#poramoviereview : Perfecto Snacks Batman v Superman Premiere

Assalammualaikum semua. Kita lari sebentar dari cerita travel sana sini Cik Pora. Baru-baru ini, Cik Pora dapat jemputan untuk menonton filem yang dinanti-nanti abad ini iaitu – Batman V Superman : Dawn of Justice.  Rezeki yang ada jangan ditolak, kita pun apa lagi, terus ‘shoot’ meredah segala traffic untuk ke Luxe TGV, One Utama. Hanya untukmu Batman & Superman.

Sampai di sana, kami disajikan dengan makan malam dan peluang untuk beramah mesra bersama beberapa blogger terkemuka di Malaysia. Selebriti pun ada tau! Kami juga sempat berposing sakan di photobooth yang disediakan. Meriah sangat. Tepat jam 8.45pm, kami mula beredar memasuki hall bersama dengan yang lain. Aura superhero dah mula dirasai. Tak sabar tau.

DSC01851My dinner before movie starts

DSC01845        Giant popcorn with The French Vanilla flavor

DSC01844        Perfecto photo booth and props, memang enjoy lah!

DSC01857Bersama blogger-blogger yang lain dan wakil nomnom

DSC01861Newly wed : Akim & Stacy pun ada

Cari je seat, terus nampak satu goodies bag, bantal dan juga popcorn yang telah disediakan. Apalah ertinya bila menonton wayang tanpa popcorn kan? Jadi, start je movie, terus suap popcorn ke dalam mulut. Terus layan Batman duk bergaduh dengan Superman. 2 jam lebih tau. Nasib baik ada popcorn yang menemani. Kalau selama ini kita tengok wayang, pasti beli popcorn yang biasa sahaja. Manalah ada option lain kan? Tapi, kini dengan inovasi terbaru dari Mamee Chef iaitu popcorn yang disajikan memang berbeza. Fully coated with favorite flavors. PERFECT. Selari dengan nama POPCORN ini iaitu PERFECTO.

DSC01869   Awwww, so sweet la! PERFECT movie date saya untuk menonton Batman V Superman

DSC01902 Movie kit by PERFECTO popcorn

Memang sedap dan ianya memberikan satu pengalaman menonton wayang yang sangat classy. Bila lagi nak merasa makan popcorn mewah dalam panggung wayang? Hanya PERFECTO popcorn je yang boleh bagi korang pengalaman macamni. Setiap biji popcorn disaluti penuh dengan pelbagai flavor yang lazat dan antaranya ialah Ultimate Caramel, Chocolate in Love and The French Vanilla. Kalau tanya, yang mana satukah favorite flavor? Haruslah semua, sebab semua pun memang sedap tau. Kalau korang nak tahu macamane rasa die, cepat-cepat dapatkan PERFECTO popcorn di kedai berhampiran dengan anda.

Hanya RM4.50 for 85g

atau

RM7.50 for 160g.

Korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya berhampiran. Bila lagi nak nikmati moment terindah bersama PERFECTO popcorn kan? Nanti if dah try, korang bagitahu kat Cik Pora, which flavor you love the MOST

Untuk maklumat lanjut :

Terima kasih Mamee Double Decker, Perfecto Popcorn and Nuffnang. Muah ciked!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *