Backpacking to Beijing Part 3

Bersambung dari episode sebelumnya…

Untuk Part 3, kiteorang akan mulakan journey untuk ke satu tempat yang memang takde plan pon nak pergi. Malam sebelum kami decide nak pergi tu, sempat jugak research camne nak ke sana. Ke sana? Ke sana tu ke mana kan? Destinasi ‘cinta’ kiteorang seterusnya ialah bandar Tianjin yang merupakan antara bandar popular di China.

Tujuan asal kiteorang nak pergi Tianjin ni adalah untuk merasa naik bullet train je. Takde pun terpikir nak round- round kat Tianjin sebab tak sempat nak research macamane nak pergi ke tempat- tempat lain di sekitar Tianjin. Ada jugak try berjalan untuk mencari tempat-tempat menarik, tapi memang takde rezeki untuk jumpa kawasan-kawasan tu!

Asalnya, flight kiteorang dijangka sampai di bandar Tianjin instead of Beijing. Tapi pada bulan Jun, kiteorang received email from AirAsiaX mengatakan yang kiteorang akan touch down in Beijing. Tak payah susah-susah nak naik Bullet train dah lepas ni. Terus je sampai kat Beijing city babeyh! That’s why kiteorang tak amik kisah pun pasal Tianjin ni. Tapi bila ada peluang untuk visit Tianjin, kiteorang memang taknak lepaskan peluanglah!

Jadi, seperti biasa, kami memulakan perjalanan ke Tianjin di Wangfujing subway station. Time tengah berjalan menuju ke train dari hostel kami, tetiba je kami disapa oleh jeritan sorang uncle from Malaysia yang tengah drive. Die berhenti kat traffic light and terus cakap, Hi orang Malaysia… Wahh!Kagumnya kami. Tengok style kiteorang berjalan terus boleh tahu yang kami ni semua asal dari Malaysia.

Bila dah jumpe orang kampung katanyaaa…terjeti-jeritlah aku ni ha jawab sapaan uncle tu. Terus die cakap, harini suhu -7 degrees. Sejuk tau! Huntunglahhh bagitau camtu. Patutlah terasa sejuk lain macam sikit compared to few days kiteorang kat sini.

Then, tanpa melengahkan masa lagi, kiteorang tetap teruskan perjalanan. Dalam hati ada jugak terdetik, takkanlah sampai -7 kannn…Kalau -7,mau keras kiteorang berempat ni. Jalan slumber je ni ha tak pakai winter coat tebal-tebal. Ni nak jalan jauh lagi kan…So nak tak nak, layankan aje lah apa yang uncle tu bagitahu.

Pagi yang paling sejuk

Di subway station untuk ke South Railway station

Sampai je di subway station beli tiket and tukar few stations untuk ke Line 4.Kami turun di Line 4, Beijing South Railway station, yang merupakan salah satu hub untuk ke bandar-bandar lain di China seperti Shanghai, Hangzhou, Fuzhou dan lain-lain lagi.

Bila sampai di station ni, kiteorang terus ke kaunter tiket untuk beli tiket bullet train. Harus diingatkan, time nak beli tiket ni, passport diperlukan bagi tujuan pengesahan. Time die mintak passport kat kaunter, punyelah hazab nak cakap. Officer tu confirm-confirmlah cakap bahasa cina. Yang aku dengan Malaysian English nya kan. Memang remix terbaiklah kiteorang. Orang belakang tu marah-marah mintak aku keluarkan a*!7y62632h3y2i… iaitu pengenalan diri. 

Weyyyy! Blur terus tau. Tertanya-tanya, apa benda lah dorang ni nak sebenarnya?? Nak duit, dah bagi duit, nak tengok bapa ramai pergi, 4-4 orang dah duduk depan kaunter…Sampailah pakcik sebelah aku ni die tunjuk IC dorang… Oh, u mean passport? Terus dorang hangguk-hangguk! Hangguk sungguhlaaaa… Cer cakap dari awal nak passport. Yang aku pun, research tak abis, terus terjah je. Inilah jadinya kan.

Lepas je beli tiket, kiteorang terus bergegas ke tingkat atas. Setiap station, entrance or exit mesti akan ada security check. So kenalah campak segala barang yang tersangkut kat badan ni dalam scanner tu…Dengan pakai glove and mask, memang leceh sangat rasanya. Time tu pulak handphone jatuh buat pertama kalinya… Uwaaaa! Handphone aku & Shima memang suka jatuh bila kat Beijing ni…Ini semua kerana pakai glove…Pegang rasa tak pegang je sebenarnya!

Tiket yang kiteorang beli berharga 55Yuan/RM22.50 per person. Lepas dapat tiket kiteorang pergi ke Platform 21 seperti yang tertera pada tiket. Bila dah jumpe platform yang betul, kiteorang terus beratur sebab nanti tak yah lah nak terhegeh-hegeh kelam kabut. Apa yang aku perasan, bila kat sini. Kami berempat start belajar untuk jadi disiplin.

Disiplin and sentiasa alert dengan semua benda yang ada. Bagi aku, itu sebabnya orang-orang Cina ni boleh berjaya dalam apa jua bidang yang dorang ceburi. Sebab apa sahaja peluang yang ade depan mata, takde nya nak tunggu-tunggu. Terus grab! Sikap macamtu yang patut kita contohi. Wah! Keles buat iklan sebentar kat blog!

Beijing to Tianjin

Macam KL Sentral tempat ni


Me q’in while waiting for the train to depart

Okay bila pintu sudah dibuka, kiteorang pun dibenarkan untuk turun ke bullet train area. Suhu time tu toksah cakapla, memang tersejuk! Tak tahan giler…Jalan laju pun dah macam tak rasa kaki tau. Jangan frost sudah lah, itu saje doa kami!

On the train

Me and Shima dalam train


Turun kat platform bawah, kiteorang terus naik train dan cari number seat yang ditetapkan seperti dalam tiket. Bila train dah mula bergerak, kiteorang dapat tengok perubahan suhu dan kelajuan yang ditunjukkan pada banner LED. Apa yang kiteorang perhatikan suhu paling tinggi untuk haritu ialah 2 Celcius… Aaaaa menangislah kiteorang! Bila kat tengah-tengah jalan, boleh pulak suhu jadi -3 Celcius. terus cam takut nak keluar dari train…

Dan selepas 30 minit, train mula bergerak secara perlahan menuju ke station Tianjin. Kami keluar dari keretapi apabila ianya berhenti betul- betul di station Tianjin. Bila dah sampai tu, nampak jugak ads tentang few attractions in Tianjin. Tapi serious…Kiteorang memang tak tahulah nak pergi tempat-tempat ni semua. Camnelah kiteorang nak explain kat dorang. Nama tempat-tempat yang cantik tu pun, kiteorang tak tahu. Ha…itulah ceritanya kan kalau tak buat research langsung pasal Tianjin ni. At least kalau tahu nama pun, boleh ikhtiar naik taxi ke kan. Tapi nampaknya takde rezeki untuk ke sana.



Arrived in Tianjin

Kereta beroda tiga

Tenang di Tianjin

Cover muka dari sejuk


Kiteorang berjalan kat area-area train station je. Keadaan di Tianjin lebih aman dan tenteram. Tak bising and tak crowded langsung. Ada jugak kiteorang singgah kat beberapa kedai runcit untuk beli barang sikit- sikit. Lepas tu, kami terus bergerak semula ke train station untuk balik ke Beijing-an! 

Auntie kedai ni tersenyum tengok gelagat kami berempat

On our way to Beijing-an

No AES in Beijing…Apa lagi kan?

Time beli tiket untuk pulang, totally takde masalah sebab dah belajar dari pengalaman katenye. So everything was smooth!Sampai di Beijing cuaca pulak 1 degree. Wah! Ber-tabahlah kami berempat mengharungi cuaca yang sememangnya cannot go! Tapi bersyukur, even sejuk giler, kami still teruskan jugak perjalanan yang seterusnya iaitu ke Hutong (my favorite!).

Sebelum nak mulakan cerita pasal Hutong ni, meh sini nak bagitahu yang Hutong ni apa? Perkataan Hutong ini sebenarnya berasal dari orang-orang Mongolia yang menggelarkan bandar itu sebagai Hutong. Ianya merupakan satu kawasan yang membentuk sebuah perkampungan popular di Beijing. Die ala-ala kampung kalau di Malaysia. Jadi, kalau korang ni peminat drama siri cina zaman dulu-dulu.Korang memang familiar dengan suasana yang ada di Hutong.  

Tetapi, dengan kehadiran bangunan-bangunan pencakar langit, kebanyakkan bangunan lama Hutong kian pupus. Cuma ada beberapa sahaja lagi yang masih tinggal di bawah pemeliharaan untuk tatapan generasi akan datang. Bagus jugak dorang ni, cepat-cepat protect culture dorang before it disappears. Dan, kiteorang pun tak nak terlepas untuk menikmati suasana sebenar Beijing, Jadi kitorang mulakan journey to Hutong selepas Tianjin.

Menurut dari hasil research yang telah aku jalankan,antara Hutong yang popular di Beijing ialah Mao’er Hutong yang aku sangkakan terletak di Lingjing Hutong. Dan itu sebenarnya salah! Bila kiteorang turun di station Lingjing Hutong, kiteorang follow direction yang telah aku finalizekan before pergi. Tapi memang tak jumpe segala landmark yang aku tulis tu! Sesat lah dalam erti kata lainnyer.

Tried to find the right path to Hutong

No sign 🙁

Kami memang tak give up untuk cari manalah letaknya si Mao’er Hutong ni kan. Jadi langkah seterusnya, apa lagi kalau bukan sesi ber-tanya pada orang-orang kat situ. Antara mangsa-mangsa kiteorang, termasuklah pasangan couple yang memang baik sangat sampai dorang suruh kami ikut die. Even die tak tahu, die still nak tolong. 

We will follow you

But die dah lambat untuk ke satu tempat asalnya. So kiteorang kate, it’s okay. We try our best. Then tanya jugak kat beberapa orang lain, dorang tak tahu. Urmm, Shima pulak tanya kat sorang mamat depan wedding boutique, still tak tahu.

Jalan tetap jalan. Tapi tak jumpe jugak. Sampai kiteorang jumpe kakak and adik (aku agak je, sebab muka lebih kurang) berjalan untuk pergi subway station. Tanya dorang, dorang siap Google bagai. Lama jugak die nak dapat jawapan tu, sampai terbang-terbanglah itinerary aku kat station tu. Angin kuat uols! Berlari-lari aku and Shima duk kejar itinerary kiteorang…

She helped us to Google for Mao’er Hutong


And sadly, die pon tak dapat nak tolong. Masuk pulak kedai Muslim, tanya pekerja-pekerja die, still tak tahu jugak! Wah,time tu terus terpikir, betul ke aku tanya mana letaknya Mao’er Hutong ni. Ke aku tanya PAROI ni kat mana eh? Ha camtu sekali dorang tak tahu. Kalau aku tanya PAROI tu, logikla tak tahu. Tapi ni dalam negara dorang sendiri babe. Takkanlah tak tahu kan. But, aku tak salahkan dorang pon. Kena jugak tahu, negara dorang ni besar mana kan kalau nak compare dengan negara kita, ya dak?… 

Inside Muslim food restaurant. Tengoklah betapa ramainya kerumun Kak Mah semata-mata untuk tolong kiteorang cari Mao’er Hutong

Then, kiteorang tanya pulak auntie and uncle naik basikal. Auntie ni memang the best siot. Die cakap tempat ni bukan kat Lingjing Hutong. So kena naik taxi untuk ke sana. And die ade jugak tanya kat sorang uncle ni. Die memang tahu kat mana Mao’er Hutong ni (Oh finally!)…

This auntie and his friend were so kind to us. Even they spoke in their language while helping us

Die cakap jauh jugak Mao’er Hutong ni if dari Lingjing Hutong. Mao’er Hutong ni terletak berhampiran dengan Drum & Bell Tower di Gulao Dajie. Jadi untuk ke sana, better ambil taxi. Kalau nak jalan tu memang tak boleh. Sempat jugak uncle tu tuliskan Mao’er Hutong ni dalam tulisan cina. So that senang untuk kami nanti.

Jadi, untuk ke sana, kami perlu naik taxi. Auntie yang tadi pon, apa lagi, tolonglah kiteorang tahankan taxi. Tapi nampaknya, takde satu pun taxi nak berhenti. Dan kiteorang cakap kat die, jangan susah-susah pasal kiteorang. Aku rasa better naik train sebab kite tak tahu bapa Yuan pulak nanti kena ketuk if naik taxi kan…


Uncle who helped us with the exact location of Mao’er Hutong
Then die pun cakap, okay… Kiteorang memang ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sanggup tolong kiteorang yang dalam kesesatan ini. Syukur sangat bila jumpe orang-orang yang macamni. I’m so blessed.

Jadi, lepas je bergerak semula menuju ke Lingjing Hutong, kiteorang terus ambil subway untuk ke Gulou Dajie station yang terletak di Line 2…Nak tahu kisah hutong? Kena tunggu Part 4 pulak…

To be continued….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *