekiawan di sini telah menyediakan tempat untuk para musafir yang mahu tinggal lebih dari 3 hari di sesebuah rumah, untuk mereka sambung nginap
 

Okay, if you asked me whether worth it ke tidak untuk join free walking tour ni… Aku memang sarankan pada mereka yang nak tahu banyak benda pasal Sarajevo nie. Mungkin korang boleh dapat banyak info berguna pasal penduduk dan apa yang berlaku selepas perang. Untuk aku, memang aku enjoy gile benda benda yang berunsurkan general knowledge gini. Buatkan aku terus berfikir  luas sebenarnya bumi Allah ini. Sayang sangat kalau kita tak pernah mensyukuri apa yang kita ada sekarang. Dan bagi aku setiap dari kita dicipta mempunyai tujuan yang sama. Dan sebesar mana pun kita, Pencipta kita adalah YANG MAHA AGUNG.

Di Sarajevo aku belajar erti jangan sesekali putus asa. Jika ada juga terdetik perasaan itu walau sekali, aku cuba renung wajah-wajah orang Bosnia yang lewat 50-an. Mereka ini mungkin antara yang berjaya melalui zaman perang suatu ketika dahulu. Di bumi ini juga, aku belajar erti untuk lebih bersyukur. Tak semua orang bernasib baik dalam kehidupan ini. Kita pasti akan diuji saban hari namun Sang Pencipta tidak pernah meninggalkan kita. 

Kalau aku imbas zaman ketika aku kecil dulu, paling meriah ada Tora,Dindang, Yum Yum segala. Semua aku pulun siang malam sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dan iklan.. Itupon duk beriya amuk kalau ibu taknak belikan.. Tapi mereka? Kalau dulu lagu dari kumpulan Feminin yang memenuhi setiap sudut rumah aku, sampai hafal semua lagu eh, tapi mereka, hanya bunyi butiran bom sahaja yang memenuhi setiap memori zaman kanak-kanak mereka. Bersyukurlah dengan apa yang tersurat dan ambillah iktibar pada yang terjadi.Insyallah sama-sama kita.

Baiklah, kita sambung berjalan pulang ke hostel semula since jam pun dah nak pukul 1.00pm. Kami perlu bergegas pulang ke hostel sebab ada next tour untuk ke tunnel and Olympic Stadium. Ha… nampak pack kan hari pertama yang cuba kami habiskan di Sarajevo? But it was very informative day for us. At least, dari 0 knowledge about Sarajevo, lepas ni kalau ade quiz teka pasal Sarajevo, aku dah boleh jadi wakil dari Sg Gadut. Yang pasti kite menang ye waghih.

On the way to my hostel


Church yang ado. Okay, untuk pengetahuan anda semua, di Bosnia, adalah sesuatu yang agak sensitive jika didapati ada bangunan lain khususnya church dibina lebih tinggi daripada masjid. Mereka berpendapat hanya masjid sahaja yang boleh dibina tinggi-tinggi
 
Kucing sapa hilang nie?


Tiba di hostel, aku tanya pada receptionist tentang bilik kami. Plan nak stay je kat hostel ni and memang malas nak pindah randah temanyaa… Nasib baiklah owner ni memang die ade holdkan reservation yang sama untuk weols. At least until we check out, kirenya ade je lah accomodation yang available. Cume kene siap-siapkan payment sahaja. Anyway, bila dah duduk kat hostel tu, sempat jugaklah lunch cucur ikan bilis mengadap view bukit bukau Sarajevo. Memang nikmat!

Tak lama lepas tu, receptionist bagitahu yang van dah ready untuk tour kami. So,  pantas sekali keluar dari hostel dan terus duk cari Irfan, next tour guide yang hanya bawak kami ke 2 tempat tersebut. Untuk tour ni, kami perlu bayar 30KM per person (booked from hostel kami, tak termasuk entrance fee). Destinasi pertama adalah Sarajevo tunnel. Ianya berdekatan dengan Sarajevo airport. Perjalanan amik masa dalam 10 ke 15 minit sajok. Dalam tour kami, ada 2 orang lagi dari Canada dan Brazil yang turut bersama kami. Pelbagai soalan yang diajukan kepada abang supir kami tetapi beliau tidak begitu banyak story yang dapat beliau kongsi.

 

Dan sebabnya ialah keluarga beliau antara yang berjaya meloboskan diri dari peperangan dengan pembayaran sebanyak 10,000KM kawww… Bapak die bayar kat askar Serbia dan boleh selamatkan family mereka semasa perang berlaku. Die pon ada cakap yang perang ni memang boleh wujudkan konsep bisnes begini. Dan bile perang dah habis barulah dorang sekeluarga pulang kembali ke tanahair. Aku tak tahulah camane nak respond bila dengar camtu. Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk selamatkan diri kan… So, terpulanglah. Kite hanya dengar je.

Dalam group tu, bertalu-talu soalan yang ditanya oleh wakil dari 2 negara tersebut. Dah macam dalam kelas ‘Tanyalah Cikgu’ pulak. Bagus betul mereka berdua ni. Konsep aku? Tak tahu nak tanya apa sebab bila tanya die pon takleh nak explain sangat since die takde ketika detik hitam tu jadi. Takkan nak tanya, awak kat mane? Ahaaa… Jangan buat pasal. Lagipon input free walking pagi tadi pun, memang dah mantap tau. Hihihi…Dalam duk membisu dan gigih mendengar, tetiba Irfan terus highlight nama negara kite uols. MALAYSIA. Katanya Malaysia adalah negara paling banyak membantu bagi duit dan macam-macam lagi. Siap ade sekolah yang Malaysia bina untuk orang Bosnia. And sambil dia cakap tu, dia terus cakap, right Malaysians?  Terbisu terus yang lagi 2 orang itu.

Cik Pora selaku warga Malaysia, haruslah rasa bersyukur bila dengar ayat cenggitu. Siapa tak bangga woi? Diam-diam kite tapi sejarah tidak akan pernah mampu mengubah fakta yang tertulis. Macam lantang pulak setiap butir perkataan yang dituturkan . Time tu terbayang wajah pembaca berita TV3 yang dulu duk highlight pasal perang di Bosnia. Non stop di TV. Tak lupa juga pada barisan ketenteraan dan sukarelawan yang membantu ‘menyambung’ bantuan terus kepada mereka. Rakyat Malaysia yang prihatin menderma even time tu kite bukanlah sebuah negara yang dikenali di seluruh dunia. Dan wajah Tun Mahathir turut muncul dalam kotak fikiran aku. Tak mintak banyak, semoga Allah panjangkan usia mereka yang membantu dan menderma. Amin.

Dalam duk mengelamun tu, kami pun tiba di tunnel yang dimaksudkan dan bayaran masuk dikenakan ialah 10KM seorang. Masuk je terus krik krik. Yelah yang supir tu hanya bertindak sebagai supir. Beliau akan tunggu di luar untuk angkut kutip kami sajok. Yang nak masuk ni, pepandailah kau berdikari. Bila dah berada dalam tu, terus haru dibuatnya. Nak gi mana ni? Alahai kami semua pun tak tahu nak buat apa. Nak wayang tengok-tengok kawasan pun, mana kawasan je nak gi kan? Ini tempat sejarah, bukan Pavilion Cik Kiah oi. Lenggang kangkung pun tak sesuwai.

Dah tiba di kawasan parking untuk masuk ke tunnel


Hasil kena tembak


Sarajevo Rose


Jom kita masuk


Jalan terus untuk ke kaunter tiket


Info berguna


Can you spot our darling ringgit?


The map


Dalam duk pinga-pinga tu, Cik Pora terus bertindak pantas duk tanya seorang pakcik Bosnia yang sedang duduk berehat. Excuse me, ni kalau nak tengok tunnel ni, mana 1 nak kene mula? Ha… Terus riuh die nak tunjuk mana satu sampaikan die cakap, you need a guide. Memanglah nak, tapi mana nak dapat? Elok pulak time tu, seorang lelaki masuk bersama dengan 2 orang tourist, die pon dengan rela hati combinekan sajok kami sekali. Ahaaaa… Jangan pinga-pinga sangat lepas ni. Terus diajak geng Canada dan Brazil tu join sama. Ingat, question and action tu penting when needed.

Tour di tunnel bermula dengan penerangan tentang map di Sarajevo. Sejurus dengar je explanation dari mamat Bosnia ni tentang map Sarajevo, barulah aku paham yang keadaan geografi Sarajevo ni adalah berbukit bukau. So, askar Serbia memang dah siap-siap standby kat bukit untuk kepong dorang ni. Kalau dipikir balik, memang susah nak lari. Bayangkan kalau dorang kepong and jadikan penduduk target secara bulatan. Sehari 700- 1000 grenades akan membanjiri bumi Sarajevo selama bertahun-tahun? *takleh imagine*

Tour guide tunnel kami


I will follow you
 
Da bomb
 

Di dalam kawasan tunnel tu, korang akan dibawa menonton video yang diambil ketika perang. Rata-ratanya daripada journalist yang bertugas aku rasa. Also, dorang duk tunjuk jugak pembinaan tunnel yang menjadi laluan utama dalam pengagihan bantuan keperluan harian mereka. Memang agak sedih bila tengok keadaan macamni. Takleh nak bayangkan macamane keadaan zaman dolu ketika perang. Mesti rasa takut je nak lalu bawah tu. Tapi aku rasa bila keadaan dah jadi camtu, rasa takut tu dah tak wujud. Kelihatan dalam video, seekor kambing juga dibawa melalui tunnel sebagai bekalan makanan.

Bilik tontonan


Habis tengok video, kami dibawa ke museum bawah tunnel tersebut. Merasa jugaklah berjalan bawah tu. Sejuk ye. Itu kalau musim almost summer. Kalau musim sejuk, mau gigil badan. Tunnel ni sebenarnya panjang je…. Tapi yang dibuka untuk pelawat hanya pendek sajok. Good experience la if nak merasa . Sila bongkokkan badan sedikit. Sebab dalam tu sempit dan rendah. Lagipun orang-orang Bosnia tinggi macam orang Malaysia je 🙂

Mari ke tunnel bersejarah ini


Focus


Antara barang yang dibawa menggunakan tunnel


Lepas dengar penjelsana, boleh baca untuk maklumat lebih lanjut
 
Melangkah masuk ke dalam tunnel
 

Lepas settle tour dalam tunnel, kiteorang pergi pulak ke museum. Dalam ini adalah tempat penyimpanan pelbagai barang tinggalam ketika perang. Ini termasuklah surat dari presiden Bosnia kepada UN, uniform askar Bosnia dan Serbia. Aku masih ingat lagi ketika aku duk tengok uniform askar Serbia, datanglah tour guide tadi terus keluar statement yang memang very deep, “every year before the war, my father used to pay tax. And when the war is happening, we realized that all the grenades, weapons and this uniform is actually paid by my father”.

Gile sedeh aku dengar. Touching tahap aku cam blur meronta-ronta. Over kan? but seriously, apa yang dia cakap tu memang betul. Segala bayaran yang dibayar oleh rakyat Bosnia akhirnya digunakan untuk ‘menghentam’ mereka semula. Seolah-olah mereka membayar kos peperangan yang berlaku bertahun-tahun. Ada kepiluan dalam wajah tour guide tu. Mungkin beliau terlalu mengagumi pengorbanan ayah beliau yang sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan keluarga dari menjadi mangsa hentaman Serbia. Syukur mereka dipanjangkan usia. Dan pengajaran untuk kita juga. Anything can happen.

Apa yang aku perhatikan dari museum ni, sebenarnya orang-orang Bosnia ni serba boleh dalam pelbagai perkara. Contoh yang aku nak share ialah, sewaktu perang berlaku, ada seorang engineer ni, die cipta pistol sendiri dan salurkan ia kepada rakyat Bosnia yang ingin mempertahankan negara tercinta. Jika dilihat, kurus je pistol die, tapi aku rasa fungsi die sama je, untuk menembak pihak lawan. Namun, beliau ditemui mati akibat dibom oleh pihak Serbia. Even tak dapat berjuang lagi bersama yang lain, semangat beliau diteruskan apabila rakan-rakan beliau yang turut membantu dalam pembuatan pistol menyambung legasi beliau.

Kalau aku imbas kembali cerita-cerita perang mereka nie, buat aku terpikir sekali lagi. Bayangkanlah negara yang pernah menganjurkan Olympic pada tahun 1984 diisytiharkan perang. Bagi pendapat aku, kalau dah pernah organized Olympic tu, dah kire hebat dah. Hebat as in negara kau dikenali di mata dunia sudah. Tapi sebaliknya, perang pulak berlaku. Terus buat aku terdetik, kalau tak perang ni, mungkin negara Bosnia akan lebih maju setanding negara Eropah lain. Namun, apa yang terjadi sudah pun tertulis kan? Mungkin ada peringatan yang ingin disampaikan oleh Sang Pencipta kepada rakyat Bosnia. Dan diharapkan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

 
 
Antara barang yang terdapat dalam museum


When we desperate to survive, look how creative we can be?


Alija Izetbegović


Pistol yang dicipta sendiri


Kerusi President


You may read here
 
Kami dah ready for next place


Lepas menghabiskan masa di tunnel, kami keluar dari kawasan tunnel, cari Irfan di van dan terus bergerak pulak ke stadium Olympic yang juga turut musnah disebabkan oleh serangan tentera Serbia suatu ketika dahulu. Bila Irfan memandu menuju ke kawasan bukit bukau yang merupakan laluan utama untuk ke Stadium Olympic itu, ia terus mengingatkan aku dengan perjalanan untuk ke Kundasang yang seolah-olah mendaki bukit bukau yang tinggi bagai. Actually time on the way tu, korang dapatlah tengok view old town and new town dari atas. But Irfan cakap lepas dah pergi Olympic ni baru nak singgah kat sana.

Sampai di stadium yang menempatkan luge and bobsled track yang terletak di Gunung Trebevic itu, tengok kiri kanan takde orang, jalan nak masuk tu memang sunyi bangat. Hanya anjing liar sahaja yang menyambut kedatangan kami. Irfan turunkan kami di atas bukit dan akan tunggu di bawah. Kirenya kami perlu berjalan sendiri ikut je laluan yang suatu ketika dahulu adalah track untuk winter game – Bobsleigh. Bayangkanlah wey, Sarajevo pada tahun 1984 dah anjurkan sukan Olympic untuk musim sejuk dan semua facilities yang ade memang membuatkan Sarajevo layak untuk menganjurkan arena sukan bertaraf dunia ini sekaligus mengenepikan Sweeden dan Jepun yang turut bersama bertanding untuk menjadi host.

Aku follow kawan-kawan Brazil and Canada sajok


Tiada pembinaan semula dilakukan


Manusia yang membina… Dan manusia juga yang memusnahkan


Just go


Namun, beberapa tahun kemudian mereka berperang. Negara komunis pertama dibawah tampuk Yugolavia tau. Kalau aku jadi atlet yang pernah beraksi di stadium tu, pasti aku terkejut habis. Tempat yang lengkap dengan pelbagai facility untuk sukan menjadi medan perang di mana ia jugak pernah bertindak sebagai tempat penyimpanan senjata, kubur dan pelbagai lagi. Macam tak percaya kan? Tapi inilah realiti yang dialami oleh orang Bosnia dan aku kini berada betul-betul di tempat yang menjadi sejarah penting Sarajevo.

Back to story, aku ditinggalkan bersama yang lain untuk menelusuri track Bobsled yang kini menjadi kawasan tinggal dipenuhi dengan graffiti dan juga bullet holes. Disekeliling kami hanyalah semak samun yang tinggi dan sunyi sepi. Sometimes, ade je anjing liar dari semak yang mengintai kami mungkin ada bau-bau International kot, tu yang dorang tak senang duduk. Kami teruskan berjalan menuju ke bawah. Ikut je track tu. Diam seribu bahasa. Tangan tetap snap sana sini. Tapi kalau kau tanya dalam hati nie apakah perasaan yang aku tengah alami.

Jiwa kacau teruk weyyy. Sumpah aku takut gile tengok keadaan sekeliling nie. Bayangkan kawasan ni pernah jadi medan perang dan abandoned like this without reconstruction pun. Time jalan tu, aku memang hati-hati sangat. Jalan palin depan ye…Kalau boleh besarkan lagi langkah, memang aku sanggup. Nak lari, tapi malu pulak kat geng Brazil and Canada tu. Kang katanya anak Melayu kecut tak tentu pasal. Ahaks. Bukan apa, aku teringat periuk api time kat tunnel tadi. Yelah, kawasan ni pun dorang tinggal gitu je lepas perang. Takde nak renovate balik. Terdetik kalau-kalau ade saki baki yang masih belum dibersihkan. Haih, yang pelik-pelik duk pikir lah Saporaaaa nie.

Abandon like this


Pijak betul-betul


Graffiti


20 tahun berlalu
 
Besar giler tempat ni
 
Dah nak sampai kat van kami, cantik pulak grafitti


Bye stadium
 

Apa-apa pun aku sambil jalan laju-laju tu, aku snap je gambar-gambar. Yang palin penting sampai paling awal kat bawah. Lega siot bile nampak muka Irfan kat bawah tu. Bila die tanya how was it… Aku tak terkata…. Nak je cakap, kalau uols ikut sekali dan terangkan tentang sejarah, apa yang berlaku, apa future plan untuk tempat ni lagilah bermakna. Mungkin setengah orang baca segala benda sebelum tiba di satu-satu destinasi. Tapi, harus ingat, ramai dari kita yang tak buat gitu. Yeah itu saja komen dari saya, Sapora Aja’aa’ melaporkan untuk poobritney blogspot. Achinggg!

 


Moh kita pulang


Naik je van, kami bergerak terus ke lookout point yang dijanjikan Irfan tadi. Harus panjat sedikit ye untuk lihat view yang awesome. Bukan nak cakap apa lah,kalau Bosnia ni tak perang, aku rasa dorang memang maju habis lah. Dari atas bukit kelihatan bentuk muka bumi Sarajev dan kawasan perumahan mereka. Dengan populasi 80% orang Islam yang memonopoli negara ini, dapatlah aku lihat puluhan masjid yang ada dikeliingi kawasan perumahan. Cantik Sarajevo ni dari atas. Macam tersusun je…. Kagum sekejap.


Oh Sarajevo!


Kami lepak-lepak tengok view sat


Takde orang lain selain kiteorang. Memang best!


Overall view
 

Kami teruskan perjalanan pulang menuju ke hostel, ucapkan terima kasih pada Irfan dan berehat sebelum keluar malam untuk dinner. Dari hostel, kami berjalan menuju ke Old Town dan gigih nak carik traditional Bosnian dishes – Burek and Cevapipulan. Sebelum tu, singgah solat di masjid di Old Town. Time kat sini, aku cam culture shock yang menginsafkan diri sendiri. Aku lihat kebanyakkan orang di sini, even mereka moden mungkin sebab terlalu hampir dengan negara Eropah yang lain, dengan lifestyle yang kalau kau bawak kat Malaysia, memang kene cerca dalam Facebook, akan tetapi solat adalah sesuatu yang amat dijaga…

Benda ni jadi depan mata aku sendiri yang membuatkan aku nak sangat share dengan korang semua. Ada 2 orang gegadis yang tidak berjilbab, memakai pakaian moden, berdiri bersama dengan aku di luar pintu masjid apabila azan mula berkumandang dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka mengeluarkan sesuatu dari handbag mereka. Aku perhatikan mereka kerana aku sangkakan mereka pun orang luar macam aku jugak. Tapi mereka local. Tak lama kemudian, mereka mengeluarkan shawl dan terus melilit kepala dan bergegas masuk ke dalam masjid. Aku pun turut serta.

Sejurus masuk ke dalam masjid mereka terus tunaikan solat dalam saf yang sudah pon bersedia untuk menunaikan fardhu wajib ini. Aku terdiam dan terkedu melihat apa yang berlaku nie. Sebenarnya kalau di Malaysia, agak jarang untuk melihat perkara begini. Mungkin aku salah. Tapi ini yang aku lihat. Selalunya kalau warga kita, pasti penuh surau -surau yang ade di dalam shopping mall. Tetapi mereka banyak masjid yang walking distance dari shopping area. Memang kalau depan tu restoran, masjid akan terletak betul betul di hadapan restoran. Even tengah-tengah bandaraya pun, masjid pasti akan kelihatan beberapa meter sahaja.

Dan yang paling menarik di situ ialah bila mana mereka akan utamakan solat tak kira moden mana pon kau, lepak kat mana pon, tengah buat apa pon, panggilan solat tetap no.1 siap ajak kengkawan join sekali ke masjid. Untuk bercakap lebih lanjut tentang agama, aku pun bukanlah arif. tapi harap perkongsian macamni dapatlah sedikit sebanyak melihat yang tak kire mana kita berada dan bagaimana pon lifestyle kite, solat harus dijaga. Sama-samalah ye.

Kami teruskan perjalanan mencari money changer untuk tukar duit nak makan malam. At least tukar 30 Euro pun dah cukup. Mana tahu kalau-kalau makanan die sedap gile, terorder penuh satu table ke kan. Yelah, ini adalah first proper Halal meal from restaurant untuk kami sepanjang berada di Europe. Haruslah enjoy betul-betul kasi kenyang punya. Kedai yang kami makan tu, kiteorang mintak recommendation dari staff money changer sendiri. Yelah, kiteorang naklah ikut tekak orang tempatan katanyaaa….

Masuk je kedai tu, kami terus beriya order Burek dan air mineral (Memang itu adalah makanan palin utama di Bosnia). Lepas dah order bagai, kami palin buat perangai ucapkan Falah (TQ dalam bosnia) kepada waitress. Duk tergelak sakan, kami disapa oleh seorang lelaki dari Scotland yang bagitahu itu pun first word yang dia belajar in Bosnia. Then, the conversation goes on and on. Die turut kongsikan tentang pengalaman beliau di Bosnia di mana orang asyik duk belanja die je. Mana-mana die pergi, mesti ada yang belikan die beer dan bayarkan meal die. Die siap cakap yang orang-orang Bosnia semuanya pemurah dan sangat baik sampaikan die rasa sayang sangat nak tinggalkan tempat ni.

Dan aku pun turut rasa apa yang beliau rasa sebenarnya. Orang-orang di sini memang rata-ratanya sangat ikhlas membantu dan murah dengan senyuman. Eventhough English dorang tak berapa fasih but still, dorang nak sangat tolong kau even camane sekalipun. It’s not about the attractions yang ada but the people itself yang buatkan aku rasa special sangat Sarajevo ni. Ini adalah antara tempat yang menyedarkan aku akan : kau tak perlu ade bangunan setinggi langit, kau tak perlu ade teknologi terhebat seluruh dunia, kau tak perlu duk pompang pasal unity bagai tapi kalau dalam hati orang kita sendiri tak pernah ade kesedaran tentang kasih sayang sesama manusia. Ha kawww… Dah terkeluar pulak ayat aching-aching Ketua Pembangunan Wanita dan Keluarga. Apooo? But in Sarajevo, itulah yang membuka mata aku tentang kemanusiaan.

Dalam duk sakan borak, mamat Scotland tu panggil waitress tadi untuk kire bill and die dengan murah hatinya bayarkan dinner kami. Alhamdulillah, baik sungguh hati die ni. Siap die bagitahu yang he should pay sebab die interrupt dinner kami and atas dasar nak bayar balik apa yang orang Bosnia buat kat die, so die belanja kami. Die terharu, kami lagi terharu habis. Thanks Luke. Lepas tukar-tukar contact bagai, kiteorang pun beransur pulang ke hostel. Mendaki bukit beriyaaaa barulah sampai kat hostel kami.

Awesome people!
Dessert time
Harga ice cream in Bosnia
Always. Tak kira full camne. Ice cream tetap kena makan


Malam tu, sebelum tido aku tersenyum sendiri, aku capai handphone aku dan tulis notes tentang Sarajevo. Terus buatkan aku terfikir, dalam masa satu hari macam-macam yang aku experience di Sarajevo. Macam-macam erti hidup yang aku belajar di Sarajevo. Apakah yang menyuntik semangat mereka untuk teruskan hidup selepas alami peristiwa hitam selama 44 bulan dizalimi. Kalau tanya aku, life must go on no matter what. Easy to say kan? Tapi hanya mereka sahaja yang tahu erti bangkit dari peristiwa pahit itu. So, tak kire lah apa yang  terjadi, jangan putus asa dan kite kena banyak-banyak bersyukur yang masih ada orang lain yang alami pengalaman lebih teruk dari kita. So, kalau setakat benda-benda kecik kita nak besarkan, think about other people yang berjuang untuk negara mereka sendiri. Kita hanya ada satu tujuan dalam hidup di dunia, make our story worth reading. Xo, PORA.

19 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 14) – Sarajevo, Bosnia Day 1”

  1. suka baca blog awk.. bukan semata2 cerita pasal maklumat travel je, tp ada terselit cerita teladan, perasaan awk, pengalaman awk.. best baca, hehe.. 🙂

  2. Cik Pora;

    Memang betul pepatah kita ada mengatakan …

    Jauh berjalan,
    Luas pemandangan ….

    Kita pun jadi matang dengan pengalaman …

    Terima kasih berkongsi …. seronok baca kisah kisah Cik Pora dari menang pergi ke LA sampai ler ke artikel nih !

    Terima kasih kerana sudi berkongsi !

    Cara penulisan Cik Pora memang amat menghiburkan sambil memberi informasi yang berguna secara santai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *