OPEN TRIP 2018

Tiap kali tengok calendar, terus terasa cepatnya masa berlalu. 2017 pun dah hampir menuntup
tirai. 2018, tahun baru yang bakal tiba pula. Ke manakah anda akan berkelana? Gituuuu! Soalan yang selalu diajukan setiap kali teman-teman jumpa dengan Cik Pora. Terkadang tu, tak tahu nak jawab macamane sebab lately Cik Pora banyak betul buat trip ad-hoc. Tak plan, just go!

Namun, ada pros and cons if nak buat trip macamtu. Faktor pertama haruslah kos. Jadi, untuk 2018 Cik Pora siapkan awal-awal wishlist negara mana yang Cik Pora nak cover secara berjemaah. Ya, berjemaah ramai-ramai, tapi takdelah satu kapal ye. Sebab ramai yang email dan contact Cik Pora untuk travel sama-sama. Jadi, untuk permudahkan anda pilih destinasi manakah yang sama-sama kita nak cover, jom kita lihat destinasi idaman untuk 2018 :

February 2018 – Hokkaido Winter Wonderland Backpacking
Selepas balik dari Hokkaido tempoh hari, aku memang teringin nak try semua season di Hokkaido. Indah. Katanya time winter pun boleh tahan best jugak tau. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kite ke Hokkaido musim sejuk ini. Budget yang aku letak tu, untuk self-drive ye. Time winter dan kita akan main ski, weeehoooooooo!

March 2018 – Explorasi Bandung secara Budget
Bila tengok Instagrammers from negara seberang, memang mengancam gambar dorang. Kebanyakkan lokasi yang menarik di sana rata-ratanya adalah di Bandung. Bukan sahaja syurga kain lace ye, namun banyak lagi tempat yang perlu diterokai bersama. Apa tunggu lagi. Moh kitaaa ke Bandung secara budget.

April 2018 – Bunga bunga Cinta di Kashmir
Kashmir, syurga dunia. Itu gelaran yang diberikan oleh mereka yang pernah berkunjung ke Kashmir. Bulan 4 adalah musim bunga tulip. Yelah nak pergi Keukenhof tu, jauh lah pulak. Tiket pun boleh tahan mahal. Kashmir ni masih mampu milik lagi. Dan kite juga akan singgah di Taj Mahal ye. Yayyy! Jadi, sesiapa nak travel secara budget ke Kashmir & Taj Mahal sambil layan taman bunga terindah di kaki gunung, mari kita. Penuhkan korum. Tapi serious aku cakap, tinggal beberapa seat sahaja lagi.

May & July 2018 – Yuk Yogyakarta!
Semua pun tahu, Yogyakarta ni kalau repeat juta kali pun tak pernah bosan. Negeri hipster yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Untuk tahun 2018, aku plan untuk discover beberapa tempat yang unik di sekitar pantai di sana. Orang kampung di sana dah siap pesan, datang nanti stay la satu hari. So, inilah kesempatan nak lebih mengenali mereka. Tak gitu?

August 2018 – Aurora Australis di Tasmania
Nak tengok aurora ni dah lama masuk dalam list. Cuma bila dan di mana sahaja yang belum Cik Pora finalize-kan. Dan akhirnya, Tasmania menjadi lokasi pertama untuk Cik Pora lihat keindahan southern lights yang pastinya mengagumkan. Adakah anda salah seorang dari 9 orang yang bertuah itu? Ayuh kita, luaskan pengalaman kita ke Tasmania.

September 2018 – Ladakh, Santorini ataupun New Zealand?
September memang favorite month Cik Pora untuk travel. Not only because it’s my birthday month but disebabkan faktor cuaca yang lovely pada bulan September. 3 destinasi yang bakal memberikan anda pengalaman yang sangat berbeza.

  • Ladakh – Adventurous
  • Santorini – Romantic habis!
  • New Zealand – Nature lover

Yang mana satukah yang anda idamkan? Mari kita gapai destinasi impian kita sama-sama *pegang tangan*

November 2018 – Summer di New Zealand
Cuaca yang sangat mild, pemandangan yang terbentang indah serta waktu siang yang lebih panjang. Pengalaman musim panas di New Zealand pastinya berbeza dengan pengalaman musim panas di Kokdiang mahupun Sungai Koyan. Buat yang fefeling nak tukar angin New Zealand, moh kita!

Buat anda yang memang nak cari geng travel tu, boleh contact Cik Pora di +60193637240 atau email sahaja di poo.britney@gmail.com. Jangan malu, jangan segan, I won’t bite. I just want to explore alam semesta yang indah ini bersama-sama!

One thought to “OPEN TRIP 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *