Bila Tiba Hari Raya

*sambil merenung bulan di luar tingkap*

Ramadan dah tiba, kini menunggu Syawal pulak yang bakal menjelma. Fuhh dah habis puitis dah aku kali ni! Haha sekali sekala bermadah bagai, apa salahnya kan? So sekarang ni Cik Pora nak tanya setakat ni puasa penuh kah? Ramadan pun dah hujung-hujung je ni, harap dapatlah kita semua sempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin ye tak? Barulah boleh Raya bergaya! 

Nak bergaya sangat pun tak boleh. Baju Raya sekarang bukan main mahai lagi. Tatkala tangan menggapai price tag, mau nak gugur jantung tengok harga. Nak bagi duit raya lagi, nak beli kuih raya lagi, nak balik raya lagi. Eh? Ada kampung ke ni nak balik raya? Kebiasaannya Cik Pora sekeluarga memang beraya hanya di KL sahaja. Kampung pun takde, jadi bila dapat cuti raya, inilah masanya untuk kami pergi bercuti.

Trend orang kita pun dah ramai yang beraya sambil bercuti especially raya 2018 ni. Elok pulak raya tahun nie jatuh pada Jumat dan Sabtu, maka Ahad pun kita tapaw cuti sekali. Lepas je raya, kita jumpa sanak saudara dan kemudian kita pergilah bercuti. Kat KL pun lengang, takde orang sangat. Nak catwalk tengah-tengah highway KESAS pun boleh. Jadi ada suggestion kemanakah kita akan bercuti untuk Raya ini? Meh, 

Mula-mula sekali korang buka website Traveloka atau apps Traveloka kat phone korang, then search destinasi mana yang best. Kalau tanya Cik Pora, apa kata korang try ke Pulau Pinang. Apa? Jalan jem korang kata? Kalau risau jalan jem, korang naiklah flight. Kan mudah? Ahaks! Kat Traveloka korang boleh buat banyak pilihan nak naik flight bila dan airline yang mana dengan pilihan harga yang berbaloi. Sebab kalau di Traveloka korang boleh dapat list airline dengan harga yang berbeza dan servis yang berbeza. Korang boleh buat decision, and kalau nak plan bercuti sana buat decision dengan cepat dan book dengan pantas supaya tak fully book pulak nanti.

Jadi, bila tiket pun dah ada, apa pulak aktiviti yang nak kita buat di Penang? First sekali korang make sure dapat sewa kereta so senang nak gerak sini sana. Aku nak share ngan korang antara tempat yang menarik yang korang boleh pergi and ramai yang tak tahu. Tapi sebelum tue boleh pekena nasi kandar dulu. Rugi kalau datang Penang tak makan nasi kandar. Okay antara tempat yang menarik yang perlu korang terjah :

  1. Made in Penang Interactive Museum

Muzium yang menjadi tarikan terbaru ini menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang yang dahulunya merupakan pelabuhan terkenal di Asia Tenggara. Kalau dulu korang banyak baca buku teks, sekarang ni korang boleh tengok depan mata korang Pelbagai replika pelabuhan dan kapal dagang dapat menjadi tatapan pengunjung untuk mempelajari sejarah negeri ini. Selain itu, pengunjung juga dapat belajar tentang kekayaan budaya di Pulau Pinang secara santai dan interaktif dengan explore 5 bahagian muzium ini iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time. Kat sini juga korang kena beli tiket.

  1. Asia Camera Museum

Sebelum zaman Instagram, ambik gambar bukanlah semudah yang korang sangkakan. Pelbagai keperluan dan kemahiran yang diperlukan semata-mata untuk mendapatkan sebuah gambar yang awesome! Malah, youngsters zaman kini mungkin tidak pernah menggunakan kamera kerana semuanya dah ada dalam smartphone. Bagi peminat fotografi, di Asia Camera Museum ini korang boleh melihat collection lebih 1000 buah kamera antik beserta aksesorinya yang diperlukan untuk memproses gambar. Dengan suasana Lebuh Armenian dan rekabentuk dalaman bangunan yang vintage, korang konpem akan jatuh cinta dengan keunikan tempat ini di samping mempelajari banyak perkara tentang fotografi.

  1. Wonderfood Museum

Untuk yang boleh dipanggil sebagai foodies, korang boleh spend your time kat Wonderfood Museum. Kat Wonderfood Museum ni korang dapat mendalami budaya Malaysia dengan pameran hidangan tempatan berskala besar.Muzium ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Wow, Zon Aktiviti, dan Zon Pendidikan. Semua replika makanan adalah hasil kerja tangan pemilik muzium, Sean Law yang gunapakai teknik replikasi makanan dari Jepun, Interesting kan.

  1. TeddyVille Museum

Kalau korang nak tau mana asalnya teddy bear, korang boleh pergi ke Teddy Ville Museum. TeddyVille Museum adalah muzium Teddy Bear pertama di Malaysia yang menempatkan segala macam koleksi teddy bear seawal tahun 1900. Setiapnya mempunyai sejarah tersendiri, dan siapa yang tak berminat dengan teddy bear pun tentu akan seronok untuk mengetahui kisahnya. Menariknya, dalam muzium ini juga teddy bear diperagakan dengan watak-watak tempatan seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kapten Francis Light, Datuk Nicol David, Datuk Jimmy Choo, dan banyak lagi. Malah, secara tidak langsung anda dapat mendekati budaya Pulau Pinang serta mengetahui warisan sejarahnya melalui watak teddy bear yang tersangat cute!!!

So apa lagi, start la explore dan buat booking di Traveloka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *