Hiking Gunung Irau, Cameron Highlands : My first time!

Salam dan selamat sejahtera seluruh warga Malaysia sekalian. Setelah sekian lama saya simpan story ini, kini tibalah masa untuk hit ‘Publish’ button dan kita layan cerita bila Kak Pora mula berjinak dalam arena turun naik gunung ini.

Untuk lari dari tema cliche apabila naik Cameron hanya untuk makan strawberry atau pun minum Teh Boh, Sapora cuba melahirkan idea untuk menjadi gadis yang lebih adventure dengan – Naik Cameron and go hiking! Nampak macam mudah, tapi hanya mental dan fizikal sahaja yang memahami akan impian itu.

Sebenarnya, plan untuk naik gunung ini adalah datang dari sekeping gambar yang di-snap oleh rakan di Facebook. Disebabkan pengaruh rakan sebaya yang sangat kuad, aku pun ajaklah rakan-rakan seperjuangan untuk bersama-sama explore sebuah tempat yang tidak ku tahu kewujudannya. Dan kami pun plan segala benda in 2 weeks time. Aku ditugaskan untuk mencari guide naik ke gunung, manakala rakan lain uruskan hotel dan budget.

Total geng yang nak diangkut ke atas gunung adalah 7 orang pada asalnya. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka cancel untuk follow a day before kami berangkat. Kecewa? Rinsek semua ada. Sebab aku ada alahan dengan orang yang suka cancel last minute. Cuba meyakinkan mereka sehabis baik, namun Allah lebih mengetahui.

Bila aku nak cancel-kan, abang guide (Uteh) dari ORL Green Nature cakap permit kami dah lulus. Bila aku suggest untuk postpone to November, dia cakap Irau nak tutup next week until next year. Pulak. Bila pikir balik, either cancel or proceed. Dalam hati nak proceed, tapi mengenangkan poket yang menipis, aku rasa nak cancel atas sebab kos yang menebal bila orang makin sikit.

Sembang punya sembang, Uteh cakap proceed jelah, dorang try bagi price untuk berapa-berapa orang pun yang boleh proceed. Dan aku terus hubungi sahabat paling setia, Shima untuk berdiskusi. Kiranya, aku hanya perlu carik 2 orang sahaja lagi untuk kurangkan kos. Walau di negara sendiri, budget travel wajib di-apply. Dan bagi aku, kat sini lagi perlu kot. Oh you know what I meant!

Dalam beberapa jam sahaja lagi aku akan naik gunung impian. Tapi apa yang aku masih buat adalah mencari orang yang bisa menjadi rakan gunung pertama aku. Bukan senang nak cari mereka yang available dari segi masa, duit, rohani dan jasmani tau. Kiranya, ini lagi susah dari nak carik member ajak pergi travel overseas. That’s why hari Jumaat tu, aku cakap kat Uteh, kalau confirm aku gerak, aku akan inform diorang.

Sementara mencari, Shima selaku AJK Penginapan yang baru sahaja dilantik, tidak memerlukan 2 minggu untuk mencari tempat tinggal yang sesuai. Beliau berjaya mendapatkan penginapan untuk kami dalam masa beberapa jam sahaja di Star Regency. Memang lokasi hotel strategik. Walaupun musim cuti sekolah, akan tetapi kalau dah rezeki, semuanya dipermudahkan. Harga pun taklah sampai RM500/per night.

Dan akhirnya, seramai 4 orang ahli jemaah bersetuju untuk naik ke Cameron Highlands pada jam 3 pagi. Time tu, baru update Uteh. Sebab aku takut jugak if either one of us tak bangun pada jam 3 pagi, memang tiada rezeki lah untuk bergunung-ganang.

Kami tiba di Star Regency, park kereta, jumpa Uteh dan terus bergerak naik jeep beliau. Die pulak bawak additional 2 orang guide. Terus terasa trip nie sangat special and jadi meriah. Tanpa membuang masa, kami teruskan perjalanan ke starting point menuju ke Gunung Irau melalui Ladang Teh Sg Palas. Di situ, park jeep and kelihatan ramai sungguh geng-geng complete set segala perkakas naik gunung. Kalau compare dengan aku?

Tips : Pesanan ikhlas dari otai-otai masih berbisa Gunung Irau – Jangan park kereta anda di  Wakaf Irau kerana banyak berlaku kes tidak di ingini macam kes pecah cermin, curik rim tayar segala. So, berjaga-jagalah. Better amik je tour siap 4WD, hassle free 🙂

Memang tak ubah macam anjuma nak pergi shopping. Aku adalah insan yang paling zero knowledge pasal hiking ni. Kalau hiking Broga tu aku boleh la lagi. Tapi Gunung Irau ni, aku bawak je bag travel aku tu. Malas nak pikir either sesuai atau tak. Yang penting, ada air dalam tu. Dan bila dah naik tu, barulah aku sedar akan kepentingan equipments dan persediaan mental. Ini main redah je. Jadilah macam Cik Pora ni ha.

DSC07950Briefing by Uteh

DSC079481Sumbat segala air dalam bag

Memulakan perjalanan dengan doa dari abang-abang guide (Uteh, Kochot and JK-bukan Jiwa Kacau), kami teruskan ekspedisi (aching) menakluk Gunung Irau *propaaaa* melalui track Gunung Brinchang. Perjalanan kami bermula pada jam 9am dan tiba di Mini Irau pada jam 1pm. Rehat. Makan dan teruskan perjalanan ke Puncak Irau. Sampai di sana around 4pm. Harus diingatkan bahawa apabila anda mula melepasi tetangga sebelum memasuki denai hutan, anda pasti akan lalu kawasan yang berlumpur. Oleh itu, stokin panjang adalah yang paling terbaik. Untuk outfit, lengan panjang adalah yang paling aku suggest. Elak dari calar balar dan juga sejuk.

DSC07951And our super guide pun memulakan perjalanan

DSC07964Our view

DSC07978Nampak girang di situ, lek dulu. Kita tengok sapa yang mintak 5 minit rest

DSC08011Mereka masih di bawah

DSC08026Kocot berehat

DSC08037Kita kasi chance hakak bawak bag pampers baby naik dulu

DSC08063Tok ketua steady!

DSC08072Phewwww! Where are we?

Pulang semula ke Mini Irau around 5++pm. Bila di Mini Irau, Uteh dah siap-siap bagitahu yang kami kene expect kami sampai bawah tu malam. Meks? Sumpah rasa nak pengsan dengar camtu. Aku last masuk hutan untuk camping adalah time study diploma dulu. Itu pun kerja aku, tido je dalam khemah. Paling worst pun, jungle trekking kat area sekolah, tutup mata, then nangis.

Sejak dari kejadian tersebut, aku memang akan elakkan untuk lalu tepi hutan malam-malam. Ini kan pulak nak redah hutan berjam-jam pada waktu malam, memang tak pernah aku imagine tau. Akan tetapi, benda yang palin aku tasuke, akan terjadi sebentar lagi. Aku rasa macam takde choice je ni. Nak tak nak, memang kena redah jugak. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku struggle habis nak handle Nyctophobia aku.

DSC08108Ah Chong dah penat

DSC08112Kita bentang khemah dulu untuk lunch

DSC08121Mini Irau

DSC08130Golongan lelaki

Kami teruskan berjalan sehinggalah tiba waktu Maghrib. Kami berhenti seketika bagi menghormati waktu Maghrib. Betul lah mak-mak selalu pesan, masuk rumah, dah nak dekat waktu Maghrib ni ha. Bila dalam keadaan camni, barulah nak ingat pesan mak kan? Time kene berhenti tu, aku diam je sambil duduk rapat-rapat dengan Kak Mah. Kalau Kak Mah besar sikit, rasa nak duk bawah ketiak die je. Lantaklah kalau cik keti die camane sekalipun. Kalau darurat camni, insyallah bau-bauan Nivea sahaja hendaknya.

Selepas beberapa minit, kami meneruskan perjalanan dengan membuat beberapa pelan bagi memastikan semuanya selamat tiba Insyallah. Dan ketika itu, hari pun sudah melabuhkan tirai. Kini hanya malam, bunyi-bunyian hutan dan lampu suluh sahaja yang menemani kami bertujuh bagi meredah hutan yang menebal ini. Keadaan semakin lama semakin berkabus. Laluan pada siang tadi, kami lalu semula untuk ke starting point.

Susunan kami adalah : Uteh dihadapan, Kak Mah no.2, aku di tempat ketiga dan yang lain-lain di belakang tu memang aku gelarkan lelaki perkasa. Kalau kau bagi aku RM20,000 pun belom tentu aku jadi peserta paling belakang. Mujurlah mereka yang follow nie semua geng-geng HATI KENTAL. Dan bersyukur jugak ada wakil yang memang takde hal untuk duduk kat belakang. Salute!

Manakala, aku memang rasa nak melekat je terus dengan Kak Mah. Even lutut die dah gegel tahap lagu Seruan-Lefthanded, tapi dek kerana impian Cik Pora nak daki Gunung Irau, beliau turutkan jugak. Suara pun dah tak keluar. Flat habis minah nie. Time tu, aku rasa bersalah sangat. Dah lah siang tadi die siap sound aku, lepas ni jangan nak pasang sangat impian tu. Haih!

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Namun, yang paling aku puji tentang guide kami adalah apabila mereka cuba hilangkan kesunyian dan mengalihkan kepenatan kami itu dengan kata-kata semangat untuk terus melangkah dan tak lupa jugak dengan cerita-cerita menarik. Melalui pengembaraan ini, aku mendapat ilmu baru di mana Rasulullah juga sangat gemar mendaki gunung. Balik je dari Gunung Irau, aku terus baca lebih lanjut tentang perkara yang disampaikan. Dan ilmu ini menjadi satu ilmu yang sangat valuable buat aku.

Berbalik pada Irau yang aku redah pada malam hari. Selain gelap malam, aku juga harus melalui jalan yang berselut, berpaut pada dahan pokok, memastikan setiap langkah adalah pada tempat yang sebetulnya. Yang lain, aku memang tak nak pikir dah. Tentang laluan di kala malam, aku serahkan sahaja pada yang pakar. Dan dikala itu juga baru aku sedar akan function batu yang menjadi penanda yang diletakkan sekitar track menaiki gunung tersebut. Berguna habis batu itu ya. Dari situ kami boleh expect berapa jauh lagi berjalan.

Tiada istilah nak give up ye disitu. Even time rakan aku, Ah Chong mintak break 5 minute sebab die memang dehydrated habis (bekalan air pulak dah habis), aku dan Kak Mah serentak cakap, NO!! 2 minutes je! Persis Kakak Tiri Cinderella ke tidak tu? Tapi, memang aku tak sanggup tau. Kabus semakin tebal, hari semakin malam, gelap hutan tu… toksah citer la. Dan kalau dipilih untuk berhenti atau teruskan? Aku lebih rela teruskan berjalan. Itu sahaja yang aku mampu pun time tu.

Semasa kami sedang menelusuri gelap malam, tiba-tiba salah seorang ahli group kami menyebut Allahuakbar. Aku kalau bab-bab gitu, aku memang diam sahaja. Lagipun aku berada di barisan hadapan ala-ala abang askar sangat. So, apa yang berlaku di belakang tu, aku memang tak kuasa nak ambil tahu.

Akan tetapi di dalam kegelapan itu, tiba-tiba muncul seorang lelaki mencari perempuan bernama Nora. Kalau tak terkejut tu, memang aku tak tahu lah either kau ni manusia ke tak. Memang rasa nak luruh jantung bila die ni muncul. Memang aku tak perasan ye. Apabila disuluh wajah beliau, beliau ini adalah guide group lain yang aku selisih petang tadi. Beliau bersama dengan seorang gadis Cina yang injured.

Little throwback :
Sewaktu group kami turun dari Puncak Irau, kami berselisih dengan seorang gadis Cina yang injured sampai tak boleh nak berdiri. Itu time kami nak turun tau. Yang turun cepat-cepat ni pun, still tak sampai-sampai even dah gelap gelita gini. Bayangkan die yang tak gerak langsung dan last location die agak jauh dari starting point. Makan 4 jam. Beliau kelihatan hanya mampu duduk je even sudah cuba untuk dipapah. Oleh kerana dah terlalu darurat without any equipment untuk bermalam gamaknya. Kami juga terserempak dengan seorang pakcik dan anak gadis beliau yang datang tanpa sebarang peralatan (lampu suluh pun tiada) masuk ke hutan untuk membantu.

Kekdahnya, rakan-rakan budak Cina ni tadi dah selamat turun di bawah. Disebabkan hari dah nak malam, guide tu mintak ahli group mereka naik semula (hiking) bawakkan lampu suluh. Semua pun macam tak nak kecuali gadis bernama Nora yang willing untuk hiking hantar lampu kat guide mereka dan juga budak Cina tadi.

So, menurut guide tersebut, last die dapat contact, katanya Nora akan naik seorang diri. Bermakna, Nora akan hiking dalam kegelapan seorang diri sahaja. Oh myyy… Aku memang tabik dewa habis kat perempuan bernama Nora kalau betul-betul die naik. Sumpah berani giler. Nak harapkan Sapora. Memang mintak maaf. Kbai!

Akan tetapi, sudah beberapa jam berlalu, namun bantuan tak kunjung tiba dan mereka assumed Nora hilang dan sesat di dalam hutan seorang diri. How scary and pity is that? Dan dengan penuh rasa tanggungjawab, guide tersebut terus gigih mencari Nora tanpa lampu suluh dan beliau baru first time keluar dari Irau lewat malam begini. Bagi aku, guide ini memang abang paling kental kat Cameron Highlands pada ketika itu.

Die pun meminta bantuan untuk pinjam lampu suluh, namun disebabkan bilangan lampu kami pun tak cukup, option yang beliau ada hanyalah mengikut sahaja group kami, tapi duduk belakang aku please. Itu sahaja yang mampu aku pinta. Kita tak tahu kan. Dalam hutan nie macam-macam. So, usaha mencari Nora ini juga telah diperluaskan dengan adanya kami namun objective utama adalah nak turun ke bawah. Di samping itu, abang ni pun sudah hubungi polis dan anggota hutan untuk sama-sama mencari Nora + membawa bantuan kepada gadis Cina tadi.

Tak lama kemudian, kami pun tiba di tangga tempat kami naik pagi tadi. Rasa macam nak nangis bila jumpe tangga tersebut. Alangkah bersyukurnya rasa hati apabila kaki berpijak jugak pada tangga ni. Jarak dari tangga ke tempat kami bermula tak sampai 5 minit pun. Hanya jalan straight. Dan abang guide tadi pun, mintak diri sebab beliau perlu cepat-cepat turun ke bawah untuk mencari Nora. Harap-harap Nora ada di bawah. Berlari terus die untuk cepat tiba di bawah sana.

Untuk aku, cukuplah hanya berjalan laju-laju walaupun dalam hati memang tak sabar nak dapat katil. Hanya aku dan Uteh sahaja yang turun dahulu. Geng yang lain semuanya perlukan masa kerana dah flat habis. Takpe, aku tunggu sajok kat kereta. Lagipun Uteh memang risau bangat dengan kereta die. Katanya sejuk-sejuk tak hidup.

Semasa aku turun di tangga yang terakhir, aku ternampak unggun api yang dipasang di bawah pangkin disediakan. Kelihatan beberapa orang yang menunggu di situ. yang pasti bukan aku kenal. Namun, ada seorang gadis menegur kami dan tanya, “Ada nampak guide kami tak?”. Dipendekkan cite, memang lah kami nampak guide die, dah turun pun sama-sama start dari tengah hutan tadi duk mencari Nora Nora Nora.

Elok pulak aku habis cakap. Die pun bagitahu, oh sayalah Nora… Aku macam what?? So, uols tak naik lah kekdahnya. Dia cakap memang dia tak naik and tak sesat pun. Aku yang dah join ahli persatuan ‘flat habis’ nie memang terus flat kalau dengar camni. Tak tahu nak respond camne. Time ni barulah aku realize, teamwork, communication segala memang harus di-apply even kau nak naik gunung. Dan juga betapa pentingnya permit untuk masuk ke dalam hutan. Kebanyakkan dari kita selalu memandang remeh benda-benda gini. Duit mahal, nyawa murah. Change your perception dolls! Time nilah baru teruji kebatilan dan kecekalan masing-masing. Mampu?

Aku suruh je Nora tunggu sampai guide die turun. Cumaaa…yang aku pelik, die lari dulu time kat tangga tu. Tapi, kenapa lah aku yang sampai dulu. Tak habis dengan tu, geng aku yang jalan macam Robocop pun sampai sejurus aku sampai. Disebabkan hari makin sejuk, kami semua pun masuk kereta untuk aktiviti rehat-rehat kan badan yang dah pakai tanpa henti selama 12 jam.

Nasib baiklah semasa kami turun tu, ada 2 orang pakcik kenalan Uteh ada kat situ untuk camping. Die pun tahu tentang kes budak yang tersadai injured kat atas dan ditinggalkan guide beliau untuk mencari Nora. Uishh complicated habis. Maka dengan itu, dapatlah dengar tazkirah pakcik tadi di samping itu kiteorang dapat perhatikan yang guide tersebut berlari-lari turun dari tangga. Sempat die jerit, sesat pulak nak turun tangga ni. Bagi sesiapa yang pernah pergi, mereka tahu yang tangga tersebut hanya sehala saja. Kiranya itu track yang memang disediakan. Namun, mungkin ujian untuk beliau. Yang penting, beliau selamat.

Elok kami masuk je kereta, enjin pulak tak boleh start. Maka dengan itu, kite kene kasi jumper sekali. Pakcik tadi bantu kami dan sementara dorang duk settlekan urusan kereta, kami yang lain hanya mampu duduk dalam kereta sambil pongpang sakan. Time tulah masing-masing pun…Duk tak bagi chance sorang-sorang cakap, kalau boleh semua nak cakap. Mana taknya, sepanjang dalam kegelapan hutan tadi, sorang pun tak berani nak bersuara. So berceritalah kami macam tak cukup nafas. Tapi, awal-awal dah haramkan benda-benda yang misteri nusantara. Itu kalau cerita jugak, memang putus sahabat!

DSC08133Mossy yang sempat aku snap sebelum simpan camera diam-diam

DSC08134Mystery kan?

DSC08139And mystique

Apabila kereta Uteh dah boleh hidup, kami panjatkan rasa syukur kerana akhirnya we can go to… TOILET! And go makan jugak. Oh Tomyam, kaulah yang paling kami rindui. Kami tinggalkan kawasan untuk panjat gunung dengan rasa lega. Semasa kami turun, terserempak dengan rombongan Bomba, Polis dan Jabatan Perhutanan. Nampaknya, apa yang berlaku kepada gadis Cina itu agak serious. Kalau ikutkan hati, macam nak stay and nak tahu apa yang terjadi lepas tu… Tapi, apakan daya, diri sendiri pon tak terurus dek kerana penangan hiking gunung ke-9 tertinggi di Semenanjung. Kau mampu? Dah turun baru tahuuu… Sampai jugak. Walaoponnnnnn.

Kami dibawa ke kedai makan untuk mengisi perut yang lapar dan sambung bercerita tentang journey kami. Aku hanya mampu terdiam dan sumpah tak larat nak komen apa. Tapi, apa yang aku mampu katakan kat sini adalah, walaupun ini adalah pengalaman pertama aku dalam arena hiking namun ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza. Even, banyak tempat yang aku pergi dan ada yang dalam tempoh agak panjang, namun 12 jam yang aku lalui kali ini memang memberikan aku sisi kehidupan yang amat unik iaitu :

  • Di sini aku belajar betapa pentingnya memilih rakan atau kenalan untuk dibawa mengenali erti susah senang. Mana taknya, wangi sesama, busuk pun sama-sama jugak
  • Aku mula tahu akan kerjasama sebenar yang selama ini diperkatakan
  • Bila kita di dalam hutan, hanya kita sahaja yang boleh tolong diri kita sendiri
  • Aku sedar betapa pentingnya kekuatan mental untuk sentiasa motivate diri redah jugak kegelapan ini no matter what
  • Dalam keadaan macamni, status, wang ringgit, sado mana badan abam or hakak, cantik, kacak or popular mana anda tidak diambil kira. Tapi ilmu dan kekuatan minda, itulah yang akan membezakan kita semua.
  • Aku mula berfikir, 12 jam yang aku lalui ini hanya sementara, tapi orang lain yang bertahun-tahun hidup dalam keadaan macamni? Aku bersyukur!
  • Tiada erti TIDAK atau TAKNAK. Hadap sajok!
  • Tiada yang lebih hebat melainkan kuasa Allah s.w.t

And banyak lagi yang aku belajar dari perjalanan ini cuma biarlah yang lain simpan diam-diam. Anyway, untuk anda yang berminat mendaki Gunung Irau dan dapatkan guide yang sporting, meriah and otai dalam arena mendaki ini, korang boleh contact ORL Green Nature at http://orlgn.webs.com or yang nak baca kisah gunung-ganang mereka, feel free to visit here – http://orlgreennature.blogspot.my/

Apa-apa pun, terima kasih Yang Maha Esa atas perancangan mengenal alam yang sangat unik. Tak lupa jugak pada our fantastic guides – Uteh, Kochot and JK, korang memang power! To my friends, Kak Mah, Chong and Jepi…. Thanks sebab sudi join trip nie. Pada yang memang berjiwa gunung, trylah! Memang worth it.

DSC08143Ciao!

9 thoughts to “Hiking Gunung Irau, Cameron Highlands : My first time!”

  1. hi kalau berminat nak guna guide untuk mendaki tak kisah di mana pon, contact 019-3031043- mohd azreen bin hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *