Backpacking to Bejing Part 2

This story is continued from my previous post. Let’s get ready for my next adventure story… and here I present to you the PART 2 of Beijing trip

Untuk hari yang ke-2 di bandar Beijing, kiteorang memang dah plan untuk bangun awal. Nak tahu sebab apa? 1. Nak catch 1st train to Badaling. 2. Badaling ni quite far from Beijing and kalau boleh kiteorang taknak waste time sebab nak sampai awal. 3. Winter season adalah time di mana waktu siang nya akan lagi pendek berbanding waktu malam. And lastly….. Nak tahu sebab apa….Sebab apa lagi kalau bukan… kiteorang excited sangat nak panjat Great Wall of China (sapa yang tak excited woi!)

Tugas menjadi alarm clock di sana tetap jatuh kat aku. Jadi, pagi-pagi lagi, aku dah kejutkan Shima untuk bangun and mandi pukul 4.30am. Itu merupakan cabaran yang paling susah untuk buat ye. Dengan kes heater tu lagi, memang tahan jelah sejuk semata-mata taknak berbau busuk di kemudian hari kan…

Bila semua dah ready, kiteorang terus pergi ke lobby untuk berkumpul. Time kiteorang keluar tu, memang lobby masih gelap… tapi ade je staff yang berjaga kat depan tu. Jadi, die tolong bukakkan pintu since kiteorang adalah guest pertama yang keluar awal untuk hari itu.

Sejurus melangkahkan kaki ke luar pintu je, subhanallah, Tuhan je yang tahu betapa sejuknyaaaaa pagi tu. Fuh memang luar biasa ye.Kalau time sekolah dulu, bila Opah kejutkan, akulah paling banyak bagi alasan taknak bangun. Paling tak bleh blah bila aku cakap, sejuklaaa, takmau gi sekolah. Nasiblah, memang dari kecik tak duk sini, kalau tak hari-harilah aku ponteng sekolah kan hehehe…

Gelap lagi kan?

Time kiteorang berjalan menuju ke subway station tu, memang tak ramai orang pun yang lalu-lalang kat area Wangfujing tu. Maklumlah, hari masih gelap lagi kan. Bila sampai je kat subway station, terus beli ticket subway yang berharga 2Yuan/RM1 untuk ke mana-mana saja. Murah kan? And memang beyond worth it.

Beli ticket dulu…Tunjuk je berapa pcs tiket nak, sebab pergi mana-mana pun, 2Yuan je


Ingat senang ke nak tengok kiteorang bangun awal-awal and senyum camni…

Train is approaching, please get ready

Almost 80% tidoooo…



Untuk ke Great Wall of China, kami pilih untuk menaiki train instead of bus. So untuk ke sana dari station Wangfujing ialah :

Wangfujing (Line 1) – interchange to Fuxingmen (Line 2) – interchange to Xizhimen (Line 13) – exit –  and follow signboard to Beijing North Train Station (signboard ada dalam subway station)

Bila sampai kat North Beijing Railway station ni, korang kena naik tingkat atas and beli tiket S2 train ke Badaling dengan harga 6Yuan/RM3 sahaja. Harus diingatkan jangan sesekali snap gambar kaunter tiket tu, nanti kene herdik tau…
Kiteorang tak dapat catch 1st train to Badaling, but kiteorang dapat tiket S03 pada pukul 7.50am. Lepas beli je tiket, terus tunggu kat waiting area. Apa yang paling penting korang perlu tahu, semua train kat sini punctual. 

Ticket to Badaling

Let’s say tiket kami pukul 7.50am, kaunter untuk departure dah bukak pukul 7.30am. It means korang kena berjalan ke train (jauh gile ye) and terus masuk amik seat. Untuk train ni, semuanya adalah free seating. So bila pukul 7.45am tu, kire die dah ready untuk jalan. By the time pukul 7.50am, terus jalan and takde maknanya nak lambai-lambai. Bukan 7.50am baru sampai ye hehehhe…


Train berhenti nun jauh di sana


Inilah S2 train yang membawa kami ke Badaling


Cozy right?


Itinerary and plan still in good condition. But after 4days, lunyai sudah



Journey to Badaling will take about 1 hour dengan melalui beberapa stations sejauh 82 kilometer sebelum sampai di Badaling.

Beijing North – Qinghuayuan – Qinghe – Changping -Nankou – Badaling

Apa yang aku perhatikan, train die memang bersih dan cantik. Dalam tu jugak, ada disediakan cafe untuk beli kopi, teh, snacks dan macam-macam lagi. Bila masuk tu, kiteorang terus chop seat tepi tingkap sebab nak layan view-view yang marvellous. Apa yang awesome-nya bila korang naik train ni, korang boleh lalu salah satu section die Tembok Besar China iaitu Jinshanling. Time nampak tu, memang terus teruja giler.


Vain nye lah perempuan ini.


Dah nampak sikit dah dari jauh



Colors and view = AWESOME


Shima and her gadget to capture a journey to Badaling


View outside our train

Dan untuk pengetahuan korang, Tembok Besar China ni terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Huanghuacheng, Mutianyu, Jiankou, Gubeikou, Jinshanling, Simatai dan yang paling popular, Badaling. Jadi setiap bahagian tu, ada keistimewaan masing-masing. Terpulang pada anda yang inginkan pengalaman berbeza mengikut budget & kekuatan kaki masing-masing.

Apa yang menariknya tentang Tembok Besar China ni, ianya telah dibina sekitar tahun 200 SM lagi sejak pemerintahan maharaja pertama-Dinasti Qin. Sejarah jugak ada mengatakan yang ianya merupakan satu tembok untuk berlindung sewaktu perang zaman dolu-dolu. Panjang keseluruhan tembok ni dilaporkan sepanjang 8,851.8 (sumber dari Kak Wiki). Mau berbulan-bulan nak kena hiking untuk sampai ke garisan penamat…

Memang pada asalnya, macam tak percaya yang kiteorang berkesempatan jugak untuk hiking Great Wall of China ni. Sebab time kecik-kecik, aku selalu gak baca 7 wonders in the world. Itu memang topic fevret sebab dari situ aku boleh start verangan untuk discover tempat-tempat unik ni. And now…Checked! Syukur.

After station Nankou, keretapi akan bergerak menuju ke Badaling. Bile time kat situ, kiteorang dah start nampak ketulan-ketulan salji di merata tempat. Alamatnya, tempat ni memang lagi sejuk dari Beijing lah ni. Dan memang betul pon! Sebab kat sini semua dah beku kannn…

Nan Kou station


Muka excited sebenarnya ni…


Lepas view ni, apa yang kiteorang lihat hanyalah snow je…


And here it is
Tak lama kemudian, keretapi pun mula bergerak perlahan dan berhenti. Kiteorang berempat terus keluar dari perut keretapi tu. Elok pulak nampak peniaga-peniaga yang ada bersidai kat tepi station tu. Since tak tahan dengan kesejukkan yang melampau, kiteorang terus bargain untuk beli penutup mulut. Penting siot benda ni. Dapatlah control sikit rasa sejuk yang menusuk kalbu.

Badaling Station…Oh finally!

Keluar je dari station Badaling, korang kena menapak sejauh 800km ye uols! Tapi dalam cuaca yang macamni, memang tak rasa jauh pun. Just follow the flow katanyaaaa…Dari situ, akan ada ramai orang yang berjalan untuk ke Great Wall. Kalau tak yakin, boleh ikut dorang ramai-ramai jalan ke entrance utama.


Only 800m to one of 7 wonders


Snow at my back


300m toooo…..

Love to see this couple walking together to Badaling

Jalan lagi…dan lagi…


Kiteorang berehat sebentar kat Subway sebab nak tapau Tuna sandwich bawak makan kat atas Great Wall. Feeling-feeling kan kiteorang ni? Tapi memang kalau dah panjat sampai atas tu, korang akan rasa lapar. So bawaklah segala bekalan yang ada ye…


Singgah sebentar for Sandwich

11 inch cost us about 50Yuan/RM25


Nampak mata je lahhhh…hahaha

Dan beberapa minit lepas tu, kiteorang pun sampai lah kat kaunter tiket. Bayaran tiket yang dikenakan untuk seorang ialah 40Yuan/RM20 sahaja. Great deal!


Almost there….


And finally 🙂

While waiting for Kak Yong and Along at the back

Bila dah masuk tu, korang kena pilih nak jalan ke Utara (kanan) dan South (kiri). Since kiteorang tengok orang ramai ke kanan, jadi kiteorang pun ikutlah ke kanan…Bila berjalan masuk je, angin pun bertiup boleh tahan kuat ye. Fuh! Time tu boleh rasa muka jadi keras ahhaha…Takut gak betul-betul keras kan. 

Yahoooooo! My first glance of Great Wall

Look at it! Look at it! I’ll be there in few hours

Time panjat tu, banyak jugak kiteorang stop sekejap sebab nak berehat. Kalau paksa-paksa jugak, nanti takut tak cukup nafas pulak. Lagi bahaya kan? So kiteorang slowly panjat sambil-sambil tu tengok jugak orang-orang sekeliling kiteorang. Setiap tempat yang kiteorang berhenti, mesti akan dapat tengok view yang memang awesome! Temanya, hiking-lah pelan-pelan, so korang akan rasa betapa bestnya suasana kat sini.

Yay! Teruskan mendaki

Muatan berat sila berada di sebelah kiri


Rata- rata yang datang tu pun memang terdiri daripada tourists dan orang-orang China jugak. Tak kire tua atau muda, semuanya kuat dan cekal untuk panjat Great Wall ni. Bila ingat balik, no wonder lah uncle from Malaysia yang kiteorang jumpe tu, dah pergi visit Great Wall of China sampai 3 kali. Now I know the feeling babeyh! Buatkan aku pun nak repeat jugak Great Wall of China tapi nak pergi musim lain dan discover section yang lain.

1st watchtower

Nak nyorok-nyorok pun boleh kat sini

Ada jugak trip yang siap camping kat Great Wall of China. Untuk tengok sunset and sunrise katanyaaa.. Tapi mesti fun gile kalau dapat follow camping trip macamtu. Trip yang aku tengok tu, die buat camping tu dekat section Huanghua. Kalau korang memang jenis yang sukakan adventure, bolehlah tengok-tengok website ni. 

Berhenti pulak kat sini. Nyorok dari angin yang kuat
View from watchtower

Nak bagitahu jugak yang dekat China ni, ada fake Great Wall ye..Kiteorang dapat tahu pun from our hostel. Dia cakap banyak sangat kes yang dilaporkan oleh pelancong-pelancong di mana dorang kena tipu. Selalunya, fliers and name card akan diberikan di sekitar subway station. Bayangkanlah harga untuk 1day trip ialah 100Yuan/RM50 dan korang sebenarnya akan dibawa ke fake Great Wall of China. Ada jugak kan sindiket camni? So hati-hatilah time kat sana tu. Kalau boleh dapatkanlah agent yang betul-betul berdaftar. 

Teruskan berjalan even cuaca sangat sejuk

Muka penat…

But still happy and excited *tinggi lagi kan nak sampai atas tu*


Walaupun cuaca semakin sejuk, kiteorang tetap teruskan jugak perjalanan ‘kaki’ dengan mendaki secara perlahan-lahan.Time ni barulah teringat, betapa manfaat nye selalu pergi jogging kat tasik tiap-tiap weekend. At least stamina tu ade lah even sikit…Dari non-hado, hawau lah berjam-jam nak daki anak-anak tangga tu haaa.

Ha nak sampai atas tu je…

Kak Mah dah letih tu, tapi tetap senyum

Tapi aku tetap salute dengan warga-warga emas yang sama-sama mendaki dengan kiteorang. Memang buat aku tertanya-tanya, lutut apa dorang pakai sampai jadi kuat camtu eh? Takde nampak cam semput pun, kalau compare dengan kiteorang yang macam separuh nafas ni. Even kiteorang tak larat sangat nak naik, tapi bila pikir-pikir balik, jangan layankan sangat. Abaikan je rasa penat tu.

Bila sampai kat satu peak ni, di mana ada anak-anak tangga yang curam giler, kiteorang tak mampu nak pandang bawah or atas. Pandang je tangga tu. Rasa cam gayat pun hade. Tapi tetap teruskan misi Cik Pora ke Great Wall of China kan.

Almost there…. Sikit saja lagi!

Dan selepas beberapa minit, akhirnya, sampai jugak kat tempat yang menjadi idaman kiteorang. Lepak kat atas tu almost 1 jam and enjoy view yang memang awesome. Barulah aku tahu, perasaan bila ada kat atas ni. Memang worth it lah penat lelah time nak naik tu. Tak rugi pun!

Akhirnya! Cik Pora berjaya mengharungi kesejukan dan ketinggian Great Wall of China


Tapi 2 orang ni terus duduk bila sampai kat atas

Time kat atas tu, kiteorang perhatikan hampir 80% kawasan di sekitar Great Wall tu dah covered with snow. So mungkin after kiteorang balik ni, 100% dah snow kot. Tak dapatlah teman nak imagine cuaca time tu kalau kiteorang pergi. Alamatnya memang amik gambar kat bawah je lah.

Kiteorang bukak bekalan sandwich yang dibawa ke atas ni sebagai makanan tengahari kiteorang. Sempat jugak beli steel certificate sebagai kenang-kenangan di Great Wall of China. Since tak larat nak menahan cuaca sejuk yang terlampau, kiteorang decide untuk turun balik ke entrance dan chow to Beijing.

View dari bawah tempat cable car

Saya sudah mendaki Great Wall of China. Ini buktinya!

Di tepi saya itu ialah ketulan ais… We make fun of it

Kiteorang cakap, itu semua ludah orang. Kumpul jadi ais *eeeyucks*

View from tempat kiteorang stop untuk makan

Kalau everyday dapat lunch tengok view macamni, memang makan sikit jelah sebab kenyang

Turun dari Great Wall memang takde masalah langsung. Laju je. Time kiteorang turun tu, ada kesan darah yang banyak sangat kat batu-batu tu. Mesti ada orang jatuh ni. Itulah, mak dah pesan, jangan lari, degil! Tengok dah jatuh kat Great Wall. Keles kau jah, nak jatuh pun, kat Great Wall kann! Hehheh…

Bye bye Great Wall. Insyallah, kite jumpe lagi nanti

Balik ke train station and bought tickets at 1.30pm. Ingat tau, print siap-siap timetable train. Senang nak plan time kite kat sana. Dan itulah yang kiteorang buat. Sepanjang balik, dalam train, kiteorang berempat tido. Nyenyak nya kami tidooo.. Aku terjaga pun time ada orang nak duduk sebelah aku. Kalau tak, mau patah balik ke Badaling. Choy!

Ais pun dah jadi cam hitam-hitam

On my way to Badaling train station

Tengoklah semua dah jadi ais

Q’in at train station

Nasiblah die lepaskan kiteorang dari station time train dah nak sampai. Kalau disuruh tunggu kat luar, mau keras

Truck kat atas tu tengah remove iceberg


Bila sampai kat North Beijing Station, kami berlari nak masuk ke dalam bangunan sebab sejuk gilerrrr…Sampai kat dalam je, terus bergegas amik subway untuk ke Silk Market yang terletak di Line 1- Yonganli Station. Actually, kat area subway tu pun dah ade peniaga-peniaga yang cuba berniaga tapi harga die pun bukanlah murah mana.

Frankly speaking, I don’t think Silk Market need to be included in your itinerary. Seriously, benci gile bila tengok rombongan-rombongan Mak Temah bergaduh-gaduh nak mintak harga murah dengan peniaga-peniaga ekstrem kat sini. So kepada mereka yang rasa nak shopping sangat tu, nanti aku akan ceritakan satu tempat yang kiteorang discover time last day kat Beijing. Itu memang worth it!

Silk Market

Since tak berapa suka tengok drama-drama ‘opera Malaya’ kat Silk Market, aku and yang lain terus beransur pulang ke Wangfujing. Kali ni, kiteorang jalan-jalan kat area Night Market and Wangfujing Street je… Bila dah penat, apa lagi kan, balik terus ke hostel untuk Maggi session with Kak Mah dalam bilik.

Lepas ber-Maggi, kiteorang lepak kat lobby sebab Wi-Fi lagi better kat blobby compared to dalam bilik. Fuh, semangat gile meng-update Instagram. Maklumlah, kat China, FB, Twitter and Youtube semua kena block. So itu jelah yang mampu kannn… 

Bersambung lagi

0 thoughts to “Backpacking to Bejing Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *