SOLO BUDGET TRIP Sapporo 2017 : Moerenuma Park & Sapporo City

Aku bangun pagi di hostel seawal jam 4.00pagi. Solat Subuh di sini sangat awal. Jam 1.00pagi ye. Bumi Sapporo terang jam 4.00pagi. Memang unik. Kuasa Allah. Subuh dahulu dan kemudian tarik selimut balik. Set alarm jam 7.00pagi, bangun bersiap dan breakfast Nasi Briyani Mughal semalam. Masih elok sebab aku letak dalam freezer hostel. Dan nak dijadikkan cerita inilah makanan yang aku makan setiap pagi selama di Sapporo. Sampai hari last di Sapporo pon, aku tetap makan bekalan Nasi Briyani Mughal. Yang penting, memang tak basi, alhamdulillah aku pun sihat je even dah balik Malaysia. Mungkin bila ikhlas, rahmat dia lain macam.

Perut kenyang, hati senang, keluar dan terus naik subway. Harini aku akan pergi ke Moerenuma Park. Sampai subway station, aku perlu naik bas pulak. Sejam kemudian, sampailah di Moerenuma Park. Hari macam nak hujan. Memang forecast pun ada bagitahu, harini dengan esok hujan. Harap-harap forecast tu salah. Aku terserempak dengan sorang student dari Taiwan. Beliau ni pun travel sorang- sorang. Maka, berjalanlah aku dari station bus terus ke Moerenuma Park bersama beliau. Tak banyak kami borakkan, language barrier.

Bye bye home 🙂

Mekar berkembang katanya

My first bus ride in Sapporo

Tips : Easily go to this park via Chuo Bus No.69 or 79 from Kanjodori Higashi Station and return by No.68 from the park’s east entrance.

Die sewa basikal untuk explore tempat ni. Aku pun follow dia. Tengok macam tak larat je aku nak jalan kaki. Sewa basikal hanya 200yen sejam. Aku sewa 2 jam sahaja. Pekerja di sini, tak reti speaking English. So kita main tunjuk-tunjuk signage yang ade je. Selesai dapat basikal, aku terus mengayuh. Keputusan untuk sewa basikal ni memang keputusan tepat. Sebab apa?

Tangkap gambar ni sebab takut aku lupa jalan balik, mana tahu tak sedar diri

Basikal semua sama je, jangan time pinjam tu korang modified jadi kancil turbo dahlah. Simpan sikit perangai kreatif orang Malaysia tu bila sampai sini

Walaupun ByCycle, bisnes acik-acik ni tetap masyuk. Yang penting. jam dorang siap tunjuk bila waktu pulang. Kalau tak paham, sila BYe!

Cara nak bayar duit sewa, masukkan dalam machine, dapat tiket, hulurkan pada pakcik jaga basikal. Nanti dia akan bagi korang sebuah basikal. Kekdahnya, machine nilah cashier.

Amacam? Sexy tak bike saya?

Sebab Moerenuma Park ini memang seluas-luas dunia. Umpama padang yang tak berkesudahan. Tak daya lah nak berjalan kaki. Ada satu port untuk tengok fountain tu, aku dapat tengok sekejap je. Hujan mulai turun rintik-rintik. Aku pun kayuh basikal persis Pocket Rocket Man menuju ke symbol of Moerenuma Park, iaitu the building with glass-walled pyramid. Parking basikal. Dalam hujan ni, rasa macam nak campak je kat tepi. Tapi apakan daya, Japan ni kau takleh buat main-main. Aku tetap parking betul-betul walau dalam hujan yang sudah mulai lebat.

Luasnyaaaaaaaa *nganga tengok*

Macam peluru berpandu pon ada

Kecik je manusia bila berada kat sini

Jom lumbaaa

 

  Don’t miss this show. 15 minutes and 45 minutes, 15 minutes ni best!

Welcome to Glass Pyramid

Masuk ke dalam bangunan tersebut, aku memang terpukau dengan senibina yang sumpah cantik. Moden dan clean. Setiap arca dan ukiran yang ada, semuanya berseni. Elok aku masuk tu, hujan turun semakin lebat. Dapatlah aku merayap-rayap dalam ni lebih lama. Hargai masa yang ada. First time aku ke art gallery. Selama ni, aku hanya pasang angan-angan je nak visit tempat-tempat gini.

Mari kita masuk ke dalam

Hujan makin lebat

Ramai terpaksa duduk santai di sini sementara tunggu hujan

Batu ada air. Unik tak?

Tapi hari ini berjaya jugak jejakkan kaki dan menghargai sculpture sebegini seorang diri. Futuristic and modern, itu yang dapat aku katakan sejurus melangkah masuk. PERCUMA. Itu paling penting. Hanya kos untuk naik public transport sahaja. Tempat cantik begini kalau di negara kita, mahu macam-macam charge kena – Parking, entrance fee, activity fee, salah parking fee, guide fee, maintenance fee dan macam-macam fee lagi. Hey, Pora ni tak syukur ke yang Malaysia masih aman? Baiklah!

Namun, dalam banyak perkara yang menarik minat aku adalah insan genius di sebalik Moerenuma Park yang sangat mengagumkan ini. Isamu Noguchi, anak kelahiran Jepun berdarah kacukan Amerika Syarikat ini merupakan seorang yang berpikiran masa hadapan. Idea seni beliau bermula sejak tahun 1945. Yang penting semua karya seni beliau sangatlah relevant dengan masa kini, 2017. Bayangkan furniture konsep moden persis IKEA sudahpun ada ketika tahun 1945. Hebat bukan?

Aku sempat jugak duduk sambil baca biography Isamu Noguchi ni. Idea yang beliau ketengahkan untuk menghasilkan playground terbesar ini akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2005. Walaupun beliau tak sempat lihat idea beliau kini menjadi realiti, tapi bagi aku hasil seni beliau akan terus diingati sampai bila-bila. Dari tempat pembuangan sampah kepada world-class playground field in Sapporo. Ini sesuatu yang sangat aku kagum. Attraction yang wajib masuk dalam list korang.

Mari belajar tentang siapakah lelaki bernama Isamu Noguchi

Dari tingkat atas, ada 3 tingkat keseluruhannya. Masuk buat macam rumah sendiri. Bebas ke mana sahaja. Itu yang aku suka

Ini kalau dapat buat photoshoot video, tapi tulah, hujan ada petir, bahaya!

Elevator yang membawa pengunjung turun dan naik

From the top, look at the view. Alahai, I miss this place

Perasaan kagum terus hadir sepanjang berada di sini. Di sekeliling aku adalah kaca yang menutupi keseluruhan tempat ini. Hujan yang turun tu, memang sangat mendamaikan sebab aku boleh nampak dari dalam bangunan ini. Hujan macam taknak surut, kekdahnya dekat 1 jam aku bertapa dalam Moerenuma Park ni. No poncho, no umbrella. Tapi, aku macam dah lambat je. So, bila dah renyai-renyai, aku harus laju-laju kayuh basikal. Basah pun basah lah. Malas nak pikir dah.

Aku kayuh selaju mungkin sebab aku takut petir, dah lah tempat ni seluas alam. Takut! Aku tiba di tempat sewa basikal tepat jam 12.00 tghari. Phewww! Tapi paling sweet bila makcik-makcik Jepun ni berlari nak dapatkan aku untuk lap baju dan tudung aku yang basah. Die cakap Jepun, aku speaking. So lantaklah. Yang penting aku faham gesture beliau yang risau basah habis. Aku terharu woi. Terus beli poncho dan pakai, jalan ke station bus untuk tunggu bus ke Sapporo.

Hujan lebat time ni, tapi gigih keluarkan phone jugak sebab rasa cam dah lama tak mandi hujan. Last time kecik-kecik. Best jugak bila dah besar mandi hujan takde siapa nak marah. Ching!

Ha ala-ala pegang produk SK2 ke tidak tu? Please visit Sapporo city over the weekend or during public holiday. Tiket subway murah sangat – 520 yen with unlimited subway rider (One Day). Kalau tidak, satu trip je dah cost you 200 yen. Jadilah pengguna bijak!

Hujan tak juga surut walaupun sudah tiba di Sapporo. Harini aku more to free and easy. Taknak rushing-rushing. Just want to enjoy my time in Sapporo city. Beberapa kedai yang aku visit untuk survey harga camera nampaknya sangat menghampakan. Semuanya mahal gile. Lebih baloi kalau beli di Kuala Lumpur. Aku keluar semula dari kedai tersebut dan mula jalan sendirian di deretan kedai di Sapporo Station. Sedang aku berjalan-jalan, aku terdengar seseorang panggil nama aku. Aku cammm… Ada pulak orang Jepun kenal aku. Ke dia nak cakap yang tetiba musim hujan tukar musim Sapura?

 Cuci mata je mampu 🙂

Bila aku toleh, laaaaaa…rupanya orang Melayu. Adam, teman blogger. Die pun datang seorang diri. Dan merayap di area Sapporo. Baru sampai dari airport. Untunglah kau dapat tiket murah ye. Menangis orang tahu. Ahaks! Jadi, aku lepak lah dengan dia jalan-jalan di sekitar bandar Sapporo. Antara tempat yang aku pergi adalah :

  • Sapporo TV Tower
  • Sapporo Tanukikoji Shopping Street
  • Clock Tower (Tokei-dai)
  • Maruyama Park
  • Sapporo Factory

Berapa kalori anda dah bakar? Setiap tangga di subway station memang ada letak benda alah ni. Pembakar semangat untuk transformasi menjadi kancil

 Eh terserempak dengan lavender masa on the way ke zoo 🙂

 Hello Sapporo TV Tower yang berketinggian 147.2m sahaja. Lokasi TV tower ini adalah di Odori Park. Kalau time winter, memang inilah port untuk winter festival yang famous tu.

Uishh, besar gileee!

Bunga-bunga yang menghiasi Sapporo Garden

Jalan-jalan tengok bandar

Cantik ye bunga-bunga kat sini

Clock tower yang hmmmm…

Infamous Tanukikoji Shopping Street

Macam-macam kedai ada

Tapi paling famous dengan arcade. Dapatlah bear minion seketul kalau bertuah

Subway station Maruyama Zoo – dapatkan roh roh binatang dulu

Vending machine yang pelbagai pun ada

Rumah ni ada je boleh nampak dari tepi jalan sajok

Sangat classic!

Turun sahaja di station Maruyama, jalan tak sampai 10 minit sampai!

Dah sampai di park, tempat riadah

Tenang, look at the rays!

Dan ini juga.. 🙂

Shrine

Sapporo Factory, shopping mall paling unik di Chuo-ku, Sapporo. Macam berada dalam warehouse pun ada

Macam rumah hobbit versi tinggi melangit pun ada

Lorong-lorong dia buat korang rasa waaaaaa, best tempat ni!

Pelabuhan pun ada… Sudah-sudahlah kagum tu Sapora

Besar tempat ni dari luar

Dan ini pulak di dalamnya

Ada pelbagai tanaman ye dalam shopping mall. Sambil shopping boleh kenal pokok-pokok

Buat yang nak santai, boleh dengar live band kat luar mall

Okay kita pulang dulu ye. Shopping mall ini cantik angat!

Tips : Aku sarankan kalau korang nak jalan di Sapporo tu, plan itinerary korang untuk letakkan jalan-jalan city pada weekend. Gunakan sebaiknya.

Sayonara to Adam dan kami masing-masing pulang ke hostel masing-masing. Berehat di hostel. Mandi dan solat. Masa aku nak solat tu, tetiba ada kawan Taiwan aku masuk, dia tanya what are you doing? And aku terus jawab yang aku nak solat. Dia cakap kena sola Makan onigiri yang aku beli di Lawson sebagai santapan dinner. Habis dinner, aku minta kebenaran untuk tumpang barang-barang aku di sini sementara akan berpindah ke kawasan baru. Gituuu! Nomad itu memang favorite Sapora pun. Okay sambung lagi. Daaaa!

Cari yang ikan je. Mudah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *