Jalan- jalan in Jakarta, Indonesia

Oh lupa nak cakap, Hello October! Memang terpantas sungguh masa berlalu. Dan gitu jugaklah dengan my pack schedule sampaikan sudah tengah bulan, baru dapat mengupdate blog ini. 
Dan antara aktiviti yang buatkan tak sempat nak update ialah sebab recently I went to Jakarta, Indonesia. Such a last minute trip I can’t avoid (Wah statement tak mau kalah, macam Astro On Demand). Dah katanya last minute kan, memang tak sempat langsung nak buat preparation especially study about tempat-tempat menarik di Jakarta. 
Jadi, dengan sebuah bagasi dan sling bag, saya pun gigih bersama ibunda tercinta terbang ke tempat kelahiran cowok-cowok kacak (Motif sangat focus kat cowok). Actually, ni first time travel dengan ibu 2 orang je… So kene jaga ibu betul-betul time ni…
Me ready to depart
This time with MAS Airlines
Our meals… Sampai Malaysia baru makan Toblerone
Almost here

Sampai je di Jakarta, cuaca pun sudah gelap ye. And before that, nak pesan kepada siapa2 yang akan fly ke sana, please print ticket balik sekali. Sebab imigration dia ada request and dia cam marah ye sebab tak print. Katanya nanti takut nak menetap terus kat Indon pulak. Muka saya ni ada ke macam suka menetap lama-lama selain rumah ibu saya? Nak je time tu jawab, tapi… apakan daya kan? Badan saya tak macam Malik Noor…hehe
                                    
Jakarta Airport (Soekarno-Hatta) Indonesia

On the way to hotel tu, sempat jugak berborak dengan Pak Supir. Tanya pasal tempat shopping ajelah. Yang familiar pun, Tanah Abang, Mangga Dua and Thamrin City. Kata pak supir semua sudah tutup!Haiyoo awalnya…
All of us stayed in Alila Hotel, near business area. For me, Alila memang terbaik. Servis tip-top and bilik cantik sangat. Tapi, macam tak percaya ada jugak hotel berbintang-bintang di kawasan sekitar yang ala-ala non-hado bintang. Seriously macam pelik jugaklah.
Simpan bag dalam 10minit sahaja and terus kena pergi dinner kat belakang hotel. Wow! Dalam van nak g kedai makan tu, tanya lagi, shopping mana best? ahhaha! Dah bawak juta-juta katanya, takkanlah nak tanya bank kat mana pulak kan? 
Access card to our room

Yay! My favorite room : NON SMOKING

Exclusive for Ibu and I
We had dinner in Pondok Laguna. Definitely recommended! Semuanya sedap. Previously, dah pernah try makan ikan gurame di Bandung. Serik terus. Memang hanyir sangat. Tapi tapi… this time, we had Ikan Gurame Terbang pulak. Ikan ni posing die macam sexy sikit. Tapi sedap bangat. Crispy and secukup rasa. Seriously kena try. Restaurant ni memang bersih and ada class gitu. So go and try tau!
Balik je hotel terus tido sebab esok nak bangun awal.

Lobby lounge

Pondok Laguna restaurant

Great ambience

Our foods

Me and Ikan Gurame Terbang… Satay tu sedap sebab rasa limau

Bismillah
Day 2 in Jakarta, kiteorang bangun awal sebab nak breakfast and nanti boleh ada ample time to get ready tunggu supir sampai. Pastinya, bile pergi Indonesia ni, yang bestnya, boleh berangan jadi diva-diva gitu. Yelah, ada supir jemput, angkatkan bag, bukakkan pintu, bawak pergi mana saja kita nak dan yg penting dalam purse duit juta- juta…Tapi keindahan itu hanyalah sementara!
Harus diingatkan ianya hanyalah sementara. Bila balik saja ke tanahair tercinta, semua itu takde maknanya… Tengok purse balik, sedar diri terus hehe…

View from my room. It’s 5 o’clock in the morning
Breakfast yang marvellous

Anyway, taknak lah bercerita panjang lebar…Tapi chop! Before lupa, final night kiteorang kat sana, saja2 lah ajak Pak Supir pergi Grand Indonesia. Nama pun grand kannn, tak sangka pulak orang-orang yang pergi sana semuanya grrraaaannnndd jugak!

Bayangkan, masuk je mall tu, kena scan bag semua. Bila dah masuk, besar yang amat sangat! Kalau sehari pun belum tentu habis round. Tapi itu tak menarik… Apa yang menarik ialah orang-orang yang datang sana…Semuanya pakai bulu mata palsu uols. Kalau tahulah, memang dah bawak stok2 bulu mata tuuu…

Dan kata pakai bulu mata kan, make up haruslah tebal2 dgn rambut siap set. Ha, can you imagine this? Dorang memang dress up macam nak gi award. Tapi kalau dorang pergi award macaman pulak rupanya? Okay taknak pikir! ehhehe…

And yang paling menarik, ada sorang nenek ni kan, dia pakai kebaya ketat warna putih, sanggul rambut, siap dengan lipstick merah menyala, jalan dengan geng-geng warga emas die. Relax je uols!Bulu mata ade jugak bila ditelek kan… tetap anggun dan ganteng gitu… Kalau Opah macamtu, buat reunion pakai kebaya kat Pavilion, memang budak2 anti-Pavilion kids jadikan opah icon sepanjang zaman lah kekdahnyaaa…

Okaylahh, macam-macam sebenarnya yg diperhatikan kat sana tu… That’s why I love travelling. We can see something we can’t see in our country. November… Please come fast, I can’t wait 🙂

Anyway, jemputlah layan gambar-gambar tak seberapa ya :

In KFC, ada jual CDs artis-artist famous dengan hanya RM12 sahaja
I’m ready to shop
Dalam van got TV
Macet is everywhere in Jakarta
Okay. Kakak ni tengah menyusukan anak dia sambil jadi temporary police traffic. We can see her tuuuuutttt! Poor the baby 🙁
Her husband I guess
Mangga Dua 
Selection of baju dia macam kat Chow Kit
Me in Mangga Dua
I love this car. We don’t have this in Malaysia. It’s Nissan Juke

Lalu kat kawasan lorong-lorong ‘tikus’ means jalan shortcut
#HanisZalikha went to this place for her #MadMarkets show. Seriously, you must try. Sedap gilerrrrrrr!
xoxo,
S

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *